Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday, 18 March 2012

LA TAHZAN YA ISLAM ~



Saatku mendengar launganNya,
Makin ku ingin dekatiNya,
Gentarlah hati ini dikala menyebutNya,
Insaflah diri ini pada yang Punya..


Bawalah aku ke lembah toriquLLAH..
Agar aku bisa mendapat nur ImanMu,
Dengan keindahan Isma' Kalamullah,
Terus melunturkan keegoanku..


(Chorus) *
Wahai umat islam...La Tahzan!!
Teruskanlah berdoa kerana Allah Maha Mendengar...
Bahkan Allah juga Maha Pemakbul..
Allah ya Rahman, ya Rahim..

ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الاعلون اِن كنتم موءمنين =سورة ال-عمران,أية ~139~


Ertinya : Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang menimpa kamu,padahal kamulah orang yang tertinggi dalam mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan jika kamu orang yang beriman (surah Ali-Imran :139)

Ummul Mukminin ^^

Redup matamu, menyejukkan kalbuku..
Lembut tutur bicaramu, tersentuh di tirai sahmuraku...

Wahai Ummul,
Terpancarlah segala nur imanmu..
Terusiklah sekotak hati ini...
Yang memberikan sinaran mukminin...

Wahai Insan yang digelar Ummul Mukminin,
Ku rasakan seperti di Taman Syurga..
Kerana bertemu dengan seorang wanita...
Yang bagaikan seorang bidadari...

Ketahuilah,
Kesabaranmu itulah yang telah membuktikan...
Bahwa,
Engkaulah wanita..
Sebaik-baik wanita solehah..
Dambaan bagi setiap syabab.... ^^~

Wahai Pemuda Islam...



Wahai Pemuda Islam..
Tegakkanlah agama sucimu..(agama Allah)


Wahai Pemuda Islam..
Berkorbanlah demi agama sucimu...(agama Allah)


Wahai Pemuda Islam..
Jadikanlah keberanianmu itu sebagai satu panji perjuangan islam!!


Wahai Pemuda Islam..
Berjihadlah pada jalan yang satu!!(FISABILILLAH)


Wahai Pemuda Islam...
Tegaskanlah pembicaraanmu itu dalam berdakwah!!


Wahai Pemuda Islam..
Cegahlah kemungkaran, hapuskanlah maksiat!!!


Wahai Pemuda Islam..
Tegurilah sifat mazmumah yang ada pada saudara islammu sendiri!!


Wahai Pemuda Islam..
Serukanlah agamamu itu selagi kau terdaya....

Istikharah Cinta ^ ^~







Pada malam yang bertemankan bintang si kejora,
Aku termenung sambil bermonolog bersendirian...
Memikirkan sebuah impian mahligai syurga...
Satu kalimah yang tercipta..
Untuk diriku sendiri..


Disetiap nukilan yang aku warkahkan..
Ada sedikit makna yang aku aturkan..
Seluas kain yang aku hamparkan...
Bagi beristikharah di ruang dakapan cintaMu..^^


Wahai istikharah peneman hidupku..
Siapakah dia insan yang bertuah itu??
Yang telah merebut hati yang cuma satu??
Wahai istikharah cinta...
Adakah dialah sebagai pelengkap hidupku??


Sunyiku tanpa warkahnya...
Sunyiku tanpa khabarnya..
Sunyiku diruang istikharah..
Tempatku bersujud...


Namun..
ku ada seorang penanti mimpi si setia...
Yang sudi menjenguhku..
di butiran TASBIH CINTAKU~ ^^


= 17 MAC 2012
=Sabtu (malam)

Monday, 12 March 2012

YA ALLAH...BENARKAH PERASAAN INI??

~aSSalamualaiKum..~





Ku cuba untuk menyimpan...
Tapi amat payah untuk dilupakan..

Mengapa??Mengapa perasaan ini sering terjadi di lubuk hatiku yg tidak bersalah ini??
Sukar untuk dinafikan,sukar untuk diceritakan..
Namun madah ingin saja berkata.

