Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Friday, 30 November 2012

Please forgive me~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Artikel untuk kali ini adalah bukanlah untuk ditujukan kepada sesiapa, malah ini lahir dari hati sendiri untuk berbicara melalui penulisan. 

Memaafkan kesilapan orang lain adalah satu sifat nurani dalam diri..

Biarpun kata-kata "maaf" itu terzahir dari bibir,

namun adakah ianya terkesan didalam hati?


hulurkan kemaafan, ringankan memohon kekhilafan..~

-------------------------------------------------------------------------------

ana sebagai insan yang sering berdosa, ingin memohon kemaafan jika selama yang ana lakukan ,tidak memberi puas hati dalam hati anda semua.. Ana bukan penghibur sepanjang masa. dan ana juga bukan pendengar setia sepanjang masa.. Ana adalah seorang manusia yang juga sama seperti anda semua, yang ada hati dan perasaan.. Bisa ketawa gembira, dan bisa juga menangis dan berduka..

lumrah seorang manusia yang apabila dia mengalami ujian, pasti ceritanya ingin dikongsi bersama, kerana tidak ingin hatinya bertambah luka saat ia sarat tidak dikeluarkan...

berbicara pada hati memang takkan memberi semangat inspirasi pada diri.. akan tetapi bila berbicara melalui persepsi diri, maka kita akan lihat potensi yang positif pada diri.

berpalinglah dari segala masalah, berperanglah dengan jiwa yang resah, bersatulah pada diri yang gagah..

akhir risalah, PLEASE FORGIVE ME~

~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~


Thursday, 29 November 2012

Jangan HINA dia!!

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


"siapa kita untuk menggelarkan dia insan GILA??"

~peristiwa tdi mmg sangat membuatkan hati ini tersentuh~

-seorang lelaki yang mungkin seorang bapa, datang ke arah adikku, lalu memegang bahunya .namun segera ayahku menepis tangannya..hatiku tiba-tiba sayu melihatnya walaupun ku tahu diri harus berjaga-jaga... 'kesian orang tu, mesti teringatkan anak dia.' - luah ummi.


'mungkinkah anak dia yang meninggalkan dia?'

'mungkinkah anak dia telah mati??'
'atau mungkin dia ditinggalkan oleh anaknya sendiri?'

ketika ayahku menghulurkan wang kepada lelaki tersebut, lelaki itu malah menolak tanda tidak mahu pemberian dari ayahku. Lantas dia terus menghulurkan tangan tanda ingin salam kepada ayahku. Aku tergamam. Ternyata bukan duit yang dia inginkan, tetapi hanya ingin 'salam'.. Aku melihat gaya dan kelakuannya yg seakan boleh dilabelkan sebagai seorang "pesakit mental". Namun apa kan daya, diriku tidak berhak untuk menghinanya sebegitu rupa. Dia juga makhluk Allah.. 

Siapa kita untuk menggelarkan dia sebagai seorang insan GILA? siapa kita untuk mencaci dan memaki hamun dia?? Kita ada lesen ke?


Lagipun, dia adalah hamba Allah yang sangat beruntung.. kerana apa? Kerana, orang itu adalah orang yang sangat bertuah mendapat gelaran AHLI SYURGA. Hebat bukan? Segala dosa pahala dia, semuanya sudah tidak dikira lagi. Hidupnya hanya bertemankan pelangi hidup di alam fantasi, cuma perlu menunggu untuk belayar di tapak firdausi. 



Oleh itu, hormatilah ia, sayangilah ia... Meskipun dirinya sudah berada di "dunia" lain, akan tetapi rohnya dijasad masih lagi memegang jawatan sebagai seorang khalifah dibumi.

Kita ni, fizikal dan mental sihat-sihat belaka, tapi kita gunakan fizikal untuk memukul mereka, kita gunakan mental untuk menyeksa mental fikiran mereka. Kalau kita rasa apa yang mereka rasai, baru kita tahu betapa peritnya diperlakukan sebegitu.

