Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Friday, 21 March 2014

JOM MUROJA'AH ! (Kuliah Dhuha Baitul Qurro' wal Fuqoha' - (5 Januari 2014, 19 Januari 2014, 26 Januari 2014 dan 16 FEBRUARI 2014)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tiada yang benar-benar RAJA, melainkan ALLAH. Tiada yang benar-benar BERKUASA, melainkan ALLAH. Subhanallah, Allah memang segala-galanya buat kita ^_^ Jom kita bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Alhamdulillah. Maaf diatas kelambatan ana untuk menyiapkan/mengemaskinikan blog ana yang sudah hampir berHABUK. hehe.. 

-5 Januari 2014-

[kitab : tafsir nur ehsan]

Al-Quran keluar sedikit demi sedikit. Apabila ada sesuatu berlaku, Allah akan turunkan ayat. Supaya golongan yang beriman mendapat panduan yang jelas, sesuai dengan permasalahan mereka. 

Orang yahudi bertanya, "Mengapa AL-QURAN tidak diturunkan secara terus?" 
Maka Allah menjawab, "Memang al-quran diturunkan secara munajjaman (berperingkat-peringkat), agar ayat al-quran itu melekat di hati orang yang beriman. Al-Quran mengandungi pengajaran dan teladan. Generasi para sahabat sangat kuat dengan al-quran, kerana alquran itu memandu kehidupan mereka dan memberi mereka cahaya. Para sahabat menghayati al-quran dalam kehidupan mereka. Orang yahudi selalu membuat keraguan orang muslimin tentang perkara yang baik. Orang yahudi berusaha sedaya upaya untuk mengkufurkan orang muslimin dengan cara : MEMBURUKKAN NABI MUHAMMAD SAW, MEMBURUKKAN AJARAN YANG DISAMPAIKAN OLEH ALLAH DIWAHYUKAN KEPADA RASULULLAH SAW, MEMBURUKKAN KELUARGA NABI MUHAMMAD SAW.

Golongan Musyrikin sangat kuat menentang Rasulullah. Jika mereka beriman kepada Allah, terima risalah Allah, maka mereka benar2 mengikuti ajaran nabi. Para sahabat jika ada orang kafir yang mengelirukan mereka, mereka akan terus merujuk kepada Rasulullah SAW. Manusia yang sentiasa berhubung dengan Allah, tidak akan terputus daripada mendapat petunjuk. Nabi tidak pernah terputus hubungan dengan Allah, walaupun ketika didalam keadaan tidur, nabi tetap menjaga hatinya dengan Allah. Allah memberi pengajaran dan pedoman kepada orang muslimin agar tidak mengikuti orang-orang yahudi. Para sahabat sgt istiqomah dalam memelihara adab dan jihad fi sabilillah.

 Umat baginda SAW tidak boleh berpindah panduan yang lain melainkan petunjuk AL-QURAN. Banyak fitnah yang berlaku bermula daripada adanya panduan yang lain. Al-quran ada, tetapi kita guna panduan nasara, yahudi, melalui pemikiran-pemikiran ideologi barat. Jalan orang kafir untuk menyesatkan orang muslimin adalah sains. Asal ajaran sains adalah untuk menolak ajaran-ajaran islam. Dengan sains, mereka mungkin guna ilmu itu dengan penemuan-penemuan yang tidak matang, hukum sains yang palsu. Sains falsafah jangan kita belajar. Kerana ia melibatkan ATIES (tiada agama). Sains falsafah adalah satu bidang dakwah orang kafir untuk orang muslimin. Belajarlah sains sekadar keperluan.

Apa gunanya jika seseorang itu berjaya, tetapi dia sombong. Alangkah bagusnya orang yang lambat berjaya. Bila dia dh berjaya, dia menjadi seorang yang sgt tawaadu'. Allah menjanjikan ujian untuk orang-orang yang beriman untuk melihat hati2 mereka, adakah bertambah atau tidak, keimanan mereka kepada Allah. 

Selepas subuh, apa yang perlu dibuat?

-MENUNTUT ILMU- jika tidak boleh,,maka,
-BERIBADAH/BERZIKIR- jika tidak boleh,, maka,
-MENCARI REZEKI- jika tidak boleh,, maka,,,

tidurlah. kerana dengan tidur, kuranglah dalam berbuat dosa. tetapi nabi melarang kita untuk tidur selepas subuh, kerana rezeki sukar masuk. selepas waktu syuruk, maka jika nak sambung tidur, tidurlah. 

