Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Saturday, 28 September 2013

Kuliah Dhuha - Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail Hafizahullah (29/9/2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~طلب العلم فريضة المسلم~
Pengajian Kitab Tajzim Atroful Hadith

Pada hari Ahad bertarikh 29 September 2013, seperti biasa Kuliah Dhuha telah diadakan di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha,  yg dibimbingi oleh mursyid kita yg alim lagi tawaaduk yaitu, Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail bin Muhammad bin Yusuf Hafizahullah. 

Antara Perkongsian yg dapat diambil :

Difardhukan solat lima waktu ketika Nabi SAW dimikrajkan ke langit Allah SWT. Sembahyang itu difardhukan menerusi secara langsung dari Allah. Telah difardhukan kepada Nabi SAW utk solat 50 waktu, kemudian diminta utk dikurangkan dan dikurangkan lagi. Tiap2 hari Nabi SAW melakukan hal yang sedemikian, sehingga bertukar kepada lima waktu sehari semalam. Nasihat Nabi Musa AS kepada Nabi Muhammad SAW  agar minta kepada Allah utk dikurangkan solat 50 waktu berdasarkan pengalaman yg dialami oleh Nabi Musa AS. Bani Israil suka mengabaikan dalam soal sembahyang. Sembahyang sangat susah dilakukan. Sesuatu yang paling sukar bagi seseorang utk dilaksanakan adalah solat. Melainkan Allah mengecualikan kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa takutkan Allah, hamba-hamba-Nya yang sentiasa terikat dengan Allah. Bagi mereka, solat itu mudah bagi mereka dan solat itu dipermudahkan oleh Allah. Dengan sebab itu, mereka melakukan ibadah secara sempurna. 'Ubudiyyah, bermaksud hal hati seseorang yang solat dalam keadaan tawaduk dan khusyuk kepada Allah. Apabila hati orang itu melaksanakan solat secara khusyuk dan tawaaduk, maka dia akan kekal dalam solat. Orang yg mengabaikan solat, diberi isyarah bahawa dia belum khusyuk, yang mana hatinya belum tunduk kepada Allah.

Bagi orang yang tidak ada khusyuk, tiada dalam dirinya ada sifat 'ubudiyyah, yaitu ikhlas, khusyuk, redha, mentauhidkan Allah dan juga tawaaduk. Maka bagi orang yg tidak ada khusyuk, jadilah solat itu sebagai sesuatu hal yang berat bagi mereka. Ulama'-ulama' di Hadramaut sebelum memberi kebenaran kepada pelajar2 utk belajar disana, ulama' akan menguji mereka secara fe'li (secara perbuatan). Belajar bab sembahyang. Selain mempelajari fiqh, kena belajar bab sembahyang. Antara kelayakan nak jadi imam, mesti menguasai atau alim dalam bidang fiqh. Hendaklah kita belajar fiqh dalam soal sembahyang. Pentingnya sembahyang sehingga Ulama' mengatakan, "Tidak dipanggil sesuatu sembahyang dengan sembahyang, melainkan sembahyang itu dijadikan sebagai tali hubungan kita dengan Allah."

Kafir bagi orang yang meninggalkan solat. Para sahabat apabila nak faham islam, mereka tengok kalau tinggal solat, mereka akan jadi kufur. Nabi SAW tidak menerima islam seseorang, kerana mereka enggan menunaikan solat. Dari itu, sahabat memahami bahawa orang yang tidak menunaikan solat akan terbatal keislamannya. Tiada kebaikan dalam beragama jika tiada solat. Dalam kubur, akan ditanya oleh malaikat, "Man haza rojulun?" Siapakah lelaki itu? Maka kita akan jawab mengikut apa yang kita tahu. Sejauh mana kita mengenali Rasulullah SAW, setakat itulah jawapan yg akan kita berikan. 

Sembahyang sangat penting sehingga ahlul salafus soleh melakukannya secara sempurna. Jika nak tahu orang itu alim ataupun tidak, lihat cara bagaimana dia melaksanakan solat. mestilah solatnya bagus, bacaannya lancar , sentiasa perbaiki solatnya. dan hendaklah pada setiap orang utk alim dalam bab sembahyang. Hukum paling adalah hukum bab sembahyang. Jika solatnya tak sah, Allah takkan terima.  Sembahyang yang diterima Allah adalah sedikit nilainya. Ulama' menitikberatkan dalam bab diterima Allah. Jadilah kita sebagai seorang yang diterima amalan. Diterima amal adalah lebih baik daripada berbuat amal. Apabila Allah terima amalan kita, itu petanda yg sangat baik. Ulama' 'Arifun (tasawwuf) mengatakan bahawa, "Perelokkan amal adalah lebih dterima Allah daripada memperbanyakan amalan."  

