Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday 14 April 2013

~Kuliah Dhuha Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha'~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulillah, pada hari Ahad iaitu pada 14 April 2013, bersamaan 4 Jamadilakhir 1434 hijriah, telah diadakan kuliah dhuha dengan bimbingan Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail, bertempat di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha'. In syaa allah, akan diberikan sedikit perkongsian yang terdapat dalam kuliah tersebut.

~Tajuk yang dibincangkan pada hari ini adalah berkaitan dengan niat~

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 

"Innamal 'a'maalu binniah......." [riwayat Ibn Al-Khattab]

-yang bermaksud, sesungguhnya, setiap amalan disertai dengan niat.

~apabila kita niat kerana Allah dan Rasul-Nya, maka apa yang kita niat itu hanya semata kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan jika kita niat atas hal2 yang lain, seperti contoh, ingin bernikah dengan seorang wanita, maka hijrahnya itu menurut apa yang diniatkan itu. 

Kita diberi pelbagai nikmat :

-nikmat ILMU
-nikmat KESIHATAN
-nikmat HARTA
-nikmat keinginan timbul untuk BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT

:: ada orang diberi nikmat ilmu, tapi tak diberi nikmat kesihatan
:: ada orang diberi nikmat harta, tapi tak diberi nikmat ilmu
:: ada orang diberi nikmat untuk beribadah, tapi tak diberi nikmat harta

~hanya Allah ta'ala sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

~apabila kita diberi nikmat untuk beribadah, hendaklah kita sentiasa beristiqomah dalam melakukan ibadah.

"sesungguhnya benar-benar dalam kebanyakan manusia."
"apakah itu?"
"orang-orang yang tidak bersyukur"

Matlamat kita dalam beramal ada dua :

-KERANA ALLAH-

@

-KERANA DUNIA-

para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, "wahai Rasulullah, ada seorang pemuda ingin berjuang untuk mendapatkan ketaqwaan dari Allah. Tapi pada masa yang sama, pemuda itu ingin berkehendak dengan harta keduniaan. Jadi, adakah Allah terima perjuangan pemuda itu, wahai Rasulullah?" 

lantas nabi saw menjawab, "LAA KULLI SYAI'N" (dia tidak dapat apa2pun)
para sahabat bertanya lagi akan soalan yg sama, lantas nabi saw pun menjawab dengan jawapan yang sama. sehinggalah yang ketiga kalinya, baru para sahabat diam daripada bertanya. Kerana,baru para sahabat tahu bahawasanya Rasulullah begitu menegas dalam hal itu.

~pengajaran : "Orang yang berjihad, harus tiada tujuan lain, melainkan rasa ketaqwaan kepada Allah ta'ala."

~Orang yang mengenal Allah, orang itulah yang ikhlas~

~NIAT dari sudut hukum ialah membezakan antara ADAT dan juga IBADAH~
::contohnya cara orang yang mandi biasa,sama dengan orang yang mandi wajib.

~dalam ibadah, mesti ada niat. Kalau tidak, tidak akan diterima amalan tersebut. dalam solatpun kena ada niat.

~Saiyidina 'Ali ra pernah satu ketika tertusuk tombak pada kakinya. Beliau menyuruh para sahabat mencabut tombak itu saat beliau sedang solat. Lalu apabila saiyidina 'Ali mengangkat takbir, dicabutnya para sahabat itu akan tombak yang menusuk kaki beliau. Akan tetapi, disebabkan terlalu khusyuk, saiyidina 'Ali tidak menyedari akan tombak yang telah dicabut itu. Subhanallah!

~persoalan tentang niat dikalangan para sahabat adalah IKHLAS~

~Allah tidak akan terima amalan seseorang,apabila niat seseorang itu tidak ikhlas~

-RUKUN AGAMA-

::Iman --> TAUHID
::Islam --> FEKAH
::Ihsan --> TASAWWUF

~Orang yang tidak riya' adalah orang yang tidak mencaci,tidak menghina orang lain.