Akhir kalam, ciptaan Allah semuanya indah, hanya mulut saja bercanda bermain kata dusta ,dosa pula yang datang menimpa. Kata-kata dari mulut merupakan satu doa. Seandainya orang yg kita hina itu terlepas mendoakan keburukan untuk diri kita, tidak mustahil doanya pasti akan termakbul jua..Ingatlah, tanpa Allah, hidup akan serba gelap tanpa cahaya, meskipun cahaya yang kau lihat adalah cahaya dunia, namun cahaya dalam hati amat samar2 untuk diterokai.apatah lagi cahaya di Akhirat.~ wallahua'lam.



~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~

Monday, 26 November 2012

~V4 - Pumpang ! by vlogger Qawiem Khairi~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


[Bak kata pepatah yang tak PATAH : "Bersatu kita teguh, SYOK SENDIRI kita roboh." XD]

Kita sebagai manusia, tak perlulah asyik nak ber pumpang-pumpang kalau mulut tak reti nak jaga. Cukup sekadar dengan menjaga iman dan amal tu pun sudah baik.. cintailah persaudaraan sesama kita.. maniskan senyuman dalam setiap aspek kehidupan dan jangan lupa, kurangkan manis dalam MINUMAN. satu SUDU sudah cukup. (cewah, buat iklan lah pula) c(=

ape2pun, mabruk kepada vlogger dari Langit Ilahi.. semoga Allah sentiasa memberi barakah kepada setiap apa yang disampaikan melalui video2 dakwah seperti ini... in syaa allah amin.. :) 

~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~

(p/s : lepas tgk video ini, ringan2kan tangan untuk share kpd insan2 yang lain ya..?)  :) ~jazakallahukhairullakum~

Saturday, 24 November 2012

Warkah untuk AYAH BONDA

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ummi, tidak pernah terniat dihatiku untuk melukai hatimu.... Cuma diriku malu untuk berada dihadapanmu.. kerana diriku seakan penuh dosa untuk menatap matamu yang semakin sayu. 

Setiap malam, aku menangis.... Aku menangis kerana merindui dirimu.. Aku menangis kerana menginginkan pelukanmu. Aku menangis kerana takut kehilanganmu.. Aku takut seandainya dirimu tiada disisiku... Kerna itu aku tidak menangis dihadapanmu.. Tidak ingin membuatmu resah melihat diriku... Aku tahu kau ingin diriku sentiasa berada bersamamu... Akan tetapi, saatku menatap wajahmu, hatiku seakan mahu menangis.. kerana aku sangat takut kehilanganmu...

Setiap kali selepas solat, aku selalu berdoa untukmu.. Aku selalu berharap agar kita sama2 boleh tinggal di rumah Allah(Syurga).. 

Ku tahu, marahmu kerna kau mencintai diriku. Malah, aku tidak pernah sesekali untuk membenci dirimu. Kerna aku tahu, dirimu terlalu istimewa untuk diriku.... 

Ummi, aku terlalu merindui pelukanmu..
aku terlalu merindui suaramu...
aku terlalu merindui bebelanmu....

Ummi, anakandamu ini benar-benar merindui dirimu.........

Cintaku padamu tidak akan pernah berpaling kerna rahimmu menjadi bukti pengorbananmu untukku...

--------------------------------------------------------------------------------




Abah..
aku.... aku sebenarnya sangat merindui suaramu memanggil namaku..aku sangat merindui kasihmu untukku...

Dilubuk hatiku, tidak pernah terniat untukku mendiamkan diri.. Namun, ketahuilah, setiap kali dalam sujudku, aku sentiasa berdoa untukmu dan juga ummi..

Aku selalu menitiskan airmata tanda kerinduanku padamu... Aku juga tahu air matamu sentiasa mengalir tanpa pengetahuanku... Kerna hatiku sering bermonolog bersama hatimu...

Semasa ku kecil, aku sentiasa merengek untuk mendapatkan itu dan ini.. Sedangkan dirimu tidak pernah mengeluh melihat telatahku..

Kini, saat raut wajahmu bertukar senja, aku menjadi seperti kehilangan tempat untuk ketawa.. Aku takut kehilanganmu..

----------------------------------------------------------------------------


Sebelum warkahku berakhir, izinkan anakandamu untuk melakar puisi untukmu ummi dan abah..

Ummi,
jika air matamu sering mengalir kerana diriku...
maafkan daku...
anakmu ini sering melakukan dosa tanpa henti..