Habib Ali Zainal Abidin ibn Abdurrahman Al Jufri ditanya, "Bagaimana mahu hilang rasa keinginan kepada wanita?" Lalu jawab habib, "Penuhi jadual waktu dengan beramal dan ketaatan." 

Para habaib sangat menjaga waktu. Orang mukmin yang sebenar tidak akan mengungkit kesalahan orang yang telah mati. Golongan ahbash adalah drpd ahli sunnah wal jama'ah, tetapi orang ni suka mengkafirkan orang lain. Para habaib tidak menyukai golongan ahbash. Para ulama' tidak suka mendekati pemerintah, melainkan jika tujuan hanya untuk berdakwah. Jika tidak bersandarkan al-quran, sunnah, ijma', qiyas, maka akan menyalahi sunnah.

-19 Januari 2014-

[kitab : tajzib atroful hadith]

Allah tidak menghantar sesuatu penyakit, melainkan ada penawarnya. Ada penyakit yang tidak sembuh, yaitu penyakit kedatangan TUA. Nabi saw mengajar kepada umat baginda supaya mengambil asbab didalam menguruskan kehidupan. Allah mencipta perbuatan dengan adanya sebab dan musabab. Allah suruh kita ambil asbab itu dengan menggunakannya. Orang yang ingin berjaya dalam kehidupan, hendaklah ada asbab. yakni, dengan USAHA dan MENGHAFAL. Apabila orang sudah mukallaf, maka dia telah diwajibkn untuk menunaikan solat. Asbab dia kena solat adalah, apabila dia dibiasakan dengan solat. Jika kita tidak ambil pendekatan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, maka berlakunya banyak fitnah dikalangan umat baginda. 

Antara kesempurnaan nikmat yang telah diberikan oleh orang Arab selain ka'bah ialah, dengan melahirkan seorang Rasul daripada kalangan orang Arab. Tiru akhlak Allah dengan akhlak yang mulia. Orang yang tidak ada apa-apa, tidak mampu memberi kepada orang lain. Terjemahkan islam dengan akhlak kita yang baik. Hendaklah berakhlak baik kepada orang lain. Jika terjemahkan islam hanya dengan kitab sahaja, maka ia tidak dapat terjemahkan dengan amal yang mungkin tidak akan mengALIMkan anak muridnya. Yang dapat membezakan ISLAM dengan FALSAFAH ialah, AKHLAK. Kata ulama', "Mengajar dengan perangai laku terlebih dahulu sebelum nak mengajar dengan kata-kata (kitab)." 

Jika nak tahu, orang terima islam kerana dengan AKHLAK seseorang. Nak jadi pendakwah, memang susah. Penyakit berjangkit adalah ADAT. Boleh jadi, penyakit itu tidak berjangkit jika Allah tidak berkehendak. Berkehendaknya Allah jika Allah berkehendak akan sesuatu. Dunia adalah DAR AL-IMTIHAN, iaitu DEWAN PEPERIKSAAN. Apakah UJIAN itu? UJIAN 'UBUDIYYAH KEPADA ALLAH. Orang yg selalu sebut "INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROOJI'UN" akan mendapat selawat daripada Allah dan rahmat yang besar kepadanya, apakah ia? SYURGA. Tidak akan masuk syurga bagi seseorang kecuali dengan rahmat Allah. Jangan minta musibah, tetapi jika ditimpa musibah, maka bersabarlah. Islam didatangi dengan adanya usaha.

-26 Januari 2014-

[kitab : tajzib atroful hadith]

Mukmin dengan mukmin yang lain seperti satu anggota tubuh badan. Kiri sakit, terasa kanan. Istiqomah wal muawamah, yakni nikmat berkekalan dalam menuntut ilmu. Dalam ramai-ramai manusia, betapa beratnya dalam melaksanakan istiqomah. Mustahil orang itu dapat istiqomah melainkan dikehendaki Allah. Beristiqomah dalam suatu perkara adalah suatu yang ganjil pada akhir zaman. Hendaklah berkekalan dalam menghadiri majls ilmu, agar kita diberi kemuliaan orang2 yang terdahulu. Allah tidak akan membelakangkan orang2 yang ikhlas kepada Allah. Sifat belas kasihan didorong oleh dua perkara, BAIK dan ILMU. Jika bersifat dengan rahmah, maka berkelakuanlah baik.