S : assalamualaikum ustaz, bolehkah belajar dengan hanya seorang guru, tanpa bertalaqqi dengan mana2 ulama' yg muktabar? kemudian, tak sampai setahun,dia menawarkan dirinya utk mengajar.Bolehkah?jazakallahukhaira kathir.

Jawapan ustaz zul :

"Di Rubat Tareem, mereka belajar selama 7 tahun utk betul2 alim. Nak matang dalam 
sesuatu ilmu, hendaklah selama 7 tahun. Mesti bertalaqqi dengan ramai ulama'. Sebab tu para habaib, berguru dengan ribuan ulama'-ulama'. Kalau mengaji tak sampai setahun nak mengajar, boleh. tapi hanya boleh mengingatkan tentang hukum-hukum. belum boleh digelar sebagai syeikh2, maulana2.. jika dia boleh elakkan dirinya daripada perasaan riyak dan 'ujub ketika mengajar, maka x menjadi masalah utk mengajar. jika dia tak dapat nak elakkan, maka sebaiknya, tak perlulah."


Jika kita mimpi Rasulullah SAW, macam mana kita nak tahu yang itu memang benar Rasulullah SAW? 

Ulama' mengatakan ada dua syarat. Syarat yang pertama, mestilah menepati syamail nabi SAW. Contohnya wajah nabi itu dapat diserupakan dengan gambaran yang ada dalam hadis. Syarat yang kedua, orang yg dalam mimpi itu memperakui bahawa dirinya adalah Rasulullah SAW. "Ana RasulALLAH." Syaitan tidak boleh menyerupai nabi SAW. Bermimpi bertemu dengan nabi SAW tidak menjadi syarat bagi seseorang itu soleh, tapi bermimpi bertemu dengan nabi SAW adalah kurniaan dari Allah. ada fadhilatnya, yaitu doanya sangat2 mustajab.

~wallahua'lam.~

Sunday, 22 September 2013

Puisi : AWAK, Kita Memang Ditakdirkan Bersama KAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


gambar hiasan
AWAK, 
kita memang ditakdirkan bersamakah?
atau kita hanya berkenalan di dunia sahaja?

AWAK,
Bertahun lamanya utk kita menanti hari bahagia,
kita ni memang ditakdirkan bersamakah?

AWAK,
kita masih diusia muda,
banyak hal yang kita perlu terokai,
soal jodoh, cinta dan perasaan,
Sungguh, Allah yang anugerahkan,
Jadi,
kita memang ditakdirkan bersamakah?

AWAK,
beribu rintangan telah cuba untuk memisahkan kita,
tapi yang anehnya,
hati kita, sering saja ada yang melindunginya,
Dialah ALLAH SWT, pemilik HATI dari seluruh manusia,
Yakinkah bahawa kita ini ditakdirkan
bersama?

AWAK, 
Jika CINTA kita didefinisikan hubbu fillah,
Tumpukan CINTA itu dengan satu TUJUAN,
Jadikan ALLAH sebagai CINTA utama,
Pinggirkan CINTA yang menuju ke neraka.

AWAK,
hanya Allah yang menentukan, 
samada kita akan kekal bersatu ataupun tidak,
Qul, 
~HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL.~


-Khamis, 19 September 2013,
-12:50 P.M.
-Ummu Ja'far

Kuliah Dhuha TG Haji Zulkifli bin Ismail Hafizahullah (22 September 2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mudir Madrasah Pondok Baitul Qurro'
-Kitab Tajzimul Atroful Hadith-

Hari ini pada hari Ahad, bertarikh 22 September 2013, bersamaan dengan 16 Zulkaedah 1434 Hijriah, bertempat di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha, telah mengadakan kuliah dhuha yg telah disampaikan oleh tuan guru kita yg alim, yaitu Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail Hafizahullah. Alhamdulillah kuliah telah berjalan dengan lancar dan sesi tamat pada hari ini agak lambat sedikit, kerana mendengar cerita-cerita menarik yang dikongsikan sendiri oleh tuan guru kita. 

-sewaktu malam israk', perjalanan nabi SAW ditemani oleh malaikat Jibril, dengan menaiki tingkatan-tingkatan langit, untuk bertemu dengan nabi2 yang lain.

