Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Wednesday 4 November 2015

KeranaMu Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Duhai Tuhan,
kadang aku lelah,
dengan ujian yang Engkau beri,
kadang aku jatuh,
kepada siapa ingin ku mengadu juga aku tidak tahu.

Duhai Tuhan,
kadang aku terasa seperti dunia ini membenci diriku,
hampir saja aku putus asa.

Tapi bila ku teringat akan firmanMu didalam alquran,
aku seolah-olah sedang bicara denganMu,
disaat ku membaca kalamMu,
semua ada kaitannya dengan hidupku, 
sedang bicarakah Engkau terhadap diriku?


Duhai Tuhan,
aku tidak punya kudrat,
melainkan ingin selalu dekat,
selalu rapat,
dengan Maha Pemilik Cinta.

Duhai Tuhan,
Barangkali aku lupa padaMu,
Barangkali aku sudah lama tidak menyebut namaMu,
Barangkali aku melakukan sesuatu perkara BUKAN KERANAMU.

Duhai Tuhan,
diriku begini masihkah Engkau terima?
diriku begini masih patutkah digelar hamba-Mu??

Duhai Tuhan,
aku malu,
malu terhadapMu.

Duhai Tuhan,
aku rela inginkan sangkaan manusia 
berbanding dengan sangkaanMu YANG UTAMA itu,
kenapa hati ini ya Allah??

Duhai Tuhan,
KeranaMu ya Allah,
Aku ingin kuat,
Aku ingin kuat,
Kerana kudratMu yang Engkau miliki,
aku ingin menjalani mehnah yang Engkau beri,
dengan hati yang redha keranaMu.
Bantu aku ya Robb.




Thursday 29 October 2015

Cinta, Milik Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Cinta. Definisi cinta? Cinta adalah suatu perasaan yg bermula dari hati, dimana perasaan itu membuatkan hati kita senang akannya. 

Kenapa cinta? Kerana, dengan berputiknya cinta, kita seakan ingin selalu ingin bersama dengannya, sering membenarkan kata-katanya.


Tapi,,,,,

 kenapa boleh ada perasaan sebegini? siapa pencipta cinta? untuk siapa kita perlu serahkan cinta ini? bagaimana utk menguruskan cinta?

Perasaan cinta adalah lumrah manusia. Kerana manusia memang saling memerlukan antara satu sama lain. 

Firman Allah Ta'ala yg bermaksud : 

Dia menjadikan diantara kalian rasa kasih sayang dan cinta.

 Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda – 

tanda bagi orang-orang yang berfikir." (QS. Ar-Ruum: 21)



Allah suruh kita berfikir samada cinta yang kita miliki itu, ingin menjurus ke arah yang hak ataupun batil. Kita sendiri mempunyai akal yang sihat untuk berfikir, yang mana benar yang mana salah. Yang pasti, ada dua konsep kita wajib ikut, kerana jika dengan adanya konsep ini, kita dapat miliki cinta itu dengan sempurna. Apakah?

CINTA KEPADA ALLAH dan CINTA KEPADA RASULULLAH



 Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia da
pat 

merasakan manisnya iman, yaitu cinta kepada Allah dan 

Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta

kepada seseorang karena Allah dan membenci kekafiran 

sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api 

neraka." (H.R. Bukhari-Muslim)

CINTA KERANA ALLAH

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Barang siapa yang mencintai karena Allah, membenci 

karena Allah, memberi karena Allah, dan tidak memberi 

karena Allah. Maka ia sesungguhnya telah memperoleh 

kesempurnaan iman."


Kesimpulannya, cinta itu apabila kita makin bertambah ketaatan kepadanya, tetapi jika cinta itu membuatkan diri kita menjadi orang yang bermaksiat, itu bukan cinta. itu bala. cinta dan bala tidak sama. Cinta MILIK ALLAH. Semua yang datang dari Allah, adalah baik. Kita yang mencoraknya. Ana akhiri dengan sedikit puisi,


Cinta, kau milik Allah,
kau hadir dalam keadaan aku tertanya,
samada aku tertipu atau yang sebenarnya.

