Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday 18 December 2011

Macam mana nak jadi seorang penulis???

Itu perkara mudah je...Tapi,jangan kata mudah je...Mula2 memang susah...Lame2 senanglah jadinye..Sebab ada usaha..Usaha tangga kejayaan!!Betul tak....

Ok,ok..Jangan buat masa lagi..Mari kita concentrate pd tajuk ini...MACAM MANA NAK JADI SEORANG PENULIS??Itulah ungkapan drpd seorang yang terlalu minat nak menulis tapi tidak tahu cara2nya dengan betul.

Kalau kita hendak mencapai cita2 kita,contohnya seperti hendak menjadi seorang penulis yang terkenal ataupun novelis yang berjaya.Kita mestilah mempunyai strategi2 yang membolehkan kita mengaturkan masa yang sesuai.Sebelum kita nak memulakan cara penulisan yang terbaik,kita perlu mengetahui apa yang perlu kita tulis dahulu.

Contohnya saya tulis perkataan MAKAN.

Apa kaitannye dengan makan?Macam mane nak buat ayat dengan menggunakan perkataan makan?Cara2nye adalah dengan berfikir secara rasional.Jangan terlalu fikir.Itu akan membuatkan kepala anda menjadi serabut dan seterusnya tidak akan mendapat apa-apa idea langsung dari otak.Sebab otak anda terlalu banyak berfikir.Oleh itu, rehatkanlah diri anda dengan aktiviti2 yang merehatkan minda.

Ok,saya akan memberi contoh ayat bagi perkataan 'makan'.

1)Saya suka sangat makan.

-Itu ayat pendahuluan.

2) Makanan kegemeran saya adalah nasi goreng

-(persoalan bagi apakah ia?)

3)Tiap-tiap hari saya makan.

-(persoalan bagi bilakah perkara itu berlaku?)

4)Saya makan dengan kawan saya.

-(persoalan bagi dengan siapakah?)

5)Saya makan untuk kekal sihat.

-(persoalan bagi untuk apa?)

Penulis berjaya akhlak mulia


Jika,tiada perkataan yang saya sebut tadi.Maka tidak jadilah penulisan yang anda impi2kan.Adakah anda ingin menjadi seorang penulis terhebat??Seperti gambar di atas??Ya,saya juga mahu!!Jadi,berusahalah!Anda mampu melakukannya...

Jadikanlah seorang penulis yang berjaya dan terhebat...Oh,jangan lupa,mestilah dengan berakhlak mulia.Kalau kita memang seorang penulis yang berjaya tapi diri tidak berakhlak mulia,nak buat ape kalau macam tu??

Oklah..Assalamualaikum.... ^^

Thursday 15 December 2011

Cuti-Cuti Melaka!!!

Assalamualaikum semua!!

Semalam hari yang paling best...sangat!!!Sebab gi holiday ngan satu femili...Tapi mase tu abah x de sebab pergi tanda kertas pekse...So pegi tanpa fatherlah..haha..x pe2..nnti insyaallah dapat pergi lagi...

Keluar pukul 10.30 pagi.Bangun pukul 7.30 pagi. Ambil masa 3 jam untuk siap!Haha,sian diorang,kena tunggu..Sorry...

Awal2 tu pergi kat jusco, ambil breakfast dulu.Utamakan yang itu dulu.Lepas sejam breakfast, kitaorang pergi tengok wayang...Sebelum tu, kitaorang pergi jalan-jalan dulu.Tengok2 barang..(x best sbb belum beli apa2)Wayang tu mula pukul 11.50 pagi.Citer Puss In Boot.(ingatkan dapat tengok citer Ombak Rindu) sbb rmi kate best..Huhu, tp umi x kasi sbb ade adik..(umi kate citer tu ade sikit yg 'blue', so,paham2 jelah...hehe)Best citer tu..PUSS IN BOOT.Kelakar tol...Comel...

Lepas abis tengok wayang,kitaorang jalan2 gi main bowling lak kat MP(Mahkota Parade)...Very interesting place!!!Baru first time datang situ...

Mase first play, dapat no 2. Abang Amad dapat no.1(sebab die dah byk kali main ngan member2 die)dan yang last sekali timah...(sebab bola asyik senget je...)

Time tu pula,mse dh nk last tu..Dah dua kali bola asyik straight je..hehe(mungkin nasib je...)Mase mula2 dapat straight tu,bukan main lompat2 lagi aku...Bila lagi satu aku dapat straight lagi, bukan main terkejut si abang aku tu!!Haha,tadi dia yang ajar, sekarang aku pula yang ajar dia..Hehe si pelajar mengajar di pengajar....


