Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday 27 January 2013

~Kelebihan seorang AL-HAFIZ~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Anak-anak yang bergelar ALHAFIZ merupakan satu aset dan SAHAM AKHIRAT ibu bapa sebagaimana yang telah disabdakan oleh baginda saw :

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, 
"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali TIGA perkara: sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya, dan doa anak soleh yang mendoakannya."
[riwayat al-Bukhari dan Muslim]


1.Orang Istimewa Allah swt

::Daripada Anas ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudia Anas bertanya, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Iaitu ahli al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-quran dan mengamalkan isinya). Merekalah keluarga Allah dan orang yang teristimewa bagi Allah." 
[riwayat Ibn Majah] 

2. Hati tidak diseksa

::Daripada Abdullah bin Mas'ud ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud, "Bacalah al-quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-quran. Sesungguhnya al-quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-quran, maka hendaklah ia bergembira."
[riwayat al-Darim]


3. Memberi syafaat kepada keluarga

::Mafhum sabda Rasulullah saw, "Sesiapa membaca al-quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikan hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka."
[riwayat al-Tirmidzi dan an-Nasa'i] 

4. Ibu bapa memperoleh pahala khas

::Kedua-dua orang tua yang menghafal al-quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya, "Kenapa kami diberi pakaian begini?" Kemudian dijawab, "Kerana anak-anakmu menghafal al-quran."

5. Dapat tingkat syurga tertinggi

::Daripada Aisyah rha, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-quran ialah tingkat yang paling asas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu."
[riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim]


~JOM DIDIK ANAK-ANAK  KITA JADI AL-HAFIZ DAN AL-HAFIZAH! ^__^~



~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~



~4 RAHSIA cara jauh dari DOSA~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dosa tidak memilih [sasaran, tempat dan masa.] Namun, manusia yang sering kali menjadi sasaran dosa, boleh memilih untuk tidak melakukan sesuatu dosa pada masa dan tempatnya. Terdapat empat rahsia utama untuk mengelakkan diri dan seterusnya meninggalkan dosa yang tidak akan pernah lari daripada manusia :

::RAHSIA 1::
(DEKAT DENGAN AL-QURAN)

Hati yang dekat dengan peringatan dan kalam Allah yang terdapat dalam al-quran pasti akan sentiasa beringat sebelum melakukan apa-apa perkara. 

Bacaan bukan hanya alunan di bibir, malah inti sarinya meresap ke dalam jiwa seorang hamba yang setiasa takut untuk melakukan dosa maksiat.

::RAHSIA 2::
(MENELADANI ORANG SOLEH)

Kisah-kisah kehidupan para nabi, rasul, wali Allah dan orang soleh menjadi tatapan setiap waktu. Kehidupan mereka yang dilimpahkan nikmat dan kurniaan daripada Allah menjadi pendorong untuk meraihnya.

Manakala, dugaan dan cabaran yang Allah timpakan bertindak sebagai pemangkin untuk meneruskan kehidupan di dunia tanpa palitan dosa dan maksiat.

::RAHSIA 3::
(INGAT KESAN SAMPINGAN DOSA)

Sentiasa beringat bahawa balasan dan hukuman daripada Allah akibat dosa yang dilakukan pasti akan diterima. Hukuman ini dibayar secara tunai sama ada sejurus selepas dosa tersebut dibuat, pada keesokan hari, tahun mendatang ataupun balasan yang berganda-ganda di akhirat.

Yang pasti, balasan Allah pasti akan ditimpakan kepada mereka yang tidak malu melakukan kemungkaran di bumi Allah ini. Hanya orang yang beringat tentang hukuman buruk yang akan diterima akan meninggalkan perbuatan dosa dalam hidupnya.

