Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Wednesday, 31 October 2012

Lirik nasyid : Islam Fii Hayati..



Islam yang suci dari Ilahi,
Disebarkan oleh Rasulullah,
Kekasih yang beri syafaat,
kepada umatnya..

Cinta pada addinul islam,
Mekar kasihku padaNya,
Semoga ia dijadikan,
sebagai bekalan..

(Chorus)
Islam agama yang sempurna,
Islam agama kekal abadi,
Islam bukan sekadar islam,
Islam fii hayati..

Islam agama yang cukup mudah,
Islam menyelamatkan kita,
Dari seksaan azab neraka..
Jika kita orang beriman..

lirik : Cahaya Serikandi
Lagu : Versi Ayat-ayat cinta
Composer : Cahaya Serikandi
Penyanyi : tidak diketahui

Sunday, 28 October 2012

Bila Allah Menduga HambaNya

بسم الله الرحمن الرحيم
  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Alhamdulillah, masih lagi dapat ana menulis walaupun sejak kebelakangan ini ana agak menghiraukan blog ini. Disini ana ingin menghuraikan hujah mengenai Bila Allah Menduga Kita..

Apakah yang dimaksudkan dengan DEFINISI DUGAAN ?

:: Dugaan ertinya bencana ,malapetaka ataupun ujian. Bencana, contohnya seperti kejadian bencana alam.. Di zaman globalisasi kini terlalu banyak bencana alam yang melanda dunia kita. Akan tetapi, itu semuanya punca daripada angkara siapa? Angkara kita sendiri sebagai pemimpin dunia! Disebabkan terlalu leka dengan permainan dunia yang lagha, kita semua mendapat kesan disebaliknya. Itu baru bencana alam. Belum dicoretkan lagi dengan 'bencana' dalam diri sendiri.

Ana ingin bertanya, "Sekiranya anda mengalami ujian yang begitu berat, pasti anda akan mengeluh terlebih dahulu,bukan? Dan akan berkata, 'kenapa aku?' "

Ok2, ana sudah dapat jawapannya. Ya! Setiap manusia yang menetap di bumi ini pasti akan mengeluh dalam apa jua dugaan yang menimpanya. Kerana apa? Kerana kita berasa diri kita terlalu lemah untuk mengatasi ujian tersebut.Bukankah Allah sudah berfirman didalam alquran yang bermaksud :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......"
-[surah al-Baqarah : 286]-


Allah amat mencintai hamba-hambaNya.Takkan Dia sanggup ingin melihat kita dengan ujian yang tidak tertanggung sendiri oleh kita?? Oleh itu, bersabarlah sepertimana Allah telah berfirman yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." 
-[surah al-Baqarah : 153]-


Wah,beruntungnya kita sebagai umat baginda saw dan hamba tercintaNya! Sebenarnya tidak rugi jika kita mengucapkan kalimah 'HAMDALAH' (Alhamdulillah) saat kita diuji..Kerana Allah sudi berjanji kepada kita, apabila setiap hamba-Nya diuji dan dia bijak mengatasinya dengan hati yang sabar, Allah akan mencatatkannya untuk ke jambatan syurga. Bukankah itu sesuatu janji yang begitu romantik dan indah?? Hati kita pasti akan berbunga-bunga apabila derita kita dihadiahkan dengan ganjaran yang selama ini kita tidak perasan langsung.

Di dunia ini semua manusia akan mengalami ujian hidup.Tak kiralah orang tu dari keturunan bangsawan mahupun dari keturunan sederhana. Dari sudut pandangan orang yang miskin, mereka pasti akan berkata,

"Sampai bilelah aku nak terus jadi miskin. Kalaulah aku dapat jadi orang kaya, taklah susah sampai macam ni. Nak cari duit pun kene kerja hari-hari.Penatlah!"

"Orang kaya memang arr x de ujian langsung.Sebab diorang hidup senang-lenang, goyang kaki!"

"Siapalah aku disisi orang yang berpangkat besar..."