Bercakap tentang islam memang mudah, tetapi hatinya jahil dalam bersifat tawaadu', nak belajar islam, lihat cara para habaib. Orang yang bersama para habaib akan dapat mempelajari akhlak para habaib. Orang yang mengikuti nabi SAW tidak akan mudah tertipu dengan syaitan. Cerdik nabi adalah cerdik yang betul2 cerdik. Siapa yang berbalah dengan nabi SAW, pasti tidak ada kemenangan baginya, dan yang pasti, nabi yang menang. Kerana kekurangan akhlak dan iman, islam susah nak ditingkatkan.

wallahua'lam.

-16 FEBRUARI 2014-

[kitab Aqidah Thohawiyah]

Al-Quran itu sebagai kalam Allah. Mempelajari aqidah iman ULUHIYYAT, NUBUUWAT, AS-SAM'IYAT. ULUHIYYAT dan NUBUUWAT, kita belajar secara asas. Ilmu tauhid perlukan kesabaran kerana ia berkaitan dengan iman. Jaga adab dengan para habaib. Kalam dari segi bahasa ialah PERKATAAN. Al-Quran yang kita baca itu, sudah ada pada Allah sejak azali lagi. 

Al-Quran yang Allah 'tulis' di luh mahfuz dinamakan KALAM ALLAH. Al-Quran yang kita baca sekarang dinamakan kalam lafziyah. yaitu secara musyafah yakni, secara mulut. Allah datangkan al-Quran dengan wahyu, bukan dengan musyafah, yaitu bercakap menggunakan mulut ke mulut. Allah turunkan al-Quran dengan wahyu, bukan dengan bercakap kepada nabi Muhammad SAW. 

wallahua'lam. asif ringkas dan alfu afuan minni jika tidak faham, kerana ana ambil bulat2 daripada kalam murobbina. 

Sunday, 15 December 2013

Koleksi Nota-Nota Pengajian DAURAH, Kitab Usuluddin di Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' (1/12/13-13/12/13)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tanda-tanda orang yang panjang umurnya ialah dia dapat belajar kitab-kitab. Kita belajar berpandukan kitab mereka yang ada hubungan dengan Rasulullah SAW. Maka cara ibadah tertentu itu bermula dengan solat, puasa, zakat dan mengerjakan haji. Qasidah adalah makanan hati. Allah perintahkan didalam al-Quran agar direndahkan suara sebagaimana telah difirmankan oleh Allah SWT, "seburuk-buruk suara adalah suara keldai." Ini menggambarkan seolah-olah amat hodoh dan buruknya seseorang itu bila mengeluarkan suara dengan terlalu kuat dan terjerit-jerit. Usuluddin adalah ilmu fardhu 'ain. Usuluddin bermaksud dasar-dasar agama, yaitu pegangan keimanan (perkara yang diimani yang di'i'tiqadkan). Terjadinya ada usuluddin ini kerana terdapat perbahasan mengenai sifat kalam. Yang mana pada waktu terdahulu, berlaku peperangan antara ahlul sunnah wal jama'ah dengan orang yang bercanggah daripada syariat agama. Dalil naqli dan 'aqli menegaskan tentang ketauhidan Allah SWT.

Mazhab Hanafi menggelarkan usuluddin sebagai fiqh akbar, yaitu ilmu tauhid. Wajib mengetahui akhlak terpuji dan terkeji. Landasan hidup kita berdasarkan syariat islam, yaitu dalam masalah i'tiqad. Dan dalam permasalahan ini, kita memerlukan ilmu usuluddin. Segala-gala memahami itu melalui landasan i'tiqad. Pukulan itu adalah alat. Kerana ia adalah ciptaan Allah. Tidak terjadinya apa-apa bunyi pada pukulan itu kalau Allah tidak berkehendak. Bunyi juga adalah ciptaan Allah SWT. Alam ini ada sebab dijadikan, kerana yang menciptanya ialah Allah SWT. Yang menyebabkan seseorang itu berjaya bukan kerana usaha, tetapi kerana ada Allah. Jika diri seseorang itu tiada i'tiqad, bila dia tidak berjaya, dia akan terus berputus asa dalam rahmat Allah SWT. Manusia sekadar berusaha, yang menentukan kita berjaya ialah Allah SWT. Orang mukmin tahu yang mentadbir alam ini adalah Allah SWT. Imam Syafie, penyebaran ilmunya tersebar luas. Kita tidak boleh guna mazhab lain dengan sesuka hati. Kecuali jika ada pendapat yang lebih kuat. Ini dipanggil ulama' mujtahid. 