Nabi-nabi 'Ulul 'azmi mempunyai azam dalam usaha berdakwah menegakkan syiar islam. Nabi Ibrahim membina Ka'bah Al-Musharrafah ketika usianya sudah terlalu tua dan pada ketika itu, anaknya Ismail AS terlalu muda, baru berumur belasan tahun. Nabi Ibrahim takut samada amalannya diterima ataupun tidak. Para Anbiya' tidak kagum dengan ketaatan mereka, kerana mereka maksum dan terpelihara daripada dosa. 

Apabila dia melakukan sesuatu, dia berasa dirinya terdapat banyak kelebihan, dia tidak sedar bahawa yang mengurniakan kelebihan itu adalah Allah. Apabila Allah mengurniakan taufik kepadanya dalam keadaan dirinya sedang melakukan ketaatan, maka dia telah memuliakan Allah. Muliakanlah orang soleh kerana Allah telah memuliakan orang soleh. Para nabi bersih daripada sifat 'ujub. Nilai jiwa yang bersih itu luar biasa. Hati kita tidak seperti nabi. Hati kita tidak terpelihara dari dosa. 

Para Habaib kepung anak-anak mereka, supaya hati-hati mereka tidak berubah. Setelah anak mereka dilahirkan, terus anak itu dijaga betul2, jaga pemakanan, jaga ikhtilat. Sebab tu para habaib membina dinding tinggi-tinggi kt depan rumah mereka. Supaya anak-anak mereka tidak bergaul dengan orang luar. Biar anak-anak mereka duduk bersama dengan ahli keluarga. Bukan bermakna sombong, tidak mahu bergaul, tetapi hanya ingin menjaga nufuusus zakiyyah(hati yang suci/bersih). Syarat ingin menjadi ahlul jannah, para wali, para solehin, adalah dengan mempunyai nufuusus zakiyyah(hati yang suci/bersih). 

Suatu kisah, dimana pada suatu hari Sayyid Abdul Qodir Al-Jailani telah bermimpi dengan sebuah cahaya yang terang benderang. Tiba-tiba datang akan suara yg berbunyi begini, "Wahai wali Allah, sesungguhnya engkau sudah terlepas daripada kewajipan. maka tinggalkanlah solat. Lalu Sayyid Abdul Qodir al-Jailani dengan perasaan tak suka, terus berkata, "pergi! jangan goda aku!" Syaitan berasa terkejut, lalu berkata, "wahai wali Allah, apa yg menyebabkan engkau tidak tumbang dengan godaan aku sehingga engkau menolak dengan sekeras-kerasnya? Sedangkan 70 para auliya', 70 para 'abid, semuanya telah dihumbankan ke dalam neraka. Apa yg telah Allah beri kepada engkau?" Kemudian sayyid Abdul Qodir pun membalas, "Allah telah mengurniakan ke atasku akan ilmu."

AYAH ada TIGA.

AYAH PERTAMA : yang melahirkan (bapa kandung)
AYAH KEDUA : bapa mertua
AYAH KETIGA : yang mengajarkan ilmu.

Dari sudut kemuliaan, ayah yang KETIGA. 

Gurau ustaz zul tadi, "Cuma, tak payahlah panggil saya dengan panggilan ABUYA, panggil ustaz pun dah cukup dah. Kang tak pasal-pasal ade yang kene masuk meminang. Hehe." 

Seluruh nabi adalah AYATUL KAMAL, yakni tanda-tanda kesempurnaan manusia. Jangan memuliakan seorang nabi, tetapi memperlekehkan nabi-nabi yang lain. Itu boleh jatuh murtad! Kita kena hati-hati.

Baitul Ma'mur --> Kiblat Para Malaikat.
'Alam 'Alawi --> alam yang ditinggikan dan menjadi tempat kediaman bagi para malaikat.

Ada manusia yang Allah cipta untuk dia duduk di syurga dan berkhidmat untuk Allah. itulah orang-orang yang soleh. Ada manusia yg dikhidmat untuk Allah dan tidak akan masuk ke syurga. Itulah orang kafir,musyrik,fasik.

Allah tidak memerlukan seseorang agar menyebarkan islam, tetapi Allah akan memuliakan
 bagi seseorang yang bersungguh-sungguh dalam menyebarkan islam. Apa makna dakwah 
yang berjaya? Orang itu mendapat hidayah dari Allah disebabkan dakwah yang kita 
sampaikan.

Baitul Qurro' adalah nama sempena markaz nabi di madinah. Baitul Qurro' bermaksud RUMAH PEMBACAAN AL-QURAN. 

