Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Thursday 28 June 2012

Lirik nasyid : Suami Soleh & Amanah



Insan yang bernama Adam,
Adam pembimbing hawa,
Pembimbing membawa ke syurga,
Untuk bahagia bersama cinta..

Hanya sekali lafazmu ucapkan,
Menitis airmataku kebahagiaan,
Pimpinlah tanganku ke jalan iman,
Jalan ke Mardhatillah...

Sebelum kau ucapkan kata itu,
Kau bijak menjaga batas syariat-Nya,
Wahai insan soleh yang beriman,
Ku tetap menunggumu di pintu syurga,
Setelah kau bersedia mengatakannya..

Suami soleh, suami amanah,
Pilihan hati seorang muslimah,
Mohonlah petunjuk dengan beristikharah,
Tetap menanti khabar dari Allah..

Syukurnya dihati,
Kerana di kasihi,
Insan yang sejati,
Yang digelar sebagai suami,

Mahligai syurga,
teratak abadi,
Bahagia bersama
dengan pilihan Allah~ :)

Saturday 16 June 2012

Permata-permata umi dan abah (bakal ustaz dan ustazah) insya Allah ~ ^__^

Akhi Muhammad Muaadz (19) fii Darul Quran,kuala kubu


Akhi Ahmad Jibriel (17) fii SMKA SULTAN MUHAMMAD


Ukhti Fathima Azzahraa'(12) fii SRA JAIM AN-NURIAH

Ukhti Husna Alia (8) fii SRA JAIM AN-NURIAH



Umi dan Abah,
Doakan kejayaan anak-anakmu ini,
Agar menjadi ustaz-dan ustazah dihatimu,
Agar menjadi anak yang soleh dan solehah,
Agar menjadi insan yang dicintai,dirahmati dan diberkati oleh-Nya sepanjang masa,
Agar menjadi manusia yang taat pada-Nya dan pada orang tua kami iaitu umi dan abah,
Agar boleh membawamu ke tempat yang paling indah iaitu Syurga Allah di akhirat kelak..

Umi dan abah selalu berada dalam doa anak-anakmu ini...
Dunia tempat kita bersama,
Akhirat tempat kita bertemu..
insya Allah ^__^

Kami uhibbu umi dan abah!!
Kasih sayang serta pengorbanan umi dan abah tidak pernah pudar dalam hidup kami..
Kerna,
Kami adalah permata-permata umi dan abah..='(

Sunday 10 June 2012

Nasyid : Penantian di Akhirat



Bila hari sudah tiba,
Tiada apalagi yang mahu dikesali,
Hanya tinggal amalan kita,
Yang akan membela kita nanti..


Baik buruk, semua amalan kita,
Pasti dihisab oleh Al-Mizan,
Bagi beramal soleh pasti ke Firdausi-Nya,
Dan yang beramal mungkar,
pasti akan dapat balasannya..


Dunia akan dilenyapkan, dengan begitu saja,
bermulalah sudah,
hari yang tidak dapat
diterima taubatnya...


Oh Tuhan,
Bagaimanakah nasibku diakhirat nanti??
Mungkinkah diriku kan 
Kau terima taubatku ini??
Andai saja,ku boleh memutar waktu,
Agar dapat ku menebus semua kesalahanku..


Bila waktu semakin menghabis,
Sudah pasti itulah masanya,
Maka itu bersiap sedialah kita semua,
Tuk menghadapi hari yang seterusnya!!


komposer : Cahaya Serikandi
pencipta lagu : Cahaya Serikandi
pengubah lirik : Cahaya Serikandi
penyanyi : belum diketahui

Friday 8 June 2012

Ya Allah, izinkan aku berniqab... :'(



Ya Allah, aku sangat ingin memakai niqab. Tetapi, aku khuatir, apakah diriku ini belum layak untuk memakainya?? Apakah disebabkan faktor umurku yang tidak sesuai??

Ya Allah, aku malu pada-Mu..
Aku sudah menyatakan niat itu kepada-Mu,
Namun mengapa seringkali ada saja kata2 yang mudah saja
untuk menghiris hati ini??
Aku selalu merenung dunia yang semakin tua ini,
Aku selalu bertanya seorang diri,
"Dunia semakin tua, kiamat semakin tiba, namun...
mengapa manusia semakin leka akan harta dunia??"

Niat ingin berbuat mahmudah,
Namun ditolak tegas oleh insan2,
Sedih pilu datang bertalu-talu,
Mengadu sahaja pada yang maha Pengasihani..

Kasihan bumi dibebani maksiat,
dosa melimpah datang ke dunia..
semua manusia berhibur tanpa sengketa,
tidak kenal dosa mahupun pahala..

~Ya Allah, penuhilah niatku untuk berniqab, meskipun aku belum untuk menunaikan hasrat itu..~ :'(


Untukmu Palestin.. :) May Allah give your freedom insya allah



Para mujahid darjatnya tinggi disisi Allah,
Anfas daripada harta yang melimpah ruah,
Lontaran batu dijadikan senjatanya,
Endahkan dentuman, diteguhkannya iman,
Syurga terbuka bagi para syuhada',
Terbentang luas bagaikan ingin menjemput tetamu,
Impian ingin bertemu dengan yang Satu,
Nikmatnya syahid kunci pertemuan dengan yang maha Esa..

