بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
=KHAULAH BINTI MALIK BIN TSAALABAH=
Seorang wanita yg fasih bicaranya dan indah bahasanya. Ia selalu berhubungan dengan Allah. Imannya tidak pernah hilang meskipun dalam keadaan gelap gelita. Bahkan ia selalu berhukum kepada Allah dan Rasul-Nya.
Kisahnya bersama suaminya saya letakkan di depan kisah para suami isteri ketika terjadi perselisihan dan pertikaian.
Ia berkata, "Demi Allah, pada saya dan Aus bin Ash-Shamit, Allah 'Azza wa Jalla menurunkan permulaan surah al-Mujadilah."
Lebih lanjut dia bercerita : "Saya adalah isterinya, dan dia seorang lelaki yg sudah tua namun jelek perilakunya dan suka mengherdik. Pada suatu hari ia mendatangi saya, lalu saya tolak,lantas ia marah sambil berkata : "Engkau bagiku bagaikan punggung ibuku." Kemudian ia keluar dan duduk di dalam kumpulan kaumnya beberapa waktu lamanya. Kemudian ia datang lagi kepada saya dan mengkehendaki saya. Lalu saya katakan kepadanya : "jangan! Demi Tuhan yg diriku ditangan-Nya, engkau tidak dapat lagi berbuat begitu dengan saya, kerana engkau telah mengucapkan apa yg engkau ucapkan itu, sehingga Allah dan Rasul-Nya yg memberi keputusan antara kita."
Lalu ia menerkam saya, tetapi saya menolaknya, dan saya kalahkan dia sebagaimana hal seorang wanita mengalahkan seorang tua yg lemah, lantas saya singkirkan dia. Kemudian saya datang kepada Rasulullah SAW dan duduk di depan beliau. Saya ceritakan apa yg baru terjadi dan saya adukan kepada beliau akan keburukan akhlak suami saya. Beliau pun berkata : "Wahai Khaulah, anak bapa saudaramu itu sudah tua, maka takutlah engkau kepada Allah."
Demi Allah, saya terus saja menunggu sehingga Allah menurunkan ayat al-Quran yg membicarakan masalah saya. Lalu Rasulullah SAW menutup diri sebagaimana biasanya, kemudian dengan wajah ceria baginda berkata :
"Wahai Khaulah, Allah telah menurunkan ayat al-Quran mengenai masalahmu dengan suamimu."
Kemudian beliau membacakan ayat itu kepada saya yg berbunyi :
"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yg mengajukan gugatan kepadamu tentang suaminya dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (hingga pada ayat yg ertinya) : "........dan bagi orang kafir ada seksaan yg sangat pedih."
[surah al-Mujadilah : 1-4]
Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada saya : "Suruhlah ia memerdekakan seorang budak." Saya jawab : "Demi Allah, wahai Rasulullah, dia tidak mampu memerdekakan budak." Beliau berkata : "Suruhlah dia berpuasa selama dua bulan berturut-turut." Saya jawab : "Demi Allah, dia sudah tua renta dan tidak akan mampu berpuasa dalam dua bulan berturut-turut." Beliau berkata : "Suruhlah dia memberi makan enampuluh orang miskin dengan satu wasaq (enam pula sha') kurma." Saya menjawab : "Wahai Rasulullah, saya juga akan membantunya dengan setandan kurma." Beliau berkata : "Benar dan bagus engkau, pergilah dan sedekahkanlah untuknya. Kemudian bersikaplah yg baik terhadap anak bapa saudaramu." Maka saya laksanakan apa yg diperintahkan dan dipesan oleh Rasulullah SAW.
Itulah Khaulah. Dalam kisahnya terdapat pelajaran untuk keserasian hidup berumah tangga, menjaga kekerabatan, dan penyesuaian sikap dalam usia yg sudah tua antara suami isteri.
Diriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab pernah melewatnya pada masa pemerintahannya. Ketika itu, Umar sedang menunggangi himar dan dikelilingi banyak orang. Lalu Khaulah menghentikannyya dan menasihatinya. Maka orang-orang itu berkata kepada Umar, "Apakah engkau berhenti di tempat lain kerana wanita tua ini?"
Umar sebaliknya dia berkata : "Tahukah kamu, siapakah wanita tua ini? Dia adalah Khaulah binti Tsaalabah. Allah telah mendengar perkataannya dari langit ketujuh sana. Apakah layak jika Allah mahu mendengar perkataannya sedang Umar tidak mahu mendengarnya?"
Khaulah tidak sampai berlaku kasar, apalagi berfikir untuk buat kerja jahat, kerana yg demikian itu tidak termauk akhlak Islam. Ia hanya mencari kehalalan dari Allah dan Rasulullah SAW dan mengadukan halnya kepada Allah yg menciptakannya. Kerana Dialah maha Kuasa utk hilangkan kesusahannya dan menjadikan kemudahan sesudah kesulitan.
Jika anda ingin mendengar ketika ia mengadukan halnya kepada Rasulullah SAW, maka marilah kita ikuti riwayat Ibnu Majah, Hakim, dan al-Baihaqi dari Aisyah yg bercerita seperti dibawah ini. katanya :
"Maha Suci Allah, yg pendengarannya meliputi segala sesuatu. Sesungguhnya saya telah mendengar perkataan Khaulah binti Tsaalabah, tetapi ada sebahagian yg tidak jelas.
Waktu itu ia mengadukan perihal suaminya kepada Rasulullah SAW dengan mengatakan :
"Wahai Rasulullah, ia telah makan masa mudaku, perutku menjadi kendur kerananya, hingga ketika usiaku lanjut dan aku tidak dapat lagi beranak, ia menzhiharku." - Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu.
Maka ia terus saja berada disitu hingga malaikat Jibril turun dengan membawa beberapa ayat al-Quran, dan nabi berpesan kepada wanita itu agar berbuat baik. Kemudian ia menjadi contoh yg luhur dalam pergaulan suami isteri. Dalam hal ini baginda bersabda :
"Tidaklah seorang mukmin memperoleh sesuatu yg lebih baik sesudah taqwa kepada Allah selain dari isteri yg soleh, jika diperintah ia patuh, jika dipandang menyenangkan, jika diminta untuk menunaikan sesuatu ditunaikannya dengan baik, dan jika ia (suami) jauh darinya dijagalah hartanya dan harga dirinya."
Dan sabda Baginda SAW :
"Orang mukmin yg paling sempurna imannya ialah yg paling baik akhlaknya, dan sebaik-baik kamu ialah yg paling baik terhadap isterinya."
Dan pernah juga baginda mengakhiri suatu khutbahnya dengan mengatakan :
"Berbuatlah baik terhadap wanita."
Dan masih banyak hadis Rasulullah SAW yg memuat pesan beliau agar berbuat baik kepada wanita (isteri).
Islam tidak membatalkan zhihar dan mengganggapnya sebagai perkataan mungkar dan dusta yg mengakibatkan pelakunya terkena hukuman yg menakutkan dan mengerikan.
[diambil dari buku Bidadari Rasulullah - Khaulah binti Malik bin Tsaalabah.]
No comments:
Post a Comment