Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Monday, 25 March 2013

Pertandingan ESEI BAHASA MELAYU

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Nama : Balqis binti Mohd Yusof

Novel  Terima  Kasih  Pak  Uteh  di  dalam  siri  Sastera  Kontemporari, hasil  terbitan  Cipta  Publishing. Penulis, Hakimi Muhammad.

Novel  ini  menceritakan  tentang  seorang  bapa  saudara  iaitu  Pak  Uteh.  Adik  kepada  bapa  Amir.  Beliau  sangat  warak  orangnya  serta  jujur  dalam  melakukan  sesuatu  perkara.  Apabila  seseorang  ingin  meminta  sedikit  bantuan  daripadanya,  Pak  Uteh  pasti  akan  membantu  sekadar  yang  beliau  mampu. Akan  tetapi, beliau tidak menerima sebarang balasan ataupun hadiah, kerana beliau menolong dengan ikhlas. Sehinggalah  pada  suatu  hari, Ayah  mencadangkan  Pak  Uteh  untuk  menjaga  ketiga-tiga  anaknya  semasa  ketiadaan  ayah  dan  ibu  Amir  dalam  menunaikan  haji  di  Mekah.  Walau  bagaimanapun,  Abang,  Amir  dan  Nita  tidak  menyetujui  apa  yang  dicadangkan  oleh  ayah  mereka.  Mereka  tidak  ada  pilihan  dan  terpaksa  akur  akan  kehendak  bapa  mereka.  Semasa  ketiadaan  ibu  dan  ayah  mereka  di  rumah,  Pak  Utehlah  yang  menguruskan  segala  hal-hal  di rumah. Pelbagai  cara  yang  dilakukan  oleh  ketiga-tiga  beradik  itu  bagi  menghalau  Pak  Uteh  keluar  daripada  rumah  mereka,  namun  tidak  berjaya.  Apabila  rancangan mereka  sudah  berjaya,  mereka  bagaikan  bersorak  tidak  ingat  akan  dunia.  Ketika Amir  ingin  menutup  pintu  rumahnya  yang  terdedah  itu,  tiba-tiba  muncul  dua  orang  lelaki  bertopeng  menyergah  Amir  sehingga  menyebabkan  dia  tersungkur  ke lantai.  Amir  mengadu  kesakitan.  Dengan  cara  pemakaian  Nita  yang  agak menjolok  mata  itu,  salah  seorang  daripada  lelaki  bertopeng  itu  ingin  melakukan perbuatan  yang  tidak  senonoh  terhadapnya.  Akan  tetapi,  sempat  dihalang  oleh Pak  Uteh  yang  secara  tiba-tiba  muncul  datang  entahkan  dari  mana.  Akhirnya mereka  sedar  bahawa  Pak  Uteh  seorang  bapa  saudara  yang sangat bertanggungjawab dan ikhlas dalam melaksanakan amanah yang diberikan oleh ayah mereka.

Saya  sangat  suka  membaca  buku  ini,  kerana  buku  ini  sangat  memberi  implikasi yang  positif  dalam  diri  seseorang  termasuk  saya  sendiri.  Banyak  teladan  dan pengajaran  yang  perlu  kita  ambil  daripada  novel   Terima  Kasih  Pak  Uteh.



p/s : doakan kejayaan ana ^__^~

Hidup BERWASATIYYAH (bersederhana)

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Dalam agama Islam segala sesuatu yang tidak dilarang, bererti boleh dikerjakan. Tetapi dalam yang boleh dilakukan itu bukan bererti tidak ada batasnya. Maka ditentukan adanya hukum sunat,mubah dan makruh. Bagi orang yang menghendaki kehidupannya selalu mendapat redha Allah ta'ala, tentunya senang memilih yang sunat daripada lainnya. Sebaliknya segala yang dimakruhkan diusahakan supaya dihindari. Sebab makruh walaupun dibolehkan dalam agama, tetapi kalau dapat dihindari akan mendapat pahala dari Allah ta'ala. Sebagai contoh, orang boleh sahaja memakai pakaian apa pun selain sutera (bagi lelaki) di dalam solat. Namun demikian supaya dihindari memakai pakaian yang menyolok dengan gambar dan warna yang beraneka ragam. Sebab yang demikian ini dapat menghilangkan khusyuk dalam solat bagi orang yang melihatnya.

