Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Tuesday, 13 August 2013

Khaulah seorang WANITA ISTIMEWA sebagai isteri

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



=KHAULAH BINTI MALIK BIN TSAALABAH=

Seorang wanita yg fasih bicaranya dan indah bahasanya. Ia selalu berhubungan dengan Allah. Imannya tidak pernah hilang meskipun dalam keadaan gelap gelita. Bahkan ia selalu berhukum kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kisahnya bersama suaminya saya letakkan di depan kisah para suami isteri ketika terjadi perselisihan dan pertikaian.

Ia berkata, "Demi Allah, pada saya dan Aus bin Ash-Shamit, Allah 'Azza wa Jalla menurunkan permulaan surah al-Mujadilah."

Lebih lanjut dia bercerita : "Saya adalah isterinya, dan dia seorang lelaki yg sudah tua namun jelek perilakunya dan suka mengherdik. Pada suatu hari ia mendatangi saya, lalu saya tolak,lantas ia marah sambil berkata : "Engkau bagiku bagaikan punggung ibuku." Kemudian ia keluar dan duduk di dalam kumpulan kaumnya beberapa waktu lamanya. Kemudian ia datang lagi kepada saya dan mengkehendaki saya. Lalu saya katakan kepadanya : "jangan! Demi Tuhan yg diriku ditangan-Nya, engkau tidak dapat lagi berbuat begitu dengan saya, kerana engkau telah mengucapkan apa yg engkau ucapkan itu, sehingga Allah dan Rasul-Nya yg memberi keputusan antara kita."

Lalu ia menerkam saya, tetapi saya menolaknya, dan saya kalahkan dia sebagaimana hal seorang wanita mengalahkan seorang tua yg lemah, lantas saya singkirkan dia. Kemudian saya datang kepada Rasulullah SAW dan duduk di depan beliau. Saya ceritakan apa yg baru terjadi dan saya adukan kepada beliau akan keburukan akhlak suami saya. Beliau pun berkata : "Wahai Khaulah, anak bapa saudaramu itu sudah tua, maka takutlah engkau kepada Allah."

Demi Allah, saya terus saja menunggu sehingga Allah menurunkan ayat al-Quran yg membicarakan masalah saya. Lalu Rasulullah SAW menutup diri sebagaimana biasanya, kemudian dengan wajah ceria baginda berkata :

"Wahai Khaulah, Allah telah menurunkan ayat al-Quran mengenai masalahmu dengan suamimu."

Kemudian beliau membacakan ayat itu kepada saya yg berbunyi :

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yg mengajukan gugatan kepadamu tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (hingga pada ayat yg ertinya) : "........dan bagi orang kafir ada seksaan yg sangat pedih."

[surah al-Mujadilah : 1-4]

Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada saya : "Suruhlah ia memerdekakan seorang budak." Saya jawab : "Demi Allah, wahai Rasulullah, dia tidak mampu memerdekakan budak." Beliau berkata : "Suruhlah dia berpuasa selama dua bulan berturut-turut." Saya jawab : "Demi Allah, dia sudah tua renta dan tidak akan mampu berpuasa dalam dua bulan berturut-turut." Beliau berkata : "Suruhlah dia memberi makan enampuluh orang miskin dengan satu wasaq (enam pula sha') kurma." Saya menjawab : "Wahai Rasulullah, saya juga akan membantunya dengan setandan kurma." Beliau berkata : "Benar dan bagus engkau, pergilah dan sedekahkanlah untuknya. Kemudian bersikaplah yg baik terhadap anak bapa saudaramu." Maka saya laksanakan apa yg diperintahkan dan dipesan oleh Rasulullah SAW.

Itulah Khaulah. Dalam kisahnya terdapat pelajaran untuk keserasian hidup berumah tangga, menjaga kekerabatan, dan penyesuaian sikap dalam usia yg sudah tua antara suami isteri.

Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab pernah melewatnya pada masa pemerintahannya. Ketika itu, Umar sedang menunggangi himar dan dikelilingi banyak orang. Lalu Khaulah menghentikannyya dan menasihatinya. Maka orang-orang itu berkata kepada Umar, "Apakah engkau berhenti di tempat lain kerana wanita tua ini?"

