Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Saturday, 23 February 2013

Sayang, Betulkan NIATmu... ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



satu hari, ada seorang muslimah pm ana di facebook.

["Assalamualaikum ukhti. Sy sebenarnye tertarik pd ukhti sbb ukhti berpurdah.. wah, mesti ukhti ni baik orangnye kan.. Sy teringin nak pakai, tapi keluarga x bagi.."]~

Subhanallah, adik sayang... Tidak perlu rasa KAGUM, TERUJA, MEMUJI atau BANGGA dengan seseorang yang berpurdah. Tidak semestinya orang yang berpurdah akan baik dari segala hal. Bahkan kita semua ada banyak kekurangannya. =) Niat untuk berpurdah perlulah dibetulkan, asalkan bukan untuk bertabarruj(berhias) yang melampau.

Hukum niqab/purdah
Majoriti atau jumhur ulama' berpendapat bahawa memakai niqab itu tidak wajib. Ini juga termasuk Syeikh al-Albani yang berpendapat memakai purdah itu hukumnya adalah sunat dan tidak wajib. Yang diwajibkan hanya kepada isteri-isteri Nabi SAW. 

Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT:



وَإِذَا سَأَلۡتُمُوهُنَّ مَتَـٰعً۬ا فَسۡـَٔلُوهُنَّ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ۬ۚ ذَٲلِڪُمۡ أَطۡهَرُ لِقُلُوبِكُمۡ وَقُلُوبِهِنَّۚ وَمَا كَانَ لَڪُمۡ أَن تُؤۡذُواْ رَسُولَ ٱللَّهِ وَلَآ أَن تَنكِحُوٓاْ أَزۡوَٲجَهُ ۥ مِنۢ بَعۡدِهِۦۤ أَبَدًاۚ إِنَّ ذَٲلِكُمۡ ڪَانَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمًا 

Maksudnya: "Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir (hijab). Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengawini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah." (Surah Al-Ahzab 33:53)

Keizinan dari kedua ibu bapa juga sangat penting dalam kehidupan kita didunia dan juga di akhirat, kerana ia menjana keberkatan dalam hidup kita. Kerana Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud,

“Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa, kemarahan Allah juga terletak pada kemarahan ibu bapa.”
[riwayat Imam Bukhari]

Jika keluarga tidak setuju dengan niat kita untuk berpurdah, cubalah bermusyawarah secara elok-elok. In syaa allah, mereka akan terima. Jika tidak juga, maka percayalah, Allah pasti akan membantumu dalam melakukan amal kebaikan. Ikhlaskan diri dalam mencari keredhaan Allah, tampilkan islam dengan keindahan akhlak. 

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yg mulia." -[riwayat al Baihaqi] ♥

Oleh itu, pilihlah jalan yang terbaik untuk dirimu. Asalkan ianya memberi kerahmatan dalam hidupmu. Berniatlah kerana Allah, in syaa allah Allah pasti akan permudahkannya.~

Daripada Umar bin al-Khattab ra berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

"Sesungguhnya setiap amalan disertai dengan niat...."
[riwayat Bukhari dan Muslim]


~ Cahaya Serikandi   aka  BAYU ~



No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~