Hidup bergaul dalam masyarakat pun demikian. Segala sesuatu yang berlaku dalam setiap kehidupan asal tidak dilarang boleh dikerjakan. Boleh hidup bermewah-mewah,makan berlebih-lebihan,berpakaian cantik dan berhias diri dengan peralatan yang merangsang. Semuanya itu boleh dilakukan asal tidak melangkah ke batas yang diharamkan.

Tetapi apakah kebolehan itu lantas dijadikan dasar untuk diamalkan tanpa memikirkan akibat-akibat yang bakal ditimbulkannya? Tentu sahaja manusia yang telah diberi akal dalam hidupnya harus boleh menimba untung dan ruginya dalam setiap tingkah lakunya sehari-hari. Disinilah perlu adanya langkah kebijaksanaan. Dalam kehidupan manusia, tidak ada seorangpun yang mempunyai hati yang sama. Bahkan ada juga hati seseorang itu mudah dikuasai oleh hasad dengki, irihati dan sebagainya. Ini kerana, timbulnya penyakit hati yang berbagai-bagai ragam telah membuat seseorang itu mudah ke kancah dosa. Semua itu boleh menimbulkan fitnah. Sedangkan fitnah adalah sumber dari segala bencana.

Untuk bertindak secara bijaksana, kita perlu hidup dalam kesederhanaan dan bersahaja. Hal ini demikian, kita boleh dapat mengetahui bahawa Rasulullah saw juga tidak pernah hidup dalam serba kemewahan yang melimpah ruah. Bahkan, baginda saw hidup dalam berwasatiyyah. Ana ada sebuah kisah yang boleh kita ambil teladan.

Pada suatu hari, para sahabat Rasulullah saw duduk berkumpul pada suatu majlis sambil berbincang-bincang,menceritakan masalah kemewahan dunia. Pada saat mereka sedang bermusyawarah, tiba-tiba Rasulullah saw menghampiri mereka seraya bersabda yang bermaksud;

"Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya sederhana dalam berpakaian adalah sebahagian dari iman. Sesungguhnya sederhana dalam berpakaian adalah sebahagian dari iman." [riwayat Abu Daud]

Hadis di atas begitu jelas,bagaimana Rasulullah saw menilai kesederhanaan itu dalam tata kehidupan manusia. Hidup sederhana adalah sebahagian dari iman, yang harus diamalkan oleh setiap umatnya. Tanpa kesederhanaan kurang sempurna iman seseorang.

Sekiranya Rasulullah saw hendak memakai pakaian yang mewah-mewah,ianya tidak menjadi masalah bagi baginda. Tetapi hal itu tidak baginda saw lakukan. Sebaliknya baginda saw dalam sehari-harinya memakai pakaian yang sederhana, makan apa adanya. Kalau kebetulan pada suatu hari hanya ada cuka, maka cuka itulah yang digunakan lauk-pauknya waktu makan. Demikian pula yang dilakukan oleh sahabat-sahabat baginda saw. Sayidina Umar RA, walaupun dia sebagai seroang khalifah, tetapi perilaku sehari-hari seperti rakyat biasa. Dia lebih senang tidur di bawah pohon kurma bersama-sama tenteranya setelah selesai perang daripada tidur di katil yang empuk lagi terhormat. Amru bin 'As,panglima perang penakluk negeri Mesir, dikagumi tentera Rom kerana kesederhanaannya dalam berpakaian. Hingga hampir-hampir tidak boleh dibezakan siapa yang menjadi pemimpin dan yang dipimpin. 

Oleh kerana itu,kesederhanaan hidup yang diamalkan oleh para pemimpinlah yang menyebabkan pengaruh Islam cepat berkembang ke seluruh dunia. 

Sunday, 24 March 2013

~Ciri-ciri BUDI PEKERTI yang baik~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Kita telah sedia maklum bahawa setiap manusia tidak mengetahui keburukan dirinya sendiri. Jadi, andai kata dia mula menyedari keburukan jiwanya, maka dia perlulah berusaha memperbaiki dan menyucikannya. Setelah dia berusaha, kemudian berjaya meninggalkan kemaksiatan serta perbuatan yang tidak elok, dia akan merasakan bahawa dirinya sudah suci, sudah dididik, akhlaknya sudah baik, dan tidak perlu lagi melatihnya.

