Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Thursday, 29 October 2015

Cinta, Milik Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Cinta. Definisi cinta? Cinta adalah suatu perasaan yg bermula dari hati, dimana perasaan itu membuatkan hati kita senang akannya. 

Kenapa cinta? Kerana, dengan berputiknya cinta, kita seakan ingin selalu ingin bersama dengannya, sering membenarkan kata-katanya.


Tapi,,,,,

 kenapa boleh ada perasaan sebegini? siapa pencipta cinta? untuk siapa kita perlu serahkan cinta ini? bagaimana utk menguruskan cinta?

Perasaan cinta adalah lumrah manusia. Kerana manusia memang saling memerlukan antara satu sama lain. 

Firman Allah Ta'ala yg bermaksud : 

Dia menjadikan diantara kalian rasa kasih sayang dan cinta.

 Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda – 

tanda bagi orang-orang yang berfikir." (QS. Ar-Ruum: 21)



Allah suruh kita berfikir samada cinta yang kita miliki itu, ingin menjurus ke arah yang hak ataupun batil. Kita sendiri mempunyai akal yang sihat untuk berfikir, yang mana benar yang mana salah. Yang pasti, ada dua konsep kita wajib ikut, kerana jika dengan adanya konsep ini, kita dapat miliki cinta itu dengan sempurna. Apakah?

CINTA KEPADA ALLAH dan CINTA KEPADA RASULULLAH



 Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia da
pat 

merasakan manisnya iman, yaitu cinta kepada Allah dan 

Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta

kepada seseorang karena Allah dan membenci kekafiran 

sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api 

neraka." (H.R. Bukhari-Muslim)

CINTA KERANA ALLAH

Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Barang siapa yang mencintai karena Allah, membenci 

karena Allah, memberi karena Allah, dan tidak memberi 

karena Allah. Maka ia sesungguhnya telah memperoleh 

kesempurnaan iman."


Kesimpulannya, cinta itu apabila kita makin bertambah ketaatan kepadanya, tetapi jika cinta itu membuatkan diri kita menjadi orang yang bermaksiat, itu bukan cinta. itu bala. cinta dan bala tidak sama. Cinta MILIK ALLAH. Semua yang datang dari Allah, adalah baik. Kita yang mencoraknya. Ana akhiri dengan sedikit puisi,


Cinta, kau milik Allah,
kau hadir dalam keadaan aku tertanya,
samada aku tertipu atau yang sebenarnya.

Cinta, kau milik Allah,
kau hadir dan aku cuba menjadikannya indah.


Cinta, kau milik Allah,
Tiada siapa berhak memiliki engkau,
Kerana yang hadirkan rasa cinta, yang hilangkan rasa cinta,

HANYA ALLAH,
PEMBERI CINTA,
PEMILIK CINTA.






Wednesday, 23 September 2015

TAKUT PADA EXAM KAH???? KENAPA???

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM WABARIK 'ALAIH WA A'LA ALIHI WASOHBIHI  WASALLIM




Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan berkatNya, kita dapat hidup didunia yang begitu banyak nikmat sehingga kita tidak dapat menghitungnya satu persatu. Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan berkat perjuangan besar baginda, kita dapat merasai dua nikmat yang terbesar yakni nikmat iman dan islam. Juga nikmat terbesar yang lain ialah nikmat menjadi umatnya Rasulullah S.A.W..

Hari ini ana ingin membincangkan soal EXAM. 

Haaa... kenapa dengan exam??

Kerana, inilah yang paling famous dalam kalangan para pelajar yang mendudukinya. Oleh itu, mari kita teruskan dengan tajuk ini.


EXAM. Apa itu EXAM??


"Erm,, penentu masa depan."

"Erm,, kejayaan untuk masuk Universiti."


PENENTU MASA DEPAN

Siapa kata exam ni penentu masa depan kita? Siapa exam disisi kita? Kalau antum rasa examlah yang MENENTUKAN MASA DEPAN antum, boleh rosak akidah. sebab terlalu yakin pada sesuatu yang selain dari Allah. time exam, baru nak ingat Allah. Struggle sampai malam, semata-mata nak skor mumtaz, cemerlang dalam exam. Lepas kita mohon pada Allah, berdoa pada Allah dan berserah pada Allah, tiba-tiba kita nak kata exam adalah yang menentukan masa depan kita. Eh, kejap-kejap. Siapa yang AKBAR sekarang ni? EXAM yang AKBAR atau ALLAH yang AKBAR? Astaghfirullah.. 