Umar sebaliknya dia berkata : "Tahukah kamu, siapakah wanita tua ini? Dia adalah Khaulah binti Tsaalabah. Allah telah mendengar perkataannya dari langit ketujuh sana. Apakah layak jika Allah mahu mendengar perkataannya sedang Umar tidak mahu mendengarnya?"

Khaulah tidak sampai berlaku kasar, apalagi berfikir untuk buat kerja jahat, kerana yg demikian itu tidak termauk akhlak Islam. Ia hanya mencari kehalalan dari Allah dan Rasulullah SAW dan mengadukan halnya kepada Allah yg menciptakannya. Kerana Dialah maha Kuasa utk hilangkan kesusahannya dan menjadikan kemudahan sesudah kesulitan.

Jika anda ingin mendengar ketika ia mengadukan halnya kepada Rasulullah SAW, maka marilah kita ikuti riwayat Ibnu Majah, Hakim, dan al-Baihaqi dari Aisyah yg bercerita seperti dibawah ini. katanya :

"Maha Suci Allah, yg pendengarannya meliputi segala sesuatu. Sesungguhnya saya telah mendengar perkataan Khaulah binti Tsaalabah, tetapi ada sebahagian yg tidak jelas.

Waktu itu ia mengadukan perihal suaminya kepada Rasulullah SAW dengan mengatakan :

"Wahai Rasulullah, ia telah makan masa mudaku, perutku menjadi kendur kerananya, hingga ketika usiaku lanjut dan aku tidak dapat lagi beranak, ia menzhiharku." - Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu.

Maka ia terus saja berada disitu hingga malaikat Jibril turun dengan membawa beberapa ayat al-Quran, dan nabi berpesan kepada wanita itu agar berbuat baik. Kemudian ia menjadi contoh yg luhur dalam pergaulan suami isteri. Dalam hal ini baginda bersabda :

"Tidaklah seorang mukmin memperoleh sesuatu yg lebih baik sesudah taqwa kepada Allah selain dari isteri yg soleh, jika diperintah ia patuh, jika dipandang menyenangkan, jika diminta untuk menunaikan sesuatu ditunaikannya dengan baik, dan jika ia (suami) jauh darinya dijagalah hartanya dan harga dirinya."

Dan sabda Baginda SAW :
"Orang mukmin yg paling sempurna imannya ialah yg paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kamu ialah yg paling baik terhadap isterinya."

Dan pernah juga baginda mengakhiri suatu khutbahnya dengan mengatakan :

"Berbuatlah baik terhadap wanita."

Dan masih banyak hadis Rasulullah SAW yg memuat pesan beliau agar berbuat baik kepada wanita (isteri).

Islam tidak membatalkan zhihar dan mengganggapnya sebagai perkataan mungkar dan dusta yg mengakibatkan pelakunya terkena hukuman yg menakutkan dan mengerikan.

[diambil dari buku Bidadari Rasulullah - Khaulah binti Malik bin Tsaalabah.]

Sunday, 11 August 2013

~Kalam Rindu tunggu BERSATU~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-gambar hiasan-
~kata-kata Ustazah Nurul Balqis didalam novel 
Kala Cinta dan Wahyu Bersatu~

Hari ini cuaca terang dan cerah. Namun siapa tahu, hatiku suram dan pasrah. Hari ini mentari yg menyuluh itu membawa cahaya-cahaya ceria pada kehidupan. Namun, dalam hatiku tiada cahaya yg bisa sentuh. Ia sering tertutup dalam bekas cinta yg dalam.

Aku sering begini kala hatiku merindukan seseorang. Siapakah yg aku rindui? Ibubapaku? Sahabat-sahabatku? Ya, mereka sering ku rindui. Namun, hatiku merindukan seseorang yg lain. Iaitu lelaki pertama yg pernah mencuri hatiku dan lelaki pertama yg pernah menolak cintaku.

_ _ _ _ _ _ _ _ , aku mahu menulis sesuatu untukmu. Iaitu bicara yg tidak akan engkau dengar ataupun ketahui. Ia adalah bicaraku sendiri. Tulisan ini adalah luahanku. Tetapi bukan untuk engkau tatap. Aku disini dan engkau disana. Kita terpisah dan berjauhan. Namun, biarlah catatan ini melegakan hatiku. 

