Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday, 11 August 2013

kisah-kisah TELADAN : Tidak ada BEZAnya antara RAJA dan RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-gambar hiasan-
=TIDAK ADA BEZANYA ANTARA RAJA DAN RAKYAT=

Dalam menegakkan keadilan dalam pemerintahan, kemasyhuran Saiyidina Umar bin Al-Khattab sebagai Khalifah umat Islam amat menonjol sekali.

Pernah berlaku di zaman pemerintahannya suatu peristiwa berbalahan antara seorang Raja dengan seorang rakyat biasa. Seorang Raja dari suku al-Ghasanah yg baru memeluk Islam bernama Jabalah bin al Aiham sedang melakukan tawaf di Kaabah. Kebetulan tepi kain jubahnya terpijak oleh seorang pemuda biasa. Maklumlah ketika itu orang ramai berasak-asak hendak mengerjakan tawaf. Oleh kerana tersinggung martabatnya maka Raja tersebut itu telah menampar muka pemuda itu hingga cedera sedikit hidungnya.

 Akhirnya pemuda itu pun pergi mengadukan halnya kepada Khalifah Umar RA dengan tujuan untuk meminta pertimbangan. Setelah dilakukan pemeriksaan maka Khalifah pun mendapati Raja itu bersalah lalu baginda pun menjatuhkan hukuman qisas iaitu perbuatan Raja itu harus dibalas dengan cara yg setimpal atau pemberian maaf, jika pemuda itu memang sedia memaafkannya.

Dengan mendengar keputusan dari Khalifah Umar al-Khattab itu, maka Raja itu dengan spontan bangun membantah, katanya :

"Ya Amirul Mukminin, mengapa mesti begini? Saya Raja sedangkan dia hanyalah seorang rakyat biasa!"

Mendengar bantahan Raja itu, maka Umar al-Khattab menjadi marah dan dengan suara yg agak keras baginda berkata :

"Sesungguhnya Islam tidak membezakan antara Raja dengan rakyat. Islam memandang sama di antara kamu berdua. Tidak ada kelebihan antara seorang dengan seorang lain kecuali dengan taqwa!"

Demikian kehebatan peribadi Saiyidina Umar al-Khattab yg tercatat indah namanya dalam sejarah sebagai seorang khalifah yg paling adil dan demokratis.



No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~