بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalamualaikum wahai bakal suamiku... apa khabarmu disana? Apakah Allah sentiasa ada didalam hatimu? :) Jika Allah sentiasa berada disisimu, itulah yang membuatkan diriku sentiasa ingin dekat pada dirimu.
Wahai bakal suamiku,
Cinta yang bakal kita bina itu sebenarnya lahir rasa cinta Allah untuk kita,
jika batas dan syariat kita bijak menjaganya..
Wahai bakal suamiku,
biarpun pelbagai dugaan sering melanda kita,
biarpun ada kritikan yang tidak pernah lekang dalam hidup kita...
in syaa Allah, Allah akan menggantikan semua itu dengan kebahagiaan,
seandainya kesabaran kita sentiasa bertemankan seteguh KEIMANAN.
Wahai bakal suamiku,
cinta yang lahir dari kedua ibubapaku,
telah wujud lama dalam diriku,
meskipun belum terbukti cintaku padamu,
akan tetapi..
setelah lafaz akad sudah kau ungkapkan buat diriku,
akan ku setia bersamamu sampai akhir waktuku..
Wahai bakal suamiku,
aku hanya seorang wanita yang lemah,
yang bisa mengeluarkan air mata tanpa kau sedar,
namun diriku pasti kuat dengan bimbingan seorang suami..
Wahai bakal suamiku,
kita tidak boleh janji setia seandainya cinta kita tak berkekal lama,
cinta kita hanya akan berkekalan bersama cinta yang sering kita harapkan..
Itulah CINTA ALLAH~
-kepada yang bakal berkahwin ataupun yang sudah berkahwin, binalah sebuah cinta yang mampu kita meraih cinta ILAHI~
~Cahaya Serikandi aka BAYU~
-kepada yang bakal berkahwin ataupun yang sudah berkahwin, binalah sebuah cinta yang mampu kita meraih cinta ILAHI~
~Cahaya Serikandi aka BAYU~
No comments:
Post a Comment