Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Tuesday, 5 March 2013

Kenapa 'AWAK' minat menulis?

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 



-MENGAPA AWAK MINAT MENULIS?- 

Soalan ini sering ditanya oleh sahabat-sahabat, tidak kiralah semasa disekolah mahupun di laman sosial. Bahkan tidak hairanlah soalan ini juga mungkin pernah diajukan kepada para penulis yang terkemuka di Malaysia, seperti Ustazah Fatimah Syarha, Dr.Farhan Hadi, Cikgu Asmadi, Hilal Asyraf dan lain-lain.

Ana menceburi bidang penulisan ini sejak diperingkat sekolah rendah iaitu semasa berumur 10 tahun. Ana pernah mencuba untuk menghasilkan sebuah sajak yang bertemakan guru. Itu adalah sajak pertama yang ana cipta, tetapi malangnya sajak itu sudah 'ghoib' (hilang) entah kemana.Dan sejak daripada itu, ana mula berjinak-jinak untuk 'bersahabat baik' dengan laptop. Pagi petang siang malam asyik berdepan dengan 'sahabat baik' je. hehe... Dan dalam pada masa yang sama juga, teknik pembacaan harus disematkan dalam hati agar mudah untuk menghasilkan karya-karya yang kreatif.

 Kalau kita minat pada sesuatu perkara, pasti kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, bukan? Begitu juga dengan menulis. Tidak semestinya orang yang menulis ni seorang yang tidak memerlukan sebarang bahan bacaan ditangan. Justeru orang yang banyak menulislah perlu banyak rujukan dicari.

Ana ada dua ikon yang menarik perhatian penulisan ana. Mereka yang ana maksudkan itu ialah Hilal Asyraf, pengasas blogger dan vlogger Langit Ilahi. Beliau telah menghasilkan banyak buku yang berada di pasaran. Selain itu, ikon kedua pula ialah Ustazah Fatimah Syarha binti Noordin. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buku dan sekarang telahpun berada di pasaran. Cara penulisan mereka begitu mengancam emosi ana. Kadangkala ana pernah mengalirkan air mata secara bersendirian disebabkan oleh pengisian yang terdapat dalam kandungan buku tersebut. Dan adakalanya juga, ana ketawa seorang diri kerana membaca hasil karya mereka yang begitu mengasyikkan dan mewarnai jiwa seni muda ini. Idea-idea mereka dapat memberi inspirasi kepada ana untuk menulis dengan lebih kondisif dan kreatif.

Sebenarnya, hobi menulis sudah lahir dalam diri seseorang. Cuma dulu belum dikembangkan lagi. Oleh kerna itu, apabila ana ingin menulis sesuatu, ana akan mencoretkannya di laman blogger ini. Dan in syaa allah, ana akan cuba untuk menerbitkan sebuah buku hasil karya pertama ana, iaitu LIKUAN MUSAFIR MERENTASI SAMUDERA. Hanya satu prinsip yang ana pegang, "Yakin pada janji Allah, itulah yang muhimmah". Doakan agar dipermudahkan segala urusan. Jazakumullahukhairan~



Saturday, 2 March 2013

CemburuKAH aku?

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


"Balqis, kenapa denganmu? Boleh aku tahu mengapa kau berduka?"

"Eh,Kalam Rindu rupanya.. Hmm, saya juga tidak tahulah mengapa hati ini dilanda cemburu."

"Cemburu? Apa yang menyebabkanmu cemburu? Bolehkah aku tahu?"

"Susah ingin menyatakan perkataan ini kepadamu. Ini soal hati saya. Mungkin Kalam Rindu tidak dapat menangkap pengertian saya ini."

"Ouh, tidak mengapa jika tidak mahu diceritakan kepadaku. Akan tetapi, aku ada satu cerita yang mungkin akan menenangkan hatimu. Kisah ini diantara cemburunya Saidatina Aisyah RA terhadap suami tercintanya, Rasulullah SAW.

Minta Digigit Ular dan Kala Jengking agar Mendapat Perhatian Suami

            Aisyah mengatakan bahawa jika Rasulullah SAW hendak melakukan perjalanan jauh, maka baginda akan mengundi siapa di antara isterinya yang akan menemani baginda. Suatu ketika, Aisyah dan Hafsah terpilih sehingga mereka berdua sama-sama mengikuti baginda. Selama dalam perjalanan, Rasulullah SAW memilih waktu malam untuk berjalan dan berbincang dengan Aisyah. Oleh sebab itu, pada suatu hari Hafsah berkata kepada Aisyah, “Apakah awak bersedia jika malam ini, saya menaiki unta awak dan awak menaiki unta saya, lalu kita tetap menjaga jarak hingga kita dapat saling melihat.” Aisyah bersetuju.