Cinta, kau milik Allah,
kau hadir dan aku cuba menjadikannya indah.


Cinta, kau milik Allah,
Tiada siapa berhak memiliki engkau,
Kerana yang hadirkan rasa cinta, yang hilangkan rasa cinta,

HANYA ALLAH,
PEMBERI CINTA,
PEMILIK CINTA.






Wednesday 23 September 2015

TAKUT PADA EXAM KAH???? KENAPA???

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM WABARIK 'ALAIH WA A'LA ALIHI WASOHBIHI  WASALLIM




Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan berkatNya, kita dapat hidup didunia yang begitu banyak nikmat sehingga kita tidak dapat menghitungnya satu persatu. Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan berkat perjuangan besar baginda, kita dapat merasai dua nikmat yang terbesar yakni nikmat iman dan islam. Juga nikmat terbesar yang lain ialah nikmat menjadi umatnya Rasulullah S.A.W..

Hari ini ana ingin membincangkan soal EXAM. 

Haaa... kenapa dengan exam??

Kerana, inilah yang paling famous dalam kalangan para pelajar yang mendudukinya. Oleh itu, mari kita teruskan dengan tajuk ini.


EXAM. Apa itu EXAM??


"Erm,, penentu masa depan."

"Erm,, kejayaan untuk masuk Universiti."


PENENTU MASA DEPAN

Siapa kata exam ni penentu masa depan kita? Siapa exam disisi kita? Kalau antum rasa examlah yang MENENTUKAN MASA DEPAN antum, boleh rosak akidah. sebab terlalu yakin pada sesuatu yang selain dari Allah. time exam, baru nak ingat Allah. Struggle sampai malam, semata-mata nak skor mumtaz, cemerlang dalam exam. Lepas kita mohon pada Allah, berdoa pada Allah dan berserah pada Allah, tiba-tiba kita nak kata exam adalah yang menentukan masa depan kita. Eh, kejap-kejap. Siapa yang AKBAR sekarang ni? EXAM yang AKBAR atau ALLAH yang AKBAR? Astaghfirullah.. 

Kenapa ye? Ouh, antum nak kata itu adalah satu kata-kata harapan lah ni.. Sebab tu bila antum dah struggle study, antum dapat rasakan exam ni dapat bantu masa depan antum? x begitu? Kalau antum kata exam ni penentu masa depan antum, dan antum pula berjaya dengan cemerlang dalam exam, adakah antum rasa dengan result antum yang cemerlang tu dapat merealisasikan masa depan antum? Dengan makna kata, berjaya segala-galanya? Dapat segala-galanya? Adakah dengan dimaksudkan dengan penentu masa depan tu ialah, kita dapat kekayaan dan pekerjaan yang lebih baik? Kalau kita exam untuk dapat kejayaan macam tu, memang tidak akan lama jika ada cita-cita dan matlamat seperti itu. 

Ana bagi satu analogi, kalau antum exam sungguh-sungguh sebab nak jadi doktor, dan antum pun dah jadi doktor, maka apa yang antum inginkan itu sudah dicapai. Hmm...jadi, cita-cita antum sampai ke situ sahaja kah? Kenapa tidak menciptakan satu cita-cita yang besar? Yang tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha, tapi tak mustahil jika kita selalu mencuba untuk mencapainya. Sebagai contoh, redha Allah, syurga dan mati syahid. Inilah matlamat tinggi yang perlu kita capai dengan sesungguhnya. 

Sanggupnya kita tinggalkan dakwah, lambatkan solat fardhu, malas melakukan amalan sunat, tidak menghadiri majlis ilmu, SEMATA-MATA NAK STUDY UNTUK EXAM, yang kita anggap PENENTU MASA DEPAN kita. Habis tu, macam mana dengan EXAM AKHIRAT? ASSIGNMENT yang Allah beri pada kita? Adakah kita sudah bijak pandai untuk MENJAWABNYA di sana nanti? 

