بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pernahkah antum dan antunna syak wasangka pada sesuatu perkara? Semestinya ada, bukan? Ana sendiri pun tidak pernah lari dari bersu'ul zhon walaupun ana tahu perkara itu amat ditegah oleh ISLAM. Kita sebagai hamba yang daif sering melakukan kesalahan tanpa henti.Kerana apa? kerana kita manusia yang lemah iman di jiwanya. Dosa setiap hari menjelma tidak kira masa..hanya ada satu cara untuk merawatnya..ITULAH TAUBAT NASUHA.
::Secara logiknya, ada bukti didalam al-quran Allah sudah berfirman,
Astaghfirullah!! Mahukah kita memakan daging saudara kita sendiri?? Cuba antum dan antunna membayangkan erti "memakan daging saudara sendiri" ? Apa reaksi yang akan antum dan antunna buat? Mestilah geli bukan? Rasa mual pun ada... Oleh kerana itu, Allah menyuruh kita mengelakkan diri dari sangkaan yang tidak baik, kerana ia bukan saja mendapat 'BONUS' dosa , malah dikira kita amat menggemari 'daging' saudara sendiri.. Renung-renungkanlah...(ok2, freshkan minda c(= sekarang)
Okey, sekarang ni ana nak tanya pula, apa pula dengan maksud FITNAH ?
Laa ta'rifuu ? Baiklah, ana akan cuba menerangkan apa takrif bagi definisi FITNAH. Fitnah adalah satu khabar berita/angin dibuat-buat yang tersebar secara meleluasa untuk menuduh seseorang. Kiranya jika ada seorang sahabat yang mendengki sahabat yang lain, maka tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang mustahil.
Ana beri contoh 1 Kisah,
Ada seorang perempuan ni namanya Elin. Dan tiga orang sahabatnya bernama Dang Wangi, Zuhra dan Mahfuzah.Mereka berempat sudah menjadi kawan baik selama tiga tahun. Tidak ada sesiapa yang mampu memisahkan jarak antara mereka.Ibarat isi dan kuku.
Akan tetapi pada satu hari, sewaktu Elin berjalan-jalan bersama dengan sahabat-sahabatnya, dia membelek sebuah buku di kedai buku. Saat dia ingin mengeluarkan wang 50 ringgit didalam dompetnya, kelihatannya ianya sudah hilang entah kemana. Mulalah fikirannya kucar kacir dan hampir saja dia memaki hamun kpd "orang" yang telah mencuri wang dia.
Dan ketika keluar dari kedai buku tersebut, kebetulan pula si Mahfuzah ni ingin berkata sesuatu pada Elin, "Lin, aku nak belanja kau dengan sahabat2 lain makan di gerai sana. Nak pergi tak? Tapi duit aku cuma ada 50 ringgit jelah. Hehe, sorang 15 ringgit. Amacam?"
Tiba-tiba, fikiran dan hati Elin mula berasa sedikit "Syak Wasangka" kepada Mahfuzah, kerana pada masa itu jugalah duit 50 ringgit Elin hilang.Hatinya merasa sedikit geram dan berkecamuk dengan pelawaan sahabatnya Mahfuzah itu. Elin segera menolak pelawaan Mahfuzah.
"Kenapa ni Lin? Kalau kau ade masalah, cer citer kat aku. Dah tiga tahun kita kawan.Cer share.Mane tau aku dapat bantu kau." Ujar Mahfuzah.
"Sebenarnya aku nak ckp something kat kau ni. Aku harap kau tak marah le." kata Elin dengan nada x iklas.
"Apanye? Ckp le." kata Mahfuzah.
"Duit aku hilang 50 ringgit mase aku nak beli buku tadi, pastu bile kau ckp kau nak belanja aku makan dengan duit 50 ringgit, aku macam curiga pula." Elin berkata.
"Maksud kau, kau nak kata aku ni curi duit kau lah??!"
"Bukan macam tu, cume aku ada rasa syak wasangka sikit kt kau."