Abah,
jika kau menitiskan air matamu kerana kedegilanku...
maafkan diriku...
anakmu ini sering leka dalam mencari erti cinta..

Ummi abah,
tiada hadiah yang dapat ku buat untukmu,
selain doa dan cinta dariku..
hanya itu yang ku ada untuk dirimu..

Ummi,
kenakalanku bukanlah bererti ku ingin menderhakaimu,
bahkan aku cuma ingin diminta perhatian darimu...
aku ingin selalu dekat disisimu...

Abah,
ku tidak pernah lupa kasih dan sayangmu terhadap diriku...
susah payahmu kau mengorbankan diriku...
ku tahu, segala penat lelah kau bekerja sepanjang waktu,
kau tidak pernah abaikan tanggungjawab sebagai seorang AYAH..
untuk membimbing anakmu jalan ke syurga..

Ummi,
rahimmu menjadi bukti betapa besarnya
pengorbananmu untuk diriku
sewaktu untuk melahirkan seorang bayi didunia ini..
kesakitanmu menjadi hilang saat kau melihat seorang insan yang suci dari dosa..

Abah,
tangan kasarmu menjadi bukti betapa besarnya
pergorbananmu untuk diriku
sewaktu kau menghempas pulas bekerja semata-mata untuk diriku
dan juga keluarga...
keluhanmu menjadi hilang saat kau melihat telatah seorang anak yang tercinta....

Ummi abah...
ikhlas dari hati anakandamu ini,
bersama air mata yang mengalir tak henti-henti,
hanya ini yang ku dapat untuk meluahkan perasaan cintaku padamu...

Maafkan diriku saatku pernah melukai hatimu...
sayangku takkan pernah berubah..
cintaku takkan pernah hilang....
ketahuilah,
anakandamu ini,
sangat merindui cinta dan kasih darimu...

ikhlas,

Cahaya Serikandi  aka  BAYU :'(

Wednesday, 21 November 2012

~Jejaklah Syahid Wahai Mujahidallah~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Wahai para mujahidallah,
Jika air matamu mengalir
melihat orang tercinta rebah disisimu,
yakinlah!
bahawa Allah telah memberi firdausi untuknya..

sampai saja pada giliranmu..
maka, akan tersenyumlah kamu..
kerna dirimu kelak akan bertemu dengan Allah tuhan yang satu..

Allah menggantikan tangisanmu itu dengan ganjaran yang tidak pernah kau sangka...
Allah menggantikan deritamu dengan kebahagiaan di syurga..~

For you para syahid Allah <3 ~


Cahaya Serikandi  aka  BAYU

Tuesday, 20 November 2012

~ Buat bakal suamiku ~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Assalamualaikum wahai bakal suamiku... apa khabarmu disana? Apakah Allah sentiasa ada didalam hatimu? :) Jika Allah sentiasa berada disisimu, itulah yang membuatkan diriku sentiasa ingin dekat pada dirimu.

Wahai bakal suamiku,
Cinta yang bakal kita bina itu sebenarnya lahir rasa cinta Allah untuk kita,
jika batas dan syariat kita bijak menjaganya..

Wahai bakal suamiku,
biarpun pelbagai dugaan sering melanda kita,
biarpun ada kritikan yang tidak pernah lekang dalam hidup kita...
in syaa Allah, Allah akan menggantikan semua itu dengan kebahagiaan,
seandainya kesabaran kita sentiasa bertemankan seteguh KEIMANAN.

Wahai bakal suamiku,
cinta yang lahir dari kedua ibubapaku,
telah wujud lama dalam diriku,
meskipun belum terbukti cintaku padamu,
akan tetapi..
setelah lafaz akad sudah kau ungkapkan buat diriku,
akan ku setia bersamamu sampai akhir waktuku..

Wahai bakal suamiku,
aku hanya seorang wanita yang lemah,
yang bisa mengeluarkan air mata tanpa kau sedar,
namun diriku pasti kuat dengan bimbingan seorang suami..

