Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Thursday, 28 March 2013

~ Likuan Musafir Merentangi Samudera (BAB 2) ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bab 2

~Mengapa aku diuji?~
~[Selagi belum terbina jati diri, jangan harap ingin mendidik generasi]~

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya maka Allah menguji dan mencubanya agar dia mencapai darjat itu.”
(HR. Ath-Thabrani)

Ada sebabnya mengapa kita sering diuji. Ada kalanya, Allah uji kita kerana kealpaan kita dalam menjalani ketaatan kita sebagai seorang hamba kepada-Nya. Di samping itu, Allah ada menguji dengan mengurangkan apa yang kita miliki dan melebihkan apa yang kita mahukan. Tidak kiralah seseorang itu kaya,miskin, ataupun yang berjawatan tinggi.

Firman Allah swt yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata, “sesungguhnya kami adalah milik Allah swt dan kepada Allah jualah kami kembali. –[surah al-Baqarah : 155-156]


Allah swt sudah berkata yang Dia akan menguji kita dengan :

-          Sedikit perasaan takut dan gerun kepada musuh.
-          Kematian atau kehilangan orang yang disayangi.
-          Kekurangan hasil tanaman
-          Kelaparan atau kebuluran
-          Kegawatan ekonomi



Siapa kata tiada ganjaran dalam beramal dan bersabar? Ketahuilah, orang-orang yang sabar dan teguh imannya pasti akan diberi khabar gembira dari Allah.

Adakah anda masih ingat tentang Rasul ‘Ulul’azmi? Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Ulul’azmi? ‘Ulul’azmi bererti mereka yang cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar menghadapi pelbagai rintangan dalam menegakkan agama Allah.

Kita ambil satu contoh, siapa lagi kalau bukan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad saw. Antara ujian dan dugaan yang terpaksa baginda tempuhi adalah sabar dalam menghadapi tentangan kaumnya yang mengancam untuk membunuh baginda. Seperti Abu Lahab dan juga Abu Jahal, mereka begitu menentang ajaran islam yang dibawa oleh baginda saw. Sehinggakan salah seorang daripada mereka berdua berkata, “Sesiapa yang dapat membunuh Muhammad, akan ku hadiahkan 100 ekor unta.” Maka tidak hairanlah pada ketika itu ramai yang ingin merebut peluang tersebut.

Jangan terlalu memikirkan ‘KENAPA AKU DIPILIH UNTUK DIUJI’ ? Bukankah hidup didunia ini memang ada saja dugaan yang menerpa? Sedangkan Nabi Muhammad saw, seorang insan yang maksum pun ada juga rintangan yang berlabuh dalam kehidupannya.

Banyak hikmah ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya. Di antaranya ialah untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt. Berapa kali dalam sehari kita cuba untuk mengingati-Nya? Adakah dengan hanya solat semata-mata? Tidak ! Bahkan, perlulah kita mengingati-Nya sepanjang masa. EVERYTIME, bukan SOMETIMES.

Di samping itu, ia juga dapat melahirkan mukmin yang tabah dan gigih menghadapi cabaran hidup. Seperti mana Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,

“Allah merahmati saudaraku Musa, sebab ia sudah disakiti lebih banyak daripada apa yang saya alami ini, tetapi baginda tetap sabar.” –[riwayat Bukhari dan Muslim]

~Bersabarlah, kerana itu adalah salah satu tanda seorang mukmin yang berakhlak mulia~




No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~