بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
mudir pondok baitul qurro' wal fuqoha' |
KITAB TAJZIM ATROFUL HADITH
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, telah dapat kita bersama-sama dalam sesi kuliah dhuha pada hari ini. In syaa allah ana akan berkongsi apa yang telah terdapat sewaktu kuliah dhuha berjalan. Moga Allah redha.
Orang yang mengikuti jalan-jalan dosa, dia adalah fasik. Janganlah dosa itu menjadikan kita berprasangka buruk kepada Allah SWT. Allah SWT tidak akan melupakan dosa atau kesalahan yang dibuat hamba-Nya. Antara iman seseorang itu lemah adalah dia suka menangguh-nangguhkan solat.
Oranng yang mengaji tidak akan sama dengan orang yang tidak mengaji. Kerana,orang yang mengaji lama-kelamaan akan bebas daripada pengawasan nafsu. Seburuk-buruk manusia adalah dia dipanjangkan umur, tetapi kekal dengan dosanya. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang umurnya panjang, tetapi melakukan amal ketaatan.
البرلا يبلى : kebajikan/amal soleh tidak akan mengalami kelusuhan. Maksudnya, tidak akan putus pahalanya, malah akan dicatat amalannya. Amalannya akan dicatat walaupun amalan itu telah lama dilakukan. Amal yang kekal adalah bilamana pengakhiran hidupnya mati dalam keadaan husnul khatimah. Ulama' mengatakan sekiranya dalam masa 40 hari itu tidak ada musibah, baginya itu ulama mengganggap itulah musibah. Bermakna jika ada musibah, kita akan senang ingat kepada Allah. 40 tahun seseorang itu akan menanggung dosa jika tidak bertaubat. Orang soleh jika dia melakukan dosa, akan segera diingatkan oleh Allah. Oleh itu, janganlah kita mengulangi dosa dan melakukan dosa. Bila kita buat dosa, Allah akan tutup kesalahan kita,seolah-olah Dia sudah ampunkan kita, tetapi sebenarnya tidak! Dia tangguhkan hukuman dosa kita, seolah-olah Allah mengabaikan kita. Melainkan jika kita bertaubat.
Akibat apabila seseorang itu mendapat dosa :
-Ditegah dia daripada menerima ilmu
-Terhalang daripada mendapat rezeki yang halal
Habaib yang benar2 habaib adalah mereka tidak terlibat dalam mana-mana politik.
Ibu bapa adalah tempat timbang keredhaan.
wallahua'lam.
-asif ringkas-