Wahai bakal suamiku,
kita tidak boleh janji setia seandainya cinta kita tak berkekal lama,
cinta kita hanya akan berkekalan bersama cinta yang sering kita harapkan..
Itulah CINTA ALLAH~

-kepada yang bakal berkahwin ataupun yang sudah berkahwin, binalah sebuah cinta yang mampu kita meraih cinta ILAHI~

~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~


<3

Monday, 19 November 2012

Biarlah cinta itu Allah yang menjaganya~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"Ya Allah.. jika semua orang tidak memahami apa yang tersirat di hati ini..Biarlah Engkau saja yang mengetahui tentang diriku.. Aku bingung ya Allah... Mengapa ada sebuah kata2 yang sering hadir dalam diri ini tanpa dipinta? Kata2 itu membuatkan aku berasa dia ingin menyatakan sesuatu kepadaku."

"Ya Allah, Engkau jagalah cintaku ini agar cintaku ini sentiasa terpelihara di bawah rahmat-Mu. Jika diriku benar-benar sudah bersedia, tunjukkanlah jalan kepadaku untuk meneruskan kehidupan yang bakal ku tempuhi. Cuma.. aku takut, ya Allah... aku takut seandainya diriku kembali kecewa lagi. Aku tidak mahu menyeksa diri sendiri lagi sedangkan orang lain bahagia melihatku derita." :'(  

Kadang-kadang bila orang tu ada masalah, kita malah suruh dia sabar-sabar. Memang kita perlukan kesabaran dalam diri. Tapi jika "sabar" tu sendiri tidak diterapkan dalam hati dengan cara yang ikhlas, mana mampu seseorang itu untuk menunjukkan kelakuan yang sabar? 


::SABAR PERLUKAN IMAN. DAN IMAN JUGA PERLUKAN KESABARAN. Jika kedua-duanya tiada, maka akan hancurlah sifat kesabaran dalam diri dan iman bakal runtuh tanpa dinding kesabaran.


Oleh itu, kehadiran cinta dalam diri seseorang juga perlukan kesabaran. Biarlah cinta itu Allah yang menjaganya. Kerana kita tidak tahu, bila "dia" akan berjumpa dengan kita. Mana tahu sekarang? Atau mungkin pada masa akan datang? 




Cahaya Serikandi  aka BAYU








JAMBATAN CINTA~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Puas ku mencari di merata tempat, namun tidak juga ku ketemui.. Ke mana arah entah ku pergi tidak juga ku jumpa destinasi yang menjadi sebuah trivilogi hidupku... 

"Assalamualaikum.. adakah itu kamu Balqis?"

"Waalaikumussalam...ye..ye.. siapakah yang memanggilku?"

"Akulah KALAM RINDU yang pernah menegurmu sebelum ini..Masihkah kau ingat akan diriku?"

"KALAM RINDU? Bayang-bayang aku? Semestinya aku ingat kepadamu wahai bayang yang ku rindu."

"Mengapa kau bersedih? Apa yang telah membuatkan kamu runsing?"

"KALAM RINDU, aku ingin mencari sebuah jambatan yang bisa membawaku ke arah CINTA. Tapi diriku jauh untuk menemui itu.. Aku sedih.. Bila ku boleh mengecapi kebahagiaan??"

"Wahai insan yang digelar bidadari, jambatan itu sebenarnya tidak jauh darimu.. Cuma kau harus harungi segala yang kau perlu tangani.. Jangan mudah untuk kau berhenti mencari.. CINTA itu akan hadir jua jika jambatan itu belum tersedia untukmu. Bersabarlah.."

"Perjuangan dalam mencari CINTA tidak perlukan sebarang benda.. cuma IMAN dan TAQWA menjadi asas dalam mencapai yang ADA. Jambatan itulah yang ku maksudkan padamu."~

"Terima kasih KALAM RINDU ku.. Oh ya, Dunia fantasimu dimana?"

(-senyap sunyi-)

"KALAM RINDU? KALAM RINDU??"

