Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday 30 June 2013

Kuliah Jemputan dari Sheikh Toha Abd Hamid al Humaidi (Baitul Qurro')

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kanan : Sheikh Toha Abd Hamid al Humaidi
(sumber : GOOGLE SEARCH)
Alhamdulillah, pada hari Ahad bertarikh 30 Jun 2013, bersamaan dengan 21 Sya'aban 1434 Hijriah, Kuliah Dhuha sempena Ramadhan telah diadakan bertempat di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha, tetamu jemputan ialah Ulama' yg alim dari Rubat,Tareem, Hadramaut Yemen. Sheikh Toha Abd Hamid al Humaidi. Moga Allah redha :)


ucapan semasa pembukaan majlis pd pagi tdi, 

Sebelum saya menerangkan tentang puasa, mari saya menerangkan sedikit tentang nikmat

yg telah Allah menurunkan rezeki dan menghalang kemudharatan kpd kita. Nikmat yg utama 
adalah nikmat islam. Nikmat yg mana, tidak perlukan sebarang bayaran. Mengucap dua kalimah syahadah adalah nikmat yg paling besar. Satu kalimah yg ringan utk melafazkannya, tapi berat timbangannya di hari Akhirat.

Sepatutnya bersyukur ke atas nikmat islam kepada kita. Apabila menyedari akan kita ke 
atas nikmat islam kepada kita, hendaklah dipelihara nikmat yg diberikan oleh Allah SWT. Bersyukur adalah sebab2 diantara ditambahnya iman bagi seseorang itu. 

Tali islam apabila kurangnya kita dalam menjaga ikatan, maka tali awal yg akan terurai adalah JIHAD, dan tali yg terakhir adalah SOLAT. Rasulullah SAW berkata, Apabila seseorang itu memelihara solatnya, ditambahkan cahaya pada wajahnya, akan ada bukti keimanan pd dirinya. Bukti yakni hujjah di hari Akhirat. Dengan ini, islam akan kekal teguh.

Solat itu umpama KEPALA dalam agama. Seperti kepala kepada JASAD. Maka siapa yang tiada kepala, mustahil bagi manusia utk hidup. Begitu juga dengan solat. Perkara pertama yang akan disoal dalam kubur adalah tentang solatnya. Sekiranya sempurna solatnya, akan diterima segala amalannya. Dan sekiranya tidak sempurna solatnya, maka segala amalannya tidak diterima oleh Allah SWT. Sebaik-baik amalan kebanyakkan adalah tunaikan solat. Barangsiapa yang menjaga solatnya secara berjemaah, maka dia telah penuhi segala apa yang berada di langit dan bumi. Memelihara solat adalah sangat besar ganjarannya, lebih2 lagi yg berjemaah. Orang yang solat di masjid adalah tetamu Allah. Maka Allah akan memuliakan tetamunya yang beribadah di dalam masjid. 

Solat fardhu Subuh dan Solat fardhu Isyak adalah amat berat bagi seseorang utk melaksanakannya. Tatkala menyebut orang munafik hendak melakukan solat, maka Rasulullah SAW berkata, "Solat fardhu Subuh dan solat fardhu Isyak amat berat bagi mereka." 

Dua perkara seseorang itu dapat menunaikan solat fardhu subuh adalah dengan TIDUR AWAL dan MELAWAN AKAN NAFSU agar tunduk kepada Allah.

Dunia bukanlah negeri untuk berehat-rehat bagi orang kaya, miskin atau sesiapa saja. Barangsiapa yang kata dunia ini tempat untuk berehat-rehat, maka dia telah menipu diri sendiri. Harun Ar-Rasyid, menyuruh pekerja-pekerjanya agar bergembira semuanya, jangan ada yang berada dalam kesulitan. Ketika mana Harun Ar-Rasyid bergembira sampai waktu Zohor, lalu bangkitlah bundik(pelayan wanita) ini lalu hendak menyanyi. Lantas tiba-tiba suaranya sakit, lalu meninggal dunia. Baru Harun Ar-Rasyid tahu bahawa sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kesusahan. 