Ibadah yang dilakukan hendaklah ikhlas dan juga bersihkan hati. Diantara sifat orang soleh ialah dia seorang yang tawaduk. Bila ada 3 nama "Muhammad" didalam keturunannya, dia akan lahirkan orang-orang yang alim. Al-Allamah bermaksud orang yang sangat alim. Mengikut tarekat adalah tidak wajib, akan tetapi, jika nak sucikan hati, ia memang wajib. Tarekat ba'alawi adalah tarekat yang diambil oleh Keturunan Rasulullah SAW. Apa yang kita buat, jika kita niatkan kerana Allah SWT, maka amalan itu kekal. Zuhud adalah meninggalkan kemewahan dunia. Zaman dahulu, ulama' kena pakai serban kerana serban melambangkan ke'aiban dan sunnah Rasulullah SAW. Di hadramaut, serban hanya dipakai oleh orang alim. Jenama Tuhan yang satu je boleh boleh guna ialah "ALLAH". Orang muslim adalah orang yang benar-benar mengagungkan Allah. Nabi Muhammad SAW adalah ketua bagi keturunan bani Adam. Dan baginda SAW juga adalah diantara pengikut yang paling ramai daripada nabi-nabi yang lain. 

Dalam hal pemakaian "hitam" bagi muslimat AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH, sebenarnya tiada kaitan pun dengan menyerupai seperti wanita syiah. Tapi yg benarnya adalah, syiah yang menyerupai orang islam. Wanita memang digalakkan memakai pakaian berwarna hitam, walaupun tidak wajib, tetapi ia tidak menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi. Syiar islam kena faham 3 perkara, bahasa inggeris, bahasa melayu dan bahasa arab. Apa sahaja ilmu yang baik, jika belajar tinggi-tinggi,  akan dimuliakan oleh Allah SWT. Imam paling besar ialah Imam Alawi Al-Haddad. Kaum keluarga nabi SAW dengan al-Quran tidak boleh dipisahkan. Hendaklah bersama-sama dengan mereka (wahai orang-orang yg baik), kerana sesungguhnya rahsia hati itu, yakni sifat hati mereka benar-benar memberi faedah kepada orang yg berada disampingnya.  Jika kita bersama dengan orang yg berketurunan dengan Rasulullah SAW, kita juga tidak akan terpisah dengan al-quran. Jika kita bersahabat dengan ahli ibadah, kita juga akan jadi seorang ahli ibadah. Jika kita bersahabat dengan orang yg suka mengumpat, kita juga akan jadi org yg suka mengumpat. 

Bumi tidak akan ada jika tidak ada penciptanya. Orang yg berilmu datang dari islam. Ja'iz adalah sekejap ada, sekejap tiada. Sifat wajib bagi Allah ada 20, akan tetapi, pendapat ulama' mengatakan, 7 sifat Allah yang dibelakang tu (kaunuhu qadiran, kaunuhu basiran.......) sudah termasuk dalam sifat yang sebelum ini. Jika kita tahu adanya Allah, hendaklah kita menjaga adab. Qidam, sedia Allah. Yaitu, tiada permulaan kerana Allah mmg ada. Mustahil Allah itu bersifat dengan baharu. Baqa', kekal Allah. Mustahil menerima binasa. Dalil ijmali, "Ada Allah, ada Alam. Ada Alam, ada Allah." Allah tak perlukan kepada yg menjadikan kerana Allah bersifat qidam. Wahdaniyah, yaitu Esa Allah pada zat-Nya, esa Allah pada perbuatan-Nya, esa Allah pada sifat-Nya. Penting adanya tauhid utk memelihara aqidah kita. Allah tidak bersifat dengan susunan, kerana Allah tidak berbilang-bilang. Allah melakukan sesuatu tanpa bantuan dari sesiapa. Jika Allah bersifat dengan sifat wajib, maka mustahil jika Allah bersifat dengan sifat lemah. Basuh adalah ciptaan Allah, bukan sebab air, kita dapat basuh. Allah jadikan basuh beringingan dengan adanya air. Hukum adat, contohnya, bila kita MAKAN, kita dapat KENYANG. bila kita BASUH, kita guna AIR.