Kenapa ye? Ouh, antum nak kata itu adalah satu kata-kata harapan lah ni.. Sebab tu bila antum dah struggle study, antum dapat rasakan exam ni dapat bantu masa depan antum? x begitu? Kalau antum kata exam ni penentu masa depan antum, dan antum pula berjaya dengan cemerlang dalam exam, adakah antum rasa dengan result antum yang cemerlang tu dapat merealisasikan masa depan antum? Dengan makna kata, berjaya segala-galanya? Dapat segala-galanya? Adakah dengan dimaksudkan dengan penentu masa depan tu ialah, kita dapat kekayaan dan pekerjaan yang lebih baik? Kalau kita exam untuk dapat kejayaan macam tu, memang tidak akan lama jika ada cita-cita dan matlamat seperti itu. 

Ana bagi satu analogi, kalau antum exam sungguh-sungguh sebab nak jadi doktor, dan antum pun dah jadi doktor, maka apa yang antum inginkan itu sudah dicapai. Hmm...jadi, cita-cita antum sampai ke situ sahaja kah? Kenapa tidak menciptakan satu cita-cita yang besar? Yang tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha, tapi tak mustahil jika kita selalu mencuba untuk mencapainya. Sebagai contoh, redha Allah, syurga dan mati syahid. Inilah matlamat tinggi yang perlu kita capai dengan sesungguhnya. 

Sanggupnya kita tinggalkan dakwah, lambatkan solat fardhu, malas melakukan amalan sunat, tidak menghadiri majlis ilmu, SEMATA-MATA NAK STUDY UNTUK EXAM, yang kita anggap PENENTU MASA DEPAN kita. Habis tu, macam mana dengan EXAM AKHIRAT? ASSIGNMENT yang Allah beri pada kita? Adakah kita sudah bijak pandai untuk MENJAWABNYA di sana nanti? 

Kalau sebut exam je, menggigil tubuh, rasa gentar hati. Tapi bila menyebut nama Allah, pernah ke sekali kita rasa takut, kita rasa gentar? Baca asma'ul husna pun badan bergoyang sana-sini, bercakap sana-sini, ketawa sana-sini, inikan pula bila time nak solat. Masa solat, fikir pasal dunia. Sebab apa? Sebab jika solat itu tidak khusyuk, ini ada masalah kaitan dengan wudhu'. Kadang-kadang kita rasa wudhu' yang kita ambil tu dah sempurna. Ye, tapi adakah hati kita ada pada ketika kita ambil wudhu? Masa wudhu' pun bercakap-cakap. 

Pelik. Kita lebih takutkan MAKHLUK berbanding yang KHALIQ. Exam bukan Tuhan, untuk kita takutkan. Oleh itu, ana ingin tanyakan sekali lagi, siapa exam disisi kita? 

KEJAYAAN UNTUK MASUK UNIVERSITI

Wait a minute. 

Kejayaan untuk masuk universiti? 

Hmm, jadi orang yang tak masuk U, orang yang tak dapat masuk U ni, dia adalah orang yang tidak berjaya lah ni? Bagi ana, dugaan bila masuk universiti sangatlah tinggi. Kerana ujian yang perlu antum hadapi ialah UJIAN HATI, MATA dan PERGAULAN. Ini adalah skop UTAMA yang WAJIB antum jaga. Bukan HARUS , SUNAT atau PERLU, tapi WAJIB. 

Memang ana tidak nafikan, orang yang masuk Universiti ni orang yang bijak pandai, dapat skor yang cemerlang masa spm dulu. Tapi, antum harus ingat, kejayaan bukan terletak di universiti semata. Kerana kejayaan seperti itu adalah kejayaan yang bersifat dengan keduniaan. Jadi, apakah kejayaan yang hakiki? Kejayaan yang hakiki ialah bilamana kita berjaya menjadikan diri kita ini dicintai Allah dan disenangi ibu dan ayah kita. Bagaimana ingin mencapai kejayaan seperti itu? Buatlah apa yang ibu dan ayah perintahkan, senangkan hati mereka, jika mereka redha, sudah tentu ia akan kembali pada Allah. Kerana, redha Allah terletak pada redha ibu dan ayah. Tak guna jika kita belajar tinggi-tinggi, tapi hati bongkak sombong, merasa diri sudah cukup dengan ilmu, langsung tidak menghormati orangtua dan paling buruk sekali, LUPA PADA ALLAH. 

