Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Tuesday, 12 February 2013

~ Ciri-ciri BAKAL zauj dan zaujah ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


~berpegang teguh kepada AGAMA dan BERAKHLAK MULIA~


~keturunan yang BAIK~


~BUKAN daripada kaum kerabat yang TERDEKAT~


~SEKUFU ---> PERSAMAAN antara suami dan isteri dalam beberapa perkara tertentu~


~SEBAIK-BAIKNYA seseorang yang BELUM pernah berkahwin~


~BERTANGGUNGJAWAB~

~ Tujuan dan Hikmah Perkahwinan ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


[Daripada Umar bin Khattab ra telah berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya setiap amalan dimulai dengan niat....."] - Riwayat Bukhari dan Muslim

Bagi yang ingin mendirikan Baitul Muslim, sudah seharusnya mengetahui apa tujuan sebenar untuk bernikah. Dalam soal perkahwinan, zuriat sangat diperlukan bagi melahirkan keturunan yang baik. Seterusnya, kita dapat menyempurnakan fitrah kehidupan manusia seperti saling cinta mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Selain itu, apabila kita sudah dialam pernikahan, kita juga dapat mengelakkan terjerumus ke arah kemaksiatan seperti zina. Di dalam al-Quran sudah menyatakan "JANGAN DEKATI ZINA !!".

Di samping itu, ianya dapat memberi ketenangan jiwa dan perasaan. Maksudnya disini, ada teman untuk saling berbicara.Selain itu juga, kita juga dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab dan boleh memupuk kasih sayang antara zauj(suami) dan zaujah(isteri). Kemesraan dalam rumahtangga sangat diperlukan untuk mengeratkan hubungan antara suami isteri serta mampu menjalinkan silaturahim antara kedua-dua pihak. Sehubungan dengan itu, penjagaan dalam soal akhlak juga sangat penting bagi menghindarkan diri daripada keruntuhan dan kemusnahan sahsiah dari segi akhlak dan hati masing-masing.


~sesungguhnya perkahwinan itu INDAH, jika hati saling mencintai kerana ALLAH, binalah sebuah BAITUL JANNAH~




~ Rahsia keunggulan HABBATUS SAUDA ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Habbatus sauda' merupakan perkataan yang berasal daripada arab, manakala istilah inggerisnya pula adalah black cumin atau fennel flower. Istilah Melayu pula mudah dikenali sebagai Jintan Hitam kerana ia wujud di dalam bentuk biji yang berwarna hitam. Digunakan secara meluas ribuan tahun dahulu oleh masyarakat India, Pakistan, Timur Tengah bagi penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Umat islam khususnya telah lama mengamalkan perubatan menggunakan tumbuhan ini, terbukti seperti yang diperjelaskan oleh beberapa hadis Rasulullah saw dan salah satunya adalah;

Sabda Rasulullah saw yang dinukilkan dalam kitab Ash Shahihain bermaksud,

"Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut)." -[riwayat Muslim 10:118-119]

Beberapa hadis lain turut menjelaskan Habbatus Sauda' sebagai ubat segala penyakit kecuali maut seperti Muslim (7:25) dan Ibnu Majah (2:342).

Kesinambungan dari hadis tersebut maka beberapa negara Timur Tengah aktif  menjalankan pelbagai kajian bioteknologi dalam pembuktian keunggulan herba hanya terselip dalam jurnal ilmiah atau artikel yang ditulis di dalam bahasa Arab. Hal ini mungkin menjadi salah satu faktor mengapa pelbagai kebaikan Habbatus Sauda' tidak tersebar secara meluas. Walau bagaimanapun Habbatus Sauda' mula popular di Malaysia sejak sepuluh tahun kebelakangan ini seiring dengan perkembangan dunia bioteknologi. Kelebihan Habbatus Sauda' ini yang diakui sendiri oleh Rasulullah saw dalam perubatan mula difahami oleh ramai rakyat Malaysia.