Lepas abis main bowling tu, kitaorang jalan2 jap..Pastu singgah jap kat kedai buku kat Popular..Mula2 nak beli buku "Wanita Terhebat" ngan "La Tahzan pada Jodoh", tapi, takut umi kate aku ni "menggatal dengan cinta2 ni" hehe...So, aku beli buku Bidadari Rasulullah..Best juga citer ni..Sebab ada kisah2 isteri2 dan anak2nya...(lagipun cover dia cantik!!purple..)


K lah,tujelah kot nak tulis...Nanti kalau ade mase, aku tulis lagi.Bye2~!!
Assalamualaikum..

Monday 12 December 2011

Sebahagian novel Siapakah Cinta Di Hati Ini(Bab 6)




∞6∞



“Alhamdulillah,syukur kau dah sedar,Qis!”Kata Lina tatkala melihat keadaanku yang mulai sedar.
“Lina,aku kat mana ni?”Soalku.Aku benar-benar tidak tahu dimana keberadaanku sekarang.Ku perhatikan banyak wayar-wayar yang melekat di tanganku.Sepertiku tahu akan dimana keberadaanku.
“Kau sekarang ada di hospital sebab semalam kau kemalangan.Doktor kata darah kau banyak hilang.Kenapa kau jadi macam ni?”ucap Lina seakan-akan mahu menangis melihatku yang sedang terlantar sakit.
Aku kemalangan?Darah aku banyak hilang?Adakah aku akan....Ah,itu tidak mungkin.Takdir yang menentukan,bukan aku.Biarlah takdir yang memutuskan saja.
“Entahlah Lina,aku pun tak tahu apa yang terjadi pada diri aku ni.Mmm,doktor ada cakap apa-apa lagi ke kat kau?”Tidak sanggupku untuk menceritakan hal yang telah melukakan perasaanku.

“Err,aku tak sampai hatilah nak beritahu kat kau.Aku takut engkau akan bertambah sedih.Tambah-tambah lagi kau ni tengah sakit.Risau aku dibuatnya nanti.”
“Cakaplah apa dia,aku tak kisah.”Paksaku. Berdebar juga jantung ni menantikan jawapan dari Lina.
“Okey,harap kau bersabar tau.Kan aku kata tadi yang darah kau banyak hilang,jadi doktor tu suruh aku carikan penderma darah yang sesuai dengan darah kau.Pastu doktor kata kalau aku tak dapatkan penderma darah untuk kau......Hidup kau..err..hidup kau..”gugup Lina.Seperti tidak sanggup untuk melafazkannya.
“Hidup aku?Kenapa dengan hidup aku?”Soalku dalam kekalutan.
“Doktor kata kalau dalam masa seminggu ni masih lagi tiada penderma yang sudi menderma darah,err…kemungkinan besar hidup kau tak lama,Qis.Hentakan di kepala kau telah menyebabkan darah banyak keluar.Aku risaulah keadaan kau.”Jawabnya sambil menangis teresak-esak.
Ya Allah!Ternyata benar apa yang ku fikirkan tadi.Adakah kau telah memakbulkan doaku?Jika begitu, aku pasrah atas kehendakMu.
“Takpelah Lina, mungkin ini sudah takdir aku.Nak buat macam mana kan?Aku pasrah jelah.”Ucapku.
Bertambah sayu hati Lina tatkala mendengar jawapan dariku.Aku sebenarnya bimbang juga melihat keadaanku seperti ini.Akan tetapi,aku harus menerima semua kenyataan ini.
“Qis,aku janji aku akan mencari darah yang sesuai untuk kau.Kau jangan bimbang okey?Kalau aku tak dapat cari, aku yang akan mendermakan darah aku untuk kau…”Esak Lina.