Universiti ni kalau xdepun, kita masih boleh berjaya. Tapi, perlulah kita tahu, yang beri kejayaan semua ini adalah ALLAH. yang tidak beri kejayaan juga adalah ALLAH. Bukan bila kita dah usaha, kita percaya dan WAJIB akan berjaya. Kalau ada orang macam tu, dia bukanlah orang yang berserah pada Allah dengan hakiki. Kalau orang yang berserah pada Allah, dia tidak kisah apa yang Allah beri padanya. Kerana dia tahu usaha dia itu hanyalah satu wasilah samada dia berjaya atau tidak. Jika wasilah itu sampai, maka tak mustahil Allah akan berikan kejayaan padanya disebabkan ada usaha yang dia lakukan itu. Tapi ada juga orang yang sudah usaha, tapi tidak berjaya. Kenapa? Kerana barangkali kejayaan itu Allah tukarkan dalam bentuk yang lain, dalam bentuk yang berbeza. Jadi, orang yang tidak dapat masuk ke universiti itu bukanlah orang yang tidak pandai, tapi ada kejayaan lain yang Allah nak beri. Husnuzhonlah kepada Allah. Kalau ada orang lain nak kata apa, katakan saja, ada yang lebih baik dari ini. Kerana makhluk bukan penentu hidup kita, tetapi ALLAH 'AZZA WAJALLA.

oleh itu, jika kita jadikan exam ini adalah satu alat untuk kita capai matlamat, tidaklah menjadi masalah. tetapi jika kita rasa exam ini adalah penentu masa depan kita, maka tutuplah buku. jgn study dah. gi khidmat ibu dan ayah antum. Itu lagi besar manfaatnya. Jgn salahkan ALLAH bila antum tak berjaya walau sekuat mana antum study. Kerana ingatlah, ma qaddarullahu kheir. Apa yang ditakdirkan oleh Allah itu baik.




Tinta Penulis

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM

Hmm,, sedarkah antum bahawasanya penulisan ana semakin hari semakin kurang memberangsangkan? Sebenarnya stress juga menjadi seorang penulis. Penulis yang semakin kekeringan idea dalam menulis. haha.. apa-apapun, doakan kejayaan ana in syaa Allah.

Pernah juga ana terfikir, adakah antum mengenali ana? Haha, barangkali tidak, atau juga barangkali ya. Akan tetapi, ana tidaklah begitu terkenal jika nak dibandingkan dengan ahli-ahli blogger yang lain. Penulisan ana tidaklah menarik sebagaimana penulisan-penulisan lain. 

Oleh itu, persoalannya disini, perlukah dikenali? Untuk apa dikenali? Rasanya tidak perlu. Kerana bagiku, jika ku tiada, bukan nama yang orang cari, tapi segala penulisanku yang diselongkar semula. 

Allahu ya'lamuni :)


Thursday, 5 March 2015

Siapa aku?

BISMILLAHIRROHMANNIRROHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WASALLIM



Alhamdulillah, Allah beri keizinan kepada jari ini untuk terus menulis hingga ke saat ini. Maaf jika terlampau lama membiarkan blog ini mendiamkan diri. Sebenarnya penulis agak kesibukan menyiapkan blog yang lain. Ha,, apakah blog itu? Jom lawati malaysiacintarasul.blogspot.com/ ^_^

Hari ini kita akan membicarakan tentang... SIAPA AKU? 

SIAPA AKU?

WANITA PALING CANTIK?

WANITA PALING PINTAR?

WANITA YANG DIGILAI RAMAI?

LELAKI YANG GAGAH?

LELAKI YANG BERGAYA?

LELAKI YANG MENJADI IDAMAN?

Tidakkkkkkkkkkk... bukan itu yang ana maksudkan. Sila lihat cermin sekarang dan perhatikan setiap kedutan diwajahmu sambil berkata,

"SIAPA AKU?"

Setiap hari, rutin harian kita, sebelum ke tempat kerja atau tidak kiralah kemana sahaja, pasti akan melihat cermin terlebih dahulu. Untuk memastikan diri sentiasa KEMAS dan TERATUR. Akan tetapi, sedarkah kita atau adakah kita menyedari siapa diri kita sebenarnya? Pernahkah kita menyelami apa yang ada pada diri kita? Kita adalah CIPTAAN ALLAH, yang dijadikan oleh Allah untuk kita MEMPERHAMBAKAN DIRI kepadaNya. 

FIRMAN ALLAH TA'ALA , 

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
-surah at-tin ayat 4-

Perlu kita renungi dan hayati, diri kita adalah HAMBA untuk ALLAH, bukan HAMBA untuk MANUSIA. Perhambakan diri untuk ALLAH, bukan perhambakan diri untuk MANUSIA, segalanya untuk ALLAH, bukan segalanya untuk MANUSIA. 

Keraplah bertanya pd diri, "aku ni siapa sebenarnya? kenapa aku begini? kenapa aku hidup? apa perlu aku hidup? apa tujuanku untuk hidup? siapa perlu aku hidupkan dalam hati ini?"


Ingatlah, manusia yang kenal ALLAH, sebenarnya dia kenal dirinya terlebih dahulu. Kerana dalam diri seorang manusia, terlalu banyak ciptaan ALLAH yang tidak bisa kita hitungkan. 

