Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
|
~Para Habaib~
@
|
|
~ANTARA PARA ILMUWAN ATAU PARA LAGHA???~
Fenomena masyarakat dunia masa kini, kian JAHIL.. Kerana, selepas tertubuhnya KUMPULAN "LAGHA" itulah yang menyebabkan jiwa masyarakat kini menjadi alpa akan ILMU UKHRAWI.. Masyarakat yang disebutkan ini adalah ORANG-ORANG yg berstatuskan AGAMA ISLAM..
Apabila bertanya berkenaan dengan biografi para Ulama', terus mengungkit kening dan bahu ke atas. Jika ditanya berkenaan dengan artis-artis, contohnya tidak lain tidak bukan hal yang berkaitan dengan KOREA. pasti sepuluh jari pun x cukup tangan nak kira bilangan ahli kumpulan itu.
Allahurobbi.. kenapa budaya BARAT yang berstatuskan NON-MUSLIM itu,sering menjadi ikutan kepada yg bergelar MUSLIM ? Bagaimana kita ingin menonjolkan agama kita ini kepada yang bukan beragama ISLAM sedangkan diri sendiri masih jahil dengan agama sendiri.
Ingatlah, dunia bukan penamat jika dirimu telah tiada..tapi amalanmu mungkin sudah hampir-hampir ke garisan penamat, disebabkan oleh keperhatianmu terhadap 'PARA LAGHA berbanding keperhatianmu untuk mencari ILMU ALLAH. Bahkan, akhirat adalah MATLAMAT kepada kehidupan di dunia..
Jika kita ada passport untuk menjelajah di negara asing semata-mata ingin melihat konsert 'SYAITAN' tersebut, adakah kita tidak pernah terfikir bahawa kita sudah ada passport amalan kah untuk masuk belayar di syurga? Kalau x de, jangan HARAPlah nak jejak kaki kat JANNAH..
Orang yang sentiasa ingin mendekatkan diri pada kebaikan, selalu dianggap sebagai orang terasing. Kerana itulah mereka yg asing ini merindui tempat asalnya. Maka rindulah akan syurga yang pernah menjadi tempat asal "ibu bapa" kita.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar beliau berkata, "Rasulullah saw telah memegang bahuku lalu bersabda yang bermaksud, 'Jadilah kamu didunia seolah-olah orang yang terasing atau orang yang melintas sebuah jalan.' " - [Riwayat al-Bukhari]
|
No comments:
Post a Comment