Qudrah, segala yg ada, segala yg tiada, Allah boleh mengadakan. Allah berkuasa mengadakan sesuatu atas kehendak-Nya. Yang mungkin tiada, boleh diadakan. Iradah, berkehendak bagi Allah akan sifat mumkin. Jangan bongkak dengan ilmu yang kita ada, sebab Allah lebih mengetahui. Sifat harus bagi Allah pada akal, mentiadakan yang mungkin, menjadikan yang mungkin. Allah tidak wajib memberi hidayah, menyesatkan seseorang, menciptakan makhluk. Maksiat pembawa kepada neraka. Melihat bukan sebab adanya mata. Melihat adalah ciptaan Allah. Bukan sebab mata kita dapat melihat. Pendakwah mesti ada ilmu tauhid. Menyeksa orang yang berbuat maksiat, tidaklah wajib. Cara nak kenal seseorang itu "sayyid ataupun sharifah", kita kena lihat pada ditengah-tengah antara dua kening itu. Akan tetapi, hanya para auliya' saja yang dapat mengecam seseorang itu daripada keturunan ahlul bait atau tidak. Kulfah, yaitu bebanan ataupun kesusahan. Mukallaf ertinya, orang muslim yg diberatkan oleh Allah dengan kewajipan-kewajipan keatas dirinya. Syarat-syarat mukallaf ialah berakal, baligh, islam, sampai seruan dakwah, cukup pancaindera.

Iman Tafsili - beriman secara tafsir
Iman Ijmali - beriman secara menyeluruh

kedua-dua iman ini adalah fardhu ain. Fardhu kifayah adalah dalil tafsili dan Fardhu ain adalah dalil ijmali. 

Belajar fardhu ain, tidak perlu minta izin daripada ibu dan ayah. Tapi untuk menjaga adab, hendaklah meminta izin. Berdakwah hendaklah menjaga adab. Berkata benar itu benih bagi semua sifat baik. Jangan biasakan diri dengan berbohong. Biar menjatuhkan maruah kita, tetapi jangan berbohong. Abdul Qodir as-Seggaf tidak pernah meninggalkan solat berjemaah. Setiap yang datang daripada kekasih yakni ALLAH, ada baik. Malaikat Munkar dan Nakir adalah yang paling ditakuti oleh manusia yang telah mati. Nak jadi pemimpin, mesti tidak boleh buat dosa. Dosa, walaupun kecil, jangan diambil ringan. Orang yg taat pada ibu dan ayah, akan menjadi wali. Hidupnya berkat sampai dia mati. Ibu bapa adalah pintu kebaikan kita di akhirat. Syurga adalah negeri nikmat dan Neraka adalah negeri penyeksaan. Neraka berada di bawah lapisan bumi yang ketujuh, yg tidak bersentuhan dengan bumi. 

Syurga adalah taman-taman negeri pembalasan. Berkata ulama', "Ada tujuh bilangan syurga." Jannah bermaksud tersembunyi. Disembunyikan oleh Allah utk disimpan bagi orang yg beriman dan bertaqwa. Syurga adalah tempat yang disembunyikan oleh Allah, tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas dihati manusia. Kota yang paling tertinggi di dunia adalah di Kota Shangrila, Tebet. 

-ARASY (atap syurga selepas FIRDAUS)

-Jannatul FIRDAUS (tertinggi, mengalir sungai dari atas)
-Jannatul Ma'wa
-Jannatul Khuldi
-Jannatul Na'im
-Jannatul 'Adnin
-Jannatul Dar al-Salam
-Jannatul Dar al-Jalal (terakhir, ahli neraka yang baru menjejak ke syurga)

"Hanya orang yang beriman dapat belajar di baitul qurro'. Orang munafik tidak akan dapat belajar disini. Yang istiqomah belajar di baitul qurro', akan mati dalam husnul khatimah, in syaa allah." (kata Tuan Guru Ustaz Zul)

Arang neraka, berasal daripada berhala-berhala dan manusia. Syafaat ada 4, syafaat daripada para anbiya', para ulama' (yg beramal), para syuhada', orang-orang soleh. Syafaat, memohon kepada Allah agar dilepaskan dosanya. Seorang yang menghafaz al-quran, boleh memberi syafaat kepada orang ramai. Cara nak kenal orang itu wahabi, mereka tolak mazhab, sifat 20 dan tolak tasawuf. Syarat bertaqwa kepada Allah adalah dengan bersama orang-orang yang bertaqwa.

Fahaman sekular, bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah dan menolak ajaran islam dari sudut siasah. Iman ada lima,

-Iman 'Aqli (dalil pada 'akal)
-Iman Qolbi Zauqi (mujahadah riyadatun nafsi)
-Iman Ehsan (seolah-olah melihat Allah)
-Iman Taqwa (istiqomah buat amal dan tidak berani buat dosa)
-Iman Syukur (beribadah kepada Allah secara terus menerus)

wallahua'lam. asif ringkas. semoga kita mendapat futuh daripada Allah SWT. in syaa allah, jazakallahukhairan kepada tuan guru kita yang alim kerana sudi mengajar kami yang masih jahil ini. 

