Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday, 11 August 2013

~Kalam Rindu tunggu BERSATU~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-gambar hiasan-
~kata-kata Ustazah Nurul Balqis didalam novel 
Kala Cinta dan Wahyu Bersatu~

Hari ini cuaca terang dan cerah. Namun siapa tahu, hatiku suram dan pasrah. Hari ini mentari yg menyuluh itu membawa cahaya-cahaya ceria pada kehidupan. Namun, dalam hatiku tiada cahaya yg bisa sentuh. Ia sering tertutup dalam bekas cinta yg dalam.

Aku sering begini kala hatiku merindukan seseorang. Siapakah yg aku rindui? Ibubapaku? Sahabat-sahabatku? Ya, mereka sering ku rindui. Namun, hatiku merindukan seseorang yg lain. Iaitu lelaki pertama yg pernah mencuri hatiku dan lelaki pertama yg pernah menolak cintaku.

Wahai bakal suamiku, aku mahu menulis sesuatu untukmu. Iaitu bicara yg tidak akan engkau dengar ataupun ketahui. Ia adalah bicaraku sendiri. Tulisan ini adalah luahanku. Tetapi bukan untuk engkau tatap. Aku disini dan engkau disana. Kita terpisah dan berjauhan. Namun, biarlah catatan ini melegakan hatiku. 

Engkau adalah lelaki yg sering muncul kala aku dalam kepayahan. Aku tidak pernah memanggilmu, menyerumu, tetapi sering kali engkau disisi apabila aku memerlukan. Aku hanya mampu memandangmu dari jauh. Aku mampu mengusap lembut air mukamu hanya dengan pandanganku. Sedangkan tanganku ini tidak halal untuk menyentuh dan meraup wajahmu yg tulus.

Wahai insan pilihan Allah .... sungguh benar, hati wanitaku sering tergoncang dan tergugah setiap kali engkau hadir dalam realiti. Setiap kali engkau menuturkan sesuatu, mersik suaramu seperti melodi Sakinah. Ia menenangkan jiwaku. Tuturmu lembut, menghilangkan gusarku. Gayamu yg sabar, bukan sekadar menyentuh malah memujuk naluriku untuk berteguh.

Wahai bakal suamiku.... engkau tidak perlu tahu. Biar sahaja aku bicara sendiri. Aku sudah menolak semua cinta lelaki lain kerana aku mencintaimu. Malah selama ini aku hanya berdoa agar engkau hidup semula. Setelah bertemu dirimu semula, hatiku seperti tanah kering yg gersang, lalu disirami air hujan dan kembali menghijau dan berbunga.

Aku memang berharap utk duduk dibahumu. Aku berharap agar suatu hari nanti akan ada peluang untuk aku meluahkan kata-kata cintaku padamu. Aku sentiasa mahu ucapkan kepadamu kata-kata:

"Cintaku...adalah lautan yg airnya tidak akan kekeringan sekalipun kemarau melanda. Cintaku adalah udara yg akan kau sedut sekalipun dibawah sedar. Cintaku adalah mentari di kala siang dan bulan di kala malam, yg akan setia memerhatikanmu. Cintaku adalah cinta yg tidak akan dibinasakan oleh oleh mana-mana kuasa kecuali Allah. Cintaku adalah kesetiaan yg abadi."

Ini adalah rahsiaku... rahsia yg tidak akan dibuka oleh sesiapa pun. Biar aku dan Allah sahaja yg tahu. Biar dia sahaja yg menolongku, untuk aku mencapai cintaku.





11 JULAI 2013,
5 SYAWAL 1434,
10.10 MALAM.








No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~