Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Friday, 31 August 2012

Impian Ingin Pergi ke Tahfizah akhirnya termakbul :)

بسم الله الرحمن الرحيم 
~السلام عليكم ورحمة الله وبركاته~

Ya Allah, impian ana yang selama ini ingin belajar di Tahfizah akhirnya tercapai juga...alhamdulillah.. Dengan berkat pertolongan sahabat ana yang bernama Nur Amirah Suaib dan Nur Amirah Aziz itulah yang telah memperkenalkan ana pada satu tahfizah iaitu Institusi Tahfiz Saba' di Temerloh,Pahang.
(http://itstemerloh.blogspot.com/) . Tak lupe juga kepada ummi ana yang tersayang, syukran krn memberi keizinan kepada ana utk belajar di sana setelah tamat peperiksaan Pernilaian Menengah Rendah (PMR). Restu ibubapa perlu dalam kehidupan seseorang anak, agar kebahagiaan dan keberkatan akan selalu datang bersama kejayaan.. :)
Penghafaz Al-Quran darjatnya tinggi disisi Ilahi~

Sebenarnya ana memang nak sangat masuk tahfizah.. kalau x dapat pun, sekadar belajar di pondok pun jadilah.. Bukan ape, ana cuma nak mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam.. Ana nak sangat menjadi seperti ulama'-ulama' yang fasih dalam ilmu yang berkah ini.. Seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, Ustaz Amal, Ustazah Siti Nur Bahyah, Ustaz Zahazan, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dan ramai lagi tokoh2 para ulama' yang termasyhur di dunia ini..



Insya Allah jika nafas ana masih lagi bertahan di dunia ini, ana akan pergi ke sana.. Sebagai anak, haruslah kita membimbing diri kita agar menjadi seorang yang soleh dan solehah sebelum kita membimbing orang yang tersayang disekeliling kita.. Anak yang solehah/soleh mampu menyelamatkan ibubapanya daripada diserakah azab yang terseksa..~ Mula2 tu ana fikirkan di dunia ni hanya ada tahfiz untuk syabab. Rupa2nya ada juga tahfizah untuk para muslimah.. Ana bersyukur kehadrat ilahi kerana ana percaya dan yakin, doa seorang hamba pasti akan dimakbulkan oleh Allah swt sekiranya keikhlasan datang bersama kesabaran.. 



Jadi, ayuh sama2 kita mengejar Mawaddah Ukhrawi daripada menghabiskan waktu dengan mencari Mawaddah Duniawi.. Kepada para muslimin dan muslimat, doakan kejayaan ana agar sentiasa diberkahi Allah swt.. Ana tidak mahu melakukannya seperti hangat2 tahi ayam.. Ana selalu mendoakan untuk semua umat islam agar semuanya menjadi makhluk Allah yang cantik dengan perhiasan Agama Islam..amin~

Wassalam.

Salam Muhibbah ana,
-Cahaya Serikandi-

Thursday, 23 August 2012

Syawal diraikan penuh Tawajuh

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, sekarang sudah masuk 5 syawal dalam bulan Islam.. Kali ni keluarga ana beraya di mana? Hah, cer teka, cer teka?? Hehe, ana sekeluarga hanya beraya di Melaka. In our home only.. Sebab nenek ada dirumah.. ^__^  Tema baju raya kami sekeluarga ialah warna kegemaran Rasulullah saw.. Warna hijau. Alhamdulillah... raya di melaka pun meriah juga.. Lebih meriah lagi saat adik Husna nak bermaafan dengan kami semua.. Almaklumlah.. adik bongsu..hehe, mesti kena minta maaf banyak..So, duit rye pun banyaklah jawabnye. Betul tak adik ana yang comel??

"Abah, adik minta maaf..hehe, duit rye nk.."


"Ummi, adik minta maaf tau?? hehe.."


 Ana juga nak ucapkan tahniah untuk adik ana iaitu Husna Alia(hijau muda), sebab puasa full untuk tahun ni!! Bestlah adik dapat ganjaran dari Ummi...Haha... ana mase kecik2 macam tu pun ada juga "ter ponteng".. kalau sekarang ni x bolehlah kn...sebab dosa dah kena tanggung sendiri..kesian ummi dan abah ana..huhu...maafkan anakandamu ini... 

Sepanjang raya ni, memang ramailah saudara mara yang bertandang di rumah.. Ana ni jenis yang tak berapa nak bergaul sangat..sebab tu asyik duduk je kat dalam bilik... bukan tak sudi melayan tetamu, cuma nanti ana akan duduk bisu je kat atas kerusi tu...haha.. (buat air, letak depan,terus masuk bilik) :p yang menjadi pelayannye adik2,umi dan abah...hehe... 

Kiranya meriah jugalah raya kali ni..Sebab raya kat rumah sendiri..mestilah SYOK! hehe.. raya antunna dan antuma pula bagaimana??


Kami seisi keluarga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri..Minal Aidil Wal Faidzin.. Taqabalallahu waminna waminkum.. Segala kekhilafan dan kesalahan amatlah mohon supaya dimaafkan... :)




 

Tuesday, 14 August 2012

Mathematics dan Sejarah ...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hmm..sudah lama ana tidak mengupdate blog.. Yelah, busy dengan peperiksaan penting. Jadi, kenalah 'concentrate' betul2.. Lagi2 kalau subjek MATHEMATICS & SEJARAH.. 

  
Ana lemah sangat dalam 2 subjek ni. Kekadang kalau ana ada tersilap sikit, ni mesti sebab tidak menghafal konsep dan careless.. Bukan apa, memang dari dulu lagi ana tidak menggemari subjek ni. Namun, kali ini haruslah ditukar daripada tidak menggemari kepada sangat mencintai..Kerana, jika tidak, subjek tu sendiri yang tidak akan menyukai ana. (Macam tu pulak?) Haha.. > <~

So, kepada Batch 97, semoga kita akan buat yang terbaik.. Bittaufiq wannajah.. Allahuma'ana.. Doa dilengkapi ikhtiar dan tawakal itu baru dinamakan usaha dalam menggapai kejayaan, okey?

Cintailah buku, kerana buku memang memerlukan cinta daripada kita.. <3 ^^~

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts
There was an error in this gadget

Musyawarah bersama~