Janji dengan Allah, jangan main-main! Jangan beritahu pada orang lain bahawa kita adalah perjuangan islam, kalau masih tidak menjaga akhlak. Kita berkahwin dengan sebab untuk melahirkan hamba-hamba yang berzikir kepada Allah. 

Pemimpin yang patut dijadikan ikutan didunia dan diakhirat ialah Rasulullah SAW. Islam agama fitrah. Takkan terkumpul dengan kesesatan.

Wallahua'lam. asif jika tidak faham ataupun terlalu ringkas. ~



Thursday, 19 September 2013

Ehya' Mahabbah Rasulullah SAW bersama Habib Kazim As-Saggaf- Pondok Baitul Qurro'

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pada Hari Rabu, yaitu bertarikh 18 September 2013, bersamaan dengan 12 Zulkaedah 1434 hijriah, telah mengadakan Ehya' Mahabbah Rasulullah SAW sempena Haul Imam Abdullah al-Haddad. Bertempat di Pondok Baitul Qurro'. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan seorang lagi habib untuk mengunjungi tempat yang Allah berkati ini. Minggu lepas, pada hari Sabtu, ada seorang habib yg juga merupakan Mudarris Rubat Tareem Hadramaut Yemen, Habib Abd.Qodir Jailani As-Syatiri datang ke pondok Baitul Qurro'  untuk memberikan sedikit tausiyah yg berguna kepada kita semua. Semoga Allah memberkati kehidupan beliau. Dan sungguh tidak sangka, pada hari semalam, kami dapat bertemu dengan seorang lagi habib, yaitu al-Habib Kazim Ja'far Muhammad al-Saggaf. Beliau kelihatan seorang yang tenang tetapi amat petah berbicara. Kepetahan beliau dalam menyampaikan tausiyah, sungguh dalam keadaan orang yang sangat tawaaduk. Masya Allah Tabarakallah. Berkat Allah ke atasmu wahai AHLUL BAYT <3 In syaa allah, ana ada sedikit perkongsian yang ringkas, tapi in syaa allah bermanfaat untuk kita semua. moga Allah redha ^^..

Allah telah memberi kepada nabi saw akan pendamping di langit dan di bumi. Pendamping dilangit ialah malaikat jibril dan mikail. Manakala pendamping dibumi ialah saidina abu bakar dan saidina umar. Semasa perang uhud, ada dua malaikat menjadi penyelamat Nabi SAW. Bersabda Nabi SAW, "dikananku ada Malaikat Jibril dan dikiriku pula ada Malaikat Mikail." Ketika perang uhud berlaku, dua malaikat ini sentiasa bersama dengan Nabi SAW. 

Anak-anak Adam AS adalah seluruh manusia di muka bumi ini termasuklah orang2 yang bukan islam. Jika ada yang bukan islam, usahalah mengajak mereka ke arah islam. Baiklah, kita kembali kepada tajuk kita yaitu Keberkatan orang soleh. Allah memberi keberkatan pd kalangan auliya' serta pd kalangan anbiya', dan keberkatan itu boleh diberi kpd org2 yg masih hidup.

27 kali ganda bagi sesiapa yg menunaikan solat secara berjema'ah. Dan berganda-ganda pahala bagi seseorang yang memenuhkan saf pertama. Jangan bangga dengan pangkat kita, jangan bangga kerana menjadi doktor yang hebat. Jangan membangga diri dengan hal dunia, siapa yang membangga diri dengan hal dunia, dia akan dibangkitkan seperti mana dia akan kecil seperti zarah, malahan ulama' yang sombong pun akan kecil seperti zarah, tetapi orang2 soleh, para ulama' tidak akan berlaku sombong, kerana mereka mempunyai akhlak. Imam yang paling tawaaduk ialah Rasulullah SAW. Akhlak yg paling mulia ialah akhlak Rasulullah SAW. 

Apa ilmu yang kita belajar, tetapi tak mendapatkan manfaat kepada kita? Apa ilmu yang kita belajar, tetapi pembelajaran itu langsung tidak mendekatkan diri kepada Allah dan Rasulullah. Sesiapa yang tidak berselawat sebelum tidur, dia seolah-olah tidur tidak bernafas sebelum mati. Oksigen adalah makanan bagi roh. Berselawat merupakan makanan bagi roh. Orang yang tak kenal solat, tak akan kenal nilai al-Quran. Orang yg x kenal solat, jasadnya akan menjadi kubur bagi mereka. Untuk orang mukmin pula, rohnya sentiasa dekat dengan Allah. Cahaya hati disebabkan adanya cahaya wudhu'. Cahaya al-Quran masuk ke dalam hati orang2 yg berwudhu'. Apabila berselawat, cahaya kekal di hati. Didalam kubur, tidak akan ada sebarang cahaya melainkan cahaya iman. 



