Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Saturday, 9 March 2013

~Kuliah Dhuha di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha ~10/3/2013

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kuliah Dhuha telah diadakan di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' pada hari Ahad, 10 Mac 2013 bersamaan 28 Rabi'ulakhir 1434 dengan pimpinan mudir kita iaitu Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail. 

~Alhamdulillah, mari kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana diberi nikmat untuk bertemu lagi dalam majlis ilmu yang diberkati dan dicintai oleh Allah dan Rasulullah saw. Di dalamnya kita mendengar keterangan-keterangan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah saw, kerana Nabi saw mengingatkan bahawa majlis-majlis sedemikian adalah umpama 'hadiiqoh min hadaa iqil jannah' yaitu kebun daripada kebun-kebun syurga. 

Mengapakah Nabi saw mengatakan sebegitu? Yang demikian ialah kerana Nabi mengingatkan kita betapa mustahil hampir tidak masuk akal bahawa seseorang itu mengharapkan syurga, tetapi dia tidak mempunyai pengetahuan atau ilmu bagaimanakah cara-cara untuk beribadat kepada Allah swt dan tidak mengetahui kewajipannya terhadap Allah swt daripada perintah-perintah dan juga tegahan -tegahan yg perlu mereka patuhi sebagai syarat untuk mereka itu mendapat ganjaran dan kedudukan yg mulia di hari Akhirat yang berkesudahan dengan dimasukkan ke dalam syurga Allah swt. Oleh itu, hubungan di antara syurga adalah sangat rapat dengan aktiviti menuntut ilmu, majlis-majlis ilmu. Sehingga mereka yang menuntut ilmu itu, betul-betul telah memilih asbab yang paling kuat dan jalan yang paling betul di dalam menyampaikan mereka itu ke syurga Allah swt. 

Sudah tentulah jauhnya beza orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui. Yang mengetahui beramal, yang tidak mengetahui tidak beramal. Yang mengetahui, beramal dengan tekun, yg tidak mengetahui, tidak beramal dan tidak merasa rugi kerana tidak beramal dan tidak mengetahui bahawa apa yang dia tinggalkan itu kewajipan yang sepatutnya dia lakukan. Ekorannya, menuntut ilmu mengetahui sebagai contohnya, bahawa sembahyang itu wajib. Sembahyang itu fardhu. Dan selain daripada yg fardhu, ada pula sembahyang yg sunat. Lalu mereka itu beramal mengikut rukun dan syaratnya, sebagaimana yg mereka pelajari didalam halaqah dan majlis ilmu. Dan mereka melakukannya dengan menghayati maknanya, sebagaimana yg mereka pelajari didalam halaqah (majlis ilmu), yg menerangkan tentang tafsir dan hadis. Antara lainnya tentang makna-makna yg dibaca daripada zikir-zikir didalam solat.

Menyebabkan ganjaran yg mereka terima daripada apa yg mereka amalkan. Dan yg diamalkan dengan betul dan yg diamalkan dengan penghayatan, sudah tentulah bila dibandingkan dengan mereka yang tidak menghadiri majlis ilmu itu tidak mengetahuinya. Tidak tahu cara untuk beramal. Dengan sebab itulah, Allah swt menegaskan didalam al-Quran yg bermaksud, "Adakah sama orang yg mengetahui dengan orang yg tidak mengetahui?"

Di samping itu, orang yang belajar mendampingi para ulama', maka dia akan mengetahui tentang soal-soal yang melibatkan akidah yang benar,yang batil,yang sesat, yang menyeleweng.Maka semua itu akan diketahuinya kerana dia mendampingi orang yang berilmu. 

Sebagai contoh, apabila dia mendampingi orang yg berilmu, sebagai contoh yang telah disebut oleh saiyidil habib Soleh al-Idrus, seorang Ulama' besar yg sudah dua kali tinggal tidur di Baitul Qurro' wal Fuqoha'. Sudi beliau tidur ditempat ini, dan para ulama' apabila dia sudi dia tidur di sesuatu tempat, itu adalah 'isyarah' dan petunjuk tempat itu  adalah tempat yg baik. Kerana para ulama' tidak akan tidur ataupun duduk apatahlagi berlama-lama disesuatu tempat yang merupakan tempat, dimana perasaan hati mereka ketika berada disitu merasa terganggu dalam hubungan kepada Allah ta'ala. Hilang ketenangan dan khusyuknya didalam ibadahnya kepada Allah swt. 