"Kau ni, kau kan tahu aku ni sebilik roomate ngan kau.Kalau aku mahu, nak je aku curi.Tapi, aku sendiri pun dah ada duit biasiswa.Buat pelah aku nak curi duit kau." lalu Mahfuzah meninggalkan Elin keseorangan.
'Aku mesti beritahu semua orang yang dia tu pencuri duit aku!' - Detik hati Elin.
(TAMAT)
Kini, makin berleluasalah fitnah yang agak K.A(kurang ajar) ni. Bukan ape, si Elin ni pun satu, kalau ye pun siasat lah terlebih dahulu.Bukan bertindak secara melulu. Mula2 syak wasangka...Lama2 terus menyebarkan khabar fitnah yang dibuat-buatnya... Dah tu, bertambah lagi dosa.. Hmm...kesian sahabatnya Mahfuzah..menjadi bahan fitnah.. :(
Ha, inilah yang dimaksudkan dengan SYAK WASANGKA DAN FITNAH. Dua perkara ini boleh menjadi "SATU" persamaan walaupun ada perbezaan. Perbezaannya adalah syak wasangka hanya sekadar berfikir tentang sesuatu perkara yg negatif tetapi belum ditafsirkan melalui lisan. Akan tetapi, jika fitnah pula, bukan sekadar lisan saja..Kadang2 melalui pemikiran pun boleh mempengaruhi seseorang untuk mempercayai khabar angin tersebut.
Oleh itu.. ingatlah, "Benda yang paling tajam didunia ini bukanlah pedang, pisau, pencukur atau sebagainya.Akan tetapi benda yang paling tajam sekali didunia adalah "LIDAH" seseorang. Pedang boleh menghiris jantung dan mati. Tetapi, jika lidah menyakiti hati,akan terguris sampai mati.
Akhir risalah dari seorang hamba yang daif ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri.Jalan ke arah manakah akan kita tuju untuk ke sebuah destinasi? Sudah berapa kali kita sering bersu'ul zhon kepada Allah, tuhan yang Maha Pengasihani? Sedangkan Dialah pemberi rezeki kepada seluruh makhluk-Nya. Patut kita merasa malu untuk menggunakan nikmat-Nya.
Dakwah its Sunnah~ ^^
Cahaya Serikandi aka BAYU
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kaifa haluka ya jami'an?? Atamanna fii sehhatin jaiidatin fii mahabbah fillah insya Allah.. :) Ha, cer teke cer teke..tajuk artikel pada kali ini mengenai apa? Apa? Mengenai CINTA? Khoto'(salah) Khoto'(salah).... Aik, asal asyik sebut artikel ana je, CINTA. Artikel ana je, CINTA.. huhu, yg sebenarnya tajuk artikel untuk hari ini adalah mengenai PERBEZAAN ANTARA SYAK WASANGKA DENGAN FITNAH.
Pernahkah antum dan antunna syak wasangka pada sesuatu perkara? Semestinya ada, bukan? Ana sendiri pun tidak pernah lari dari bersu'ul zhon walaupun ana tahu perkara itu amat ditegah oleh ISLAM. Kita sebagai hamba yang daif sering melakukan kesalahan tanpa henti.Kerana apa? kerana kita manusia yang lemah iman di jiwanya. Dosa setiap hari menjelma tidak kira masa..hanya ada satu cara untuk merawatnya..ITULAH TAUBAT NASUHA.
::Secara logiknya, ada bukti didalam al-quran Allah sudah berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” [surah Al-Hujuraat : 12]
Selain itu, Rasulullah saw juga ada bersabda,

"Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan” [Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]
Okey, sekarang ni ana nak tanya pula, apa pula dengan maksud FITNAH ?
Laa ta'rifuu ? Baiklah, ana akan cuba menerangkan apa takrif bagi definisi FITNAH. Fitnah adalah satu khabar berita/angin dibuat-buat yang tersebar secara meleluasa untuk menuduh seseorang. Kiranya jika ada seorang sahabat yang mendengki sahabat yang lain, maka tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang mustahil.