~moga Allah redha~




Tuesday 25 June 2013

Sungguh ku merinduimu :'(

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz :')

Ya Allah, sungguh, aku tidak tahu mengapa hatiku begitu dekat dengan beliau. Sungguh, aku tidak tahu mengapa kerinduanku makin bertambah. Ya Allah, berikanlah kesempatan kepadaku untuk bertemu dengannya. Allahumma amin...amin..amin..


Sampai satu ketika itu, aku pernah bermimpi dapat bertemu dengan beliau, ya Allah! Ya Allah.. dia memandangku, aku memandangnya. Jelas aku melihat wajahnya, ya Allah... 
Subhanallah... aku melihat dibahunya terdapat shayla berwarna hijau. Dia mengukirkan senyuman kepadaku, sedangkan aku tidak mampu untuk membalasnya. Allahuakbar. Adakah ini suatu nikmat yang dikurniakan dari-Mu, ya Allah? :'D 

Ya Allah, aku teringin menjejakkan kaki di bumi Yemen yang ada ribuan para wali Allah. Aku ingin merasai nikmat zuhud yang sebenarnya. Aku tidak mengharapkan dunia, cuma aku hanya mengharapkan amalanku didunia dapat menjadi bekalan yang sempurna di Akhirat nanti, in syaa allah bi iznillah. Hatiku sudah lama terpikat pada pengajian di pondok, jujur dari hati yang dahagakan ilmu akhirat. Allahuakbar! Aku tidak kesah sekiranya ada yang mengganggap diriku seorang yang terpencil dalam bab-bab ilmu dunia. Kerana itulah tujuanku! Mengutamakan AKHIRAT, dengan menambahkan bekalan daripada DUNIA. Belajar ilmu agama, belajar tentang ilmu akidah,ilmu tauhid. Itu semua merangkumi dalam mengenali apa itu KEESAAN bagi Allah dari sudut akal dan sebagainya. 

Ya Allah, jujur, aku sangat cemburu siapa yang pernah melihat wajahnya dan bersama-sama dengannya dalam mendengar tausiyah beliau. Kata-katanya, dalam memperelokkan akhlak kita, begitu lembutnya tapi tegas dalam setiap perkataannya. Subhanallah,, Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz, Ulama sejuta wali :')

Friday 7 June 2013

Hatimu TERLUKA? Perbaiki CINTAmu pada-Nya.

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Terlukakah hatimu? Sakitkah jiwamu? Itu bermakna ada yang masih kurang. Apa yg masih kurang? 

Adakah antum sudah yakin bahawa cinta Allah sudah benar-benar berada dihatimu? Jika benar sudah ada, mengapa masih terluka? Bukankah cinta Allah itu melebihi segala-galanya? Atau mungkin dirimu belum memperbaiki cintamu kepada-Nya? 

Kecewa tidak bermakna tidak boleh bangun. Mari kita lihat kembali. Kecewa sebab putus cinta? Kecewa sebab gagal dalam peperiksaan? Kecewa sebab cinta tak berbalas?

Itu hanyalah kekecewaan yg mampu dipulihkan. Jangan kerana kecewa sebab putus cinta, menangis siang malam, tak lalu makan, niat nak bunuh diri dan sebagainya. Bukankah masih ada cinta yg tidak mengecewakan?

Siapa?

ALLAH SWT. Dialah yg tidak TIDAK PERNAH TIDUR. Dialah Tuhan yang Maha Hidup. Dialah Tuhan yg memberi kita 'qolb' (hati). Kalau bukan kerana Dia, tiadalah kita diciptakan di dunia ini. Kalau bukan kerana Dia, tiadalah bumi ini diciptakan. Kalau bukan kerana Dia, tiadalah juga terciptanya 'perasaan kasih sayang'.