::RAHSIA 4::
(PATUH DAN TAAT)

Peringatan tentang halal dan haram sesuatu perkara yang tersemat rapi dalam genggaman manusia yang mahu dirinya jauh dalam melakukan dosa. Tidak kiralah dosa besar seperti meminum arak, berjudi, berzina, membunuh dan sebagainya ataupun dosa kecil seperti mengumpat, riya', takabbur dan lain-lain.

Dirinya juga akan sentiasa berhati-hati dengan segala perkara yang samar-samar antara halal dengan haram, dan sudah pastilah keredaan Allah itu yang terutama bagi dirinya dalam melakukan apa-apa jua perkara.


-[rujukan majalah SOLUSI ISU 46, halaman 23]-


~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~

Friday 25 January 2013

~ 4 Mesej TerAKHIR Rasulullah ~

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Sedikit perkongsian yang menarik mengenai nabi tercinta kita, Nabi Muhammad saw. 

Lebih 10,000 para jemaah berkumpul. Terik matahari di padang Arafah tidak mengundurkan langkah penduduk yang bersatu kerana Allah. Rasulullah berdiri membicarakan khutbah baginda yang terakhir.

Puji-pujian bagi Allah kedengaran. Sejurus itu, Rasulullah berpesan, maksudnya, "Wahai umatku, hayati kata-kataku. Aku tidak tahu sama ada masih mampu atau tidak bertemu dengan kamu semua selepas tahun ini. Dengarlah dengan teliti dan sampaikan kepada yang tidak hadir pada hari ini."

Pelbagai reaksi terbit;hairan,tunduk sepi serta membisu bicara. Para jemaah tekun mendengar bait-bait pesanan Rasulullah.

Jom kita semak senarai PESANAN TERAKHIR BAGINDA SAW kepada umat tercintanya :


MESEJ 1-BERCINTA dengan al-Quran dan sunnah
-Meneliti mesej yang terkandung dalam kedua-dua sumber Islam, al-Quran dan sunnah serta mempraktikkan segala input dan output yang tersirat untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

MESEJ 2-MEMPERKEMAS BUKTI CINTA
-Hamba yang patuh dan cinta pada Penciptanya akan selalu beristiqomah mencintai Allah, memperbaiki kualiti solat,memperbanyakkan berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan haji jika mampu. Setiap muslim itu juga akan memperindah hubungannya sesama muslim yang lain.

MESEJ 3-BERWASPADA DENGAN MUSUH HAKIKI
-Syaitan merupakan musuh hakiki yang gigih menyerang keselamatan dan keimanan orang Islam secara zahir dan batin. Syaitan telah berputus asa untuk menyesatkan Mukmin dalam perkara-perkara besar, jadi berhati-hatilah agar tidak terjatuh pula dalam perangkapnya yang menghasut dalam perkara-perkara kecil!

MESEJ 4-MEMPERHEBATKAN & MEMANTAPKAN TAKWA
-Setiap jiwa pasti akan bertemu dengan Tuhannya dan akan dipersoalkan mengenai segala amal dan perbuatan yang dilakukan. Awasi kehidupan agar tidak terkeluar daripada landasan yang sebenar. Kita adalah sama dan tiada perbezaan disisi-Nya. Takwa dan amal soleh, itu KAYU UKUR sebenar kita dihadapan-Nya.

(SUMBER DARIPADA MAJALAH SOLUSI ISU 52, halaman 109)

~JANGAN KAU MENCINTAI ORANG LAIN JIKA HATIMU BELUM MENGENALI ALLAH DAN RASUL-NYA~



Cahaya Serikandi  aka  BAYU

Wednesday 23 January 2013

Bercinta...BOLEHKE..??

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Err.. cinta? Ya.. Artikel untuk pada kali ini adalah mengenai CINTA. Pelik? Limaza ghorib?? Toyyib..toyyib.. ana faham.. :) pasti antum belum mengerti lagi tajuk untuk kali ini ye..

BERCINTA? persoalannya, bolehkah BERCINTA? Senang cerita, jika bercinta secara halal itu halal, bercinta secara haram itu haram. Seperti yang telah dikatakan oleh Imam Hassan al-Banna.

