بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
=BUKAN KERANA DOAKU=
Pada suatu hari, ulama' terkenal Hassan Basri telah melarikan dirinya dari dikejar oleh tentera Hajjaj bin Yusuf yg terkenal bengis lagi kejam. Beliau telah masuk ke rumah sahabatnya yg bernama Habib Ajmi untuk berlindung di dalamnya.
Seketika kemudian, datanglah askar-askar Panglima Hajjaj ke rumah Habib Ajmi lalu berhenti untuk bertanya :
"Hai orang tua! Adakah engkau nampak Hassan al-Basri?"
Kebetulan Habib yg sedang berdiri di muka pintu lantas menjawab :
"Ya!" ujarnya singkat.
Hassan Basri yg dengar jawapan sahabatnya dari dalam rumah itu berasa terkejut serta berdebar-debar memikirkan kenapa Habib berterus-terang sahaja mengatakan dia tahu diamana ianya berada? Askar-askar Hajjaj ingin tahu dimana beradanya Hassan Basri lalu Habib pula mengatakan bahawa orang yg dicari mereka itu ada di dalam rumahnya. Mereka lantas masuk ke rumah Habib, tetapi tidak dapat pula menemui sesiapa pun.
Mereka pun lalu menyangka bahawa Habib hanya bersenda gurau dengan mereka lalu mereka mencaci serta mengatakan Habib pembohong besar. Tetapi Habib bersumpah bahawa ia tidak berkata selain dari yg benar. Mereka lalu cuba sekali lagi masuk ke dalam rumahnya tetapi tidak juga menemui sesiapa. Akhirnya mereka pun pergi meninggalkan rumah itu.
Tidak lama kemudian, ulama' Hassan Basri pun keluar dari rumah sahabatnya itu lalu berkata kepada Habib bahawa dia terselamat dari dijumpai oleh askar-askar Hajjaj itu kerana berkat sahabatnya itu. Kemudian ia pun bertanya kenapa Habib memberitahu yg ia ada di dalam rumahnya.
Maka Habib pun menjawab :
"Wahai sahabatku Hassan Basri! Sebenarnya bukanlah kerana berkat doaku masa engkau selamat,melainkan kerana berkat kejujuranku berkata benar. Sekiranya aku berbohong dengan mereka lalu engkau pula tertangkap, kita berdua pasti akan peroleh malu yg bukan kepalang beratnya!"
Demikianlah keberanian seorang yg beriman. Kerana kuat iman dan taqwanya kepada Allah SWT itulah, maka Allah SWT telah menyelamatkan sahabatnya itu dari tertangkap oleh pemerintah yg zalim.
~subhanallah.. jadilah seorang yang jujur. meskipun pahit, tapi berkemungkinan ada keberkatan yg terdapat disitu.~
No comments:
Post a Comment