Bunyi desingan amunisi
yang bertalu-talu
menembusi tubuh anak muda palestin,
darah terpercik ditanah mulia,
tersenyum menanti kehadiran syurga untuknya...














Anak palestin,
senjatanya cuma batu kecil-kecilan..
meskipun dalam suasana getir,
hati tidak pernah lari daripada ketakutan,
malah menghadirkan satu keberanian,
dalam menegakkan agama Allah..
mereka tidak gentar,
tidak pula takut,
kerana mereka tahu,
Allah akan memberi kemenangan untuk orang-orang yang beriman..

Darah merah seorang mujahid,
disisi Allah itu wanginya bak kasturi..
diberi syurga sebagai penghormatan,
terimalah ganjaran besar untuk orang yang berjihad..

for mujahidillah...insya allah you will be free palestine!! Allah be with you..^__^~









Sunday 3 June 2012

Peristiwa Luar Biasa

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tiap kali kedatangan bulan Rejab, orang-orang Islam akan segera mengingati peristiwa Israk dan Mikraj Nabi s.a.w. Perjalanan malam hari dari Mekah ke Baitul Maqdis (Israk), dan perjalanan naik ke langit (Mikraj) telah membawa cerita-cerita kebesaran Allah. Umumnya kita sudah mengetahui mengenainya. 
 
Pagi hari sekembalinya Nabi dari perjalanan itu, baginda termenung memikirkan apakah reaksi orang ramai di atas berita itu. Seketika baginda duduk itu, Abu Jahal datang menghampiri dan bertanya : 
 
"Ada apa-apa perkhabaran baru?" 
 
"Ada," jawab Nabi s.a.w.

"Khabar apa?" tanya Abu Jahal lagi.

"Malam tadi aku dibawa pergi," jawab Nabi.

"Ke mana?" tanya Abu Jahal, yang mula resah.

"Ke Baitul Maqdis," jawab Nabi.

"Dan sekarang engkau berada di sini?" tanya Abu Jahal melanjutkan perbicaraan mereka dan beliau kelihatan bertambah ghairah untuk lebih mengetahui cerita baru itu. Di hatinya sudah terlintas yang jika cerita ini akan dibawa ke depan ramai orang, sudah pasti Nabi akan diejek kerana cerita yang sangat ajaib itu.

Abu Jahal pun berusaha mengumpulkan ramai orang untuk mendengar cerita Nabi. Maka berceritalah Nabi mengenai perjalanan malam itu. Reaksi mereka berbelah bahagi, ada yang kehairanan, ada yang sekadar bertepuk tangan, ada yang mengejek dan memperli baginda. Dalam pada itu ada pula orang yang telah menyampaikan berita itu kepada Abu Bakar.

"Percayakah engkau?" tanya orang itu.

"Apakah benar ceritanya begitu?" tanya Abu Bakar pula.

"Ya!Benar," jawabnya.

"Kalau benar, maka benarlah segala ceritanya," jawab Abu Bakar tanpa kesangsian lagi. Maka itu Abu Bakar digelar "Siddiq" iaitu yang membenarkan dengan bersungguh-sungguh.

Orang ramai masih berkumpul mendengarkan cerita Nabi s.a.w. itu, dan ada yang bertanyakan untuk membuktikan kebenaran cerita mengenai sifat Masjid Baitul Maqdis. Allah telah memperlihatkan masjid itu kepada Nabi, maka mudahlah baginda menjawab segala pertanyaan. Mereka juga meminta lain-lain pembuktian dan Nabi s.a.w. menerangkan mengenai satu kabilah dalam perjalanan yang telah kehilangan seekor unta tetapi ditemui semula. Nabi memberi salam kepada ketua kumpulan itu  dan apa yang mereka bawa. Iringan unta-unta itu akan sampai pada hari itu.
 
Akhirnya rombongan itu sampai dan mereka bertanyakan bagi membenarkan cerita Nabi, malahan ketua kumpulan itu masih mengenali suara baginda.

Sungguhpun cukup bukti dan dibenarkan, namun mereka masih menganggap kejadian itu sihir belaka. Kerana ditanya maka baginda menceritakan apa sebenarnya yang dilihat dan terpulang pada mereka untuk mempercayainya. Peristiwa Israk dan Mikraj sebaliknya telah memperkukuhkan tekad Nabi s.a.w.

Perintah solat telah datang dan umat Islam melakukan dengan bersungguh-sungguh dan tertib. Manakala itu suasana di Mekah bertambah kritis dan pihak Quraisy kini sudah memutuskan hendak membunuh Rasulullah s.a.w. Akhirnya perintah Allah datang menyuruh Nabi berhijrah.

(petikan cerita daripada buku Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah SAW)
(penulis : Nawawi Dusuki)


  

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~