بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
~طلب العلم فريضة المسلم~ |
Pengajian Kitab Tajzim Atroful Hadith
Pada hari Ahad bertarikh 29 September 2013, seperti biasa Kuliah Dhuha telah diadakan di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha, yg dibimbingi oleh mursyid kita yg alim lagi tawaaduk yaitu, Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail bin Muhammad bin Yusuf Hafizahullah.
Antara Perkongsian yg dapat diambil :
Difardhukan solat lima waktu ketika Nabi SAW dimikrajkan ke langit Allah SWT. Sembahyang itu difardhukan menerusi secara langsung dari Allah. Telah difardhukan kepada Nabi SAW utk solat 50 waktu, kemudian diminta utk dikurangkan dan dikurangkan lagi. Tiap2 hari Nabi SAW melakukan hal yang sedemikian, sehingga bertukar kepada lima waktu sehari semalam. Nasihat Nabi Musa AS kepada Nabi Muhammad SAW agar minta kepada Allah utk dikurangkan solat 50 waktu berdasarkan pengalaman yg dialami oleh Nabi Musa AS. Bani Israil suka mengabaikan dalam soal sembahyang. Sembahyang sangat susah dilakukan. Sesuatu yang paling sukar bagi seseorang utk dilaksanakan adalah solat. Melainkan Allah mengecualikan kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa takutkan Allah, hamba-hamba-Nya yang sentiasa terikat dengan Allah. Bagi mereka, solat itu mudah bagi mereka dan solat itu dipermudahkan oleh Allah. Dengan sebab itu, mereka melakukan ibadah secara sempurna. 'Ubudiyyah, bermaksud hal hati seseorang yang solat dalam keadaan tawaduk dan khusyuk kepada Allah. Apabila hati orang itu melaksanakan solat secara khusyuk dan tawaaduk, maka dia akan kekal dalam solat. Orang yg mengabaikan solat, diberi isyarah bahawa dia belum khusyuk, yang mana hatinya belum tunduk kepada Allah.
Bagi orang yang tidak ada khusyuk, tiada dalam dirinya ada sifat 'ubudiyyah, yaitu ikhlas, khusyuk, redha, mentauhidkan Allah dan juga tawaaduk. Maka bagi orang yg tidak ada khusyuk, jadilah solat itu sebagai sesuatu hal yang berat bagi mereka. Ulama'-ulama' di Hadramaut sebelum memberi kebenaran kepada pelajar2 utk belajar disana, ulama' akan menguji mereka secara fe'li (secara perbuatan). Belajar bab sembahyang. Selain mempelajari fiqh, kena belajar bab sembahyang. Antara kelayakan nak jadi imam, mesti menguasai atau alim dalam bidang fiqh. Hendaklah kita belajar fiqh dalam soal sembahyang. Pentingnya sembahyang sehingga Ulama' mengatakan, "Tidak dipanggil sesuatu sembahyang dengan sembahyang, melainkan sembahyang itu dijadikan sebagai tali hubungan kita dengan Allah."
Kafir bagi orang yang meninggalkan solat. Para sahabat apabila nak faham islam, mereka tengok kalau tinggal solat, mereka akan jadi kufur. Nabi SAW tidak menerima islam seseorang, kerana mereka enggan menunaikan solat. Dari itu, sahabat memahami bahawa orang yang tidak menunaikan solat akan terbatal keislamannya. Tiada kebaikan dalam beragama jika tiada solat. Dalam kubur, akan ditanya oleh malaikat, "Man haza rojulun?" Siapakah lelaki itu? Maka kita akan jawab mengikut apa yang kita tahu. Sejauh mana kita mengenali Rasulullah SAW, setakat itulah jawapan yg akan kita berikan.
Sembahyang sangat penting sehingga ahlul salafus soleh melakukannya secara sempurna. Jika nak tahu orang itu alim ataupun tidak, lihat cara bagaimana dia melaksanakan solat. mestilah solatnya bagus, bacaannya lancar , sentiasa perbaiki solatnya. dan hendaklah pada setiap orang utk alim dalam bab sembahyang. Hukum paling adalah hukum bab sembahyang. Jika solatnya tak sah, Allah takkan terima. Sembahyang yang diterima Allah adalah sedikit nilainya. Ulama' menitikberatkan dalam bab diterima Allah. Jadilah kita sebagai seorang yang diterima amalan. Diterima amal adalah lebih baik daripada berbuat amal. Apabila Allah terima amalan kita, itu petanda yg sangat baik. Ulama' 'Arifun (tasawwuf) mengatakan bahawa, "Perelokkan amal adalah lebih dterima Allah daripada memperbanyakan amalan."
S : assalamualaikum ustaz, bolehkah belajar dengan hanya seorang guru, tanpa bertalaqqi dengan mana2 ulama' yg muktabar? kemudian, tak sampai setahun,dia menawarkan dirinya utk mengajar.Bolehkah?jazakallahukhaira kathir.
Jawapan ustaz zul :
"Di Rubat Tareem, mereka belajar selama 7 tahun utk betul2 alim. Nak matang dalam
"Di Rubat Tareem, mereka belajar selama 7 tahun utk betul2 alim. Nak matang dalam
sesuatu ilmu, hendaklah selama 7 tahun. Mesti bertalaqqi dengan ramai ulama'. Sebab tu para habaib, berguru dengan ribuan ulama'-ulama'. Kalau mengaji tak sampai setahun nak mengajar, boleh. tapi hanya boleh mengingatkan tentang hukum-hukum. belum boleh digelar sebagai syeikh2, maulana2.. jika dia boleh elakkan dirinya daripada perasaan riyak dan 'ujub ketika mengajar, maka x menjadi masalah utk mengajar. jika dia tak dapat nak elakkan, maka sebaiknya, tak perlulah."
Jika kita mimpi Rasulullah SAW, macam mana kita nak tahu yang itu memang benar Rasulullah SAW?
Ulama' mengatakan ada dua syarat. Syarat yang pertama, mestilah menepati syamail nabi SAW. Contohnya wajah nabi itu dapat diserupakan dengan gambaran yang ada dalam hadis. Syarat yang kedua, orang yg dalam mimpi itu memperakui bahawa dirinya adalah Rasulullah SAW. "Ana RasulALLAH." Syaitan tidak boleh menyerupai nabi SAW. Bermimpi bertemu dengan nabi SAW tidak menjadi syarat bagi seseorang itu soleh, tapi bermimpi bertemu dengan nabi SAW adalah kurniaan dari Allah. ada fadhilatnya, yaitu doanya sangat2 mustajab.
~wallahua'lam.~