Engkau adalah lelaki yg sering muncul kala aku dalam kepayahan. Aku tidak pernah memanggilmu, menyerumu, tetapi sering kali engkau disisi apabila aku memerlukan. Aku hanya mampu memandangmu dari jauh. Aku mampu mengusap lembut air mukamu hanya dengan pandanganku. Sedangkan tanganku ini tidak halal untuk menyentuh dan meraup wajahmu yg tulus.

_ _ _ _ _ _ _ _ .... sungguh benar, hati wanitaku sering tergoncang dan tergugah setiap kali engkau hadir dalam realiti. Setiap kali engkau menuturkan sesuatu, mersik suaramu seperti melodi Sakinah. Ia menenangkan jiwaku. Tuturmu lembut, menghilangkan gusarku. Gayamu yg sabar, bukan sekadar menyentuh malah memujuk naluriku untuk berteguh.

_ _ _ _ _ _ _ _ .... engkau tidak perlu tahu. Biar sahaja aku bicara sendiri. Aku sudah menolak semua cinta lelaki lain kerana aku mencintaimu. Aku tidak akan betah menerima lelaki seperti _ _ _ _ . Kerana dia pernah berbohong padaku. Malah selama ini aku hanya berdoa agar engkau hidup semula. Setelah bertemu dirimu semula, hatiku seperti tanah kering yg gersang, lalu disirami air hujan dan kembali menghijau dan berbunga.

Aku memang berharap utk duduk dibahumu. Aku berharap agar suatu hari nanti akan ada peluang untuk aku meluahkan kata-kata cintaku padamu. Aku sentiasa mahu ucapkan kepadamu kata-kata:

"Cintaku...adalah lautan yg airnya tidak akan kekeringan sekalipun kemarau melanda. Cintaku adalah udara yg akan kau sedut sekalipun dibawah sedar. Cintaku adalah mentari di kala siang dan bulan di kala malam, yg akan setia memerhatikanmu. Cintaku adalah cinta yg tidak akan dibinasakan oleh oleh mana-mana kuasa kecuali Allah. Cintaku adalah kesetiaan yg abadi."

Ini adalah rahsiaku... rahsia yg tidak akan dibuka oleh sesiapa pun. Biar aku dan Allah sahaja yg tahu. Biar dia sahaja yg menolongku, untuk aku mencapai cintaku.




11 JULAI 2013,
5 SYAWAL 1434,
10.10 MALAM.

-sungguh aku merinduimu.
tapi tidak akan aku melebihkan kerinduan itu..
kerana rindu itu milik Allah.~
(UMMU JA'FAR)








kisah-kisah TELADAN : Tidak ada BEZAnya antara RAJA dan RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-gambar hiasan-
=TIDAK ADA BEZANYA ANTARA RAJA DAN RAKYAT=

Dalam menegakkan keadilan dalam pemerintahan, kemasyhuran Saiyidina Umar bin Al-Khattab sebagai Khalifah umat Islam amat menonjol sekali.

Pernah berlaku di zaman pemerintahannya suatu peristiwa berbalahan antara seorang Raja dengan seorang rakyat biasa. Seorang Raja dari suku al-Ghasanah yg baru memeluk Islam bernama Jabalah bin al Aiham sedang melakukan tawaf di Kaabah. Kebetulan tepi kain jubahnya terpijak oleh seorang pemuda biasa. Maklumlah ketika itu orang ramai berasak-asak hendak mengerjakan tawaf. Oleh kerana tersinggung martabatnya maka Raja tersebut itu telah menampar muka pemuda itu hingga cedera sedikit hidungnya.

 Akhirnya pemuda itu pun pergi mengadukan halnya kepada Khalifah Umar RA dengan tujuan untuk meminta pertimbangan. Setelah dilakukan pemeriksaan maka Khalifah pun mendapati Raja itu bersalah lalu baginda pun menjatuhkan hukuman qisas iaitu perbuatan Raja itu harus dibalas dengan cara yg setimpal atau pemberian maaf, jika pemuda itu memang sedia memaafkannya.

Dengan mendengar keputusan dari Khalifah Umar al-Khattab itu, maka Raja itu dengan spontan bangun membantah, katanya :

"Ya Amirul Mukminin, mengapa mesti begini? Saya Raja sedangkan dia hanyalah seorang rakyat biasa!"