Ku ingin kau tahu..
Bahwa diriku tidak sempurna buatmu..
Diriku tidak layak untukmu..
Cukuplah sekadar kasihmu untukNya..
Ku hanya insan yang cuba menghampiri duniamu...
Namun,ku pasrah jika kau memilihku..
sebagai teman hidupmu...
Aku sekadar tumpang kasih dalam jiwamu...
Untukku berbahagia dialam rahmatNya~

~KHAS BUAT INSAN YANG DICINTAINYA~

Setabah Sumayyah



SUMAYYAH Khayyat adalah wanita pertama syahid pada jalan Allah sebelum hijrah. Pengorbanan beliau adalah simbol kebesaran Islam dan menjadi teladan kepada semua umat.Sumayyah hidup sebatang kara dan menjadi hamba kepada Abu Huzaifah al-Mughirah, hartawan Bani Makhzum yang terkenal. Beliau adalah isteri kepada Yasir, pedagang yang datang ke kota Makkah untuk mencari saudaranya yang hilang.

Saudara yang dicari Yasir tidak ditemui lalu dia mengambil keputusan untuk terus menetap di kota Makkah kerana terpegun dengan kemakmuran di situ. Namun disebabkan kehidupan di kota Makkah yang mengutamakan hidup bersuku-suku, Yasir akhirnya meminta perlindungan daripada Bani Makh-zum. Kemudian, Yasir ditempatkan di bawah jagaan Abu Huzaifah yang turut menjaga Sumayyah.

Akhirnya, Yasir dikahwinkan dengan Sumayyah dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ammar dan Ubaidullah. Lama-kelamaan, kedua-dua anak mereka meningkat dewasa, manakala umur Sumayyah serta suaminya pula kian bertambah.




Pada permulaan Islam, dakwah Islamiah yang dibawa Nabi Muhammad menarik perhatian segelintir masyarakat Arab Jahiliah. Sinar Islam yang dibawa Nabi Muhammad turut membuatkan salah seorang anak Sumayyah, Ammar untuk mendalaminya.

Justeru, beliau memeluk Islam lebih-lebih lagi selepas tertarik dengan ajarannya yang tidak membezakan darjat antara manusia. Sesudah itu, Ammar berusaha menyebarkan dakwah Islam kepada keluarganya lalu akhirnya mereka turut memeluk Islam tanpa syak wasangka.

Bagaimanapun, sikap golongan Quraisy yang rata-rata menyembah berhala agak lantang terhadap Islam. Mereka memusuhi Islam yang dibawa Rasulullah dan menyeksa mana-mana individu yang memeluk agama itu.

Mereka amat berharap agar kaum Muslimin kembali kepada agama nenek moyang. Walaupun diugut oleh golongan Musyrikin, Sumay-payah langsung tidak gentar sebaliknya menegaskan kebenaran Islam yang dianutinya. Baginya, pilihan itu adalah tepat dan benar.

Peristiwa Sumayyah memeluk Islam turut diketahui Bani Makhzum. Akibatnya, Sumayyah dan ahli keluarganya ditangkap serta diseksa termasuk dijemur di bawah pancaran cahaya matahari.

Mereka diseksa dengan kejam tanpa belas kasihan daripada orang kafir itu. Seksaan Sumayyah lebih teruk lagi di mana beliau ditabur dengan pasir yang panas dan diletakkan batu besar di atas tubuhnya.

Namun, keimanan beliau kepada Allah mengatasi segala-galanya dan beliau tidak pernah merintih kesakitan. Sebaliknya, perkataan yang keluar dari mulut beliau hanya ‘Ahad! Ahad! Ahad!’ (Allah Yang Satu)’.

Keadaan itu menambahkan lagi kemarahan Bani Makhzum dan mereka terus menyeksa Sumayyah agar kembali kepada agama asal. Sumayyah dan keluarga tetap tidak berganjak daripada keputusannya walaupun diseksa dengan kejam.

Semua penduduk Makkah menyaksikan penyeksaan itu, namun tidak ada yang mampu berbuat apa-apa kerana takutkan ancaman Bani Makhzum. Rasulullah yang melintasi tempat itu bersimpati dengan nasib Sumayyah dan keluarganya. Lalu Baginda bersabda: “Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya janji kamu nanti adalah di syurga”.