Ia menghilang dan terus menghilang.. Namun ku pasti, akan ku temui JAMBATAN yang dicari.. TERIMA KASIH KALAM RINDU.~ :)

Cahaya Serikandi  aka  BAYU



Entah kenapa.... ~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



ku tahu siapa diriku..

ku tahu amat berat bagimu,

untuk mencoretkan sesuatu..

namun ku mengerti itu..

akan ku tunggu saat itu..

biar hati sudah berlagu..

agar tidak ditunggu-tunggu..

cukuplah sekadar ini dahulu...

ku titipkan ini buatmu..

agar kau fahami setiap bait yang bersyahdu..

khas buatmu.. ♥~







cahaya serikandi  aka  BAYU

Sunday, 18 November 2012

~ Binalah sebuah ukhuwah yang indah ~

بسم الله الرحيم الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Batch KHADIJAH 97 MEKAR. LOVE U KETAT2.. > < ~


ukhuwah cinta yang selama ini kita bina..
membuatkan kita saling mengenali apa itu kasih seorang sahabat..

pahit manis yang kita tempuhi bersama,
makin menguatkan lagi untuk kita dihiasi sebagai memori ceritera..

biarpun dulu kita pernah bertelingkah,
namun itu tidak menjadikan kita untuk saling berpecah belah...

cinta sebuah ukhuwah akan menjadi lebih indah jika diri  saling bekerjasama untuk mencari cinta Ilahi~



dakwah its Sunnah ^^~

Cahaya Serikandi  aka  BAYU

Saturday, 17 November 2012

Siapakah dia dihati ini ?




Wahai sebuah hati yang memaut hati ini,
aku sebenarnya langsung tidak mengenali dirimu...
siapakahmu?

Jika kau yakin aku boleh menghiasi hidupmu...
percayalah pada takdir Allah..

jika cinta kita tidak kesampaian didunia..
insya allah cinta itu akan hadir di syurga bersama kita~



Friday, 16 November 2012

~Sabarlah wahai hati~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Makin ku tepis perasaan ini,
namun sering ia menghantui diri,
apakah mungkin ada sebuah hati,
yang mahu menyapa hati ini yang menyendiri..

Kalaku berbicara,
lantas muncul seseorang yang tidakku jangka..~

Biarpun kita jauh dimata,
asalkan iman kita sentiasa dijaga,
inginkan diriku,
segeralah menikahi aku..
agar cinta kita sentiasa bersatu..

Jika ditakdirkan aku untukmu,
bersabarlah sayang,
ku tetap akan menjadi bungamu..

dan seandainya diriku bukan milikmu,
bersabarlah sayang,
Allah sudah tetapkan yang terbaik buat kita..

Dalam diammu,
ku tahu,
kau bukan membenciku,
tapi kau ingin memahami sebuah hati ini..

Akan tetapi,
dalam diamku,
hatiku menyapa berkali-kali..~

bicara warkah kian sepi..hanya puisi menjadi kosa kata erti~

Syurga pasti milikmu !!

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



"Bom! debommmm!!!! bomm boommm!!!"

Bunyi desingan setiap peluru yang membingitkan telinga, telah banyak memusnahkan segala yang menghuni di bumi SYRIA dan GAZA. Anak-anak dan ibu mereka bertempiaran lari pergi ke tempat persembunyian.. Hanya mereka dapat harapkan adalah pertolongan dari Allah swt. Mungkin selama ini mereka sering ditangisi dengan pemergian orang yang disayangi,dicintai dan dikasihi..Namun, hati mereka tetap teguh imannya demi menantikan janji yang bakal ditepati Allah swt.

IMAN SENTIASA TEGUH, HATI TAKKAN PERNAH ROBOH.. ITULAH HEBATNYA JIWA NURANI MEREKA..! ALLAHUAKBAR!

Wahai hamba-hamba Allah di bumi barakah.. Janganlah engkau menangis lagi.. Yakinlah, Allah telah membina istana untukmu di syurga-Nya..~ 

~amin~

Wednesday, 14 November 2012

NIKMAT ALLAH.. SYUKURLAH !

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Alhamdulillah... syukur atas nikmatullah kepada kita kerana dikurniakan lagi untuk kita berbicara sehingga ke Tahun Baru. Ha, tahun baru? ye, tapi bukan tahun baru 2013.. Tahun baru yang dimaksudkan adalah bulan dalam bulan islam sudah bertukar tahun, iaitu 1 MUHARRAM 1434 HIJRIAH.