Memoir Coretan Halawah Di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha'.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mudir Madrasah Baitul Qurro' Wal Fuqoha', Al -Allamah Tuan Guru Haji Zulkifli bin Haji Ismail bin Muhammad

Alhamdulillah, setelah dua minggu menuntut ilmu agama di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha', menjadi pelajar Daurah utk sementara, akhirnya kami dapatlah juga merasai nikmat bagaimana cara hidup yang serba sederhana tapi seakan-akan menjadi cukup setelah ditambahkan lagi dengan ilmu yang telah dipelajari. Kami makan dalam talam berjemaah, tidur berjemaah, solat berjemaah, mandi berjemaah, masak pun berjemaah. Kami sudah anggap diri kami seperti berada dalam suasana tinggal di pondok. Belajar cara para habaib menjalani kehidupan seharian dan sebagainya.

 Dan alhamdulillah, sepanjang daurah bagi sesi pertama ni, ada dua orang guru yang alim lagi siqoh, yaitu Tuan Guru Haji Zulkifli bin Haji Ismail bin Muhammad, ataupun lebih dikenali sebagai "Khalifatul Mukminin". Beliau mengajar dua kitab, kitab Usuluddin dan juga kitab Mukhtasar Latif. Kitab Usuluddin yang mana, kitab yang mengandungi hukum-hukum akal, sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah, dan juga sifat wajib,mustahil dan harus bagi Rasul. Selain itu, belajar tentang tugasan bagi setiap para malaikat. Kitab Mukhtasar Latif pula adalah kitab yang menceritakan tentang keturunan penghulu segala nabi dan atqiaa'. Diceritakan dalam kitab ini, mengenai akhlak yang ada pada diri seorang ulama', para anbiya' dan sebagainya. Kitab ini dikarang sendiri oleh tuan guru kita yang mulia lagi diberkati oleh Allah SWT, in syaa allah. Allahummafta 'alaihi.

Guru yang kedua pula ialah, Ustaz Muhd Nor Azroy bin Md Sharif. Beliau pelajar dari Hadramaut,Yemen. Sudah belajar disana selama 3 tahun dan sekarang sedang cuti selama setahun utk mengajar pelajar-pelajar pondok Tuan Guru kita yang alim. Kitab yang beliau mengajar kepada kami ialah kitab Risalah Jami'ah. Kitab ini, dimana ianya digunakan juga di Hadramaut Yemen. Kitab ini antara kitab yang termasyhur dikalangan orang yang dapat mempelajarinya kerana terdapat keberkatan disitu. 

Berkata Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi, "Barangsiapa memahami dan mengamalkannya, kami berharap Allah akan menjadikannya seorang yang alim lahir batin."


Setiap kali selepas solat subuh, asar dan juga maghrib, kami akan membaca wirdul latif dan juga rotibul haddad. Wirdul Latif dan Rotibul Haddad ini, dimana ianya disusun sendiri oleh Al-Habib Abdullah bin 'Alawi bin Mohammad Al-Haddad RA. Selepas isyak, kami membaca surah al-Mulk sebagai amalan seharian sebelum ingin melelapkan mata.

Jadi, tidak rugi mempelajari ilmu agama. Belajarlah, belajarlah, belajarlah.
sebagai akaun simpanan kita di akhirat kelak. in syaa allah.



Thursday, 28 November 2013

Solat Sunat Taubat (FADHILAT dan CARA-CARA)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  
(HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Fadhilat Taubat:

1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Cara-cara Solat Sunat Taubat :

Yang paling utama, niat.

أُصَلِّي سُنَّةً التَوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى

maksudnya : "SAHAJA AKU SOLAT SUNAT TAUBAT DUA RAKAAT, KERANA ALLAH TA'ALA

Kemudian, 

-rakaat pertama : surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun
-rakaat  kedua : surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

*(utk surah lazim, boleh dibaca apa-apa surah)

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk tahiyyat akhir), hendaklah dibaca akan tasbih sebanyak 40 kali :

 لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْن


Setelah memberi salam, hendaklah memperbanyakkan istighfar sebanyak 10/100 kali.