Ana beri contoh 1 Kisah,
Ada seorang perempuan ni namanya Elin. Dan tiga orang sahabatnya bernama Dang Wangi, Zuhra dan Mahfuzah.Mereka berempat sudah menjadi kawan baik selama tiga tahun. Tidak ada sesiapa yang mampu memisahkan jarak antara mereka.Ibarat isi dan kuku.
Akan tetapi pada satu hari, sewaktu Elin berjalan-jalan bersama dengan sahabat-sahabatnya, dia membelek sebuah buku di kedai buku. Saat dia ingin mengeluarkan wang 50 ringgit didalam dompetnya, kelihatannya ianya sudah hilang entah kemana. Mulalah fikirannya kucar kacir dan hampir saja dia memaki hamun kpd "orang" yang telah mencuri wang dia.
Dan ketika keluar dari kedai buku tersebut, kebetulan pula si Mahfuzah ni ingin berkata sesuatu pada Elin, "Lin, aku nak belanja kau dengan sahabat2 lain makan di gerai sana. Nak pergi tak? Tapi duit aku cuma ada 50 ringgit jelah. Hehe, sorang 15 ringgit. Amacam?"
Tiba-tiba, fikiran dan hati Elin mula berasa sedikit "Syak Wasangka" kepada Mahfuzah, kerana pada masa itu jugalah duit 50 ringgit Elin hilang.Hatinya merasa sedikit geram dan berkecamuk dengan pelawaan sahabatnya Mahfuzah itu. Elin segera menolak pelawaan Mahfuzah.
"Kenapa ni Lin? Kalau kau ade masalah, cer citer kat aku. Dah tiga tahun kita kawan.Cer share.Mane tau aku dapat bantu kau." Ujar Mahfuzah.
"Sebenarnya aku nak ckp something kat kau ni. Aku harap kau tak marah le." kata Elin dengan nada x iklas.
"Apanye? Ckp le." kata Mahfuzah.
"Duit aku hilang 50 ringgit mase aku nak beli buku tadi, pastu bile kau ckp kau nak belanja aku makan dengan duit 50 ringgit, aku macam curiga pula." Elin berkata.
"Maksud kau, kau nak kata aku ni curi duit kau lah??!"
"Bukan macam tu, cume aku ada rasa syak wasangka sikit kt kau."
"Kau ni, kau kan tahu aku ni sebilik roomate ngan kau.Kalau aku mahu, nak je aku curi.Tapi, aku sendiri pun dah ada duit biasiswa.Buat pelah aku nak curi duit kau." lalu Mahfuzah meninggalkan Elin keseorangan.
'Aku mesti beritahu semua orang yang dia tu pencuri duit aku!' - Detik hati Elin.
(TAMAT)
Kini, makin berleluasalah fitnah yang agak K.A(kurang ajar) ni. Bukan ape, si Elin ni pun satu, kalau ye pun siasat lah terlebih dahulu.Bukan bertindak secara melulu. Mula2 syak wasangka...Lama2 terus menyebarkan khabar fitnah yang dibuat-buatnya... Dah tu, bertambah lagi dosa.. Hmm...kesian sahabatnya Mahfuzah..menjadi bahan fitnah.. :(
Ha, inilah yang dimaksudkan dengan SYAK WASANGKA DAN FITNAH. Dua perkara ini boleh menjadi "SATU" persamaan walaupun ada perbezaan. Perbezaannya adalah syak wasangka hanya sekadar berfikir tentang sesuatu perkara yg negatif tetapi belum ditafsirkan melalui lisan. Akan tetapi, jika fitnah pula, bukan sekadar lisan saja..Kadang2 melalui pemikiran pun boleh mempengaruhi seseorang untuk mempercayai khabar angin tersebut.
Oleh itu.. ingatlah, "Benda yang paling tajam didunia ini bukanlah pedang, pisau, pencukur atau sebagainya.Akan tetapi benda yang paling tajam sekali didunia adalah "LIDAH" seseorang. Pedang boleh menghiris jantung dan mati. Tetapi, jika lidah menyakiti hati,akan terguris sampai mati.
Dakwah its Sunnah~ ^^
Cahaya Serikandi aka BAYU
No comments:
Post a Comment