FirmanNya Surah Al-Insyiqaq ayat 6, bermaksud :
“Hai manusia sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya.”
wallahua'lam.





Friday, 21 March 2014

JOM MUROJA'AH (3) ! (Kuliah Dhuha Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' - 9 Mac, 15 Mac,16 Mac, 18 Mac 2014)

بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


-9 mac 2014-

[kitab tajzib atroful hadith]

Setelah Allah meredhai akan sesuatu, Dia akan menggerakkan hati hamba-Nya yang taat, untuk membantu saudaranya. Malaikat membentangkan sayap2 mereka, untuk orang2 yang menuntut ilmu. Orang2 yang soleh digerakkan oleh Allah agar dia dapat membantu dalam majlis ilmu. Bila Allah permudahkan untuk kita dalam menghadiri majlis ilmu, maka kita jangan sia2kan peluang itu. Dizaman kita, terlalu banyak fitnah. Hal ini kerana, pendapat ulama' sudah tidak diguna pakai. Menjadikan rumah kita sebagai kubu. Kubu keluarga daripada perkara kemungkaran. Yakni, kubu yang dapat mempertahankan agama. 

Jangan berlengah-lengah dalam menuntut ilmu. Sia-sia kita belajar tinggi2, tetapi tiada akhlak dalam diri. Tidak cukup hanya dengan menuntut ilmu sahaja jika tanpa akhlak. Masalah tidak dapat diselesaikan melainkan dengan ilmu. Bila dah belajar sesuatu, jangan kata tak boleh. 

Tujuan mengaji/menuntut ilmu adalah untuk berjuang demi islam dan berdakwah kepada orang ramai. Datang menuntut ilmu kene jaga adab. Sedekah ada 3 ,

-bersedekah-
(wajib : zakat)
(sunat : sedekah di masjid dll)

-nafkah-
(kepada isteri dan keluarga)

-infaq-
(keluar nafkah dalam perjuangan islam)

Orang yang bersedekah, terlepas drpd azab kubur. Kerana dia selalu beri barang kesayangan dia. Asbab itu menjadikan dirinya sentiasa berhusnu zhon kepada Allah. Orang yang bersedekah adalah sifat ahli2 syurga. Orang yang bersedekah, tinggi darjatnya disisi Allah. Hati kita dididik dalam majlis ilmu. Orang yang tidak mahu menuntut ilmu adalah orang yang sombong. 

wallahua'lam.


-15 mac 2014- (sabtu)

[majlis khatam kitab hadis arba'in imam nawawi]

Pertemuan kita adalah seakan-akan ada cinta daripada Allah. Alhamdulillah.. Tidak akan berlaku pertemuan ini jika Allah tidak berkehendaki. Allah mahu orang mematuhi perintah-Nya. Hamba yang mematuhi perintah Allah akan mendapat ganjaran yang besar. Siapa yang beri kesejahteraan dalam hidup? Siapa yang mengurniakan udara? jawapannya adalah ALLAH 'AZZA WAJALLA. 

Kita hanyalah hamba Allah. Umur, kesihatan, makanan, minuman, udara, adalah keperluan yang Allah berikan kepada kita. Cuba kita tidak bernafas, adakah kita dapat menghirup udara? adakah kita dapat hidup? tidak! udara jika ditutup, maka matilah kita. Hidup kita bergantung kepada Allah. 

-16 mac 2014- (kuliah dhuha - ustaz hanif)

[kitab : tajzib atroful hadith]

Nikmat yang paling besar ialah apabila kita bersama2 dalam majlis ilmu. Hajat/doa kita adalah milik mutlak Allah. Siapa kita untuk paksa doa kita untuk dimakbulkan? Ramai yang hanya nak doanya dimakbulkan tanpa memikirkan, bagaimana cara untukku memperbaiki nak minta sesuatu daripada Allah? Bila kita berdoa, jangan berdoa dalam keadaan bongkak. pakailah pakaian hamba, yakni dengan keadaan merendahkan diri. tidak sibuk dengan pangkat yang ada, harta yang ada. pakai pakaian hamba adalah senang doa kita untuk dimakbulkan. 

Bila Allah beri kita kehinaan di dunia, sebenarnya Allah nak bagi kemuliaan kepada kita, jika kita bersabar. Mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Allah suka hamba-Nya yang selalu meminta-minta. 


