بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MINGGU KE-2 : KITAB TAJZIM ATROFUL HADITH
"اَلْبِرُّ حسن الخلق " bermula kebaikan itu dengan adanya elok perangai. Golongan yg beriman sentiasa terdedah kepada keampunan Allah. Dengan berwudhu', menggugurkan dosa2 kecil. Dengan bersedekah, terhijab dari seksaan api neraka. Jadikan amalan budaya islam itu dalam ahli keluarga kita secara berjemaah. Di antara ganjaran besar pahala adalah bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga hari dilakukan qorban. Bagi yang melakukan qorban, maka disunatkan tidak mencukur rambut dan juga memotong kuku sehingga terkeluar darah daripada binatang qorban tersebut.
اَلْبِرُّ : lafaz yg menghimpunkan segala kebaikan. lafaz yg menunjukkan kepada banyak makna. Orang yg melakukan kebaikan yg difardhukan oleh Allah ta'ala. "اَلْبِرُّ حسن الخلق " : mengkhususkan kepada akhlak mulia. Akhlak mulia adalah suatu amalan yg sangat mulia dan pangkatnya itu tinggi disisi Allah. Dalam sabda nabi SAW yg bermaksud, "Orang yg paling dekat denganku(Rasulullah SAW) tempat duduknya di syurga adalah orang yg terbaik dikalangan kamu akan akhlak."
Melakukan ibadah dengan akhlak yg buruk, itulah ahli neraka. Oleh sebab itu, akhlak yg baik adalah suatu perkara yg rumit. Apa itu akhlak? Akhlak adalah suatu perangai laku yang sudah menjadi kebiasaan bagi setiap orang. Hendaklah kita bermujahadah untuk menjauhi akhlak yg buruk. Anak2 adalah kunci syurga bagi ibubapa. Kita menjadi asbab kepada anak-anak kita sekirnya dia berubah. Berkat, jangan main2 dengan berkat! Mana tahu, anak2 kita dapat masuk universiti disebabkan hasil berkat korban.
Jika kita bermujahadah secara istiqomah, akan mendapatlah kita akan akhlak yg mulia. Apabila marah sudah menguasai hati, musnahlah kehidupannya kerana dikawal oleh nafsunya sendiri. Akan tetapi, jika marah kerana Allah, itulah sifat akhlak yg terpuji. Seperti tidak suka melihat agama direndah-rendahkan. Apabila rosak akhlak, maka susah untuk diperbaiki. Rosak akhlak disebabkan seseorang itu gagal dalam bermujahadah dan tidak bermujahadah dalam menjauhi akhlak yg buruk. Orang yg musnahkan hidupnya, tidak kesah dengan dosanya. Dosa adalah apabila terasa gelisah didalam hati. menyebabkan hati x tenang kerana dosa. Dosa adalah suatu titik hitam didalam hati. Bertambah titikan hitam tersebut jika berbuat sesuatu dosa. Hilang titikan hitam tersebut jika melakukan amalan yg soleh. Yaumul 'Arafah adalah satu waktu di waktu siang yg paling afdhal. Ia sama seperti malam lailatulqadar. malam lailatul qadar dimana seluruh malaikat turun kedunia melebihi putaran butir2 pasir. Masing2 turun dibawah pimpinan saiyiduna Jibril AS. Yaumul 'Arafah ialah berjuta2 manusia berhimpun/berkumpul untuk menunaikan haji. Disebut di dalam hadis, "Hari Arafah adalah hari bagi hari orang yg berpuasa. Ia termasuk daripada orang yg terhapus dosanya. Orang yg berpuasa pada hari Arafah sangat besar ganjarannya. Antaranya, dosanya terhapus untuk setahun yg lalu dan setahun yang akan datang.
No comments:
Post a Comment