Oleh sebab itulah, maka perlulah diberikan kepadanya penerangan dan penjelasan, bagaimanakah ciri atau tanda budi pekerti yang baik? Hal ini adalah kerana tanda budi pekerti yang baik adalah keimanan dan budi pekerti yang buruk adalah kemunafikan.

Allah swt telah menyebut sifat-sifat kaum munafikin dan kaum mukminin dalam kitab suci al-Quran, yang pada dasarnya sifat kemunafikan adalah hasil daripada budi pekerti yang buruk, sedangkan keimanan adalah hasil daripada budi pekerti yang baik yang melengkapinya. 

Firman Allah swt yang bermaksud,
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Mereka menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; Yang akan mewarisi Syurga Firdausi." 
-[surah al-Mukminun : 1-11]-




1-Cinta kepada orang lain sama seperti cinta kepada diri sendiri.


Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Orang mukmin itu mencintai saudaranya dengan sesuatu yang dicintai untuk dirinya sendiri." - [riwayat Bukhari dan Muslim]




2- Memuliakan tetangga


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetangganya." -[riwayat Bukhari dan Muslim]





3. Berkata baik atau diam


Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang berima kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau berdiam diri." [riwayat Bukhari dan Muslim]






Rasulullah saw menegaskan bahawa akhlak dan budi yang baik adalah sifat orang mukmin. Dalam sebuah hadis menyebut yang bermaksud,

"Orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya." -[riwayat Ahmad dan Abu Daud]





Saturday, 9 March 2013

~Kuliah Dhuha di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha ~10/3/2013

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kuliah Dhuha telah diadakan di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' pada hari Ahad, 10 Mac 2013 bersamaan 28 Rabi'ulakhir 1434 dengan pimpinan mudir kita iaitu Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail. 

~Alhamdulillah, mari kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana diberi nikmat untuk bertemu lagi dalam majlis ilmu yang diberkati dan dicintai oleh Allah dan Rasulullah saw. Di dalamnya kita mendengar keterangan-keterangan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah saw, kerana Nabi saw mengingatkan bahawa majlis-majlis sedemikian adalah umpama 'hadiiqoh min hadaa iqil jannah' yaitu kebun daripada kebun-kebun syurga. 

Mengapakah Nabi saw mengatakan sebegitu? Yang demikian ialah kerana Nabi mengingatkan kita betapa mustahil hampir tidak masuk akal bahawa seseorang itu mengharapkan syurga, tetapi dia tidak mempunyai pengetahuan atau ilmu bagaimanakah cara-cara untuk beribadat kepada Allah swt dan tidak mengetahui kewajipannya terhadap Allah swt daripada perintah-perintah dan juga tegahan -tegahan yg perlu mereka patuhi sebagai syarat untuk mereka itu mendapat ganjaran dan kedudukan yg mulia di hari Akhirat yang berkesudahan dengan dimasukkan ke dalam syurga Allah swt. Oleh itu, hubungan di antara syurga adalah sangat rapat dengan aktiviti menuntut ilmu, majlis-majlis ilmu. Sehingga mereka yang menuntut ilmu itu, betul-betul telah memilih asbab yang paling kuat dan jalan yang paling betul di dalam menyampaikan mereka itu ke syurga Allah swt. 

Sudah tentulah jauhnya beza orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Yang mengetahui beramal, yang tidak mengetahui tidak beramal. Yang mengetahui, beramal dengan tekun, yg tidak mengetahui, tidak beramal dan tidak merasa rugi kerana tidak beramal dan tidak mengetahui bahawa apa yang dia tinggalkan itu kewajipan yang sepatutnya dia lakukan. Ekorannya, menuntut ilmu mengetahui sebagai contohnya, bahawa sembahyang itu wajib. Sembahyang itu fardhu. Dan selain daripada yg fardhu, ada pula sembahyang yg sunat. Lalu mereka itu beramal mengikut rukun dan syaratnya, sebagaimana yg mereka pelajari didalam halaqah dan majlis ilmu. Dan mereka melakukannya dengan menghayati maknanya, sebagaimana yg mereka pelajari didalam halaqah (majlis ilmu), yg menerangkan tentang tafsir dan hadis. Antara lainnya tentang makna-makna yg dibaca daripada zikir-zikir didalam solat.