Baik sungguh hati Lina.Sanggup dia mahu mendermakan darahnya untukku.Pengorbananmu tidak dapat ku balas Lina.
“Lina,cuma Allah saja yang dapat membalas semua jasa kau dekat aku.Terima kasih sebab selama ni kau sudi menjadi sahabat aku sehingga kau sanggup mengorbankan diri kau.Aku terharu dan bersyukur sangat sebab ada kawan sebaik kau,Lina.”Kataku.
“Sama-sama.Itulah gunanya kawan.Aku juga bersyukur sangat dapat kawan setabah kau.Moga-moga persahabatan yang kita bina ini akan kekal sampai bila-bila.”Ujar Lina.
“Amin...”Ucapku.
“Ermm,Lina, keluarga aku tahu tak tentang perkara ni?Aku takut mereka tahu dan akan datang kesini..Aku tak mahu mereka risau.”Soalku.
“Belum lagi.Aku tahu kau mesti suruh aku jangan beritahu mereka.”
“Terima kasih Lina.”senyumku.
Lina turut tersenyum.Lantas kami sama-sama tersenyum.
“Lina, selain dari kau yang tahu,siapa lagi yang tahu pasal aku?”
“Ada.First sekali aku bagitau kat Ashraf.”
Nama tu lagi!
“Tapi dia buat tak endah je.Aku tak taulah kenapa dengan dia.Terkejut pula aku dibuatnya.Pastu,aku baru teringat kat Habil,siswa baru yang hensem tu.Aku pergilah cakap kat dia pasal kau.Terlopong dia!”
“Kau cakap kat dia?Asal kau cakap kat dia?”
“Alah,dia kawan kita juga.Takkan tak boleh?Ha, dia ada kata lepas kelas nak lawat kau.”

 “Siapa?Habil?Ashraf?”Sebutan Ashraf saja diperlahankan.
“Habil.”jawabnya pendek.
Aku tunduk sambil mencari seribu persoalan yang muncul dibenak fikiranku.
“Qis?”panggil Lina.
“Ya?”Sahutku.
“Kau ada masalah?”
Aku tunduk lagi.Seperti air mata ini mahu keluar.Aku tahan.
“Mana ada?Qistina Arrisya mana pernah ada masalah?Tengok ni,muka aku ade nampak orang yang sedang dilanda masalah ke?”Bohongku.
“Kau ni Qis.Tak payahlah nak sorok-sorok dari aku.Aku tengok dari mata kau pun aku dah tahu.”
Senyapku.
“Sebenarnya aku dah tahu apa masalah kau.”Bersahaja Lina.
Tergamamku.Macam mana Lina boleh baca fikiran aku ni?
“Apa maksud kau?”soalku berpura-pura tidak tahu.
“Kau ada masalah dengan Ashraf kan?Semalam,aku dengan Rayza memang nak keluar,tapi tak jadi sebab dia kena panggil dengan Prof.Girgis.Pastu,aku pergilah cari kau.Masa aku dah jumpa kau,aku nak jerit,tapi aku nampak kau tengah tengok Ashraf dengan mat saleh.Terkejut aku dibuatnya!Aku tenung kau lama-lama.Pasti kau ingin bertanya dengan pelbagai soalan.Betul tak?Atau mungkin disebabkan perkara tu,kau kemalangan?”
“Huh…”Keluhku.

Sudah ku cuba untuk menahan hati yang sebak ni,lantas berjurai juga air mata ni.
“Entahlah Lina.Masa aku tengok Ashraf dengan mat saleh tu,aku rasa hidup aku dah takde makne lagi.”Seduku.
“Kau cintakan dia?”
Soalan itu amat memeritkan hati aku.Sukar untukku melafazkan itu.
“Itupun aku tak tau juga.Menurut kau?”
“Kau jangan nak paksakan diri kau tu.Kalau kau memang cintakan dia,luahkan perasaan kau tu kat dia.Jangan tunggu sampai dia dah cari yang lain.Itu yang buat kau makin sakit hati.”Tegur Lina.
“Dah terlambat Lina.Kau pun tahu jugakan pasal semalam?So, takde gunanya lagi kalau aku luahkan perasaan aku kat dia.”
“Okey-okey,don’t sad-sad lagi ya?Aku tak nak kau nangis.Nanti kepala kau sakit.Takpe,aku kana da?Don’t worry ok?
“Apelah Lina,aku dah nangis baru kau cakap camtu.Haha,kelakarlah kau ni!”Walaupun aku sakit,namun aku masih lagi boleh tersenyum
"Nurse,where the ward from patient's name Qistina?" Kedengaran ada suara yang menyebut namaku diluar.
"Over there, you straight and then you turn left."Kata nurse.
"Thanks you, nurse."
"More welcome.."
Tuk,tuk,tuk....
"Hai Qis.Macam mana keadaan awak sekarang?"
 Rupa-rupanya Habil yang datang melawatku.Bukan Ashraf..
Ashraf?
 Kenapa nama itu sering muncul di fikiranku?Kenapa susah untuk ku lupakan dia?

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~