Kewibawaan Sumayyah kian terserlah sebaik saja mendengar kata-kata Rasulullah. Iman beliau kian bertambah kerana janji yang diucapkan Baginda adalah benar. Lagi pun Sumayyah hanya seorang wanita dan tidak mampu menghalang seksaan itu, namun beliau tetap tabah menghadapinya.

Sesungguhnya, ketabahan yang ditonjolkan Sumayyah amat mengagumkan umat Islam. Malah, Bani Makhzum berasa tercabar dengan ketabahan beliau dan merasa amat benci.

Kemudian, Abu Jahal, terus memujuk Sumayyah agar kembali ke agama asal mereka namun ia tidak diendahkan Sumayyah. Kata-kata yang disebut Sumayyah melukakan hati dan menghilangkan kesabaran Abu Jahal lalu menikam pangkal dada Sumayyah dengan pedangnya tanpa perasaan simpati.

Sumayyah akhirnya terkorban dan peristiwa berkenaan disaksikan seluruh penghuni kota Makkah ketika itu. Suaminya, Yasir turut terkorban selepas kematian Sumayyah.

Syiar Islam yang dipegang oleh Sumayyah melambangkan kebenaran dan kebesaran Allah. Selepas kematian Sumayyah, orang Islam di kota Makkah berhijrah ke Madinah dan membuka era baru dakwah Rasulullah.

Pembunuh Sumayyah iaitu Abu Jahal akhirnya menemui ajal dalam Perang Badar selepas bertarung dengan tentera Islam. Sesungguhnya, peristiwa kematian Sumayyah adalah lambang pengorbanan sejati dan menjadi semangat kepada seluruh umat Islam.
diambil drpd petikan http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1911

Sunday, 11 March 2012

Cerpen: ~Guru Pokok Kejayaanku~(VERSI UNIC)




                                                            ~I~

Fitri dan Wan Shah ditugaskan untuk menjaga pagar sekolah di samping mahu menahan pelajar yang tiba lewat ke sekolah.Tiba-tiba mereka ternampak Norman sedang berjalan lenggang-lengguk menuju ke sekolah.Fitri menggelengkan kepalanya sambil berkata,
“Tengok lah tu Shah, waktu macam ni pun boleh lagi si Norman tu jalan lambat-lambat.Kita penat menunggu di sini,dia pula yang bersenang-lenang!” Rungut Fitri.
“Nama pun budak tak reti bahasa, nak buat macam mana.”balas Wan Shah.
“Shah, tutup jelah pagar ni.Biar  dia tinggal kat luar.”Cadang Fitri.
“Ha,bagus juga idea awak tu!” kata Wan Shah sambil menepuk bahu Fitri.
Ketika Norman melihat pagar sekolah sudah ditutup,dia tergesa-gesa berlari ke pintu pagar.Nampaknya Fitri dan Wan Shah masih lagi menunggunya.
“Hoi, ape ni?Bukalah!”Marah Norman.Fitri dan Wan Shah mengukirkan senyumannya dihadapan Norman sambil tergelak kecil.
“Asal kau gelak?Aku nak kau buka pintu ni sekarang!Kau ni,takde rasa simpati langsung kat aku kan?”Saja nak tunjuk simpati.
“Kami tak boleh melakukan seperti itu, sebab itu sudah menjadi tanggungjawab kami untuk melaksanakan tugas kami.Yang awak ni,kenapa selalu datang lambat? Nama awak dah banyak kali tercatat dalam buku pengawas.Awak tak takut kena marah dengan cikgu Badli?”Tegur Fitri.
“Cikgu Badli?Hei, buat apelah aku nak takut dengan dia.Takde maknanya!Okey,kalau kau tak nak buka pintu ni takpe,buang masa aku je.Baik aku lepak kat kedai mamak je,lagi bagus!” lagak Norman.
Mentang-mentanglah Norman tu anak kepada Pengerusi PIBG sekolah, senang-senang je nak ponteng sekolah!
Lalu,Norman segera beredar dari situ.Meninggalkan Fitri dan Wan Shah yang sedang berdiri di sebelah pintu pengawal.Fitri senyum sendiri.Dia sebenarnya sudah tahu dimana Norman mahu pergi.Kerana,dia memang sudah masak dengan perangai Norman.Lantas, dia menyuruh Wan Shah menjaga pagar sendirian, kerana dia ingin mengekori Norman melalui belakang sekolah.
“Shah,tolong jaga pagar kejap,boleh?Saya nak pergi tandas.”bohong Fitri. Dia ingin dia seorang saja yang tahu perkara tersebut.
“Eh,habis tu,siapa yang nak temankan saya menjaga pintu pagar ni?”Soal Shah.
“Alah, saya pergi cuma 10 minit je.”Kata Fitri.
 “Okey.”Balas Shah.
  Fitri segera pergi ke belakang sekolah.Ternyata jangkaan Fitri amat tepat sekali. Memang Norman  yang sedang menyusup melalui pagar itu.Fitri sembunyi dibelakang kelas.Lalu menerjah Norman.
“Ha,nak pergi mana?”sergahan Fitri telah membuatkan Norman menjadi seperti orang dikejar hantu.