Menyebabkan ganjaran yg mereka terima daripada apa yg mereka amalkan. Dan yg diamalkan dengan betul dan yg diamalkan dengan penghayatan, sudah tentulah bila dibandingkan dengan mereka yang tidak menghadiri majlis ilmu itu tidak mengetahuinya. Tidak tahu cara untuk beramal. Dengan sebab itulah, Allah swt menegaskan didalam al-Quran yg bermaksud, "Adakah sama orang yg mengetahui dengan orang yg tidak mengetahui?"

Di samping itu, orang yang belajar mendampingi para ulama', maka dia akan mengetahui tentang soal-soal yang melibatkan akidah yang benar,yang batil,yang sesat, yang menyeleweng.Maka semua itu akan diketahuinya kerana dia mendampingi orang yang berilmu. 

Sebagai contoh, apabila dia mendampingi orang yg berilmu, sebagai contoh yang telah disebut oleh saiyidil habib Soleh al-Idrus, seorang Ulama' besar yg sudah dua kali tinggal tidur di Baitul Qurro' wal Fuqoha'. Sudi beliau tidur ditempat ini, dan para ulama' apabila dia sudi dia tidur di sesuatu tempat, itu adalah 'isyarah' dan petunjuk tempat itu  adalah tempat yg baik. Kerana para ulama' tidak akan tidur ataupun duduk apatahlagi berlama-lama disesuatu tempat yang merupakan tempat, dimana perasaan hati mereka ketika berada disitu merasa terganggu dalam hubungan kepada Allah ta'ala. Hilang ketenangan dan khusyuknya didalam ibadahnya kepada Allah swt. 

Maka tempat yg sebegini, tidak didatangi oleh para ulama' dan tidak mereka yg lama disitu apabila mereka menjengah ke tempat-tempat yg begitu untuk tujuan dakwah. Jadi, saiyidil habib menceritakan dalam suatu kisah bagaimana ketika dilakukan lawatan oleh presiden Iran di zaman itu yaitu yang bernama Rafsanjani. Presiden Iran ini berkefahaman Syiah. Ketika dia melawat Saudi dan menjadi tetamu kerajaan, lalu dia menziarahi masjid Nabawi iaitu masjid nabi kita, Nabi Muhammad saw. Ketika menziarahi masjid Nabawi, tatkala dia berada di hadapan makam Rasulullah saw, menziarahi baginda saw, setelah itu, beliau ketika berlalu maka dia pun melalui di makam sayidina Abu Bakar as-Siddiq ra dan makam sayidina Umar bin Al-Khattab ra. Maka ketika dia lalu di makam sayidina Abu Bakar as-Siddiq, beliau (Presiden Iran Rafsanjani) meludah makam tersebut. Kemudian apabila sampai di makam sayidina Umar al-Khattab ra, beliau ludah! Ketika itu, Imam Masjid an-Nabawi yaitu al-Syeikh al-Huzaifi yg bacaan qurannya sering kita dengar  yaitu al-Syeikh al-Khuzaify bacaannya sering dikumandangkan di radio dan sebagai seorang imam kepada Masjid an-Nabawi ketika mengiringi presiden Rafsanjani, bila dia melihat keadaan itu, beliau tidak melakukan sesuatu tindakan untuk menghalang dan menegur. Beliau hanya berdiam diri sahaja kerana mengingatkan bahawa beliau itu adalah Presiden yg menjadi tetamu negara.

Hasilnya, pada malam itu, beliau bermimpi Rasulullah saw dan menegur perbuatannya. Murka terhadapnya. Dan melaknat perbuatan yg dilakukan oleh Rafsanjani itu dan mengingatkan bahawa sebelum aku melaknat beliau, beliau dilaknat oleh Allah swt. Teguran ini menyebabkan Huzaifi (al-Syeikh al-Huzaifi), apabila terjaga dalam tidurnya, keesokannya dia, iaitu pada hari Jumaat, beliau dijadualkan untuk menyampaikan khutbahnya dalam keadaan Rafsanjani, presiden Iran ketika itu berada di depannya, maka dia menyampaikan khutbahnya dan menegur perbuatan Rafsanjani itu dengan keteguran yang keras! Sehingga beliau hampir saja dibunuh, sehingga beliau terpaksa diselamatkan dan disembunyikan. Jadi kalau tadi, bila kita bersama dengan para Ulama', kita tentu akan menemui kisah-kisah demikian yang mengukuhkan akidah dan keimanan kita atau jalan ahli sunnah wal jama'ah. Yang menyedar dan menginsafkan kita supaya kita jangan sesekali meringan-ringankan soal akidah. Jangan kita sekali-kali menganggap bahawa fahaman-fahaman yg dulunya telah di bid'ahkan dan telah disesatkan oleh para Ulama' didalam kitab-kitab mereka yg muktabar, maka fahaman-fahaman itu jangan sekali-kali kita anggap sebagai fahaman-fahaman yg boleh kita anuti, yg boleh kita ikuti,yg boleh kita simpati dan sebagainya. Kerana perbuatan yg jahil demikian, sudah tentulah akan mendedahkan kita kepada kerugian yg besar di hari Akhirat.