~apabila seseorang itu tidak biasa mengumpat,atau tidak suka mengumpat,atau tidak pernah dengar orang mengumpat,maka dirinya tidak akan mahu mengumpat.

~biar kita tidak pandai bersosial, asalkan kita selamat dari perkara-perkara yang dilarang.

~jika niat tidak baik, maka tidak dapat pahala

~orang yang JAHIL dalam sudut AGAMA, tidak LAYAK, jadi PEMIMPIN

~jangan diselitkan dengan niat yang tidak baik~

~tiada niat yang baik, melainkan ada yang baik~

~JIKA NIAT BETUL, IN SYAA ALLAH ALLAH JAGA~








Friday 12 April 2013

Puisi : ~Sebelum Kita Bernikah~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kita tidak pernah saling mengenali,
Apatah lagi ingin bertemu janji,
Batas dan syariat, kita patuhi,
Agar hubungan in syaa allah diberkati.

Bermulalah ta'aruf di antara kita,
Tapi bukan saling bersua muka,
Hanya mengenali nama dan juga keluarga,
Bagi mematuhi syariat agama.

Malu itu lumrah bagi wanita,
Kalau berhubung haruslah berwaspada,
Takut malu itu hilang nilainya,
Kerana diriku begitu berharga.

bercinta diusia yang muda tahukan batasnya,
bergurau senda harus berpada,
Jangan nak ingat hendak bersuka-suka,
Selagi tak nikah, jangan harap nak berdua!

Sebelum kita bernikah,
Pastikan cinta-Nya tersemat di dalam atma,
Kalau tidak, macam mana nak didik anak-anak kita?

Tuesday 9 April 2013

Puisi : ~Kerana Cinta~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


~ PUISI ~

Mungkin kerana cinta,
Aku alpa dengan segala dunia,
Mungkin kerana cinta,
Aku terabai segala amal ibadah.

Akan tetapi,
kerana adanya cinta Ilahi,
Itulah yang benar-benar hakiki,
Yang membawa cinta itu ke jalan yang tinggi.

Kerana cinta,
Legasi rumah tangga kekal utuh terbina,
Bersama mengenal erti cinta,
Menjaga hubungan atas nama Cinta.

Kerana cinta,
Seseorang itu mungkin menetap di syurga,
Kerana cinta juga,
Seseorang itu mungkin menjejak ke neraka,
Cuma, hanya satu cinta yang perlu diterokai,
Iaitu cinta kita bersama Robbul'izzati.

Badan binasa, kerana cinta,
Dunia sengsara, akibat cinta,
Itulah kesan tidak memahami cinta,
Ummah terbiar, generasi terabai.

Jangan lembik dengan cinta bernafsu,
Tegaskan iman jangan diragu,
Jikalau tak halang, menjadi buntu,
Akibatnya nerakalah tempat dituju.

Ingin bahagia bersama cinta,
Fahamilah dulu definisi cinta-Nya.


----NOTE----

~BAYU~
Selasa, 9 April 2013
7.39 pagi
Perhimpunan pagi
tanjung bidara,
melaka.




Puisi : ~Kerana diriku belum HALAL untukmu~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


~PUISI ~

Kau dan aku,
Belum tentu dapat bersatu,
Walau ada ikatan "tunang",
Tak bermakna aku ini untukmu,
dan kau adalah untukku.

Bila cincin tanda setuju,
Kita perlulah menjaga apa yang perlu,
Pelihara iman adalah satu kewajipan,
Tanda mukmin itu seorang yang beriman.

Bukan bermaksud tidak boleh bersua,
Cuma haruslah bersama keluarga,
Bagi mengekalkan kasih dan cinta,
Di antara kita dan juga mereka.

Istilah BATAS perlu diambil kira,
Jika tak endah, maka meranalah kita,
Takut-takut mendapat kemurkaan dari-Nya,
Lebih baik jauhi daripada dekati.