Jadi,bagaimana mahu memperbaiki cinta kita kepada-Nya? Kembalilah pada-Nya. Pulanglah kepada-Nya. Hasbunallah wa ni'mal wakil. Cukuplah bagi kita yakni Allah, sebaik-baik tempat kita berserah. 'Berkenalan' lah dengan Allah. Kenali cinta-Nya sedalam-dalamnya. 
Ye benar. Tapi caranya bagaimana?

Taqarrubkan (mendekatkan) diri pada al-quran. Bukan setakat mendekatkan diri, bahkan dibacanya, ditatapnya, dan dihayatinya. Hati perlu dirawat dengan segera kerana dialah raja segala dalam anggota tubuh manusia. Rosak hati bermakna rosaklah diri, rosaknya diri kita bermakna kurangnya kita dalam memelihara iman. Cinta itu terbit ataupun anugerah dari Allah. Hidup kita tidak akan tenang sekiranya belum terbit cinta Allah fii qolbuna (dalam hati kita). Allah memiliki segala-galanya, sedangkan kita hanyalah pinjaman dari-Nya. 

Berhusnu zhon kepada Allah, yakni bersangka baik kepada Allah. Jangan terlalu memikirkan yang negative sehingga hati mula terdetik tidak yakin dengan kekuasaan Allah. Bukankah Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu?

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dan Dia (Allah) Mengetahui (segala) apa di langit dan (segala) apa di bumi, Dan Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu."
[Surah Ali 'Imran: 29]

Oleh kerana, cinta yang selayaknya perlu kita harapkan hanyalah HUBBULILLAH. CINTA ALLAH. Tidak perlu kecewa jika tidak dikurniakan cinta insani. Asalkan cinta Ilahi jangan sesekali diabaikan.

Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku” 


#maaf sekiranya ada kekurangan. 

Sunday 2 June 2013

Kuliah Dhuha ~Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' - Ustaz Hamid


Alhamdulillah, pada hari Ahad, 2 Jun 2013 bersamaan 23 Rejab 1434 Hijriah telah diadakan kuliah Dhuha bertempat di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha', sungai Udang Melaka. Minggu ini Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail tidak dapat bersama dengan kita bagi menyampaikan ilmu kerana, beliau ada urusan penting di Hadramaut Yemen. Doakan semoga beliau selamat tiba dan selamat pulang, in syaa allah. Ustaz Hamid yang menggantikan tugas ustaz Zulkifli pada hari ini utk sementara. Ustaz Hamid seorang yang sangat tawaaduk. alhamdulillah.. Jadi in syaa allah, ana akan mengongsikan sedikit apa yg telah disampaikan oleh beliau. Semoga Allah redha ^_^


-Sebenarnya manusia di seluruh dunia masih tercari-cari akan siapa yang patut mereka ikut. Semua orang tahu bahawa orang yang paling layak utk dijadikan ikutan ialah Nabi Muhammad SAW. Berapa ramai yang mengenali Nabi SAW, tapi tidak menghayati sirah Baginda SAW?  Pentingnya kita dalam berhubungan dengan Nabi Muhammad SAW. Sirah nabi bukanlah sekadar utk dijadikan sebagai bahan cerita utk kanak-kanak, tetapi hendaklah juga dijadikan sebagai pengajaran yang boleh kita dapat. Oleh sebab itu, jika kita nak tarik rahmat Allah agar masuk ke dalam rumah kita, hendaklah kita memperbanyakkan bahan bacaan mengenai sirah nabi SAW.

Menurut ulama', ada 3 peringkat yang mengatakan nabi SAW merupakan seorang maksum. Yang pertama, sahsiah peribadi Rasulullah SAW. Buktinya, Nabi SAW tidak pernah berbohong sejak kecil sehinggalah dewasa. Oleh sebab itu, Baginda SAW digelar al-Amin. Yang kedua, Baginda SAW datang daripada susur galur keturunan yang mulia (yang sangat dihormati) oleh bangsa Arab. Yang ketiga pula, Rasulullah SAW mendapat jagaan dan pemeliharaan daripada Allah secara terus. 