Kerana, apabila kita bersama denganpara ulama',para solihin dan bukan seperti itu sahaja, kisah-kisah yg banyak dan mutiara ilmu daripada mereka yang disampaikan secara langsung atau tidak, yang memperkukuh dan menguatkan keyakinan kita dan juga keimanan kita dan perjalanan kita diatas jalan islam yg benar, menurut ahli sunnah wal jama'ah. Oleh itu, kalau kita bersama dengan para ulama',menghadiri majlis-majlis para ulama', kita juga dapat melihat akhuwal dan akhlak mereka yang dapat kita ambil sebagai ikutan, sebagai contoh didalam kehidupan kita. Muslimin dan Muslimat, tuan-tuan dan puan-puan yg dirahmati Allah swt, dengan sebab itu, jalan ke syurga adalah merupakan jalan yg tak mungkin dapat dilalui oleh mereka yg menjauhi majlis-majlis ilmu. Oleh itu datanglah kita ke majlis-majlis ilmu untuk menuntut ilmu dan mendalami ilmu agama kita, mengetahui tentang kewajipan-kewajipan yg perlu kita tegakkan dalam hidup yg sementara ini, selaku hamba kepada Allah swt. 

Dan yg perlu kita jauhi, yg perlu kita tinggalkan dalam kehidupan kita ini, kehidupan didunia ini hanyalah bersifat sementara. Dan kita tak mampu nak berjalan dengan betul dengan mengurus kehidupan didunia ini tanpa panduan yg telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad saw. Dan yang paling mengetahui akan panduan nabi itu yg disebut oleh nabi sendiri, sebagai orang-orang yg mewarisi akan ilmu yg ditinggalkan oleh beliau;baginda saw. Iaitu, yg dipanggil sebagai "Warasatul Anbiyaa", yaitu para Ulama' yg dipanggilkan sebagai yg mewarisi ilmu para nabi. 

Jangan kita ketinggalan untuk menghadiri majlis-majlis mereka. Kalau dulu tak ramai ulama'-ulama' yg datang ke negeri kita (Melaka), maka ketika itu, mungkin antara kita yg tak pernah bersua dengan majlis ilmu,yg betul-betul mendedahkan kepada kita ajaran islam. Sebagaimana yg telah disampaikan oleh Nabi saw , langsung daripada kitab-kitab yg muktabar. Tetapi pada hari ini, ramai ulama'-ulama yg turun daripada kalangan ulama'-ulama' yg mendapat ilmunya dengan jalan yg kaedah yg muktabar,yg sempurna pengajian mereka, maka hendaklah kita hadir ketika mereka datang ke negeri kita,menyampaikan ilmu disamping kita mengikuti pengajian yg fardhu 'ain yg berkaitan dengan soal ibadah. Yang berkaitan tentang soal akidah, yg berkaitan dengan akhlak kita , pelajari akan ilmu-ilmu itu daripada ulama'-ulama' dan tuan-tuan guru yg berada di negeri kita yg menyampaikan ilmu-ilmu kepada umat dinegeri ini. Maka kita jangan terlepas peluang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yg dianjurkan. Melalui cara-cara seperti itu, maka kita ini, sebagaimana yg disebut oleh nabi Muhammad saw, akan termasuk dikalangan orang-orang yg akan sampai ke syurga, seperti dalam hadis , yaitu hadis yg berbunyi yg bermaksud, "Barangsiapa yg Allah kehendaki untuk memberi kepadanya kebaikan, yaitu (kebaikan yg sangat besar), yg disebut oleh ulama' yaitu kebaikan dunia dan akhirat,yaitu kebaikan syurga, "yufaqqihul fiddin". Nanti Allah swt akan memperdalamkan terlebih dahulu untuknya pengetahuan didalam soal-soal agama. Maka orang ini akan mendapat kebaikan yg besar apabila dia mengetahui dia beramal di jalan Allah swt. Alhamdulillah, pada pagi ini kita mendengar hadis-hadis Rasulullah bagi mempelajari ilmu-ilmu yg dapat kita mengetahui sebagai panduan kita seorang muslim, seorang hamba kepada Allah swt. 