Maka tempat yg sebegini, tidak didatangi oleh para ulama' dan tidak mereka yg lama disitu apabila mereka menjengah ke tempat-tempat yg begitu untuk tujuan dakwah. Jadi, saiyidil habib menceritakan dalam suatu kisah bagaimana ketika dilakukan lawatan oleh presiden Iran di zaman itu yaitu yang bernama Rafsanjani. Presiden Iran ini berkefahaman Syiah. Ketika dia melawat Saudi dan menjadi tetamu kerajaan, lalu dia menziarahi masjid Nabawi iaitu masjid nabi kita, Nabi Muhammad saw. Ketika menziarahi masjid Nabawi, tatkala dia berada di hadapan makam Rasulullah saw, menziarahi baginda saw, setelah itu, beliau ketika berlalu maka dia pun melalui di makam sayidina Abu Bakar as-Siddiq ra dan makam sayidina Umar bin Al-Khattab ra. Maka ketika dia lalu di makam sayidina Abu Bakar as-Siddiq, beliau (Presiden Iran Rafsanjani) meludah makam tersebut. Kemudian apabila sampai di makam sayidina Umar al-Khattab ra, beliau ludah! Ketika itu, Imam Masjid an-Nabawi yaitu al-Syeikh al-Huzaifi yg bacaan qurannya sering kita dengar  yaitu al-Syeikh al-Khuzaify bacaannya sering dikumandangkan di radio dan sebagai seorang imam kepada Masjid an-Nabawi ketika mengiringi presiden Rafsanjani, bila dia melihat keadaan itu, beliau tidak melakukan sesuatu tindakan untuk menghalang dan menegur. Beliau hanya berdiam diri sahaja kerana mengingatkan bahawa beliau itu adalah Presiden yg menjadi tetamu negara.

Hasilnya, pada malam itu, beliau bermimpi Rasulullah saw dan menegur perbuatannya. Murka terhadapnya. Dan melaknat perbuatan yg dilakukan oleh Rafsanjani itu dan mengingatkan bahawa sebelum aku melaknat beliau, beliau dilaknat oleh Allah swt. Teguran ini menyebabkan Huzaifi (al-Syeikh al-Huzaifi), apabila terjaga dalam tidurnya, keesokannya dia, iaitu pada hari Jumaat, beliau dijadualkan untuk menyampaikan khutbahnya dalam keadaan Rafsanjani, presiden Iran ketika itu berada di depannya, maka dia menyampaikan khutbahnya dan menegur perbuatan Rafsanjani itu dengan keteguran yang keras! Sehingga beliau hampir saja dibunuh, sehingga beliau terpaksa diselamatkan dan disembunyikan. Jadi kalau tadi, bila kita bersama dengan para Ulama', kita tentu akan menemui kisah-kisah demikian yang mengukuhkan akidah dan keimanan kita atau jalan ahli sunnah wal jama'ah. Yang menyedar dan menginsafkan kita supaya kita jangan sesekali meringan-ringankan soal akidah. Jangan kita sekali-kali menganggap bahawa fahaman-fahaman yg dulunya telah di bid'ahkan dan telah disesatkan oleh para Ulama' didalam kitab-kitab mereka yg muktabar, maka fahaman-fahaman itu jangan sekali-kali kita anggap sebagai fahaman-fahaman yg boleh kita anuti, yg boleh kita ikuti,yg boleh kita simpati dan sebagainya. Kerana perbuatan yg jahil demikian, sudah tentulah akan mendedahkan kita kepada kerugian yg besar di hari Akhirat.

Kerana, apabila kita bersama denganpara ulama',para solihin dan bukan seperti itu sahaja, kisah-kisah yg banyak dan mutiara ilmu daripada mereka yang disampaikan secara langsung atau tidak, yang memperkukuh dan menguatkan keyakinan kita dan juga keimanan kita dan perjalanan kita diatas jalan islam yg benar, menurut ahli sunnah wal jama'ah. Oleh itu, kalau kita bersama dengan para ulama',menghadiri majlis-majlis para ulama', kita juga dapat melihat akhuwal dan akhlak mereka yang dapat kita ambil sebagai ikutan, sebagai contoh didalam kehidupan kita. Muslimin dan Muslimat, tuan-tuan dan puan-puan yg dirahmati Allah swt, dengan sebab itu, jalan ke syurga adalah merupakan jalan yg tak mungkin dapat dilalui oleh mereka yg menjauhi majlis-majlis ilmu. Oleh itu datanglah kita ke majlis-majlis ilmu untuk menuntut ilmu dan mendalami ilmu agama kita, mengetahui tentang kewajipan-kewajipan yg perlu kita tegakkan dalam hidup yg sementara ini, selaku hamba kepada Allah swt. 

Dan yg perlu kita jauhi, yg perlu kita tinggalkan dalam kehidupan kita ini, kehidupan didunia ini hanyalah bersifat sementara. Dan kita tak mampu nak berjalan dengan betul dengan mengurus kehidupan didunia ini tanpa panduan yg telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad saw. Dan yang paling mengetahui akan panduan nabi itu yg disebut oleh nabi sendiri, sebagai orang-orang yg mewarisi akan ilmu yg ditinggalkan oleh beliau;baginda saw. Iaitu, yg dipanggil sebagai "Warasatul Anbiyaa", yaitu para Ulama' yg dipanggilkan sebagai yg mewarisi ilmu para nabi. 