-18 mac 2014- (selasa)

[kuliah maghrib bersama Habib Ali Zainal Abidin Al Kaff]


Allah telah memilih seseorang untuk sentiasa menyebut nama "Muhammad". Allah memuliakan kaki seseorang untuk hadir ke majlis ilmu. Jika Allah tidak berkehendak, maka Allah tidak akan mengizinkan kita utk hadir didalam majlis ilmu. oleh kerana Allah mencintai kita, kita telah dipilih untuk menyebut nama2 Allah. Allah tahu kita sgt berharap kepada-Nya. nikmat taufiq drpd Allah. Nikmat taufiq bermakna Allah beri nikmat untuk berbuat taat kepada-Nya. Tidak ada satu nikmat yg besar melainkan nikmat taufiq.
sesuatu yg jarang2 adalah mahal. Nikmat taufiq drpd Allah adalah mahal.  sentiasa mengucapkan "Alhamdulillah" pd setiap waktu agar Allah beri nikmat. org yg hebat adalah diantara òrang yg paling bersyukur. jika nak masuk syurga, buatlah amalan seperti ahli syurga. Jika nak masuk neraka, buatlah amalan seperti ahli neraka. kita inginkan kehebatan, tetapi kita tidur. ada yg ckp, "aku mahu mengikuti rasulullah", "aku mahu mencontohi rasulullah", tetapi apabila dihari akhirat kelak, Allah bertanya kepada rasulullah, "adakah kamu kenal dgn org ini?" Lalu jawab baginda, "saya tidak kenal." 

Menurut Habib , Allah memberi nikmat yang luar biasa besar . Allah swt memberi nikmat yang begitu agung . Allah swt memberi nikmat yang begitu luhur . Allah swt menciptakan ribuan ratusan keliaran makhluk Allah tidak terhitung akan tetapi Allah swt menjadikan sebahagian dari mereka beriman kepada Allah swt . Allah swt menciptakan makhluk di Kota Malaysia akan tetapi beberapa yang Allah pilih untuk dijadikan lidahnya mulia dengan menyebut nama habibana Muhammad Rasulullah saw . Allah swt menciptakan makhlukNya Allah swt di daerah ini akan tetapi sebahagian dari mereka Allah memuliakan kakinya . Allah swt menjadikan orang tersebut mulia untuk hadir di majlis ilmu . Dan tidaklah dia melangkahkan kakinya di majlis itu kecuali satu langkah dia dihitung pahala oleh Allah swt . Allah swt menciptakan mahklukNya Allah swt akan tetapi sebahagian yang mahu mengambil anugerah dari anugerah Allah swt .


Seorang pujangga Arab pernah berbicara dan berkata : " Ya Allah ! Kalau Engkau tidak menginginkan kebaikan bagiku , Kalau Allah swt tidak ingin menjadikan kita-kita yang hadir di sini untuk menjadi Ahli Syurga kelak . Ketika Allah swt tidak menginginkan kita-kita yang hadir menjadi orang yang hebat . Allah swt tidak akan menggerakkan hati untuk hadir ke majlis ilmu ini . " 

Buktinya ! Kita hadir ke majlis ilmu ini atas kemahuan kita sebgai bukti Allah swt mwnginginkan kebaikan bagi kita , ataupun kemahuan dari kita , kalau Allah tak berkehendak , kita tidak akan hadir .

Tapi Allah swt pilih di antara makhluk-mahkluk Allah , Allah swt jadikan mereka mulia kerana Allah swt cinta kepada kita . 
Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin . 

Kerana Allah swt cinta kepada kita , Allah pilih kita untuk dimuliakan lidahnya menyebut nama Rasulullah saw , untuk dimuliakan tangannya memegang tangan indah Rasulullah saw , untuk dimuliakan matanya untuk melihat Rasulullah Habibana saw . Kerana Allah tahu kita adalah sebagai makhluk Allah swt yang mengharapkan kemuliaan dari Allah swt . 

JOM MUROJA'AH (2) ! (Kuliah Dhuha Baitul Qurro' wal Fuqoha' - 2 februari, 9 februari , 23 Februari 2014)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ustaz Syauqi bin Haji Ismail bin Muhammad bin Yusuf (adik kepada tuan guru)


-22 Februari 2014-

[kitab Bidayaatul Hidayah] 

Kitab yang sangat masyhur. Bidayaatul Hidayah bermaksud Permulaan Hidayah, yakni bimbingan daripada Allah SWT. Bahagian pertama, ia membincangkan soal ketaatan. Allah tidak menjadikan sesuatu hamba melainkan disuruh untuk berbuat ketaatan. 