Rasulullah saw bersabda didalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari dan juga al-Imam Muslim, "Daripada Abdullah bin Ubaid, "Hai manusia, jangan kamu bercita-cita hendak menemukan seteru, dan mohonlah kamu kepada Allah akan 'afiah yaitu keselamatan. Maka apabila bertemu kamu akan seteru, yaitu kalau ditakdirkan Allah, seteru itu datang kepada kamu, ditakdirkan berlaku peperangan, maka hendaklah kamu sabar, kerana ketahuilah kamu bahawasanya syurga itu dibawah bayang pedang. Hai Tuhan kami, yang menurunkan Quran dan yg melalikan awan, dan yg mengalahkan tentera-tentera kafir, kalah olehmu akan mereka itu dan tolong olehmu akan kami keatas mereka." Hadis ini adalah merupakan hadis yg soheh, nabi Muhammad saw mengajar kepada umat baginda supaya mereka itu sentiasa bersifat dengan sifat tawaaduk, tidak meninggikan diri, tidak bersifat kagum terhadap kebolehan yang ada pada dirinya, sebaliknya hendaklah sentiasa muhasabah terhadap dirinya. Muroqobah terhadap dirinya, sentiasa menilai dirinya, sentiasa melihat adakah dirinya itu benar-benar sebagai orang yg telah berjalan di jalan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh. Kerana, sebagai seorang muslim, sewajibnya dia sentiasa menilai dirinya itu tadi,kerana tujuannya dicipta oleh Allah swt ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Dan itu adalah tugasnya yg sebenar didalam hidup ini.

Dan sekiranya dia menjadi seorang yg sentiasa bermuhasabah, makna muhasabah;menilai amalan yg telah dilakukan. Adakah amalan itu betul-betul suatu amalan yg ikhlas, amalan yg menepati dengan ajaran Rasulullah saw dari sudut hukum dan syara', dan adakah amalan itu amalan yg diterima oleh Allah swt atau tidak, dengan sebab adanya sifat-sifat yg tidak elok dan tidak baik yg menjadi landasan niat dalam dia beramal, ini dipanggil muhasabah. Sentiasa muhasabah diri kita dan kemudian, muroqobah. Sentiasa kita melihat akan pandangan Allah terhadap kita dimanapun kita berada, jangan sekali-kali kita menjadi orang yg lupa bahawa sesungguhnya Allah ta'ala perhatikan kita dan kita mencari peluang-peluang utk kita melakukan perbuatan dosa dan perbuatan maksiat.







~10 Golongan yang MENZALIMI DIRI SENDIRI~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


[Janganlah menzalimi diri sendiri dan orang lain sebagaimana hadis riwayat Abu Dzar: “Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan diriku berbuat zalim dan menjadikan haram juga antara kamu, maka janganlah kamu saling menzalimi.”]

[Janganlah menzalimi diri sendiri sebagamana hadis riwayat Anas: “Pada suatu hari Rasulullah SAW melihat seorang lelaki sedang berjalan kaki. Ada orang memberitahu bahawa lelaki itu bernazar untuk berjalan kaki pergi menunaikan ibadah haji dan sekarang dia hendak melaksanakannya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda menerangkan, ‘Allah tidak menghendaki perjalanannya. Sebab itu hendaklah dia berkenderaan.”]

~10 Golongan yang MENZALIMI DIRI SENDIRI~

:: Apabila berdoa, mereka tidak mendoakan orang lain.

~Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” - [Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi].~

:: Tidak membaca al-Quran.

~Dari Ibnu Abas telah berkata : Rasulullah SAW telah bersabda, " Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya suatu pun daripada al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong." - [Riwayat at-Tirmidzi]

:: Apabila masuk ke dalam masjid, tidak menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid.

~Sabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” - [Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim]~

:: Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika melalui kawasan perkuburan.

~Diriwayatkan daripada Muhammad bin Qais bin Makhramah bin Mutalib bahawa Rasulullah ketika menziarahi tanah perkuburan, Baginda mengucapkan kata-kata yang maksudnya: “Mudah-mudahan Allah mencurahkan limpah kesejahteraan kepada kamu sekalian wahai penghuni-penghuni kubur daripada kalangan orang mukmin. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang telah mendahului kami dan orang yang kemudian. Sesungguhnya insyaallah kami akan menyusul kamu sekalian.” [Hadis riwayat Muslim].~

:: Tidak menunaikan solat Jumaat apabila tiba disesuatu tempat.

~Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan." - [Riwayat At-Tabarani]~


:: Tidak mahu pergi menuntut ilmu apabila orang alim datang di tempatnya.

~Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').~

:: Tidak bertanya nama seseorang ketika bertemu.

~Sabda Rasulullah saw yang bermaksudnya ; “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. - [Riwayat Muslim]~


:: Tidak memenuhi undangan apabila dijemput menghadiri kenduri.

~Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang tidak menghadiri undangan bermakna dia telah bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya."- [riwayat al-Bukhari dan Muslim]~

:: Pemuda yang tidak mahu bekerja dan belajar.

~Firman Allah swt yang bermaksud, "...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." - [Surah Az- Zumar [39] : 9]~

:: Makan sehingga kenyang, tetapi membiarkan jiran kelaparan.

~Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa aman dari kejahatannya.” [Bukhari dan Muslim dan lain-lain]~






Tuesday, 5 March 2013

Kenapa 'AWAK' minat menulis?

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 



-MENGAPA AWAK MINAT MENULIS?- 

Soalan ini sering ditanya oleh sahabat-sahabat, tidak kiralah semasa disekolah mahupun di laman sosial. Bahkan tidak hairanlah soalan ini juga mungkin pernah diajukan kepada para penulis yang terkemuka di Malaysia, seperti Ustazah Fatimah Syarha, Dr.Farhan Hadi, Cikgu Asmadi, Hilal Asyraf dan lain-lain.

Ana menceburi bidang penulisan ini sejak diperingkat sekolah rendah iaitu semasa berumur 10 tahun. Ana pernah mencuba untuk menghasilkan sebuah sajak yang bertemakan guru. Itu adalah sajak pertama yang ana cipta, tetapi malangnya sajak itu sudah 'ghoib' (hilang) entah kemana.Dan sejak daripada itu, ana mula berjinak-jinak untuk 'bersahabat baik' dengan laptop. Pagi petang siang malam asyik berdepan dengan 'sahabat baik' je. hehe... Dan dalam pada masa yang sama juga, teknik pembacaan harus disematkan dalam hati agar mudah untuk menghasilkan karya-karya yang kreatif.

 Kalau kita minat pada sesuatu perkara, pasti kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya, bukan? Begitu juga dengan menulis. Tidak semestinya orang yang menulis ni seorang yang tidak memerlukan sebarang bahan bacaan ditangan. Justeru orang yang banyak menulislah perlu banyak rujukan dicari.

Ana ada dua ikon yang menarik perhatian penulisan ana. Mereka yang ana maksudkan itu ialah Hilal Asyraf, pengasas blogger dan vlogger Langit Ilahi. Beliau telah menghasilkan banyak buku yang berada di pasaran. Selain itu, ikon kedua pula ialah Ustazah Fatimah Syarha binti Noordin. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buku dan sekarang telahpun berada di pasaran. Cara penulisan mereka begitu mengancam emosi ana. Kadangkala ana pernah mengalirkan air mata secara bersendirian disebabkan oleh pengisian yang terdapat dalam kandungan buku tersebut. Dan adakalanya juga, ana ketawa seorang diri kerana membaca hasil karya mereka yang begitu mengasyikkan dan mewarnai jiwa seni muda ini. Idea-idea mereka dapat memberi inspirasi kepada ana untuk menulis dengan lebih kondisif dan kreatif.