SANAH HELWA YA UMAT ISLAM!!! :) :) Suka duka yang kita alami dahulu, biarkan ia berlalu.. Kini amalan kita sudah bertukar buku.. Semoga amalan kita yang berlalu semuanya diberkati Allah swt..Insya allah.. Nikmat Allah, haruslah kita syukuri.. seperti nikmat yang kita jalani ini.. Bayangkanlah, seandainya tahun baru ini belum sempat untuk kita meraikannya... Oleh kerana itu, Allah masih lagi ingin memberi peluang kepada setiap hamba-hamba-Nya untuk berubah ke arah yang ter....baik di sisi-Nya. Begitu pemurah Allah terhadap kita. 

Dalam perjalanan setiap pengembara dunia, haruslah kita mempunyai matlamat dalam berhijrah. Yang pasti, hijrah yang kita cari itu adalah hijrah yang lahirnya niat kerana ALLAH. 

Firman Allah ta'ala yang bermaksud, "Dan barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak.Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya,kemudian kematian menimpanya,(sebelum sampai ke tempat yang dituju),maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha pengampun, maha penyayang." 
-[surah An-Nisa' : 100]-

Subhanallah! Sungguh,Allah begitu sangat mencintai hamba-hamba-Nya... Lihatlah, baru saja kita niat akan sesuatu(yang baik), Allah sudah mencatatkan pahala untuk kita meskipun belum sempat untuk kita melakukannya.

Di samping itu, sebaik-baik orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan segala larangan-Nya. Seperti dalam hadis Rasulullah saw: 


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a.: Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud, "Seorang muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya.Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah swt." 
-[riwayat Bukhari]-

Dalam erti kata, hati mestilah ikhlas untuk berhijrah semata-mata kerana-Nya. 
Oleh itu, ayuhlah kita berhijrah dalam bulan HIJRAH di bulan RAHMAH pada jalan Allah.~

salam maal hijrah dari ana.... BAYU~ ^^

DAKWAH ITS SUNNAH =D






Tuesday, 13 November 2012

EDISI KHAS : ~Remaja dan Islam~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Kaifa halukum ya jami'an?? ^__^ Atamanna fii sehhatin jaiidatin mahabbah fillah..amin!! Artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan....... KITA! Ha? kenapa dengan kita?Hmm nk tau apa? Kerana kita ni kan remaja.. sebab tu untuk kali ini ana menuliskan artikel pasal kita-kita..Antunna dan antum semua tahu tidak, begitu susah untuk mencari seorang pewaris yang akan memimpin dunia pada masa akan datang.Kerana remaja kini begitu lemah dan cair dengan keindahan dunia yang penuh nista. Kalaupun diri penuh kemewahan, belum tentu jamin untuk berbahagia di hari pengakhiran.Biar diri penuh kemiskinan, asal diri x muflis dengan iman.

Remaja khususnya kepada remaja islam, perlu ada sifat seorang pemimpin dalam diri. Yang sebenarnya kita sebagai manusia juga sudah lama memegang satu jawatan yang sama. Jawatan itu adalah jawatan sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah swt. Jika kita bijak mentadbir dunia ini dengan kaedah DARUL ISLAMIYAH, insya allah, kehidupan kita akan lebih indah seperti mana yang diidam-idamkan oleh Rasulullah saw sendiri. 

Firman Allah ta'ala yang bermaksud, "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." 
-[surah Az-Zariyat : 56]

Selain itu, Allah juga ada berfirman yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka bertanya(tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".Allah berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya!"
-[surah Al-Baqarah : 30]-

Jadi, apa pula dengan fungsinya seorang remaja dalam mendaulatkan ISLAM? Secara konteks ISLAM, remaja amat penting untuk memartabatkan ISLAM. Ini kerana,remaja islam mampu mencorakkan legasi dakwah pada masa akan datang jika sifat kepimpinan ada pada diri..Kerana dengan adanya kriteria "pemimpin" dalam diri lah yg mampu memartabatkan dan menjulangkan ASMA' ISLAM!


Contoh pemuda pada zaman Rasulullah saw yang sangat tegas dalam memperjuangkan islam, iaitu Saidina Umar Al-Khottob.Beliau sanggup meninggalkan segala yang dia miliki semata-mata ingin menjadi hamba yang setia disisi-Allah swt. Selain itu, sahabat Rasulullah saw, Abdul Rahman bin A'uf, seorang pemuda yang hartawan . Dia juga sanggup mengeluarkan semua hartanya demi perasaan cintanya pada agama yang indah ini. 