Tolonglah wahai hati yang merindui,
Jika rindu, tukarkan rasa itu hanya kepada Ilahi,
Ku tak layak mendapatkan rindu itu,
Kerna diriku belum halal untukmu.



----NOTE----

~BAYU~
Selasa,9 April 2013
2.22 petang
Waktu matapelajaran Sejarah
dalam kelas 4 Aisyah

Sunday 7 April 2013

Luahkanlah rasa CINTA itu dengan MATANG dan BERSEDIA!

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


"AKU CINTA PADAMU" 

"I LOVE YOU"

"AISHITERU"

"WOOAINI"

"ANA UHIBBUKA/KI

Adakah apa yang kita luahkan itu adalah satu luahan yang MATANG dan MANTAP? Jika sekadar ingin meluahkan tanpa ada ingin membuat PERSEDIAAN, tak usahlah nak berangan nak berkahwin di usia muda. Zaman sekarang sudah terlalu banyak ayat-ayat ISLAMIK.

"Saya akan tunggu jodoh saya tiba. Saya yakin dan pasti, jodoh saya itu sudah ada."

"Oh bakal imamku, bimbinglah aku ke jalan syurga. Aku ingin bersamamu."

"Oh bakal makmumku, jadilah yang terbaik untukku."


nak TUNGGU jodoh tanpa USAHA? Begitukah maksud anda? Jodoh sebenarnya kita yang perlu mencari. Bukan kita yang duduk diam, lepas tu jodoh datang terkinja-kinja. Jika kita menyukai seseorang, luahkan rasa hasrat itu kepadanya. TETAPI... luahkan perasaan itu dengan menggunakan cara yang RASIONAL, MATANG dan BERSEDIA. Bermusyawarahlah dengan orang yang lebih berpengetahuan dalam soal rumah tangga. Dan bagi ana, orang yang paling penting dan paling berhak mengetahui perkara ini adalah ibu bapa kita sendiri. Segala pendapat mereka, kita harus terima dengan hati yang terbuka meskipun pendapat mereka itu tidak bersependapat dengan kita, kita harus hormati mereka sebagai orang yang lebih berusia dari kita.

Jika benar kita mencintainya, jangan sampai kita membuatkan dirinya dan diri kita terleka sehingga mengabaikan pelajaran. Jika benar kita mencintainya, sentiasalah memberi peringatan kepadanya untuk beribadah kepada Allah. Jika benar kita mencintainya, jangan biarkan dia terus hanyut dibuai dengan kemewahan dunia. Jika benar kita mencintainya, ajarkanlah dia untuk mencintai Allah dan Rasulullah.

Ana mengakui ada menyukai seseorang. Dia mempunyai sifat-sifat lelaki yang baik dalam dirinya. Akan tetapi, ana juga sangat berhati-hati dalam meluahkan rasa 'hubbu' kepada seseorang,kerana ana takut diri ini masih belum bersedia. Jadi, ana hanya menggunakan perantaraan antara sekian dan sekian. Itu mungkin lebih baik dari hanya memendamkan rasa 'hubbu' itu didalam hati. 

Faktor usia yang masih muda ini, mungkin agak sukar dan masih mentah untuk membicarakan soal perkahwinan. Akan tetapi, jika kita benar-benar memahami erti disebalik soal rumah tangga, kita akan dapat tahu betapa pentingnya mempelajari sesebuah pernikahan. SEMATKAN DALAM HATI, KAPEL itu TIADA ERTINYA, kerana PERNIKAHAN itu lebih SELAMAT.

~LUAHKAN dengan MATANG. jangan MAIN-MAIN dalam soal luah-meluah jika kita tidak tahu cara untuk meluahkannya~

Saturday 6 April 2013

Kuliah Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha (7 APRIL 2013)

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Seperti biasa, pada hari Ahad akan diadakan Kuliah Dhuha bertempat di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha pada jam 10 pagi. 