Jangan kita ketinggalan untuk menghadiri majlis-majlis mereka. Kalau dulu tak ramai ulama'-ulama' yg datang ke negeri kita (Melaka), maka ketika itu, mungkin antara kita yg tak pernah bersua dengan majlis ilmu,yg betul-betul mendedahkan kepada kita ajaran islam. Sebagaimana yg telah disampaikan oleh Nabi saw , langsung daripada kitab-kitab yg muktabar. Tetapi pada hari ini, ramai ulama'-ulama yg turun daripada kalangan ulama'-ulama' yg mendapat ilmunya dengan jalan yg kaedah yg muktabar,yg sempurna pengajian mereka, maka hendaklah kita hadir ketika mereka datang ke negeri kita,menyampaikan ilmu disamping kita mengikuti pengajian yg fardhu 'ain yg berkaitan dengan soal ibadah. Yang berkaitan tentang soal akidah, yg berkaitan dengan akhlak kita , pelajari akan ilmu-ilmu itu daripada ulama'-ulama' dan tuan-tuan guru yg berada di negeri kita yg menyampaikan ilmu-ilmu kepada umat dinegeri ini. Maka kita jangan terlepas peluang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yg dianjurkan. Melalui cara-cara seperti itu, maka kita ini, sebagaimana yg disebut oleh nabi Muhammad saw, akan termasuk dikalangan orang-orang yg akan sampai ke syurga, seperti dalam hadis , yaitu hadis yg berbunyi yg bermaksud, "Barangsiapa yg Allah kehendaki untuk memberi kepadanya kebaikan, yaitu (kebaikan yg sangat besar), yg disebut oleh ulama' yaitu kebaikan dunia dan akhirat,yaitu kebaikan syurga, "yufaqqihul fiddin". Nanti Allah swt akan memperdalamkan terlebih dahulu untuknya pengetahuan didalam soal-soal agama. Maka orang ini akan mendapat kebaikan yg besar apabila dia mengetahui dia beramal di jalan Allah swt. Alhamdulillah, pada pagi ini kita mendengar hadis-hadis Rasulullah bagi mempelajari ilmu-ilmu yg dapat kita mengetahui sebagai panduan kita seorang muslim, seorang hamba kepada Allah swt. 

Rasulullah saw bersabda didalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari dan juga al-Imam Muslim, "Daripada Abdullah bin Ubaid, "Hai manusia, jangan kamu bercita-cita hendak menemukan seteru, dan mohonlah kamu kepada Allah akan 'afiah yaitu keselamatan. Maka apabila bertemu kamu akan seteru, yaitu kalau ditakdirkan Allah, seteru itu datang kepada kamu, ditakdirkan berlaku peperangan, maka hendaklah kamu sabar, kerana ketahuilah kamu bahawasanya syurga itu dibawah bayang pedang. Hai Tuhan kami, yang menurunkan Quran dan yg melalikan awan, dan yg mengalahkan tentera-tentera kafir, kalah olehmu akan mereka itu dan tolong olehmu akan kami keatas mereka." Hadis ini adalah merupakan hadis yg soheh, nabi Muhammad saw mengajar kepada umat baginda supaya mereka itu sentiasa bersifat dengan sifat tawaaduk, tidak meninggikan diri, tidak bersifat kagum terhadap kebolehan yang ada pada dirinya, sebaliknya hendaklah sentiasa muhasabah terhadap dirinya. Muroqobah terhadap dirinya, sentiasa menilai dirinya, sentiasa melihat adakah dirinya itu benar-benar sebagai orang yg telah berjalan di jalan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh. Kerana, sebagai seorang muslim, sewajibnya dia sentiasa menilai dirinya itu tadi,kerana tujuannya dicipta oleh Allah swt ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Dan itu adalah tugasnya yg sebenar didalam hidup ini.

Dan sekiranya dia menjadi seorang yg sentiasa bermuhasabah, makna muhasabah;menilai amalan yg telah dilakukan. Adakah amalan itu betul-betul suatu amalan yg ikhlas, amalan yg menepati dengan ajaran Rasulullah saw dari sudut hukum dan syara', dan adakah amalan itu amalan yg diterima oleh Allah swt atau tidak, dengan sebab adanya sifat-sifat yg tidak elok dan tidak baik yg menjadi landasan niat dalam dia beramal, ini dipanggil muhasabah. Sentiasa muhasabah diri kita dan kemudian, muroqobah. Sentiasa kita melihat akan pandangan Allah terhadap kita dimanapun kita berada, jangan sekali-kali kita menjadi orang yg lupa bahawa sesungguhnya Allah ta'ala perhatikan kita dan kita mencari peluang-peluang utk kita melakukan perbuatan dosa dan perbuatan maksiat.







No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~