Kepada remaja-remaja diluar sana termasuk juga ana sendiri sebagai seorang remaja, haruslah kita saling menjaga intergriti kita sebagai seorang remaja yang bertauliah dalam merapatkan dakwah-dakwah islamiyah yang tercinta kepada insaniyah yang tercinta. Maafkan diri ini jika ada kesalahan mahupun kesilapan sepanjang ana menulis..Tak kiralah siapapun dia dan kita, yang penting akidah islam harus kita perjuangkan demi mempertahankan tangga kita untuk menuju ke TANGGA CINTA ILAHI ~

-JOM KITA SAMA-SAMA HAPUSKAN ORANG-ORANG YANG INGIN MELENYAPKAN DIINUL ISLAM INI. 

~LOVE ALLAH , LOVE RASULULLAH AND LOVE ISLAM.~ ^^

CAHAYA SERIKANDI  aka  BAYU




 

Jom ikut sunnah nabi sambil menonton: ~V3 - Kek Coklat



Assalamualaikum... sebenarnye dah lama ana nk share vlog ni kt blog ini. Tapi, kadang2 lupe melanda.. :p Memang betul apa yang diperjelaskan dan apa yg dipelakonkan oleh vlogger yang bernama Qawiem Khairi. Sebagai mahasiswa (x kirelah die tu mahasiswa atau pelajar sek ), mesti kita saling tegur-menegur..bukan smile di fb je, kalau jumpa di luar, jgn pula sorok2 dlm kotak.. .. ok, enjoy this vlog.. akhir kata,x rugi amalkan 3 s dlm kehidupan seharian kita.. :)

 "amalkan 3 s dalam kehidupan kita."-Qawiem Khairi

-SENYUM
-SAPA
-SALAM





Sunday, 11 November 2012

Perlu ke paksa orang??

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Di dunia ini memang tidak lari dari pendebatan antara insan dengan insan yang lain. Segelintir orang, mahu saja pendapatnya diterima habis-habisan. Jangan terlalu memaksa orang lain untuk menerima segala opinion(pendapat) kita. Meskipun apa yang dihuraikan itu adalah memang fakta yang benar, namun barangkali ada juga sesetengah pihak yang tidak berpuas hati. Hmm, memang lumrah manusia yang hanya inginkan kemenangan saja..Tetapi, jika kita asyik menyuruh orang lain mengikuti kita, bagaimanapula jika diri kita melakukan kesalahan yang sungguh berat?? Apa mungkin juga mereka akan turuti kesalahan yang kita perlakukan?? Na'uzubillahi min zalik..!

Tak semestinya apa yang kita buat,apa yang kita kata, orang lain kene ikut.. Just think about pendapat-pendapat orang lain juga.. If setakat pendapat kita saja yang betul, bila lagi akan timbul rancangan seperti forum dakwah? Debat? dan sebagainya? I'm never said that I always be true in every moment... Tapi ana harap kita dapat berkongsi our opinion bersama-sama. :) Jika ada yang tidak berpuas hati, suarakanlah pendapat itu dengan sebaiknya. Bukan secara menerjah seseorang itu dengan kata-kata makian mahupun cacian. Sedangkan Rasulullah saw pun pandai mendengar pendapat orang lain dan tidak menyuruh pun orang lain mengikutinya. Cuma baginda saw hanya mengharapkan kita dapat membukakan hati kita untuk menerima ajaran risalah yang dia sebarkan di serata duniawi... 

Perlu ke paksa orang untuk mengikuti jejak kita?? Tak perlu kan..... Jadi, be open minded untuk menerima pendapat orang lain. Mana tahu pendapat yang dikemukakan itu adalah lebih bernas dari idea kita?? :) Jika kita fikir kita je yang betul, sampai bila kita nak hidup dengan bumi yang tanpa kedengaran suara-suara insan lain? 

Allah jadikan manusia di bumi ini untuk kita saling bermuafakat disamping kita diperintahkan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah di bumi yang Dia ciptakan ini. 

Kadang-kadang, bila ada orang post status kat fb mengenai dakwah, mulalah seorang demi seorang insan yang berkata, "Bajet alim konon, simpan je dakwah kolot kau tu!"