pesan Habib Kazim as-Saggaf di Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' tadi, jangan kita lupakan sentiasa 3 perkata ini:

1) setelah setiap kali solat baca "astagfirullah lil mukminina wal mukminats", 27 kali. barangsiapa yang beramal dengannya akan menjadi orang yang doanya makbul dan disebabkan mereka, akan turun hujan di muka bumi ini. dan bila kita baca sekali sahaja "astagfirullah lil mukminina wal mukminats" memakan masa 1 atau 2 saat sahaja, tapi Allah akan beri kepada kita berbilion2 pahala mengikut bilangan jumlah orang Islam.

2) setelah solat fardhu Subuh & Maghrib selawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam 100 kali. Allah akan kabulkan semua hajat kita dunia & akhirat, dengan syarat kita istiqomah setiap hari.

3) sebelum tidur, 20 kali berselawat ke atas Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam, bila bangun dari tidur baca doa bangun tidur (alhamdulillahil-lazii ahyaanaa ba'da maa amaatanaa wa ilaihin-nusyur) dan bersiwak, bila nak solat kita bersiwak. kalau kita tiada kayu siwak itu (kayu dari pokok arak), kita boleh bersiwak dengan hujung kain (lengan/kolar baju atau kain rida'/selendang). kerana menurut maksud hadis Nabi sollallahu 'alaihi wassalam; "Bersiwaklah dengan setiap perkara yang kesat" (diriwayatkan oleh iman al-Baihaqi dalam kitab sunannya). berkata para ulama fuqaha' Syafie, "akan dapat pahala siwak itu dengan setiap benda yang kesat". tetapi yang afdhal dengan kayu siwak dari pohon arak itu. dan yang terafdhalnya dari kayu pohon arak itu, dari akarnya bukan dari dahannya. kalau kita ambil kayu siwak ini, kita bersiwak, setiap solat dikaliganda 70 kali. setiap rakaat dikaliganda 70. semoga Allah beri kita semua taufiq insyaAllah.

wallahu'alam. 


Sunday, 15 September 2013

ADAB ZAHIR MEMBACA AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



sabda Nabi Muhammad SAW, 

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ, قَالَ النَّبِيُّ (ص) إنَّ أَفْضَلَكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Ertinya : Daripada Usman bin 'Affan RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik di antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya." -[riwayat Bukhari]


1.KEADAAN PEMBACA

Mengenai keadaan orang yang membaca al-quran itu, hendaklah orang itu berwudhu', tetap dalam keadaan tenang dan dengan penuh kesopanan. Dibolehkan untuknya berdiri atau duduk dan sebaik-baiknya hendaklah menghadap kiblat, menundukkan mukanya, bukanlah duduk bersilang,bersandar atau duduk yang menunjukkan kebongkakan.

2.KADAR BACAAN

Kadar bacaan al-Quran itu terdapat perbezaannya. Para ahli pembaca al-Quran itu mempunyai kebiasaan yang berlainan, mengenai banyak dan sedikitnya bacaan. Yang diterangkan daripada Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas'ud dan Ubay bin Ka'ab RA bahawa mereka sentiasa mengkhatamkan al-Quran sekali setiap hari Jumaat. Al-Quran dibahagikan oleh mereka menjadi tujuh hizib (kumpulan). 

3.TARTIL

Ini adalah disunatkan dalam membaca al-Quran, sebab kita akan mengetahui bahawa tujuan daripada bacaan itu adalah untuk direnungkan isinya dan difikirkan maknanya. Membaca secara tartil (tidak tergesa-gesa dan dengan baik) adalah sangat diperlukan untuk itu.

Oleh sebab itu, Ummu Salamah pernah memberikan keterangan mengenai keadaan Rasulullah SAW sewaktu membaca al-Quran. Bacaan Baginda SAW itu bagaikan bacaan yang ditafsirkan, satu huruf demi satu huruf. Ibnu 'Abbas RA berkata: "Sesungguhnya kalau sekiranya saya hanya membaca surah al-Baqarah dan ali-'Imran dengan perlahan-lahan dan tartil serta dapat merenungi segala ertinya, maka yang sedemikian itu adalah lebih baik pada pendapatku daripada saya membaca seluruh al-Quran dengan cara tergesa-gesa dan tidak keruan."