“Opocoot!!Haish,kau ni buat aku terkejut je.Tak habis-habis nak kenakan aku.”semput Norman.
“Siapa suruh awak masuk senyap-senyap?Saya dah memang kenal sangat dengan perangai awak tu. Tapi,kesalahan tetap kesalahan. Nama awak akan saya catatkan dalam buku ini.”Tegas Fitri.
“Kau nak sangat kan nama aku ni? Hah,ambillah-ambillah.Aku tak heran pun.” Sambil menunjukkan tanda nama di baju sekolahnya.
Tiba-tiba muncul Wan Shah bersama dengan Cikgu Badli di belakang Norman.
“Apa yang bising-bising ni?! Kenapa belum berbaris lagi?” Marah Cikgu Badli,selaku guru disiplin di Sekolah Menengah Agama Penawar, Kota Tinggi Johor.
“Cikgu, Norman selalu datang lewat ke sekolah. Saya sudah menegur kesalahan dia, tetapi dia buat tidak endah akan teguran saya ini.” Sungguh berani Fitri berbicara.
“Norman! Lepas perhimpunan, saya nak kamu jumpa saya di bilik disiplin.Faham?!” Tegas Cikgu Badli seakan mahu menelan Norman yang sedang terkebil-kebil ketakutan.
“B..b..baiklah cikgu.” Gugup Norman sambil diperhatikan oleh Fitri dan Wan Shah.


                                       ~II~
“Kamu tahukan apa peraturan dan prinsip sekolah kita?” Terang cikgu Badli kepada Norman di  bilik disiplin yang agak malap.
“Tahu cikgu.” Sepatah Norman menjawab.
“Apa dia?” Soal cikgu Badli kembali.
“TIADA PONTENG,TIADA SAMSENG,TIADA ALASAN.” Kata Norman.
“Ok,habis tu kenapa kamu selalu ponteng kelas? Hmmph, ada hati nak jadi ketua samseng, tapi lembik macam cacing!” Sindir cikgu Badli.
Cikgu Badli memang terkenal dengan mulutnya yang lancang dan lantang itu. Jadi,memang wajarlah cikgu Badli yang mengambil alih sebagai guru disiplin di sekolah ini.Kerana dengan ketegasannya dan keberaniannya itu dapat mendisiplinkan para pelajar yang kurang bermoral.
“Saya bukan ponteng saja-saja cikgu.Saya ada hal penting kat luar.”Bohong Norman sambil matanya memandang ke arah lain.
“Hal penting apa?” Renungan tajam cikgu Badli membuatkan hatinya bertambah resah.Tambah-tambah lagi dia sudah berbohong.
“Err..hal..” saja ingin melambatkan ayatnya itu.
“Hal apa?!Pandang cikgu kalau nak bercakap!Jangan-jangan kamu memang berbohong.” Semakin menyinga cikgu Badli terhadap Norman.
“Se..sebenarnya cikgu, saya memang tidak ada sebarang alasan.”Akhirnya Norman berterus-terang juga.