Astaghfirullahal'azim.......! Faham tak maksud jihad sebenarnya ni??Jihad ertinya usaha yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu kebaikan bagi mencapai redha Allah. Tidak semestinya orang kaya tidak pernah mengalami ujian hidup, malah orang kaya lebih runsing dengan kekayaan yang mereka miliki. Orang kaya makin banyak wang, makin banyak hutang yang perlu dibayar.Contohnya mereka lebih agresif menggunakan kad kredit berbanding wang tunai.Dan ironinya? Mereka akan terus mendapat surat hutang dari bank untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Kadang-kadang orang yang berpangkat besar juga sering mengalami pemikiran yang serabut dalam menentukan sesuatu idea yang kreatif. Bagi mereka, orang miskin hidupnya senang tanpa sebarang hutang dikeliling pinggang. Kerna itu , cara otak pemikiran dari segi manusia miskin dan manusia berharta berbeza tokok pandangannya.

Baiklah,berbalik kepada persoalan jihad. Pernah dengar tak perkataan "JIHAD FI SABILILLAH" ?

Jihad fi sabilillah ertinya usaha untuk mencapai kejayaan di jalan Allah. Secara eksplisitnya, orang yang sederhana dalam kehidupan mampu mengejar impian sekiranya mereka rajin berusaha. Jihad tidak kenal sesiapa.Ujian tidak kira siapa. Jadi, jika kita dilema ujian, teruskan niat kita untuk berjihad! Tegaskan nafsumu agar tidak menggoyahkan kemantapan mujahadah yang ingin terbina.

Rasulullah saw. pernah bersabda,

"......barangsiapa yang menyabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya   seorang yang sabar....." -[Hadis Riwayat Bukhari]-


wallahua'lam .. ^^

dakwah its Sunnah ~


Saturday, 20 October 2012

Ayuh mari kita cegah 'JENAYAH' zina!

~Bismillahirrohmanirrohim~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Ha, dah lama kita tidak bersua kan?? Syukur atas nikmat Allah swt kerana telah mengurniakan kita untuk berdakwah dibumi ciptaan-Nya.. Alhamdulillah, ana sudahpun 'merdeka' daripada exam PMR yang lalu..hehe... c( = Tapi bukan 'merdeka'  untuk PMR je.. Result pun belum dapat..Huhu..

Okey,okey.. Kali ni ana bukan ingin menceritakan soal perkara-perkara yang lepas. Hari ni ana ingin menyampaikan 5 jenis unsur zina yang boleh menyebabkan kita terjerumus dilembah penzinaan..
Oleh itu haruslah kita meng "NYAH ZINA" tersebut.

Nyah Zina ertinya untuk menjauhkan unsur zina dengan cara membatasi perhubungan antara syabab dan muslimah yang bukan muhrim.

5 JENIS UNSUR ZINA : -

:: Mata - Pandangan
:: Bibir - Senyuman
:: Lidah - Pertuturan
:: Janji : Keinginan
:: Pertemuan : Maksiat

-TAHAP PERTAMA (Mata=Pandangan)
a) Maksud mata di sini ialah pandangan iaitu objek yang disentuh dengan penglihatan. Kerana dari padanganlah akan memberi kesan pada hati kita.

b)Kita diharuskan untuk menjauhi pandangan bagi bertujuan untuk menggoda, tidak memandang aurat pada bahagian tubuh yang terdedah kerana ianya boleh menimbulkan rasa syahwat.

c) Mata juga harus dikawal, kerana permulaan bagi bibit-bibit zina terjadi adalah melalui mata yang menggoda. Dengan terkawalnya mata, maka akan tertutup segala pintu zina.