            Saat malam tiba, Aisyah menaiki unta Hafsah, sedangkan Hafsah menaiki unta Aisyah. Kemudian datanglah Rasulullah dan naik di bahagian depan unta Aisyah yang kali ini membawa Hafsah. Setelah mengucapkan salam, beliau menjalankan untanya hingga beristirehat di suatu tempat. Saat itulah Aisyah tidak dapat mengikutinya dan kehilangan jejak Rasulullah, maka rasa cemburunya tidak dapat dibendung. Ketika Aisyah sampai di tempat istirehat, beliau lalu menyelitkan kakinya antara daun-daun idzkir lalu berkata, “Ya Tuhanku, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berkata apa-apa." (HR Muslim, no.2445, kitab Fadhailus Sahabah, bab Fii Fadhl Aisyah r.ha.).


Cemburu Aisyah Bukan Kekurangan Tapi Tanda Besarnya Cinta

            Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah ! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

            Imam al-Nawawi berkata, “Mengenai pernyataan Rasulullah kepada Aisyah ini, al-Qadhi berkata, ‘Kemarahan Aisyah kepada Nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada baginda. Kecemburuan menjadi faktor tidak berlakunya sekian banyak hukum bagi wanita kerana ia tidak dapat dipisahkan daripadanya. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat, tidak berlaku bagi wanita yang menuduhnya suaminya berzina ketika ia sedang cemburu. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi, "Wanita cemburu tidak dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.” 

Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi Rasulullah SAW merupakan dosa besar. Untuk itu Aisyah r.ha berkata, “Dinda hanya mampu menjauhi namamu.” Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaannya kepada Rasulullah SAW tetap seperti sedia kala. Kecemburuan wanita didorong oleh rasa cinta yang terlalu besar.” (Rujuk Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, vol.15. hlm.292-293).


Sunday, 24 February 2013

Kuliah Dhuha di Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha'

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Kuliah Dhuha telah diadakan di Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' pada hari Ahad bertarikh 24 Februari 2012 bersamaan 13 Rabiulakhir 1434 hijriah, yang telah dipimpin oleh mudir kita, Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail.

Antara hujah beliau dalam menyampaikan kuliah :

-Tolak segala had (yang menghalang daripada perbuatan jenayah).

-Mereka mengetahui adanya syurga,neraka,malaikat, pahala,dosa, akan tetapi, mereka jahil terhadap islam.

-KEJAHILAN ialah penyakit paling berbahaya dalam islam. Zaman sekarang, orang islam tidak yakin dgn islam kerana mereka jahil. oleh kerana itu, sedarkanlah mereka dgn cara berdakwah. Penyakit yg berpunca dari KEJAHILAN telah membuka ruang yg mendengar tohmahan orang BARAT.

-Sambutan maulid yg paling meriah dan dahsyat sekali adalah sambutan di melaka. Saya sayang orang Melaka. Kerana mereka bersifat berterus terang dan gahau. Orang melaka benci orang yg biadab. Dan saya dapat merasakan dalam Malaysia ni, negeri pertama yg akan mengamalkan sistem hudud adalah di negeri ini(melaka) in syaa allah.

-Zaman dulu ramai orang munafik. Kini, bukan ramai yg MUNAFIK,tapi sesetengahnya ramai yg masih JAHIL.

-kpd para dai'e, utk berdakwah kpd org ramai, harus melahirkan sifat kasih sayang dlm diri agar islam mudah diterima dgn penuh mahabbah dan fahman(faham).

-Orang Yahudi mengharamkan daging unta

-Orang Nasrani memuliakan nabi Isa

-Rejam sampai mati bukan sesuatu yg zalim. kerana ia berkaitan dengan akhirat. Orang yg redha dgn undang-undang Allah padanya,akan dimasukkan kedalam syurga.

-Dalam islam sudah cerah sejak zaman nabi lagi.

-Bermula dengan cintakan Allah, ia akan menyatukan umat islam.

-Golongan Islam dan Sekular, dua parti yang berbeza ---> IDEOLOGI

-Akan datang, umat islam akan berjalan dalam dunia politik dengan isu yang sama.

-Jika sebut perkataan hudud, harus faham tentang perlaksanaan hukum hudud. Kerana ini berkaitan dengan akidah.

Bukti hukum hudud ada didalam Al-Quran dan Hadis.

Golongan sekular ialah golongan yang anti hadis.

-Ulama' memperjuangkan dalam melaksanakan undang-undang dari segi jenayah.

-Undang-undang Allah adalah undang2 yang paling terbaik berbanding yang lain.

-Kita tidak buat hukum hudud selepas zaman penjajahan.

-Apabila melaksanakan hukum hudud, harus ada 4 orang saksi yang waras, baligh dan berakal dan jika tidak ada 4 orang saksi, perlu ada ikrar si pelaku.