Keterangan yang sebegini memang tepat. Hal ini kerana membaca secara perlahan-lahan dan tenang adalah lebih dekat untuk dinamakan sebagai penghargaan dan pengagungan. Bahkan, lebih memberikan kesan dalam hati dan jiwa daripada bacaan yang tergesa-gesa dan tidak keruan.

4.MENANGIS

Menangis hukumnya sunat sewaktu sedang membaca al-Quran dan boleh menimbulkan perasaan sedih yang disebabkan oleh kandungan yang terdapat dalam al-Quran itu, yang berupa ancaman yang menakutkan dan juga merupakan perjanjian dan ikatan.

Pembaca al-Quran dapat merenung segala kekurangan yang telah dilakukannya dalam mentaati perintah-perintah-Nya. Namun begitu, berlaku sebaliknya kerana mereka sentiasa melanggar larangan-larangan-Nya. Pastilah hal ini akan menimbulkan rasa dukacita dan akhirnya mestilah mereka akan mengalirkan air mata dengan menangis tersedu-sedu.

5.MEMBACA TA'AWUZ

Pada permulaan bacaan hendaklah membaca 'A'udzubillahissami'il 'alim, minasysyaito nirrajim.

Dalam bacaannya, apabila membaca ayat tasbih, hendaklah bertasbih dan bertakbir, apabila membaca ayat-ayat doa dan istighfar (mohon keampunan), hendaklah berdoa dan beristighfar.

Begitu juga sewaktu membaca ayat pengharapan, hendaklah pembaca itu memohon apa yang diharapkan. Jika membaca ayat yang menakutkan, hendaklah mohon perlindungan agar diri pembaca tidak ditimpa oleh perkara tersebut. Kesemuanya itu boleh dilakukan dengan gerakan lisan atau diniatkan di dalam hati.

6.MENJAGA HAK-HAK AYAT

Hendaklah pembaca al-Quran menjaga hak daripada ayat-ayat yang dibacanya. Sekiranya pembaca membaca ayat Sajdah, hendaklah pembaca tersebut sujud. Begitu juga kalau pembaca mendengar ayat itu dibaca oleh orang lain, apabila orang yang membaca itu sujud, sebaik-baiknya pendengar ikut bersujud(solat berjemaah). Ketika sujud itu hendaklah seseorang itu dalam keadaan suci.

Untuk kesempurnaan sujud tilawah ini, ada sebahagian pendapat ulama' mengatakan bahawa hendaklah dimulakan dengan takbir sambil mengangkat kedua-dua tangannya, sebagai takbiratul ihram. Kemudian itu, bertakbir pula untuk turun sujud, seterusnya takbir lagi untuk bangun dan akhirnya memberikan salam.

7.MEMPERLAHANKAN BACAAN

Dapat menghindarkan diri daripada perasaan riak (menunjuk-nunjuk) atau bacaan yang berpura-pura. Hal inilah yang lebih utama dilakukan bagi seseorang yang takut timbul perasaan yang sedemikian itu didalam hatinya.

Sebaliknya, sekiranya pembaca itu percaya bahawa hatinya tidak dipengaruhi oleh perasaan riak atau berpura-pura, maka adalah baik baginya untuk menguatkan suaranya asalkan tidak ada orang yang sedang solat berhampiran dengannya. Hal ini kerana, perbuatannya itu mungkin akan mengganggu solat orang lain. Baca dengan kuat adalah yang sebaik-baiknya dan itulah yang selalu dilakukan.


8.MEMPERBAGUSKAN BACAAN

Memperbaguskan bacaan serta menertibkannya, tetapi jangan memanjangkan pada tempat-tempat yang bukan sepatutnya. Perbuatan tersebut akan merosakkan bacaannya. Memperbagus bacaan yang sedemikian itu adalah sunat. Dalam sebuah hadis ada menyebut,

زَيِّنُوا الْقُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ

Ertinya, "Hiasilah al-Quran itu dengan suara-suaramu." 
[riwayat Abu Daud, Nasa'i dan lain-lain]


Juga disebutkan dalam hadis yang lain,

 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ (ص) لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ وَزَادَ غَيْرُهُ يَجْهَرُبِهِ

Ertinya, "Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, Tidak termasuk dalam golongan kami, orang yang tidak memperelok suaranya ketika membaca al-quran dan ditambah oleh yang lainnya dengan kuat."
[riwayat Bukhari dan lain-lain]

Maksud memperbagus disini ialah tidak lagi memerlukan kepada yang selainnya, tetapi lebih dekat dan lebih tepat menurut ahli bahasa ialah melagukan dan mengulang-ulang iramanya.

wallahua'lam.



