بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Syukur atas segala nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada kita. Hujan lebat disekitar bumi Melaka menambahkan lagi keberkatan dan kerahmatan bagi orang yang menghadiri majlis ilmu agama. Syukur alhamdulillah. Dengan kedatangan seorang Mudarris Rubat Tareem Hadramaut Yemen, yaitu Al-Habib Abdul Qodir Jailani as-Syatiri, membuatkan kami semakin terus bersemangat untuk mempelajari ilmu yang dianugerahkan kepada beliau. Barakallahufik.
Antara tausiyah yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi,
Segala puji bagi Allah ke atas nikmat Iman dan juga nikmat Islam. Wirid Latif sangat masyhur di seluruh negara. Walaupun pengarangnya sudah meninggal dunia, tapi orang-orang masih lagi mengamalkannya. Begitu juga dengan Rotibul Haddad. Sesiapa yang membaca Rotibul Haddad, membawanya dimana-mana, Allah akan menjaganya setiap masa. Al-Imam Abdullah Alawi al-Haddad bukan orang biasa-biasa. Sejak berusia 4 tahun lagi, dia sudah mengalami buta. Ibunya menangis melihat keadaan anaknya itu.Lalu ibunya menyuruh seorang wali Allah itu mendoakan kesembuhan anaknya. Kemudian wali Allah itu mengatakan, "jangan risau, dia pasti akan ada pengikutnya.
Sewaktu beliau (Imam Abdullah Alawi al-Haddad) duduk di sebuah masjid yaitu di Sabi'(lebih kurang begini nama tempatnya), Hadramaut,Yemen, lalu datang seekor ular melingkari di sekitarnya, beliau tahu akan kehadiran ular tersebut walaupun dirinya dalam keadaan buta. Inilah namanya karamah. Satu hari, ketika ada seseorang memberikan kopi kepada yang lain, tiba2 Imam Abdullah Alawi al-Haddad berkata, "jangan diminum akan kopi itu, kerana ada lalat didalamnya." Subhanallah! Bagaimana dia tahu ada lalat didalam kopi tersebut sedangkan dia buta? Bahkan orang yg memegang cawan kopi tu tidak tahu ada lalat di dalamnya. Itulah kekaramatan yang Allah kurniakan kepada Al-Imam Abdullah Alawi al-Haddad. Pada usia 20-an, beliau sudah mengarang beberapa buah kitab.
Beza orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.Sekalipun berjawatan besar, tapi tiada ilmu agama, akan menjadi hina majlis tersebut. Majlis ilmu ini adalah undangan dari Rasulullah SAW, maka kita datang utk memenuhi majlis tersebut.Orang yang belajar ilmu agama ni, dia akan menjadi penyelamat bagi negeri tersebut dari terkene bala. Jangan bangga sebab anak kita dapat masuk Universiti, tapi banggalah kerana anak kita dapat menuntut ilmu agama. Anak yang sentiasa ada ilmu agama, itulah yang beruntung. Orang yang berilmu selalu dipersalahkan oleh orang yang tidak berilmu. Orang yang belajar ilmu agama, in syaa allah akan menjadi seorang yang alim. ilmu ada dua. DUNIA dan AKHIRAT. tapi yang paling khusus adalah ilmu AKHIRAT. Jika kita ada ilmu dunia SAHAJA, kita akan mudah menyalahkan orang lain, contohnya seperti bila ada orang buat mawlid, dikatakan mawlid tu bid'ah la, rotibul haddad tu bid'ah la, sedangkan microphone juga adalah bid'ah, telefon bimbit juga adalah bid'ah. Tak semua bid'ah adalah sesat kerana bid'ah ada cabang-cabangnya. Ada bid'ah HASANAH, ada bid'ah DOLALAH.
Jika dia mengaku satu perkara, sebenarnya dia tidak tahu. Jadi, hati-hati. Ingat, kekaramatan bagi para auliya' itu wujud. Tangan mereka tidak sama dengan tangan kita, kaki mereka tidak sama seperti kaki kita, telinga mereka tidak sama seperti telinga kita, mata mereka tidak sama seperti mata kita.Maksudnya, tangan mereka boleh pegang sesuatu yang kita tidak boleh pegang, kaki mereka boleh melangkah ke tempat yang kita tidak boleh melangkah, telinga mereka boleh dengar apa yang kita tidak dengar, mata mereka boleh nampak apa yang kita tidak nampak.
Sesiapa yang bantu orang lain dalam mendalami ilmu agama, dia seolah-olah membina sebuah ka'abah sebanyak 70 kali. Kenapa kita risaukan harta, kerana semua akan mati. Mati itu pasti akan datang, mati itu musibah, semua orang akan kena. Kubur itu akan menjadi dua keadaan : taman kenikmatan ATAUPUN lubang neraka. Oleh itu, beramallah, carilah bekalan, jangan jadi seperti binatang. Binatang tidak menyiapkan apa-apa bekalan untuk menuju ke hari akhirat. Mati itu umpama pintu gerbang. Allah tidak minta rezeki pada kita, tapi Allah inginkan ibadah dari kita. Nak masuk syurga BUKAN SENANG, nak masuk neraka AMAT MUDAH.
Berbaktilah kepada Ibubapa. Hebatnya ciptaan Allah. Tatkala musim sejuk, susu ibu akan menjadi panas dan jika musim panas, susu ibu akan menjadi bertambah sedap. Keutamaan ibu adalah 3 kali ganda berbanding dengan bapa. Semoga Allah membantu ibubapa yang mendidik anak-anak untuk menjadi seorang insan yang baik.
~wallahua'lam.~
No comments:
Post a Comment