Kata imam al-Ghazali, "ketahuilah, bahawa suruhan2 Allah terbahagi kepada dua :

-Faraid (fardhu) : wajib kita buat
-nawafid (sunat) : jika buat, itu merupakan satu bonus dalam hidup seseorang

kedua-duanya mendapat faedah di dunia dan akhirat. Kita hidup ni, sebenarnya kita sedang berdagang kepada Allah. Segala kemewahan, kecantikan perlu dibalas kembali dengan ibadah. Perniagaan kita kepada Allah ialah dengan melaksanakan perkara2 yang WAJIB. Jika seseorang itu mencintai nabi SAW, dia pasti akan berzikir dan berselawat. Ulama' yang datang di sini (negara kita), sbenarnya mereka hanya brcerita tentang mahabbah rasul. kecintaan kepada rasul. 

maulid diciptakan untuk mengingati Rasulullah SAW dengan melakukan perkara2 sunat seperti berselawat dan sebagainya. Barangsiapa yang meninggalkan qada' solat (tak ganti solat), maka dia mendapat dosa. Pahala fardhu berbeza dengan pahala sunat. Orang yang mula2 beri salam, akan mendapat ganjaran pahala yang banyak. Orang yang mula2 beri salam akan diciptakan oleh Allah, akan mahligai di syurga. Beri salam adalah MAKRUH, dalam TANDAS. hehe.. Berterusanlah dlm berselawat, maka kita akan dicintai Allah.


-9 februari 2014-

[kitab : tafsir nur ehsan]

surah al-baqarah, ayat 190-191, Allah menyentuh soal jihad. Al-Quran diturunkan secara munajjaman (berperingkat-peringkat) sebagai pedoman, panduan untuk diikuti oleh umat manusia/ golongan yang beriman. Kemenangan islam adalah hasil drpd perjanjian hudaibiyah. Nabi SAW memandu orang2 mukmin. Menjaga nyawa orang mukmin adalah sangat penting. Berburuk sangka kepada orang jahat adalah dituntut. kepada siapa? orang musyrikin. 

Jihad kerana Allah, itulah yang disyariatkan. Bila orang musyrikin masuk islam, kita terus berhenti memerangi mereka. Ikhlas menjadi rosak dengan sebab pangkat dan kedudukan. Tujuan berperang adalah untuk melindungi diri dan mempertahankan aqidah. Jangan memerangi golongan yg tak terlibat yaitu, wanita dan kanak2. Golongan yang beriman sangat kuat cintanya kepada Allah.

Menghapuskan dosa yang besar adalah dituntut dalam islam. Orang2 beriman adalah ikutan islam secara menyeluruh. Orang yahudi mengharamkan daging unta dan memuliakan hari sabtu. 

Apabila Allah menyuruh kita menutup aurat, maka WAJIB kita menutup aurat. Jika ada pemimpin yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah, maka WAJIB kita menegurnya. Jika seseorang itu menegur pemerintah, lalu dia dibunuh, maka dia diangkat darjat oleh Allah, sebagai pimpinan untuk para syuhada'. 

Jangan melampaui batas dan bertaqwalah kepada Allah.


-23 februari 2014-

[kitab : tajzib atroful hadith]

Orang yang datang ke majlis ilmu dengan sebab dia nak faham agama, maka dia akan dipermudahkan jalan2 untuk ke syurga.

Apabila dia sengaja tinggal solat, maka dia wajib dibunuh. Yang melaksanakannya ialah Pemerintah. Menuntut ilmu adalah wajib untuk orang yang beriman. Mereka yang datang ke majlis ilmu, dapat mengetahui perkara yang  benar. Beramal tanpa mengaji, takut2 membawa ke jalan yang sesat. Na'uzubillahi min zalik. Orang seperti ini tidak jujur dia beribadah kepada Allah. Apabila diberi sesuatu, ada sangkaan buruk kepada Allah. Allah tidak akan memakbulkan doanya dan tidak diberi petunjuk dan hidayah. Berburuk sangka kepada Allah dengan sebab kita selalu jauh daripada Allah. 




JOM MUROJA'AH ! (Kuliah Dhuha Baitul Qurro' wal Fuqoha' - (5 Januari 2014, 19 Januari 2014, 26 Januari 2014 dan 16 FEBRUARI 2014)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tiada yang benar-benar RAJA, melainkan ALLAH. Tiada yang benar-benar BERKUASA, melainkan ALLAH. Subhanallah, Allah memang segala-galanya buat kita ^_^ Jom kita bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Alhamdulillah. Maaf diatas kelambatan ana untuk menyiapkan/mengemaskinikan blog ana yang sudah hampir berHABUK. hehe.. 

-5 Januari 2014-

[kitab : tafsir nur ehsan]

Al-Quran keluar sedikit demi sedikit. Apabila ada sesuatu berlaku, Allah akan turunkan ayat. Supaya golongan yang beriman mendapat panduan yang jelas, sesuai dengan permasalahan mereka. 