Kalau sebut exam je, menggigil tubuh, rasa gentar hati. Tapi bila menyebut nama Allah, pernah ke sekali kita rasa takut, kita rasa gentar? Baca asma'ul husna pun badan bergoyang sana-sini, bercakap sana-sini, ketawa sana-sini, inikan pula bila time nak solat. Masa solat, fikir pasal dunia. Sebab apa? Sebab jika solat itu tidak khusyuk, ini ada masalah kaitan dengan wudhu'. Kadang-kadang kita rasa wudhu' yang kita ambil tu dah sempurna. Ye, tapi adakah hati kita ada pada ketika kita ambil wudhu? Masa wudhu' pun bercakap-cakap. 

Pelik. Kita lebih takutkan MAKHLUK berbanding yang KHALIQ. Exam bukan Tuhan, untuk kita takutkan. Oleh itu, ana ingin tanyakan sekali lagi, siapa exam disisi kita? 

KEJAYAAN UNTUK MASUK UNIVERSITI

Wait a minute. 

Kejayaan untuk masuk universiti? 

Hmm, jadi orang yang tak masuk U, orang yang tak dapat masuk U ni, dia adalah orang yang tidak berjaya lah ni? Bagi ana, dugaan bila masuk universiti sangatlah tinggi. Kerana ujian yang perlu antum hadapi ialah UJIAN HATI, MATA dan PERGAULAN. Ini adalah skop UTAMA yang WAJIB antum jaga. Bukan HARUS , SUNAT atau PERLU, tapi WAJIB. 

Memang ana tidak nafikan, orang yang masuk Universiti ni orang yang bijak pandai, dapat skor yang cemerlang masa spm dulu. Tapi, antum harus ingat, kejayaan bukan terletak di universiti semata. Kerana kejayaan seperti itu adalah kejayaan yang bersifat dengan keduniaan. Jadi, apakah kejayaan yang hakiki? Kejayaan yang hakiki ialah bilamana kita berjaya menjadikan diri kita ini dicintai Allah dan disenangi ibu dan ayah kita. Bagaimana ingin mencapai kejayaan seperti itu? Buatlah apa yang ibu dan ayah perintahkan, senangkan hati mereka, jika mereka redha, sudah tentu ia akan kembali pada Allah. Kerana, redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah. Tak guna jika kita belajar tinggi-tinggi, tapi hati bongkak sombong, merasa diri sudah cukup dengan ilmu, langsung tidak menghormati orangtua dan paling buruk sekali, LUPA PADA ALLAH. 

Universiti ni kalau xdepun, kita masih boleh berjaya. Tapi, perlulah kita tahu, yang beri kejayaan semua ini adalah ALLAH. yang tidak beri kejayaan juga adalah ALLAH. Bukan bila kita dah usaha, kita percaya dan WAJIB akan berjaya. Kalau ada orang macam tu, dia bukanlah orang yang berserah pada Allah dengan hakiki. Kalau orang yang berserah pada Allah, dia tidak kisah apa yang Allah beri padanya. Kerana dia tahu usaha dia itu hanyalah satu wasilah samada dia berjaya atau tidak. Jika wasilah itu sampai, maka tak mustahil Allah akan berikan kejayaan padanya disebabkan ada usaha yang dia lakukan itu. Tapi ada juga orang yang sudah usaha, tapi tidak berjaya. Kenapa? Kerana barangkali kejayaan itu Allah tukarkan dalam bentuk yang lain, dalam bentuk yang berbeza. Jadi, orang yang tidak dapat masuk ke universiti itu bukanlah orang yang tidak pandai, tapi ada kejayaan lain yang Allah nak beri. Husnuzhonlah kepada Allah. Kalau ada orang lain nak kata apa, katakan saja, ada yang lebih baik dari ini. Kerana makhluk bukan penentu hidup kita, tetapi ALLAH 'AZZA WAJALLA.

oleh itu, jika kita jadikan exam ini adalah satu alat untuk kita capai matlamat, tidaklah menjadi masalah. tetapi jika kita rasa exam ini adalah penentu masa depan kita, maka tutuplah buku. jgn study dah. gi khidmat ibu dan ayah antum. Itu lagi besar manfaatnya. Jgn salahkan ALLAH bila antum tak berjaya walau sekuat mana antum study. Kerana ingatlah, ma qaddarullahu kheir. Apa yang ditakdirkan oleh Allah itu baik.