Hari ini menghuraikan tentang pembincangan tafsir surah al-baqarah, ayat 174-176. Dan disini ada sedikit perkongsian yang boleh kita ketahui.

-Di dalam ayat tersebut, Allah menerangkan tentang perbuatan buruk mengenai bani israel. Iaitu mereka menyembunyikan kedatangan rasulullah saw.

-Iaitu terdapat dalam diri baginda saw ada sifat2 yang mereka menafikan. Mereka merubah sifat nabi Muhammad saw dengan sifat yang tidak ada dalam diri baginda saw.

-Allah ada menerangkan juga, mereka mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. 

-Mereka juga menyembunyikan hukum. Dalam satu peristiwa hukum rejam, mereka tutup dalil mengenai hukum rejam dengan jari mereka agar tidak diketahui oleh kaum mereka.

-Oleh sebab itu, perbuatan orang israel adalah perbuatan yang sangat dimurkai Allah swt.

-Apabila kita membaca al-Quran, sebenarnya ia sudah cukup jika kita jujur kepada Allah. Tak payah menggunakan kitab-kitab yang lain. Kerana al-Quran cukup jelas panduannya. Para Ulama' membuat kitab-kitab mereka bagi menjelaskan isi-isi yang terkandung didalam al-Quran agar kita memahami. 

-Berusahalah beradab dengan Allah swt. Apabila orang suruh kita menutup aurat, kita harus dengar.

-Sampaikan ada yang berkata, al-Quran tu adalah relevan. Banyak lagi kitab yang boleh dipelajari. Ingat! Sesiapa yang membelakangkan al-Quran dan melebih-lebihkan kitab yang lain, ada penyakit yang terdapat dalam hatinya.

-Orang yang sentiasa melakukan dosa, apabila dia sentiasa cuba untuk membetulkan dirinya dalam mengabdikan diri kepada Allah, in syaa allah ada jiwa mukmin yang melekat dalam dirinya.

-Mengulangi rasa syukur adalah berkekalan dalam bersyukur. Bersyukur kepada Allah sekiranya kita benar-benar mengabdikan diri kepada Allah. Pangkat orang beriman yang bersyukur kepada Allah adalah orang yang sentiasa berkekalan/beristiqomah dalam bersyukur.

-Maksum adalah pangkat bagi para nabi. Kita tidak maksum. Tetapi orang yang sentiasa sukar untuk melakukan dosa walaupun sedikit, itu dipanggil, Allah sentiasa memelihara dia.

-Jalan kita adalah jalan para ulama'. AL-ULAMA' WARASATUL ANBIYA'. 

-Murtad yang paling bawah sekali adalah murtad yang merendah-rendahkan seseorang.

-Nabi, kita wajib mengikuti perintahnya dan wajib mencintainya, jika seseorang itu tidak mencintai nabi, dia kufur. na'uzubillah.

-Cara kita ingin beradab dengan nabi, buka al-Quran dan hadis. Para sahabat sangat menjaga adab mereka dengan Rasulullah saw. Sehinggakan mereka tidak berani ingin bertanyakan soalan kepada Nabi saw dan hanya menyuruh  orang arab badwi bertanya kepada Nabi saw. Para sahabat jika ingin mengetuk pintu rumah Rasulullah saw, mereka akan menggunakan kuku jari mereka untuk mengetuk. Begitu adabnya mereka terhadap nabi Muhammad saw.

-Bani israel menutup sifat Rasulullah saw agar mereka tidak beriman kepada baginda.

-Dengan menyembunyikan sifat dan hukum, mereka mendapat duit. Walaupun begitu, dunia ini hanya sedikit. Jangan kerana dunia, kita membelakangkan akhirat.

-Dilaknat bagi orang yang menyuap(rasuah) dan diminta untuk menyuap (merasuah).




AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~