-Islam tersebar pantas di seluruh dunia. Oleh sebab itu, orang barat begitu takut dunia kini kembali pada islam. Orang pada zaman dahulu nak masuk islam,berdasarkan akhlak & adab yang mulia, kini zaman teknologi, orang yang bukan islam, boleh masuk islam dengan cara mudah.

~JEMPUTAN UNTUK MUSLIMIN DAN MUSLIMAT~

- 3hb Mac nnti akan ada kuliah dhuha bersama 
seorang Habib dari Darul Mustofa, Tarim Yaman. 
in syaa allah pd hari ahad.

-28hb Februari akan mengadakan Maulidur Rasul di padang bola, bukit rambai, melaka. Bersama Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari al-Makki.

- 2hb Mac 2012 akan mengadakan maulid nabi HABIBI RASULULLAH di Masjid Tengkera,Melaka. Bersama Habib Ali Zainal al-Abidin Al-Hamid. Selepas solat maghrib.




Saturday, 23 February 2013

Sayang, Betulkan NIATmu... ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



satu hari, ada seorang muslimah pm ana di facebook.

["Assalamualaikum ukhti. Sy sebenarnye tertarik pd ukhti sbb ukhti berpurdah.. wah, mesti ukhti ni baik orangnye kan.. Sy teringin nak pakai, tapi keluarga x bagi.."]~

Subhanallah, adik sayang... Tidak perlu rasa KAGUM, TERUJA, MEMUJI atau BANGGA dengan seseorang yang berpurdah. Tidak semestinya orang yang berpurdah akan baik dari segala hal. Bahkan kita semua ada banyak kekurangannya. =) Niat untuk berpurdah perlulah dibetulkan, asalkan bukan untuk bertabarruj(berhias) yang melampau.

Hukum niqab/purdah
Majoriti atau jumhur ulama' berpendapat bahawa memakai niqab itu tidak wajib. Ini juga termasuk Syeikh al-Albani yang berpendapat memakai purdah itu hukumnya adalah sunat dan tidak wajib. Yang diwajibkan hanya kepada isteri-isteri Nabi SAW. 

Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:



وَإِذَا سَأَلۡتُمُوهُنَّ مَتَـٰعً۬ا فَسۡـَٔلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ۬ۚ ذَٲلِڪُمۡ أَطۡهَرُ لِقُلُوبِكُمۡ وَقُلُوبِهِنَّۚ وَمَا كَانَ لَڪُمۡ أَن تُؤۡذُواْ رَسُولَ ٱللَّهِ وَلَآ أَن تَنكِحُوٓاْ أَزۡوَٲجَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦۤ أَبَدًاۚ إِنَّ ذَٲلِكُمۡ ڪَانَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمًا 

Maksudnya: "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir (hijab). Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah." (Surah Al-Ahzab 33:53)

Keizinan dari kedua ibu bapa juga sangat penting dalam kehidupan kita didunia dan juga di akhirat, kerana ia menjana keberkatan dalam hidup kita. Kerana Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud,

“Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa, kemarahan Allah juga terletak pada kemarahan ibu bapa.”
[riwayat Imam Bukhari]

Jika keluarga tidak setuju dengan niat kita untuk berpurdah, cubalah bermusyawarah secara elok-elok. In syaa allah, mereka akan terima. Jika tidak juga, maka percayalah, Allah pasti akan membantumu dalam melakukan amal kebaikan. Ikhlaskan diri dalam mencari keredhaan Allah, tampilkan islam dengan keindahan akhlak. 

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yg mulia." -[riwayat al Baihaqi] ♥

Oleh itu, pilihlah jalan yang terbaik untuk dirimu. Asalkan ianya memberi kerahmatan dalam hidupmu. Berniatlah kerana Allah, in syaa allah Allah pasti akan permudahkannya.~

Daripada Umar bin al-Khattab ra berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya setiap amalan disertai dengan niat...."
[riwayat Bukhari dan Muslim]


~ Cahaya Serikandi   aka  BAYU ~



Tuesday, 12 February 2013

~ Ciri-ciri BAKAL zauj dan zaujah ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


~berpegang teguh kepada AGAMA dan BERAKHLAK MULIA~


~keturunan yang BAIK~


~BUKAN daripada kaum kerabat yang TERDEKAT~


~SEKUFU ---> PERSAMAAN antara suami dan isteri dalam beberapa perkara tertentu~


~SEBAIK-BAIKNYA seseorang yang BELUM pernah berkahwin~


~BERTANGGUNGJAWAB~

~ Tujuan dan Hikmah Perkahwinan ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


[Daripada Umar bin Khattab ra telah berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya setiap amalan dimulai dengan niat....."] - Riwayat Bukhari dan Muslim

Bagi yang ingin mendirikan Baitul Muslim, sudah seharusnya mengetahui apa tujuan sebenar untuk bernikah. Dalam soal perkahwinan, zuriat sangat diperlukan bagi melahirkan keturunan yang baik. Seterusnya, kita dapat menyempurnakan fitrah kehidupan manusia seperti saling cinta mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Selain itu, apabila kita sudah dialam pernikahan, kita juga dapat mengelakkan terjerumus ke arah kemaksiatan seperti zina. Di dalam al-Quran sudah menyatakan "JANGAN DEKATI ZINA !!".