[Al-Imam Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum ‘bercinta’, beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau,
“Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.”] 

Dalam erti kata, bercinta secara syubhah itu syubhah.. Syubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram. 


Islam mengerti soal bercinta itu FITRAH MANUSIA..Kerana manusia dilahirkan memang untuk saling berkasih sayang. Tapi haruslah berpada-pada. Boleh jadi FITRAH itu menjadi FITNAH, jika kita menjerumuskan FITRAH CINTA  itu kerana ZINA. Fitrah yang dihumbankan dengan nafsu syahwat sama berlakunya yang terjadi di negara BARAT. Dan tidak kurangnya juga di negara kita. Sibuk-sibuk hendak ikut budaya BARAT. Apa yang kita dapat jika kita mengikuti budaya yang mungkin akan mengajak kita melangkah ke arah NERAKA?  Nauzubillahi min zalik... 


Islam sendiri ada menawarkan solusi yaitu dari segi PERNIKAHAN bagi menjadikan FITRAH itu ke arah BARAKAH.. LOVE AFTER NIKAH sangat nikmat. Nak pimpin tangan ke, nak jalan berdua-duaan ke, tiada siapa yang menghalang.Bahkan mendapat ganjaran pahala lagi..


Jangan SESEKALI kita bercampur dengan LELAKI/WANITA yang bukan MAHRAM jika tiada urusan. Dan perlulah kita mengetahui batas-batas syarak dalam pergaulan dan pertemuan antara lelaki dan perempuan. Mungkin niat kita baik, tapi harus kita BERHATI-HATI juga.. kerana jika BERDUA, pasti akan ada yang KETIGA. Syaitan takkan mudah untuk melepaskan PELUANG yang MEREKA ada. Oleh itu, berSEGERAlah kita untuk menutup segala PELUANG syaitan untuk menerobosi hati-hati kita sebagai seorang MUSLIM.  


Hmm... baiklah, kalau antum dah tak tahan sangat, pergilah KAHWIN sana.. Hidup bahagia. aman sentosa.. Hilang segala fitnah dunia.. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, 
“Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai kecuali pernikahan.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim).

Selamat bercinta menuju ke syurga.. ^^~ INGAT! 
no COUPLE until NIKAH.. :)
Cahaya Serikandi  aka  BAYU



s
S





~Istiqomahkan diri dengan SOLLU 'ALANNABI ~

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kaifa halukum ya muslimin wal muslimat? Hal antum iltizam sollu 'alannabi yauman? Alhamdulillah.... :)

Sollallahu 'ala muhammad... sollallahu 'alaihi wasallim,
sollallahu 'ala muhammad...  sollallahu 'alaihi wassalim...

Allahumma solli 'ala muhammad, ya robbi solli 'alaihi wasallim..
Allahumma solli 'ala muhammad, ya robbi solli 'alaihi wasallim...

Ya sayyidi rasulana, ya sayyidi habibana,
ya sayyidi rasulana, ya sayyidi habibana..

Muhammad khairul kholqillahi min mudorii,
Muhammad khairu ruslillahi kullihimi....


Firman Allah ta'ala yg bermaksud,

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah Rasul) daripada Rasul-rasul yang telah diutus." 
[surah Yaasin : 3]

Tanpa baginda SAW, mana mungkin kita dapat mengenal Allah, beriman dengan-Nya,mengetahui betapa kelazatan syurga dan azabnya neraka..Bahkan dengan tiada tunjuk ajar baginda, kita juga tidak akan mengetahui bagaimana cara untuk beribadat kepada sang Pencipta.. Sedangkan yg membawa kitab al-quran kepada umat islam ialah Nabi Muhammad SAW..

Dalam kehidupan kita, pernah tak sekali kita terdetik dihati dengan mengatakan 'MENGAPA AKU SERING ALPA untuk BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH SAW?'