-TAHAP KEDUA (Bibir=Senyuman)
a) Maksud bibir di sini ialah isyarat yang mampu diukirkan senyuman mahupun cebikan.

b) Bibir adalah isyarat paling ampuh untuk menunjukkan hasrat atau niat seseorang. Tidak perlu untuk mengukirkan senyuman jika tiada niat yang pasti.

c) Senyum itu sedekah jika diberikan pada tempatnya. Dalam hal seperti ini, wanita tidak seharusnya untuk tersenyum kepada lelaki.Begiu juga sebaliknya. Ada kalanya senyuman itu dibolehkan seandainya situasi itu tidak mendorong ke arah unsur penzinaan.

-TAHAP KETIGA ( Lidah=Pertuturan)
a) Maksud lidah di sini ialah cara pertuturan yang disuarakan dan nada yang berbagai rupa. Ia diselitkan bersama 2 perkara, perkataan dan nada.

b) Dari segi pertuturan, wajib untuk kita membataskan agar tidak menggunakan bahasa yang kotor mahupun berbaur lucah. Nada suara yang dilontarkan perlulah dikawal agar tidak lunak,menggoda,mendayu-dayu sehingga boleh merangsang nafsu di dalam jiwa. Seorang wanita yang mengalunkan nasyid dengan mendayu-dayu juga adalah dosa kerana ianya boleh menimbulkan rasa syahwat dikalangan para lelaki dan begitu juga kepada wanita yang mendendangkan lagu-lagu yang melalaikan.

c) Pertuturan dibolehkan sekiranya tujuan untuk menyampaikan maksud secara ringkas dan jelas. Tidak perlu untuk berkata dengan perkataan yang meleret dan nada juga harus bersahaja atau tidak dibuat-buat(manja dan mengada-ngada)

-TAHAP KEEMPAT(Janji=Keinginan)
a) Maksud janji di sini ialah rancangan dan pakatan untuk bertemu berdua-duaan. Ia menunjukkan keinginan seseorang untuk berbuat maksiat.(ini mungkin juga akan berlaku jika imannya kurang).

b) Bagi para remaja, tahap ini adalah sangatlah kritikal. Kerana di sinilah terzahirnya segala keinginan untuk berzina. Jika mereka benar-benar nekad, pasti mereka akan merancang sesuatu untuk bertemu di tempat-tempat yang sunyi, tertutup dan gelap. Mereka mahu berdua-duaan tanpa gangguan.

c) Sebarang pertemuan haruslah dielakkan jika tujuannya adalah untuk berdua-duaan. Jangan sesekali teruna dan dara sanggup berjanji untuk bertemu sekiranya bertepatan dari segi syarak.

-TAHAP KELIMA(Pertemuan=Maksiat)
a) Maksud pertemuan ialah bertemunya sepasang kekasih atas tujuan nafsu berahi. Ini sangatlah membawa kepada dosa besar kerana bertemu antara dua jiwa yang masih belum mempunyai ikatan nikah perkahwinan yang sah.

b) Ini adalah tahap terakhir yang boleh terjerumusnya seseorang ke lembah penzinaan. Pertemuan itu akan berlangsung tidak kira di tempat terbuka mahupun di kawasan sunyi. Hasratnya untuk memegang, bermesra dan bersentuhan dengan pasangan hati. Mereka merasakan bebas dari pandangan orang lain padahal dari mata pandangan Allah mereka tiada nilainya dan dianggap sebagai manusia hina!

c) Jangan sesekali dibiarkan wujudnya pertemuan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Kerana jika berdua, pasti akan ada yang "KETIGA".. Akan tetapi, makin banyak kerja2 menangkap khalwat, makin ramai yang menimbulkan masalah seperti ini. Apa sudah jadi dengan umat baginda saw?? Adakah ini dinamakan umat tercinta nabi jika kita sendiri tidak menghormati diri kita sendiri??


Oleh itu, janganlah mudah terpedaya dengan bisikan-bisikan dunia ini..Dunia ini hanyalah khayalan.. Bumi diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk Akhirat.. Jadilah seorang ISLAM yang benar-benar ISLAM seandainya dirimu seorang ISLAM...

-keterangan diambil sedikit di Buku Kompas Cinta- ^^ 

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts
There was an error in this gadget

Musyawarah bersama~