Orang yahudi bertanya, "Mengapa AL-QURAN tidak diturunkan secara terus?" 
Maka Allah menjawab, "Memang al-quran diturunkan secara munajjaman (berperingkat-peringkat), agar ayat al-quran itu melekat di hati orang yang beriman. Al-Quran mengandungi pengajaran dan teladan. Generasi para sahabat sangat kuat dengan al-quran, kerana alquran itu memandu kehidupan mereka dan memberi mereka cahaya. Para sahabat menghayati al-quran dalam kehidupan mereka. Orang yahudi selalu membuat keraguan orang muslimin tentang perkara yang baik. Orang yahudi berusaha sedaya upaya untuk mengkufurkan orang muslimin dengan cara : MEMBURUKKAN NABI MUHAMMAD SAW, MEMBURUKKAN AJARAN YANG DISAMPAIKAN OLEH ALLAH DIWAHYUKAN KEPADA RASULULLAH SAW, MEMBURUKKAN KELUARGA NABI MUHAMMAD SAW.

Golongan Musyrikin sangat kuat menentang Rasulullah. Jika mereka beriman kepada Allah, terima risalah Allah, maka mereka benar2 mengikuti ajaran nabi. Para sahabat jika ada orang kafir yang mengelirukan mereka, mereka akan terus merujuk kepada Rasulullah SAW. Manusia yang sentiasa berhubung dengan Allah, tidak akan terputus daripada mendapat petunjuk. Nabi tidak pernah terputus hubungan dengan Allah, walaupun ketika didalam keadaan tidur, nabi tetap menjaga hatinya dengan Allah. Allah memberi pengajaran dan pedoman kepada orang muslimin agar tidak mengikuti orang-orang yahudi. Para sahabat sgt istiqomah dalam memelihara adab dan jihad fi sabilillah.

 Umat baginda SAW tidak boleh berpindah panduan yang lain melainkan petunjuk AL-QURAN. Banyak fitnah yang berlaku bermula daripada adanya panduan yang lain. Al-quran ada, tetapi kita guna panduan nasara, yahudi, melalui pemikiran-pemikiran ideologi barat. Jalan orang kafir untuk menyesatkan orang muslimin adalah sains. Asal ajaran sains adalah untuk menolak ajaran-ajaran islam. Dengan sains, mereka mungkin guna ilmu itu dengan penemuan-penemuan yang tidak matang, hukum sains yang palsu. Sains falsafah jangan kita belajar. Kerana ia melibatkan ATIES (tiada agama). Sains falsafah adalah satu bidang dakwah orang kafir untuk orang muslimin. Belajarlah sains sekadar keperluan.

Apa gunanya jika seseorang itu berjaya, tetapi dia sombong. Alangkah bagusnya orang yang lambat berjaya. Bila dia dh berjaya, dia menjadi seorang yang sgt tawaadu'. Allah menjanjikan ujian untuk orang-orang yang beriman untuk melihat hati2 mereka, adakah bertambah atau tidak, keimanan mereka kepada Allah. 

Selepas subuh, apa yang perlu dibuat?

-MENUNTUT ILMU- jika tidak boleh,,maka,
-BERIBADAH/BERZIKIR- jika tidak boleh,, maka,
-MENCARI REZEKI- jika tidak boleh,, maka,,,

tidurlah. kerana dengan tidur, kuranglah dalam berbuat dosa. tetapi nabi melarang kita untuk tidur selepas subuh, kerana rezeki sukar masuk. selepas waktu syuruk, maka jika nak sambung tidur, tidurlah. 

Habib Ali Zainal Abidin ibn Abdurrahman Al Jufri ditanya, "Bagaimana mahu hilang rasa keinginan kepada wanita?" Lalu jawab habib, "Penuhi jadual waktu dengan beramal dan ketaatan." 

Para habaib sangat menjaga waktu. Orang mukmin yang sebenar tidak akan mengungkit kesalahan orang yang telah mati. Golongan ahbash adalah drpd ahli sunnah wal jama'ah, tetapi orang ni suka mengkafirkan orang lain. Para habaib tidak menyukai golongan ahbash. Para ulama' tidak suka mendekati pemerintah, melainkan jika tujuan hanya untuk berdakwah. Jika tidak bersandarkan al-quran, sunnah, ijma', qiyas, maka akan menyalahi sunnah.

-19 Januari 2014-

[kitab : tajzib atroful hadith]

Allah tidak menghantar sesuatu penyakit, melainkan ada penawarnya. Ada penyakit yang tidak sembuh, yaitu penyakit kedatangan TUA. Nabi saw mengajar kepada umat baginda supaya mengambil asbab didalam menguruskan kehidupan. Allah mencipta perbuatan dengan adanya sebab dan musabab. Allah suruh kita ambil asbab itu dengan menggunakannya. Orang yang ingin berjaya dalam kehidupan, hendaklah ada asbab. yakni, dengan USAHA dan MENGHAFAL. Apabila orang sudah mukallaf, maka dia telah diwajibkn untuk menunaikan solat. Asbab dia kena solat adalah, apabila dia dibiasakan dengan solat. Jika kita tidak ambil pendekatan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, maka berlakunya banyak fitnah dikalangan umat baginda. 