“Oh..jadi, tujuan kamu datang ke sekolah ni semata-mata nak menghabiskan wang ibubapa kamu? Yang bersusah payah nak menyekolahkan kamu? Apa kamu ni? Kamu tidak merasa simpati langsung terhadap kedua ibubapa kamu ke?” Tegur cikgu Badli.
“Bukan macam tu cikgu.Saya memang nak belajar.Cuma, saya suka melengah-lengahkan masa.”Kata Norman.
“Baiklah, kali ini saya maafkan kamu. Tetapi ingat! Jika kamu  melanggar peraturan sekolah sekali lagi, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat.Faham?” Kata cikgu Badli.
“Faham cikgu.” Jawab Norman.
Setelah terpaksa mendengar teguran ataupun senang dipanggil ‘dibebel’, dia pun segera masuk ke kelas untuk mengikuti mata pelajarannya yang telah tertinggal.
‘Siap kau Fitri!’Desis hati Norman.
                                               ~III~

Krinnnggggg!!!
Loceng sekolah berbunyi menandakan pelajar-pelajar telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah tamat sesi pembelajaran.Kelihatan Norman dan rakan-rakannya sedang sibuk merancang sesuatu di luar pagar sekolah. Mereka merancang untuk mengenakan Fitri kerana Fitri sudah membuatkan dia berasa malu dihadapan cikgu Badli. Sebentar kemudian mereka ketawa terbahak-bahak sambil menunjukkan jari bagus sebagai tanda setuju.
“Norman, biar dia rasa pula apa yang kau rasa pagi tadi.Haha!” kata Hafiz sambil menepuk-nepuk bahu Norman.
“Tahu takpe. Kau tau,senang-senang je dia nak laporkan sikap aku dekat cikgu Badli. Dia fikir dia tu siapa? Bapak aku? Hish,tak puas hati betul aku kat dia!” Gumam Norman.
“Relakslah dulu kawan.Kita kan dah ada plan baru? Lepas ni, gerenti dia takkan kacau kau lagi. Bukankah kau tu anak kepada Pibg Sekolah ni.Jadi,buat apa kau nak risau?” Tenang sahaja Bazli menyampuk.
“Ha’ahkan? Terlupa pula aku.Nanti aku suruhlah ayah aku keluarkan dia dari sekolah ni.Lama-lama kalau aku tengok muka dia,naik menyampah aku dibuatnya!”Cebik Norman.Semakin terbahak-terbahak mereka ketawa.
Dengan tidak semena-mena, tawa mereka terhenti ketika terlihat Fitri dan Wan Shah sedang berjalan bersama-sama pulang ke rumah. Senyuman mereka semakin melebar terutama Norman.Kerana dia merasakan inilah masanya untuk dia membalas dendam.Lantas dia memanggil Fitri.
“Woi Fitri, sini kejap!” Jerit Norman tanpa menghiraukan sesiapa.Lalu Fitri menoleh ke arahnya.
“Awak nak apa?” Kata Fitri sambil menuju ke arah mereka.
“Kau nak hadiah?” Soal Norman.Manakala Bazli dan Hafiz sedang menahan ketawa.
“Hadiah? Hadiah apa? Hari ini bukan hari lahir saya.” Soal Fitri kehairanan.


“Memang betul hari ni bukan hari lahir kau, tapi takkan kitorang tak boleh sambut hari lahir kau awal-awal?” Cebik Norman dan yang lain-lain.
“Oklah, awak nak beri apa? Saya dah takde masa lagi nak berbual dengan awak bertiga ni.” Tenang Fitri berbicara sambil diperhatikan oleh Wan Shah.
“Nah,ambik ni!!Ni lah hadiah kau!Biar kau rasa apa yang aku rasa.” Satu penumbuk melekat di tubuh Fitri  sehingga menyebabkan dia tersungkur jatuh di atas tanah. Fitri seakan-akan semput tidak bernafas.
“Ape ni? Sa..sa..Saya mana ada pernah salah apa-apa kat awak?” Fitri bingkas bangun sambil dibantu oleh Wan Shah lalu mereka pergi dari situ.
“Haha,baru puas hati aku! Biar dia rasa apa yang aku rasa.”Lagak Norman.