Di samping itu, ianya dapat memberi ketenangan jiwa dan perasaan. Maksudnya disini, ada teman untuk saling berbicara.Selain itu juga, kita juga dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab dan boleh memupuk kasih sayang antara zauj(suami) dan zaujah(isteri). Kemesraan dalam rumahtangga sangat diperlukan untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri serta mampu menjalinkan silaturahim antara kedua-dua pihak. Sehubungan dengan itu, penjagaan dalam soal akhlak juga sangat penting bagi menghindarkan diri daripada keruntuhan dan kemusnahan sahsiah dari segi akhlak dan hati masing-masing.


~sesungguhnya perkahwinan itu INDAH, jika hati saling mencintai kerana ALLAH, binalah sebuah BAITUL JANNAH~




~ Rahsia keunggulan HABBATUS SAUDA ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Habbatus sauda' merupakan perkataan yang berasal daripada arab, manakala istilah inggerisnya pula adalah black cumin atau fennel flower. Istilah Melayu pula mudah dikenali sebagai Jintan Hitam kerana ia wujud di dalam bentuk biji yang berwarna hitam. Digunakan secara meluas ribuan tahun dahulu oleh masyarakat India, Pakistan, Timur Tengah bagi penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Umat islam khususnya telah lama mengamalkan perubatan menggunakan tumbuhan ini, terbukti seperti yang diperjelaskan oleh beberapa hadis Rasulullah saw dan salah satunya adalah;

Sabda Rasulullah saw yang dinukilkan dalam kitab Ash Shahihain bermaksud,

"Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut)." -[riwayat Muslim 10:118-119]

Beberapa hadis lain turut menjelaskan Habbatus Sauda' sebagai ubat segala penyakit kecuali maut seperti Muslim (7:25) dan Ibnu Majah (2:342).

Kesinambungan dari hadis tersebut maka beberapa negara Timur Tengah aktif  menjalankan pelbagai kajian bioteknologi dalam pembuktian keunggulan herba hanya terselip dalam jurnal ilmiah atau artikel yang ditulis di dalam bahasa Arab. Hal ini mungkin menjadi salah satu faktor mengapa pelbagai kebaikan Habbatus Sauda' tidak tersebar secara meluas. Walau bagaimanapun Habbatus Sauda' mula popular di Malaysia sejak sepuluh tahun kebelakangan ini seiring dengan perkembangan dunia bioteknologi. Kelebihan Habbatus Sauda' ini yang diakui sendiri oleh Rasulullah saw dalam perubatan mula difahami oleh ramai rakyat Malaysia.

Sejarah penyelidikan Habbatus Sauda' bermula 2000-3000 tahun sebelum Masihi(S.M.). Di zaman kegemilangan Islam penggunaan Habbatus Sauda' mendapat tempat secara meluas, seperti yang direkodkan di dalam sebuah buku oleh saintis terkemuka iaitu Ibnu Sina (980-1037 M) yang bertajuk Canon of Medicine. Buku ini secara keseluruhan menyatakan habbatus sauda' dapat merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan anda.

Manakala menurut kitab Al Tibb An-Nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dipercayai dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi sebarang kesan sampingan kepada tubuh. Dapat dirumuskan di sini kandungan bahan kimia tersebut hanya berkesan pada sel-sel yang bermasalah sahaja tetapi pada sel normal. Tentunya ia berita baik kepada semua golongan masyarakat yang kadangkala berasa was-was terhadap kesihatan diri terutamanya wanita.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Carolina Selatan mendapati ekstrak Habbatus Sauda' Nigella membantu merangsang sumsum tulang dan sel-sel lain di dalam immune system. Kajian Dr Ahmad Elkadi nyata menjawab kebenaran hampir kesemua kajian kerana beliau mendapati Habbatus Sauda' sebenarnya mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). 

~Yakinlah perubatan di dalam al-Quran dan hadis tentu lebih sesuai dan memberi manfaat kepada kita sebagai hamba ciptaan yang mengharapkan Mardhatillah~



~Cintai Allah, Sayangi Rasulullah, Kasihi Ummah~

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~