Menurut ulama, Khusyuk adalah lebih buas dan sangat liar daripada binatang buas. Ini kerana, tak semua orang dapat memiliki kekhusyukan, terutama apabila ingin melaksanakan solat. Untuk memperoleh khusyuk, kita harus mendatangi solat dengan keadaan kita benar2 bersedia utk solat. Seterusnya, kita perlu memahami makna bacaan solat. Selain itu, semasa ingin melaksanakan solat, kita jangan mengambil tahu hal disekeliling kita. Bayangkan di atas kepala kita ada sebuah baldi yg besar dipenuhi dengan air. Jangan bagi baldi tu jatuh. Tapi, janganlah sampai tak ingat berapa rakaat pula. :) Imam Nawawi, seorang imam yang muktabar, beliau mengambil masa 40 tahun untuk mendapatkan khusyuk. Sedangkan kita? Wallahua'lam...

Islam wajib disebarkan walau dengan apa cara sekalipun. Dan salah satu islam dapat ditegakkan adalah melalui PEMERINTAHAN. Takkan tertegak islam tanpa pertolongan dari Allah. Islam adalah sesuatu perkara yang MAHAL. Perlu mujahadah yang lebih besar. Tiada nilainya pengorbanan bagi seseorang jika dia mengganggap islam itu murah dihadapannya. Taraf hamba adalah HINA. Akan tetapi, adanya hamba itu menjadi sangat MULIA, itulah HAMBA ALLAH.  

Syaitan akan menyolekkan kejahatan itu menjadi sesuatu kebaikan. Contohnya MENGUMPAT. Bukankah mengumpat itu HARAM? Tetapi ianya tetap menjadi TATAPAN RAMAI, terutama di televisyen. Ianya seakan-akan menjadi satu trend, menjadi satu kebiasaan bagi menonjolkan kisah seseorang yang mungkin melibatkan aib seseorang. Senjata syaitan hanyalah BISIKAN.  Di akhirat kelak, apabila manusia berkata, "SYAITAN YANG SURUH AKU BUAT BEGINI-BEGINI," maka Syaitan akan berkata, "SESUNGGUHNYA AKU TAKUT PADA ALLAH". 

Ikut hawa nafsu memang SEDAP, tapi CEPAT BINASA. Ikutlah landasan ISLAM, pasti aman TENTERAM.

~wallahua'lam~

Saturday 1 June 2013

jaga AURATMU SAYANG ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah dapat bersama-sama dalam menjelajahi blog yg in syaa allah masih dalam rahmat Allah SWT. Sudah berkurun lamanye ana tidak mengupdate blog disebabkan masalah teknikal yg tak dapat dielakkan (padahal 2 bulan je kot). hehehe... Antum semua sihat-sihat? Alhamdulillah.. ana pun masih sihat juga. Sihat itu pun nikmat dari Allah, kan? :)

Pada kali ini, kita akan membincangkan mengenai topik AURAT WANITA. Wahai wanita sekalian..tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan... JENG3!! haha, sje je nak takutkan antum semua.hehehe..

Sahabat-sahabat sayang, janganlah antum suka mengambil ringan dalam soal AURAT. Tidak tahukah bahawa jika antum tidak menjaga AURAT, dua orang lelaki yg paling antum cintai, akan dirakus ke dalam neraka, na'uzubillahi min zalik! Mereka yg ana maksudkan itu ialah AYAHMU dan SUAMIMU! 

Apabila ditanya BILA INGIN TUTUP AURAT? Maka, secara tidak asing lagi akan berkata,

"In syaa Allah lps kahwin nanti, aku pakailah tudung."