                                            ~IV~

Keesokan harinya, sekolah Norman mendapat berita tergempar mengenai Fitri. Dengar khabarnya, Fitri diserang penyakit ahmar dan di tempat di hospital.Terbit rasa kesal di benak hati Norman kerana dia telah memperlakukan Fitri dengan menumbuknya. Fikirannya buntu.Hatinya bercelaru.Malah, kehadiran bersalah mula menghantui dirinya. Norman bercadang untuk melawat Fitri di hospital setelah tamat sesi pembelajaran di sekolah.
‘Ya Allah, apa aku dah buat ni? Kenapa aku tidak tahu kalau dia ada penyakit seperti itu? Perlukah aku meminta maaf kepadanya?’ Monolognya sendirian.
Kini hatinya benar-benar menyesal dan terasa ingin berubah. Untuk mengaku akan kesilapan yang telah dia lakukan, dia bertekad untuk pergi ke bilik disiplin untuk bertemu dengan cikgu Badli seterusnya menceritakan tentang kejadian semalam.
“Cikgu, saya ingin membuat satu pengakuan yang besar.” Kata Norman sambil menundukkan wajahnya.
“Pengakuan mengenai apa itu, Norman?” Tanya cikgu Badli.Kebetulan pula cikgu Badli sekarang sudah habis waktu mengajar di kelas.
“Err, saya ingin membuat pengakuan atas kelakuan saya terhadap kawan saya,Fitri.”Gugup Norman berkata.
“Fitri?? Apa kamu dah buat dekat dia sampai dia masuk hospital?Cuba kamu terangkan kepada saya.” Tegas sahaja cikgu Badli.
“Yang sebenarnya cikgu, sayalah orang yang telah menumbuknya sehingga terjatuh.Saya melakukan semua itu kerana saya merasa tidak puas hati dengannya.”Jujur Norman sambil menahan air matanya yang ingin menitis.
“Kamu tahu tak yang kamu telah membahayakan nyawanya? Fitri sebenarnya ada penyakit ahmar,tetapi dia tidak mahu mengheboh-hebohkan tentang penyakit yang dihidapinya itu, sebab dia tidak ingin rakan-rakannya risau akan keadaannya.”Panjang cikgu Badli berkata.
“Cikgu,saya benar-benar ingin berubah.Kalau boleh,saya sanggup beralih tempat saya ke tempat Fitri.Cikgu,tolonglah saya.Saya benar-benar bersalah terhadap keluarga dia.”Rayu Norman.

“Baiklah, lepas tamat sesi pembelajaran nanti,kamu jumpa saya di kereta. Saya akan pergi bersama kamu di sana nanti.” Kata cikgu Badli.

“Baiklah cikgu.” Ucap Norman.
Hatinya semakin lega kerana telah berlaku jujur kepada cikgu Badli sebentar tadi. Seakan-akan dirinya bebas terbang kemana sahaja tanpa di kurungkan di atas sangkar.