Ape, kolot?? Masya Allah....

Mana kamu tahu dia tu kolot dalam berdakwah? Mana kamu tahu dia tu seorang yang bajet alim? Dia post2 benda baik kt laman muka buku tu untuk menyebarkan dakwah yang pernah disampaikan oleh Rasulullah. Jika kamu tidak tahu tentang kisah2 terdahulu, mesti mulut ternganga pun kamu tidak perasan. But inipun bergantung pada niat sendiri.. Hmm, bagi ana, hidup sebagai seorang pendakwah, memang tidak lari dari hamburan kata-kata yang memeritkan.Segala kritikan semuanya sudah menjadi teman sehidup semati. 

Ha? Sudah masuk entri lain pula.. :) mengenai persoalan , 'PERLU KE PAKSA ORANG??' , dahlah.. biar je kita dakwah kerana Allah..kalau orang tu nak ikut kita sebab nak ilmu berkat dari Allah, terimalah dengan hati yang tawadduk.. Jangan sampai terketuk sudah.. ^^ Kita sebagai manusia memang tidak kalah untuk mencari kemenangan diri sendiri... 

Oleh itu, akhir risalah mawaddah dari ana, "Walau kita terlalu ramai difollow twitter, walau kita terlalu banyak di LIKE di laman muka buku, walau kita terlalu famous depan orang lain..KETAHUILAH, ADAKAH KITA AKAN FOLLOW SEGALA AMALAN KITA? ADAKAH KITA AKAN DI LIKE OLEH ALLAH DENGAN AMALAN KITA? ADAKAH KITA BAKAL FAMOUS DI hari AKHIRAH? 

~kita sudah menjadi penumpang di dunia, namun bakal menjadi penghuni di kubur..~



Dakwah its Sunnah =D


Cahaya Serikandi  aka  BAYU

Dengarlah rintihan umatmu Ya Rasulullah !!

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




Ya Rasulullah,
penyeri dunia memberi cahaya,
lihatlah umatmu sekarang ini,
kini semakin berleluasa sosial disana-sini,
tidakkah mereka tahu, 
bahawa diakhirat kelak,
engkau yang akan memberi syafaat kpd mereka,
bukan maksiat yang menjadi peneman di jiwa..


Ya Rasulullah,

kami semua lemah tanpa engkau disisi kami,
namun, pengisian dakwahmu tersebar di merata duniawi,
memberi inspirasi kepada kami,
untuk memperjuangan dinulllah (agama Allah) yang dicintai..


Wahai sinar yang memberi sinaran,

jiwa kami gelap tanpa nur iman,
jiwa kami resah tanpa sempadan,
jiwa kami gelisah tanpa cabaran,
kerana hati kami teringin dekat bersama seorang insan pilihan,
itulah engkau wahai Rasulullah saw... :')


Tiada kata yang dapat kami ukirkan buatmu ya Rasulullah,

selain berselawat cinta kepada mu sepanjang masa..


SOLLU A'LANNABI..

NUHIBBUKA YA RASULULLAH !! :)

Warkah Cinta Pengikat Sanubari 2

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


cover photo semata... :)
"Ahlan-ahlan fii biladun mesir!" Kata Khairul Ridhwan kepada wanita tersebut.

"Syukran wa jazakallahukhairan. Asif, ana minta diri dulu untuk pulang ke baiti Raudhah fii Irbid,Jordan. Ouh  , nasiitu! Syukran kerana telah menolong ana. Hanya Allah yang boleh membalas jasa kebaikan anta.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,"lembut saja wanita itu bertuturkan kata-kata.

"Afwan ya muslimah.Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh," Khairul Ridhwan membalas salam dari Durriyah Humairah.


Lalu wanita itu hilang didalam bayangan lseorang elaki yang bernama Khairul Ridhwan.


'Ya Allah, aku benar-benar tidak mengerti mengapa hati ini berdegup kencang, menghempas bayang? Apa mungkin ini kerana ketika diriku sedang berjumpa dengan seorang muslimah?' Detik hati seorang pemuda siswa Al-Azhar.

"Astaghfirullah!" Hatinya beristighfar. Menyebut kalimah itu berkali-kali.

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts
There was an error in this gadget

Musyawarah bersama~