أستغفر الله العظيم الذي لآ إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه
 تَوبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لا يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا ولا نَفْعًا ولا مَوْتًا ولا حَيَاةً 
ولا نُشُورًا

setelah selesai melaksanakan solat sunat taubat, berazamlah utk menjauhkan diri dari perkara maksiat.


rujukan di : http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ dan juga di buku panduan solat-solat sunat. wallahua'lam.





Kuliah Dhuha di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' (24 November 2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mudir Baitul Qurro' - Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail
kitab TAJZIB ATROFUL HADITH


Alhamdulillah, kuliah dhuha telah dapat dilaksanakan lagi atas keizinan dari Allah SWT. In syaa allah kita akan meneliti perkongsian yang telah diambil dari kata-kata seorang mua'llim yang tawaduk dan tinggi akhlaknya dari sudut ilmu dan adab.

"Bermula berkat itu di ubun-ubun kuda." Allah menurunkan rahmat pada tempat yang mengadakan majlis ilmu. Mereka yang dikehendaki Allah SWT dengan sebab turunnya rahmat kepada mereka, mereka itulah orang2 yang beruntung. Dengan sebab turunnya rahmat kepada mereka, Allah permudahkan urusan mereka untuk hadir dalam majlis ilmu. Apabila kita jauh dari Allah, walaupun diberi nikmat ilmu, pangkat dan harta sekalipun, ketahuilah, jauh dari Allah itulah merupakan musibah yang paling BESAR. Oleh itu, bila kita dalam rahmat Allah, kita sebenarnya tidak ada masalah. Kadang-kadang orang yang hadir dalam majlis ilmu ni, bukannya tiada masalah. Ada yang ada masalah keluarga,masalah di pejabat, dengan rakan-rakan dan sebagainya. Akan tetapi bila dirinya hadir dalam majlis ilmu, majlis dimana turunnya rahmat Allah bagi orang yang menuntut ilmu, dia seolah-olah tiada masalah. Kerana dia dipilih oleh Allah untuk hadir dalam majlis ilmu. 

Keberkatan itu berada pada tengkuk-tengkuk kuda. Kenapa mesti ada pada tengkuk-tengkuk kuda? Kerana ia bermaksud bertambah atau membanyak. Maksud bertambah dan berkurang ialah, sesuatu nikmat yang Allah kurniakan, ada kebaikan yang besar. Dari sudut istilah didalam islam, ia merujuk kepada sifat Tuhan kita yang merupakan pencipta Alam, yang mengadakan yang ada dan juga mentiadakan yang ada. Setiap perbuatan yang kita lakukan, hendaklah dengan adanya keberkatan. Ada tempat yang mengandungi keberkatan. Seperti mengambil makanan yang dekat dengan kita. Kalau depan kita ada ikan masin, ha ambillah yang itu. Mana tahu ada berkat pada ikan masin itu. 

Katta ulama', Allah turunkan keberkatan kepada tengkuk kuda, yaitu merujuk kepada keseluruhan tubuh kuda itu. Kenapa mesti kuda? Ha, itu yang sedang bermain difikiran antum kan? Kerana kuda adalah binatang paling berkat dan menjadi tunggangan Rasulullah dan para sahabat terdahulu dalam medan jihad dalam menegakkan syariat agama. Syariat, dimana melibatkan undang-undang yang berada di dalam al-quran. Allah tidak perintah kepada kita untuk melaksanakan ibadah sahaja, tetapi perintah kepada kita untuk melaksanakan hukum-hukum yang ada didalam al-quran. 

Pemimpin yang ada kuasa, tetapi tidak beriman, ia akan mendorong ke arah kezaliman. Seperti Raja Namrud dan juga Fir'aun. Rosak akal kita dengan sebab pengambilan arak. Kita kena berdakwah agar terlepas masalah di hari akhirat. Kita yang mengikut haluan islam, bukan islam yang mengikut haluan kita. Hukum cukai pada asalnya ialah haram. Oleh itu, pemerintah HARAM ambil cukai. 

maaf jika ada tersalah mahupun terlalu ringkas didalam memberikan perkongsian ini. 

Sunday, 17 November 2013

Kuliah Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki (16/11/2013)

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




syaroh Hadis 35 [ hadis 40 imam nawawi ]

أبي هریرة t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

[KULIAH TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN]

Pengajaran hadis : 

> Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

> islam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.Misalan jika majikan mengambil pembantu dirumah maka hendaknya jangalah dilayan dengan layanan buruk atau cercanya, tidak mustahil pembantu rumah itu menjadi tempat bergantung majikan minta pertologan di hari kiamat nanti.

> lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.Adapun misalan, jika seorang itu menjual sesuatu dgn harga dah ditetapkan , lalu dia membatalkan jual beli itu sebab dpt tawaran harga yang lebih tinggi maka kedua2 ini haram.

> Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.Tsabit dengan hadis nabi "Mencela seorang muslim adalah kefasikan sedangkan membunuhnya adalah kekufuran.” (Muttafaq ‘alaih)

maka timbul persoalan dlm diri al-fakir, adakah kita sudah laksanakan tanggungjawab terhadap saudara kita ? jika belum ayuh kita tunaikan Prinsip Islam yakni Kewajiban Seorang Muslim terhadap Muslim Lainnya.

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu, nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.


credit by : saudara Mohd Azhar Abdullah

Saturday, 2 November 2013

Kuliah Dhuha di Baitul Qurro' wal Fuqoha' (3/11/2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

mudir pondok baitul qurro'

KITAB TAFSIR NUR EHSAN

Alhamdulillah, pada pengajian hari ini kita belajar kitab Nur Ehsan yg dipimpin oleh mudir kita yaitu Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail. In syaa allah ada sedikit perkongsian. 
Moga Allah redha.

Allah itu kekasih dan juga penolong bagi orang2 yang beriman. Allah melindungi orang2 yang beriman. Salah satu untuk kita lebih mencintai Allah adalah dengan memperbanyakkan membaca al-quran. Nabi tidak menghalalkan apa yang tidak dihalalkan oleh Allah dan nabi tidak mengharamkan apa yang tidak diharamkankan oleh Allah. Ilmu bukan utk mencari 
duit, ilmu itu adalah amanah. Lebih2 lagi ilmu agama. Antara yang membatalkan iman 
adalah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang 
dihalalkan oleh Allah. Sebagai contoh, Kerajaan brunei mengharam arak dijual ditempat 
terbuka.Tetapi malaysia menghalalkan arak dijual di merata2. sampai di 7eleven pun ada
Selain daripada itu, kerajaan turki mengharamkan rakyatnya untuk berpoligami, sedangkan 
poligami itu dihalakan oleh Allah.


Bertudung bukan fesyen, bertudung adalah hukum Allah. Menutup aurat bukan hanya pakai tudung saja. Ia juga pada lengan,pada kaki, pada leher, pada rambut. 

diantara adab2 menuntut ilmu adalah :

-lelaki JANGAN BERHUBUNG dengan wanita.
-perempuan JANGAN BERHUBUNG dengan lelaki.

Orang yg menuntut ilmu ni, seeloknya jangan berkahwin terlebih dahulu. Berkahwinlah dengan ilmu, tidurlah dengan ilmu, bangunlah dengan ilmu. Ilmu, cemburunya lebih cemburu daripada gadis sunti. Jika kahwin, ia akan mengganggu konsentrasi utk kita menuntut ilmu. lagi2 dalam bab jimak. kalau nak kahwin sgt, boleh. sbb ia boleh tidak menimbulkan fitnah.  Tujuan JIMAK(bagi yang dah berkahwin) adalah utk memperbanyakkan anak. Jangan kita berasa kurang yakin dengan Allah, sebab rezeki Allah yang bagi. Kita orang yang BODOH betul , kalau kita gadaikan akhirat kita kerana pemimpin yang macam itu. Pemimpin yang macam mana? Pemimpin yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah . Golongan munafik, tidak beriman dengan sebenar-benar beriman kepada Allah. Doa adalah kotak ibadah. Mengadulah kepada Allah. Jangan mengadu kepada manusia, kerana orang lain akan mengetahui keaiban kita, kecuali dengan orang boleh kita percaya. 

MAQASID SYARI'AH 

-Akal
-Agama
-Harta
-Keturunan
-Maruah
-Nyawa

Bagaimana nak mencapai maqasid syari'ah kalau tidak mahu melaksanakan hukum Allah? Dimana qadi-qadi?? Mufti-mufti? Kenapa duduk diam? Kalau dalam hal berqasidah, bukan main hebat lagi, tapi bila dalam soal yan ini, terus diam.  Boleh pula si N_ _ _ B ni kata, "TIDAK AKAN MELAKSANAKAN HUDUD". Di rumah mereka, terlalu banyak security2, sebab mereka tahu sekarang sudah tidak selamat. N_ _ _B tiada nilainya jika nak dibandingkan dengan daun-daun syurga. Masalah agama jangan dibawa main-main2!! Jangan main2 dalam soal agama! 

wallahua'lam.

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~