                                           ~IIV~
“Fitri, maafkan aku sebab aku dah buat kau sakit semalam.Aku terlalu ikutkan nafsu aku.Maafkan aku ya, Fitri?” Sayu Norman berkata,sambil diperhatikan oleh cikgu Badli.
“Awak tak bersalah Norman.Saya yang patut minta maaf dekat awak sebab saya tidak beritahu tentang penyakit saya ni.Maafkan saya ya?” Lemah suara Fitri membuatkan Norman bertambah sedih dan terus terjatuhnya air mata seorang lelaki.
“Norman, kamu jangan terus-menerus menyalahkan diri kamu sahaja. Usaha kamu hanyalah perlu mendoakan kesembuhan Fitri.” Tegur cikgu Badli dengan nada yang perlahan.
Tiba-tiba tubuh Fitri semakin lemah dan nafasnya tercungap-cungap seperti ingin mengucapkan sesuatu.Norman semakin risau dan terus menangis disisi sahabatnya.
“Fitri, kau kenapa ni?Janganlah macam ni. Aku takut kalau terjadi apa-apa dekat kau.” Cemas Norman.
“Norman..S…saya doakan..ss..semoga awak da..dapat 9A dal…dalam PMR nn..nanti…” Ujar Fitri dengan suaranya yang semakin kelam.
“Fitri, kau janganlah tinggalkan aku.Aku ada kat sini boleh temankan kau.” Rayu Norman sambil memeluk tubuh Fitri yang semakin layu itu.
“Asyhaduallah ilahaillallah…waasyhaduannamuhammadarrosulullah….”Setelah itu, terhentinya nafas Fitri dihadapan Norman dan cikgu Badli.
“Innalillahiwainnailahiroji’un..”Ucap Badli diikuti dengan Norman.
‘Kau sudah pergi meninggalkan aku wahai sahabat.Aku tidak akan pernah melupakan engkau walaupun engkau sudah tiada di dunia ini.’ Bisik hati Norman sambil menitiskan air matanya di sisi Fitri.
Sambil mengesatkan air matanya yang berjujuran, cikgu Badli menenangkan fikiran Norman yang semakin tidak tentu arah.
“Kamu harus kuatkan semangat kamu.Jangan lemah kalau itu cabaran buat kamu. Bertawakallah kepada Allah.” Pujuk cikgu Badli kepada Norman.
Insya-Allah cikgu.Saya akan cuba.” Ujar Norman sambil memandang sayu kepada sesusuk tubuh Fitri yang terkulai diatas katil.


                                              ~VI~

Peperiksaan PMR semakin hampir dan Norman masih lagi belum membuat sebarang persiapan.Kerana dia masih mengenangkan kenangan indahnya saat dia bersama dengan sahabatnya yang telah pergi menghadap Ilahi. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Fitri yang terlebih dahulu meninggalkannya.Cikgu Badli yang semakin risau akan prestasi Norman di dalam kelas memanggilnya ke bilik kaunseling.
“Norman, setiap makhluk-makhlukNya pasti akan mati,begitu juga kita dan arwah Fitri.Kita tidak boleh menyalahkan takdir.Semua ini sudah menjadi ketentuan Ilahi. Redakanlah atas pemergiannya Norman.” Nasihat cikgu Badli kepada Norman.
“Tapi cikgu,saya masih lagi diulit rasa bersalah.Terutama kepada keluarga dia.Saya takut keluarga dia tidak dapat menerima kenyataan.” Ujar Norman.
“Tidak,sebenarnya mereka tidak menyalahkan kamu.Malah, mereka telah terimanya dengan hati yang terbuka.” Kata cikgu Badli dengan bersungguh-sungguh.
“Benarkah cikgu? Jadi,saya tidak bersalahlah diatas pemergian arwah Fitri?” Kata Norman.
“Ye Norman.Kamu tidak bersalah.Cuma kamu yang sering menyalahkan diri kamu sehingga menyebabkan prestasi kamu didalam kelas semakin merosot.”Tegur cikgu Badli lagi.
“Cikgu,boleh tak kalau saya ingin belajar dengan cikgu? Kata Norman.
“Boleh,baguslah kalau kamu dah minat untuk belajar.Nanti saya akan maklumkan bila saya ada masa.” Jelas cikgu Badli.
“Terima kasih cikgu.”Sambil menghulurkan salam kepada cikgu Badli.




                                             ~VII~
Peperiksaan PMR telah dijalankan dengan baik sekali.Selang beberapa bulan kemudian, keputusan PMR telah dikeluarkan dan akhirnya Norman telah mendapat 9A didalam semua matapelajaran pernilaian menengah rendah. Dia tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada cikgu Badli kerana telah membantunya dikala dia kesusahan. Norman bersyukur kerana dia dapat menunaikan permintaan kawannya. Hatinya sebak kembali tatkala dia mengingati sahabatnya yang dulu pernah menegur kesilapannya.Namun,apapun yang terjadi, yang hidup harus diteruskan.
‘Bagiku, cikgu Badli adalah pendorong untukku berjaya. Kerana,engkau bagaikan pokok kejayaanku!’Bisik hati Norman.