[rujukan : Kitab Ihya' 'Ulumuddin Al-Imam Al-Ghazali]





Kuliah Dhuha PONDOK BAITUL QURRO' - Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail (15 September 2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 
Mudir Pondok Baitul Qurro' : Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail bin Muhammad bin Yusuf


Perkongsian yang terdapat dalam kuliah dhuha

-Saidina Musa AS pernah meminta kepada Allah untuk melihat Allah. Lantas Allah menyuruh Saidina Musa AS melihat akan gunung-gunung yang tinggi. Tiba-tiba gunung itu meletus lalu Saidina Musa AS terus pengsan. Melihat Allah adalah HARUS dari segi dalil aqli. tapi melihat Allah tidak berlaku di dunia, tapi hanya berlaku di hari akhirat. Allah beri amanah kepada nabi2 dalam menyampaikan dakwah islam. Orang kafir tidak amanah, mereka adalah khianat. Tiada iman bagi orang yg tiada sifat amanah. Dikaitkan amanah itu dengan iman. Orang yang tidak beriman tidak akan amanah. Dengan amanah, mereka akan beriman. (pening juga bile ustaz zul sebut mcm ni.hehe) 

Islam adalah AMANAH. yang mana Islam tidak pernah mengajar umatnya berbohong. Dakwah dengan tingkah laku, yaitu dalam soal bermu'amalat. Ikutlah islam, siapa yg pegang islam, dia kuat. 

Sewaktu Nabi SAW wafat diatas riba Saidatina Aisyah RA, ketika itu Saidatina Aisyah berumur 20 tahun. 


AMANAH DENGAN ALLAH DAN RASUL-NYA
-dengan melaksanakan apa yg diperintah dan menjauhi apa yg dilarang.

AMANAH DENGAN IBUBAPA
-jangan buat apa2 melainkan ada redha dari mereka.

AMANAH DENGAN GURU
-jangan buat apa2 kalau tidak disuruh.


Belajarlah sifat amanah,sidiq, tabligh, fatanah. Ilmu agama bukan ukurannya pada sijil. Tapi ukurannya adalah amanah dalam menyampaikan dakwah. Orang masuk pondok adalah untuk mengeluarkan orang2 soleh. Jangan hina orang yang belajar pondok, mereka berhak untuk mendapatkan kemuliaan. Jangan hanya ditempat lain, lain caranya, tapi bila ditempat2 pondok, lain caranya. 

(perkongsian yg membuatkan kami)
Habib tegur untuk melihat kemaslahatan yg berlaku disekeliling kita. Saya ingat lagi ada seorang habib pernah menegur saya. Dalam surah an-Nas yg ayatnya begini, "Min syarril waswaasil khonnas." Sepatutnya perkataan "syarril" tu ditekankan sikit, tapi oleh kerana saya telah tersalah sikit, habib betul2 marah dan menegur sudah berkali-kali,berpuluh-puluh kali dan beribu-ribu kali.hehe.. alhamdulillah saya masih ingat lagi. 

wallahua'lam. (asif terlalu ringkas)



Friday, 13 September 2013

MAJLIS ILMU di BAITUL QURRO' - Al-Habib Abdul Qodir Jailani As-Syatiri

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

pelajar pondok (muslimin) setia menunggu al-Habib Abdul Qodir Jailani As-Syatiri utk mengiringi beliau sehingga ke kereta. Sungguh mulia adab2 mereka, hasil didikan dari tuan guru kita, Ustaz Zulkifli bin Ismail bin Muhammad bin Yusuf
Syukur atas segala nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Hujan lebat disekitar bumi Melaka menambahkan lagi keberkatan dan kerahmatan bagi orang yang menghadiri majlis ilmu agama. Syukur alhamdulillah. Dengan kedatangan seorang Mudarris Rubat Tareem Hadramaut Yemen, yaitu Al-Habib Abdul Qodir Jailani as-Syatiri, membuatkan kami semakin terus bersemangat untuk mempelajari ilmu yang dianugerahkan kepada beliau. Barakallahufik.

Antara tausiyah yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi,

Segala puji bagi Allah ke atas nikmat Iman dan juga nikmat Islam. Wirid Latif sangat masyhur di seluruh negara. Walaupun pengarangnya sudah meninggal dunia, tapi orang-orang masih lagi mengamalkannya. Begitu juga dengan Rotibul Haddad. Sesiapa yang membaca Rotibul Haddad, membawanya dimana-mana, Allah akan menjaganya setiap masa. Al-Imam Abdullah Alawi al-Haddad bukan orang biasa-biasa. Sejak berusia 4 tahun lagi, dia sudah mengalami buta. Ibunya menangis melihat keadaan anaknya itu.Lalu ibunya menyuruh seorang wali Allah itu mendoakan kesembuhan anaknya. Kemudian wali Allah itu mengatakan, "jangan risau, dia pasti akan ada pengikutnya.

