Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
-MENGAPA AWAK MINAT MENULIS?-
Soalan ini sering ditanya oleh sahabat-sahabat, tidak kiralah semasa disekolah mahupun di laman sosial. Bahkan tidak hairanlah soalan ini juga mungkin pernah diajukan kepada para penulis yang terkemuka di Malaysia, seperti Ustazah Fatimah Syarha, Dr.Farhan Hadi, Cikgu Asmadi, Hilal Asyraf dan lain-lain.
Ana menceburi bidang penulisan ini sejak diperingkat sekolah rendah iaitu semasa berumur 10 tahun. Ana pernah mencuba untuk menghasilkan sebuah sajak yang bertemakan guru. Itu adalah sajak pertama yang ana cipta, tetapi malangnya sajak itu sudah 'ghoib' (hilang) entah kemana.Dan sejak daripada itu, ana mula berjinak-jinak untuk 'bersahabat baik' dengan laptop. Pagi petang siang malam asyik berdepan dengan 'sahabat baik' je. hehe... Dan dalam pada masa yang sama juga, teknik pembacaan harus disematkan dalam hati agar mudah untuk menghasilkan karya-karya yang kreatif.
Kalau kita minat pada sesuatu perkara, pasti kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, bukan? Begitu juga dengan menulis. Tidak semestinya orang yang menulis ni seorang yang tidak memerlukan sebarang bahan bacaan ditangan. Justeru orang yang banyak menulislah perlu banyak rujukan dicari.
Ana ada dua ikon yang menarik perhatian penulisan ana. Mereka yang ana maksudkan itu ialah Hilal Asyraf, pengasas blogger dan vlogger Langit Ilahi. Beliau telah menghasilkan banyak buku yang berada di pasaran. Selain itu, ikon kedua pula ialah Ustazah Fatimah Syarha binti Noordin. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buku dan sekarang telahpun berada di pasaran. Cara penulisan mereka begitu mengancam emosi ana. Kadangkala ana pernah mengalirkan air mata secara bersendirian disebabkan oleh pengisian yang terdapat dalam kandungan buku tersebut. Dan adakalanya juga, ana ketawa seorang diri kerana membaca hasil karya mereka yang begitu mengasyikkan dan mewarnai jiwa seni muda ini. Idea-idea mereka dapat memberi inspirasi kepada ana untuk menulis dengan lebih kondisif dan kreatif.
Sebenarnya, hobi menulis sudah lahir dalam diri seseorang. Cuma dulu belum dikembangkan lagi. Oleh kerna itu, apabila ana ingin menulis sesuatu, ana akan mencoretkannya di laman blogger ini. Dan in syaa allah, ana akan cuba untuk menerbitkan sebuah buku hasil karya pertama ana, iaitu LIKUAN MUSAFIR MERENTASI SAMUDERA. Hanya satu prinsip yang ana pegang, "Yakin pada janji Allah, itulah yang muhimmah". Doakan agar dipermudahkan segala urusan. Jazakumullahukhairan~
No comments:
Post a Comment