Monday, 5 March 2012

PUISI : DURI YANG TIMBUL



~Jatuhku dipersimpangan duri..
    Sakitnya bagai tidak terperi..
~Menanti seseorang datang ke mari..
Namun cuma tinggal seorang diri..

~Duri dicabut dengan tangan sendiri..
Bagai hendak tercabutnya hati..
~Sakitnya diluar terasa di sanubari..
Apapun yang terjadi..
              ~kesabaran masih ada di sini~

Friday, 2 March 2012

Ciri-Ciri Lelaki Idaman bagi para Wanita yang solehah..

Assalamualaikum...

Ana pun tak tahu kenapa ana harus buat article pasal "CIRI2 LELAKI IDAMAN.." Mungkin ini boleh membantu kita (para wanita) yang agak sukar untuk memilih seorang lelaki yang boleh membimbing kita..

Insya Allah ana akan cuba menulis pasal article ini... :)



1~ Seorang lelaki yang mempunyai nilai agama yang tinggi.

=iaitu dari segi penjagaan ibadahnya seperti solat wajib dan apa2 ibadah yang diperintahkan oleh Allah..

2~Seorang lelaki yang menjaga wajahnya daripada melihat wanita ajnabi..(yang bukan halal baginya)

=ini kerana,wanita akan berasa teruja bagi lelaki yang berkarakter seperti itu...

3~Seorang lelaki yang matang dan pandai menguruskan hal rumahtangga.

=ini kerana, segala masalah yang sidia hadapi,sidia pandai menghadapinya dengan cara berfikir..

4~Seorang lelaki yang tabah dan berani

=ini sudah menjadi kemestian bagi para wanita yang ingin sentiasa dilindungi oleh seorang lelaki..

5~Seorang lelaki yang pandai memasak

 

=ini dapat membantu beban bagi para wanita yang suka bekerja..(ana suke kalau ada lelaki yang pandai masak!hehe,senang sikit kerja nak buat..)

6~Seorang lelaki yang lembut hatinya tetapi tegas dalam bertindak kebenaran

=ini juga satu sifat2 lelaki yang wanita paling suka.kerana lelaki yang berhati lembut sentiasa dilengkapi dengan kalimah Allah(kalam Allah)..

7~Seorang lelaki yang sangat mencintaiNya lebih daripada wanita yang dicintainya

=bagi para wanita yang solehah,dia akan berasa bangga jika ada lelaki yang seperti itu..kerana itu memudahkan bagi para wanita yang ingin meminta pertolongan dari segi agama..

8~Seorang lelaki yang sukakan budak-budak

=ini juga penting kerana jika si dia tidak sukakan budak-budak, itu ertinya dia itu seorang yang tidak sukakan alam ceria..:)

9~Seorang lelaki yang memahami

=(ini boleh diceritakan bagi para wanita sahaja)

10~Seorang lelaki yang tidak mudah salah sangka

=ini boleh mengelakkan daripada pergaduhan..(malah bertambah damai di hati wanita bagi lelaki yang seperti itu)

11~Seorang lelaki yang boleh terima nasihat dan segala teguran

=bagi para kaum Adam, terimalah segala teguran daripada para kaum Hawwa', kerana mungkin para wanita dapat melihat kesilapan bagi para lelaki..

12~Seorang lelaki yang tidak berfoya-foya

=ini amat berbahaya bagi para  wanita dalam memilih pasangan kerana sebelum hendak bernikah,bukan main baik lagi tingkah lakunya,akan tetapi jika selepas bernikah...rupa-rupanya....hurm,wallahua'alam..


[Tapi bagi para wanita,janganlah terlalu sangat memilih pasangan yang begitu-begitu sempurna sehingga hendak meletakkan ciri2 yang 100% lelaki yang sempurna..kerana "TIADA SEORANG INSAN YANG SEMPURNA DIDUNIA INI KERANA SEMUANYA TIDAK PERNAH TERLEPAS DARIPADA DOSA"]


~semoga kita mendapat ciri-ciri lelaki soleh yang kita idamkan..insya Allah~











UNIC - MAHLIGAI KASIH



rindu ku pada yang Esa membuatkan ana semakin dekat dihatimu.....^^



AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts
There was an error in this gadget

Musyawarah bersama~