"Tak sampai serulah.."

"Nanti orang kate aku hipokritlah plak..."

"Jadilah diri sendiri.."

Kenapa mesti lepas kahwin, baru terhegeh-hegeh nak cari tudung? Ouh, sebab tak nak suami tanggung dosa? Hmm, habis tu, macam mana pula dengan ayah kita? Sanggup kita membebankan dosa kita pada ayah kita. Ingat! Ayah dan suami adalah orang yang bertanggungjawab di hari Akhirat jika anak perempuannya tidak menjaga aurat! Dan suami pula adalah orang yang bertanggungjawab dalam mendidik isterinya. Wahai suami, jangan menjadi lelaki dayus dengan membiarkan isterimu mempamerkan auratnya pada orang ramai. Wahai isteri, jangan membuatkan suamimu,ayahmu terseksa disebabkan oleh kesalahanmu sendiri! 

Kenapa mesti cakap, "belum sampai seru??" Sedangkan di dalam al-Quran, Allah sudah berfirman yang bermaksud,

 "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(Surah Al-Ahzab:59)

Jadi? Masih juga nak kata "BELUM SAMPAI SERU" lagi? Kalau masih juga berkata sebegitu, banyak-banyakkanlah berdoa, memohon ampun pada Allah. Bukannya beratpun utk tutup aurat. :) Kalau kita tutup aurat, semuanya akan selamat. Selamat dari sudut ape? Selamat dari pandangan lelaki, selamat dari di sentuh, di rogol dan sebagainya. Lelaki akan hormat perempuan kalau perempuan tu tahu menjaga auratnya. Bagi lelaki, wanita seperti itulah yang layak utk dijadikan isteri. Kalau bagi wanita yg sering mendedahkan aurat pula, lelaki akan pandang sebelah mata je. TOUCH skit, pastu GO. Itulah dinamakan sebagai murah. Lelaki x nak 'barang' yang murah-murah. Mereka inginkan yang 'eksklusif'. Yang dijaga dengan rapi. 

"Nanti orang kata aku hipokritlah..."

Ya Allah.... hipokrit depan manusia, antum takut. Tapi hipokrit depan Allah??? Jangan terlalu ikutkan pandangan manusia sehingga pandangan Allah pula diabaikan. Siapa yang memberi rezeki pada kita kalau bukan Allah? Siapa yang memberi kita nafas kalau bukan Allah? Siapa yang menciptakan kita kalau bukan Allah? Selalu cakap "IN SYAA ALLAH" "IN SYAA ALLAH", tapi perkataan tu sendiri tidak meresap di dalam hati. Perbanyakkan istighfar. Kita sekarang berada di dunia akhir zaman. Makin banyak perubahan, makin banyaklah hasutan nafsu yang bergelimpangan.

"Jadilah diri sendiri". Jadi diri sendiri? Agak pelik disitu. Setiap orang mampu berubah. Kenapa perlu maintain menjadi orang yang 'semalam' ? Bukankah sepatutnya kita harus menjadi yang lebih baik daripada semalam? Dan esok, belum tentu kita dapat ubah diri kita. Belum tentu kita ini masih bernyawa. Belum tentu kita sempat bertaubat. Allah masih sayang kita semua, sebab tu Dia nak kita menjadi yang lebih baik. 

Wanita sangat berharga. Jika dijaga dengan baik, maka akan baiklah dia. Dan ingat! Sebaik-baik perhiasan dunia ialah WANITA SOLEHAH (riwayat Muslim)

Jangan cakap "AKU TIDAK LAYAK" 
tapi ucapkanlah, "AKU PERLU MENJADI YANG LEBIH BAIK!"

~JAGALAH AURATMU SAYANG~
~NILAIMU TIDAK SAMA SEPERTI BARANG~
~KAMU NAMPAK LEBIH INDAH JIKA TERTUTUP~


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

 “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)









AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~