Tinta Penulis

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM

Hmm,, sedarkah antum bahawasanya penulisan ana semakin hari semakin kurang memberangsangkan? Sebenarnya stress juga menjadi seorang penulis. Penulis yang semakin kekeringan idea dalam menulis. haha.. apa-apapun, doakan kejayaan ana in syaa Allah.

Pernah juga ana terfikir, adakah antum mengenali ana? Haha, barangkali tidak, atau juga barangkali ya. Akan tetapi, ana tidaklah begitu terkenal jika nak dibandingkan dengan ahli-ahli blogger yang lain. Penulisan ana tidaklah menarik sebagaimana penulisan-penulisan lain. 

Oleh itu, persoalannya disini, perlukah dikenali? Untuk apa dikenali? Rasanya tidak perlu. Kerana bagiku, jika ku tiada, bukan nama yang orang cari, tapi segala penulisanku yang diselongkar semula. 

Allahu ya'lamuni :)


Thursday 5 March 2015

Siapa aku?

BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WASALLIM



Alhamdulillah, Allah beri keizinan kepada jari ini untuk terus menulis hingga ke saat ini. Maaf jika terlampau lama membiarkan blog ini mendiamkan diri. Sebenarnya penulis agak kesibukan menyiapkan blog yang lain. Ha,, apakah blog itu? Jom lawati malaysiacintarasul.blogspot.com/ ^_^

Hari ini kita akan membicarakan tentang... SIAPA AKU? 

SIAPA AKU?

WANITA PALING CANTIK?

WANITA PALING PINTAR?

WANITA YANG DIGILAI RAMAI?

LELAKI YANG GAGAH?

LELAKI YANG BERGAYA?

LELAKI YANG MENJADI IDAMAN?

Tidakkkkkkkkkkk... bukan itu yang ana maksudkan. Sila lihat cermin sekarang dan perhatikan setiap kedutan diwajahmu sambil berkata,

"SIAPA AKU?"

Setiap hari, rutin harian kita, sebelum ke tempat kerja atau tidak kiralah kemana sahaja, pasti akan melihat cermin terlebih dahulu. Untuk memastikan diri sentiasa KEMAS dan TERATUR. Akan tetapi, sedarkah kita atau adakah kita menyedari siapa diri kita sebenarnya? Pernahkah kita menyelami apa yang ada pada diri kita? Kita adalah CIPTAAN ALLAH, yang dijadikan oleh Allah untuk kita MEMPERHAMBAKAN DIRI kepadaNya. 

FIRMAN ALLAH TA'ALA , 

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
-surah at-tin ayat 4-

Perlu kita renungi dan hayati, diri kita adalah HAMBA untuk ALLAH, bukan HAMBA untuk MANUSIA. Perhambakan diri untuk ALLAH, bukan perhambakan diri untuk MANUSIA, segalanya untuk ALLAH, bukan segalanya untuk MANUSIA. 

Keraplah bertanya pd diri, "aku ni siapa sebenarnya? kenapa aku begini? kenapa aku hidup? apa perlu aku hidup? apa tujuanku untuk hidup? siapa perlu aku hidupkan dalam hati ini?"


Ingatlah, manusia yang kenal ALLAH, sebenarnya dia kenal dirinya terlebih dahulu. Kerana dalam diri seorang manusia, terlalu banyak ciptaan ALLAH yang tidak bisa kita hitungkan. 

FirmanNya Surah Al-Insyiqaq ayat 6, bermaksud :
“Hai manusia sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya.”
wallahua'lam.





AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~