Cuba kita ringan-ringankan lidah kita dengan mengucapkan kalimah ALLAH dan MUHAMMAD SAW?? Bukan susah.. :) 

Seharusnya kita patut bersyukur, kerana dilahirkan sebagai umat baginda saw.. Umat Islam terpilih untuk mendapatkan syafaat daripada Rasulullah saw.Akan tetapi, yang diberi syafaat hanyalah untuk orang-orang ISLAM yang berkeLAYAKan dan berGELAR mukmin..Bukan sekadar berSTATUS MUSLIM sahaja, bahkan hendaklah mempamerkan sifat MUKMIN dan MUSLIM dalam diri..

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya yang membaca satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali,dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat pangkatnya sepuluh darjat." -[riwayat Ibn Abi Syaibah]

Oleh itu, iltizamkanlah diri dalam mempamerkan rasa mahabbah dan mawaddah kita pada junjungan besar nabi Muhammad saw.. Berselawatlah keatas nabi tercinta kita.. ^^~



Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud,

"Dimana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku." [riwayat at-Tabarani]

Sempena maulidur rasul ini, alangkah indahnya jika diserikan lagi dengan selawat-selawat yang INDAH.. ^__^~ 

~CINTAI ALLAH, SAYANGI RASULULLAH, KASIHI UMMAH~

Cahaya Serikandi  aka  BAYU 


Friday 18 January 2013

Para ILMUWAN atau Para LAGHA ??

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

~Para Habaib~



@








~ANTARA PARA ILMUWAN ATAU PARA LAGHA???~
Fenomena masyarakat dunia masa kini, kian JAHIL.. Kerana, selepas tertubuhnya KUMPULAN "LAGHA" itulah yang menyebabkan jiwa masyarakat kini menjadi alpa akan ILMU UKHRAWI.. Masyarakat yang disebutkan ini adalah ORANG-ORANG yg berstatuskan AGAMA ISLAM..

Apabila bertanya berkenaan dengan biografi para Ulama', terus mengungkit kening dan bahu ke atas. Jika ditanya berkenaan dengan artis-artis, contohnya tidak lain tidak bukan hal yang berkaitan dengan KOREA. pasti sepuluh jari pun x cukup tangan nak kira bilangan ahli kumpulan itu.

Allahurobbi.. kenapa budaya BARAT yang berstatuskan NON-MUSLIM itu,sering menjadi ikutan kepada yg bergelar MUSLIM ? Bagaimana kita ingin menonjolkan agama kita ini kepada yang bukan beragama ISLAM sedangkan diri sendiri masih jahil dengan agama sendiri.

Ingatlah, dunia bukan penamat jika dirimu telah tiada..tapi amalanmu mungkin sudah hampir-hampir ke garisan penamat, disebabkan oleh keperhatianmu terhadap 'PARA LAGHA berbanding keperhatianmu untuk mencari ILMU ALLAH. Bahkan, akhirat adalah MATLAMAT kepada kehidupan di dunia..

Jika kita ada passport untuk menjelajah di negara asing semata-mata ingin melihat konsert 'SYAITAN' tersebut, adakah kita tidak pernah terfikir bahawa kita sudah ada passport amalan kah untuk masuk belayar di syurga? Kalau x de, jangan HARAPlah nak jejak kaki kat JANNAH..

Orang yang sentiasa ingin mendekatkan diri pada kebaikan, selalu dianggap sebagai orang terasing. Kerana itulah mereka yg asing ini merindui tempat asalnya. Maka rindulah akan syurga yang pernah menjadi tempat asal "ibu bapa" kita.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar beliau berkata, "Rasulullah saw telah memegang bahuku lalu bersabda yang bermaksud, 'Jadilah kamu didunia seolah-olah orang yang terasing atau orang yang melintas sebuah jalan.' " -
[Riwayat al-Bukhari]









AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~