Sewaktu beliau (Imam Abdullah Alawi al-Haddad) duduk di sebuah masjid yaitu di Sabi'(lebih kurang begini nama tempatnya), Hadramaut,Yemen, lalu datang seekor ular melingkari di sekitarnya, beliau tahu akan kehadiran ular tersebut walaupun dirinya dalam  keadaan buta. Inilah namanya karamah. Satu hari, ketika ada seseorang memberikan kopi kepada yang lain, tiba2 Imam Abdullah Alawi al-Haddad berkata, "jangan diminum akan kopi itu, kerana ada lalat didalamnya." Subhanallah! Bagaimana dia tahu ada lalat didalam kopi tersebut sedangkan dia buta? Bahkan orang yg memegang cawan kopi tu tidak tahu ada lalat di dalamnya. Itulah kekaramatan yang Allah kurniakan kepada Al-Imam Abdullah Alawi al-Haddad. Pada usia 20-an, beliau sudah mengarang beberapa buah kitab. 

Beza orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.Sekalipun berjawatan besar, tapi tiada ilmu agama, akan menjadi hina majlis tersebut. Majlis ilmu ini adalah undangan dari Rasulullah SAW, maka kita datang utk memenuhi majlis tersebut.Orang yang belajar ilmu agama ni, dia akan menjadi penyelamat bagi negeri tersebut dari terkene bala. Jangan bangga sebab anak kita dapat masuk Universiti, tapi banggalah kerana anak kita dapat menuntut ilmu agama. Anak yang sentiasa ada ilmu agama, itulah yang beruntung. Orang yang berilmu selalu dipersalahkan oleh orang yang tidak berilmu. Orang yang belajar ilmu agama, in syaa allah akan menjadi seorang yang alim. ilmu ada dua. DUNIA dan AKHIRAT. tapi yang paling khusus adalah ilmu AKHIRAT. Jika kita ada ilmu dunia SAHAJA, kita akan mudah menyalahkan orang lain, contohnya seperti bila ada orang buat mawlid, dikatakan mawlid tu bid'ah la, rotibul haddad tu bid'ah la, sedangkan microphone juga adalah bid'ah, telefon bimbit juga adalah bid'ah. Tak semua bid'ah adalah sesat kerana bid'ah ada cabang-cabangnya. Ada bid'ah HASANAH, ada bid'ah DOLALAH. 

Jika dia mengaku satu perkara, sebenarnya dia tidak tahu. Jadi, hati-hati. Ingat, kekaramatan bagi para auliya' itu wujud. Tangan mereka tidak sama dengan tangan kita, kaki mereka tidak sama seperti kaki kita, telinga mereka tidak sama seperti telinga kita, mata mereka tidak sama seperti mata kita.Maksudnya, tangan mereka boleh pegang sesuatu yang kita tidak boleh pegang, kaki mereka boleh melangkah ke tempat yang kita tidak boleh melangkah, telinga mereka boleh dengar apa yang kita tidak dengar, mata mereka boleh nampak apa yang kita tidak nampak.

Sesiapa yang bantu orang lain dalam mendalami ilmu agama, dia seolah-olah membina sebuah ka'abah sebanyak 70 kali. Kenapa kita risaukan harta, kerana semua akan mati. Mati itu pasti akan datang, mati itu musibah, semua orang akan kena. Kubur itu akan menjadi dua keadaan : taman kenikmatan ATAUPUN lubang neraka. Oleh itu, beramallah, carilah bekalan, jangan jadi seperti binatang. Binatang tidak menyiapkan apa-apa bekalan untuk menuju ke hari akhirat. Mati itu umpama pintu gerbang. Allah tidak minta rezeki pada kita, tapi Allah inginkan ibadah dari kita. Nak masuk syurga BUKAN SENANG, nak masuk neraka AMAT MUDAH. 

Berbaktilah kepada Ibubapa. Hebatnya ciptaan Allah. Tatkala musim sejuk, susu ibu akan menjadi panas dan jika musim panas, susu ibu akan menjadi bertambah sedap. Keutamaan ibu adalah 3 kali ganda berbanding dengan bapa. Semoga Allah membantu ibubapa yang mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan yang baik.

~wallahua'lam.~

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts
There was an error in this gadget

Musyawarah bersama~