Antara kesempurnaan nikmat yang telah diberikan oleh orang Arab selain ka'bah ialah, dengan melahirkan seorang Rasul daripada kalangan orang Arab. Tiru akhlak Allah dengan akhlak yang mulia. Orang yang tidak ada apa-apa, tidak mampu memberi kepada orang lain. Terjemahkan islam dengan akhlak kita yang baik. Hendaklah berakhlak baik kepada orang lain. Jika terjemahkan islam hanya dengan kitab sahaja, maka ia tidak dapat terjemahkan dengan amal yang mungkin tidak akan mengALIMkan anak muridnya. Yang dapat membezakan ISLAM dengan FALSAFAH ialah, AKHLAK. Kata ulama', "Mengajar dengan perangai laku terlebih dahulu sebelum nak mengajar dengan kata-kata (kitab)." 

Jika nak tahu, orang terima islam kerana dengan AKHLAK seseorang. Nak jadi pendakwah, memang susah. Penyakit berjangkit adalah ADAT. Boleh jadi, penyakit itu tidak berjangkit jika Allah tidak berkehendak. Berkehendaknya Allah jika Allah berkehendak akan sesuatu. Dunia adalah DAR AL-IMTIHAN, iaitu DEWAN PEPERIKSAAN. Apakah UJIAN itu? UJIAN 'UBUDIYYAH KEPADA ALLAH. Orang yg selalu sebut "INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROOJI'UN" akan mendapat selawat daripada Allah dan rahmat yang besar kepadanya, apakah ia? SYURGA. Tidak akan masuk syurga bagi seseorang kecuali dengan rahmat Allah. Jangan minta musibah, tetapi jika ditimpa musibah, maka bersabarlah. Islam didatangi dengan adanya usaha.

-26 Januari 2014-

[kitab : tajzib atroful hadith]

Mukmin dengan mukmin yang lain seperti satu anggota tubuh badan. Kiri sakit, terasa kanan. Istiqomah wal muawamah, yakni nikmat berkekalan dalam menuntut ilmu. Dalam ramai-ramai manusia, betapa beratnya dalam melaksanakan istiqomah. Mustahil orang itu dapat istiqomah melainkan dikehendaki Allah. Beristiqomah dalam suatu perkara adalah suatu yang ganjil pada akhir zaman. Hendaklah berkekalan dalam menghadiri majls ilmu, agar kita diberi kemuliaan orang2 yang terdahulu. Allah tidak akan membelakangkan orang2 yang ikhlas kepada Allah. Sifat belas kasihan didorong oleh dua perkara, BAIK dan ILMU. Jika bersifat dengan rahmah, maka berkelakuanlah baik.

Bercakap tentang islam memang mudah, tetapi hatinya jahil dalam bersifat tawaadu', nak belajar islam, lihat cara para habaib. Orang yang bersama para habaib akan dapat mempelajari akhlak para habaib. Orang yang mengikuti nabi SAW tidak akan mudah tertipu dengan syaitan. Cerdik nabi adalah cerdik yang betul2 cerdik. Siapa yang berbalah dengan nabi SAW, pasti tidak ada kemenangan baginya, dan yang pasti, nabi yang menang. Kerana kekurangan akhlak dan iman, islam susah nak ditingkatkan.

wallahua'lam.

-16 FEBRUARI 2014-

[kitab Aqidah Thohawiyah]

Al-Quran itu sebagai kalam Allah. Mempelajari aqidah iman ULUHIYYAT, NUBUUWAT, AS-SAM'IYAT. ULUHIYYAT dan NUBUUWAT, kita belajar secara asas. Ilmu tauhid perlukan kesabaran kerana ia berkaitan dengan iman. Jaga adab dengan para habaib. Kalam dari segi bahasa ialah PERKATAAN. Al-Quran yang kita baca itu, sudah ada pada Allah sejak azali lagi. 

Al-Quran yang Allah 'tulis' di luh mahfuz dinamakan KALAM ALLAH. Al-Quran yang kita baca sekarang dinamakan kalam lafziyah. yaitu secara musyafah yakni, secara mulut. Allah datangkan al-Quran dengan wahyu, bukan dengan musyafah, yaitu bercakap menggunakan mulut ke mulut. Allah turunkan al-Quran dengan wahyu, bukan dengan bercakap kepada nabi Muhammad SAW. 

wallahua'lam. asif ringkas dan alfu afuan minni jika tidak faham, kerana ana ambil bulat2 daripada kalam murobbina. 

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~