Sebenarnya, hobi menulis sudah lahir dalam diri seseorang. Cuma dulu belum dikembangkan lagi. Oleh kerna itu, apabila ana ingin menulis sesuatu, ana akan mencoretkannya di laman blogger ini. Dan in syaa allah, ana akan cuba untuk menerbitkan sebuah buku hasil karya pertama ana, iaitu LIKUAN MUSAFIR MERENTASI SAMUDERA. Hanya satu prinsip yang ana pegang, "Yakin pada janji Allah, itulah yang muhimmah". Doakan agar dipermudahkan segala urusan. Jazakumullahukhairan~



Saturday, 2 March 2013

CemburuKAH aku?

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


"Balqis, kenapa denganmu? Boleh aku tahu mengapa kau berduka?"

"Eh,Kalam Rindu rupanya.. Hmm, saya juga tidak tahulah mengapa hati ini dilanda cemburu."

"Cemburu? Apa yang menyebabkanmu cemburu? Bolehkah aku tahu?"

"Susah ingin menyatakan perkataan ini kepadamu. Ini soal hati saya. Mungkin Kalam Rindu tidak dapat menangkap pengertian saya ini."

"Ouh, tidak mengapa jika tidak mahu diceritakan kepadaku. Akan tetapi, aku ada satu cerita yang mungkin akan menenangkan hatimu. Kisah ini diantara cemburunya Saidatina Aisyah RA terhadap suami tercintanya, Rasulullah SAW.

Minta Digigit Ular dan Kala Jengking agar Mendapat Perhatian Suami

            Aisyah mengatakan bahawa jika Rasulullah SAW hendak melakukan perjalanan jauh, maka baginda akan mengundi siapa di antara isterinya yang akan menemani baginda. Suatu ketika, Aisyah dan Hafsah terpilih sehingga mereka berdua sama-sama mengikuti baginda. Selama dalam perjalanan, Rasulullah SAW memilih waktu malam untuk berjalan dan berbincang dengan Aisyah. Oleh sebab itu, pada suatu hari Hafsah berkata kepada Aisyah, “Apakah awak bersedia jika malam ini, saya menaiki unta awak dan awak menaiki unta saya, lalu kita tetap menjaga jarak hingga kita dapat saling melihat.” Aisyah bersetuju.

            Saat malam tiba, Aisyah menaiki unta Hafsah, sedangkan Hafsah menaiki unta Aisyah. Kemudian datanglah Rasulullah dan naik di bahagian depan unta Aisyah yang kali ini membawa Hafsah. Setelah mengucapkan salam, beliau menjalankan untanya hingga beristirehat di suatu tempat. Saat itulah Aisyah tidak dapat mengikutinya dan kehilangan jejak Rasulullah, maka rasa cemburunya tidak dapat dibendung. Ketika Aisyah sampai di tempat istirehat, beliau lalu menyelitkan kakinya antara daun-daun idzkir lalu berkata, “Ya Tuhanku, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berkata apa-apa." (HR Muslim, no.2445, kitab Fadhailus Sahabah, bab Fii Fadhl Aisyah r.ha.).


Cemburu Aisyah Bukan Kekurangan Tapi Tanda Besarnya Cinta

            Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah ! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

            Imam al-Nawawi berkata, “Mengenai pernyataan Rasulullah kepada Aisyah ini, al-Qadhi berkata, ‘Kemarahan Aisyah kepada Nabi adalah dalam bentuk kecemburuan kepada baginda. Kecemburuan menjadi faktor tidak berlakunya sekian banyak hukum bagi wanita kerana ia tidak dapat dipisahkan daripadanya. Bahkan Imam Malik dan ulama-ulama Madinah lainnya berpendapat, tidak berlaku bagi wanita yang menuduhnya suaminya berzina ketika ia sedang cemburu. Pendapat ini berdasarkan hadis Nabi, "Wanita cemburu tidak dapat membezakan antara bibir lembah dan dasarnya.” 

Jika pengertian hadis di atas tidak bermaksud kemarahan kerana cemburu, maka Aisyah berada dalam kedudukan yang sangat sulit kerana marah dan menjauhi Rasulullah SAW merupakan dosa besar. Untuk itu Aisyah r.ha berkata, “Dinda hanya mampu menjauhi namamu.” Ini menunjukkan perasaan hati dan kecintaannya kepada Rasulullah SAW tetap seperti sedia kala. Kecemburuan wanita didorong oleh rasa cinta yang terlalu besar.” (Rujuk Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, vol.15. hlm.292-293).


AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~