Mendengar bantahan Raja itu, maka Umar al-Khattab menjadi marah dan dengan suara yg agak keras baginda berkata :

"Sesungguhnya Islam tidak membezakan antara Raja dengan rakyat. Islam memandang sama di antara kamu berdua. Tidak ada kelebihan antara seorang dengan seorang lain kecuali dengan taqwa!"

Demikian kehebatan peribadi Saiyidina Umar al-Khattab yg tercatat indah namanya dalam sejarah sebagai seorang khalifah yg paling adil dan demokratis.



kisah-kisah TELADAN : Bukan Kerana DOAKU!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


=BUKAN KERANA DOAKU=

Pada suatu hari, ulama' terkenal Hassan Basri telah melarikan dirinya dari dikejar oleh tentera Hajjaj bin Yusuf yg terkenal bengis lagi kejam. Beliau telah masuk ke rumah sahabatnya yg bernama Habib Ajmi untuk berlindung di dalamnya.

Seketika kemudian, datanglah askar-askar Panglima Hajjaj ke rumah Habib Ajmi lalu berhenti untuk bertanya :

"Hai orang tua! Adakah engkau nampak Hassan al-Basri?"

Kebetulan Habib yg sedang berdiri di muka pintu lantas menjawab :

"Ya!" ujarnya singkat.

Hassan Basri yg dengar jawapan sahabatnya dari dalam rumah itu berasa terkejut serta berdebar-debar memikirkan kenapa Habib berterus-terang sahaja mengatakan dia tahu diamana ianya berada? Askar-askar Hajjaj ingin tahu dimana beradanya Hassan Basri lalu Habib pula mengatakan bahawa orang yg dicari mereka itu ada di dalam rumahnya. Mereka lantas masuk ke rumah Habib, tetapi tidak dapat pula menemui sesiapa pun.

Mereka pun lalu menyangka bahawa Habib hanya bersenda gurau dengan mereka lalu mereka mencaci serta mengatakan Habib pembohong besar. Tetapi Habib bersumpah bahawa ia tidak berkata selain dari yg benar. Mereka lalu cuba sekali lagi masuk ke dalam rumahnya tetapi tidak juga menemui sesiapa. Akhirnya mereka pun pergi meninggalkan rumah itu.

Tidak lama kemudian, ulama' Hassan Basri pun keluar dari rumah sahabatnya itu lalu berkata kepada Habib bahawa dia terselamat dari dijumpai oleh askar-askar Hajjaj itu kerana berkat sahabatnya itu. Kemudian ia pun bertanya kenapa Habib memberitahu yg ia ada di dalam rumahnya.

Maka Habib pun menjawab :

"Wahai sahabatku Hassan Basri! Sebenarnya bukanlah kerana berkat doaku masa engkau selamat,melainkan kerana berkat kejujuranku berkata benar. Sekiranya aku berbohong dengan mereka lalu engkau pula tertangkap, kita berdua pasti akan peroleh malu yg bukan kepalang beratnya!"

Demikianlah keberanian seorang yg beriman. Kerana kuat iman dan taqwanya kepada Allah SWT itulah, maka Allah SWT telah menyelamatkan sahabatnya itu dari tertangkap oleh pemerintah yg zalim.


~subhanallah.. jadilah seorang yang jujur. meskipun pahit, tapi berkemungkinan ada keberkatan yg terdapat disitu.~

Sunday, 4 August 2013

aku PENDOSA.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


sumber : google search

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.  [Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi.]

ku ternampak sebuah cermin,

lantas  ku menatap wajahku sambil membelek-belek,

benarkah ini wajah aku?

benarkah ini wajah aku?

sungguh,

aku malu pada-Mu ya Allah,

disaatku melihat wajah ini,

seakan-akan berfikir sejenak,

"APAKAH DIRIKU LAYAK UTK MELIHAT-MU DI HARI AKHIRAT KELAK?"

buat dosa,

TAUBAT.

buat dosa lagi,

TAUBAT.

buat dosa lagi,

TAUBAT.


ketahuilah, itulah AKU. seorang PENDOSA. masih JAHIL dalam mencari AGAMA. sungguh, diriku tidak perlu untuk DIKENALI, cukuplah mengenaliku sebagai 
HAMBA ALLAH. 

-maafkan ana-

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8)

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts
There was an error in this gadget

Musyawarah bersama~