Sejarah penyelidikan Habbatus Sauda' bermula 2000-3000 tahun sebelum Masihi(S.M.). Di zaman kegemilangan Islam penggunaan Habbatus Sauda' mendapat tempat secara meluas, seperti yang direkodkan di dalam sebuah buku oleh saintis terkemuka iaitu Ibnu Sina (980-1037 M) yang bertajuk Canon of Medicine. Buku ini secara keseluruhan menyatakan habbatus sauda' dapat merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan anda.

Manakala menurut kitab Al Tibb An-Nabawi oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dipercayai dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi sebarang kesan sampingan kepada tubuh. Dapat dirumuskan di sini kandungan bahan kimia tersebut hanya berkesan pada sel-sel yang bermasalah sahaja tetapi pada sel normal. Tentunya ia berita baik kepada semua golongan masyarakat yang kadangkala berasa was-was terhadap kesihatan diri terutamanya wanita.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Carolina Selatan mendapati ekstrak Habbatus Sauda' Nigella membantu merangsang sumsum tulang dan sel-sel lain di dalam immune system. Kajian Dr Ahmad Elkadi nyata menjawab kebenaran hampir kesemua kajian kerana beliau mendapati Habbatus Sauda' sebenarnya mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). 

~Yakinlah perubatan di dalam al-Quran dan hadis tentu lebih sesuai dan memberi manfaat kepada kita sebagai hamba ciptaan yang mengharapkan Mardhatillah~



~Cintai Allah, Sayangi Rasulullah, Kasihi Ummah~

Sunday, 10 February 2013

Hukum dalam PERKAHWINAN

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


[Pengertian perkahwinan]

-Dalam bahasa arab ialah nikah yang bermaksud himpun atau campur

-Pada istilah syarak ialah aqad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut syarat tertentu.


~Hukum Perkahwinan~

::WAJIB::

-Orang yang mampu untuk berkahwin dan yakin tidak dapat menahan diri daripada perbuatan zina jika tidak berkahwin.

::SUNAT::

-Orang yang mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi masih dapat mengawal diri daripada zina serta berkemampuan zahir dan batin.

::HARAM::

-Orang yang yakin tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap isterinya bahkan menzalimi dan memudharatkannya.

::MAKRUH::

-Orang yang bimbang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik atau tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin samada sebab lemah syahwat,berpenyakit atau terlalu tua.

::HARUS::

-Orang yang seimbang perasaan. Jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina,jika berkahwin tidak akan menzalimi isterinya.

Friday, 8 February 2013

~Qasidah Ya Saiyidi Rasulana~

Bismillahirrohmanirrohim


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


~Allahumma solli wasallim wabaarik 'alaih wa'alaa alihi~
~sollallahu wasallim 'alaih~

Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah 
Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah

Ya Saiyidi Rasulana, Ya Saiyidi Habibana~
Ya Saiyidi Rasulana, Ya Saiyidi Habibana~
Innal tiyaa rihassobaa, yauman ilaa ardhil haram~
Innal tiyaa rihassobaa, yauman ilaa ardhil haram~
Balligh salaami raudhotan (hmhmhmhm)~
Balligh salaami raudhotan (hmhmhmhm)~

fii hannabiyyul muhtarom~

Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah 
Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah


Man wajhuhu syamsuddhuha, man khodduhuu badrudduja~

Man wajhuhu syamsuddhuha, man khodduhuu badrudduja~
Maza tuhuu nurul huda, man kaffuhuu bahrul himam~
Maza tuhuu nurul huda, man kaffuhuu bahrul himam~

Innal tiyaa rihassobaa, yauman ilaa ardhil haram~
Innal tiyaa rihassobaa, yauman ilaa ardhil haram~
Balligh salaami raudhotan (hmhmhmhm)~
Balligh salaami raudhotan (hmhmhmhm)~

fii hannabiyyul muhtarom~

Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah 
Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah


Akbadunaa majruhatun, min saifi hijjril mustofaa~

Akbadunaa majruhatun, min saifi hijjril mustafaa~
Tuba li ahhlii baldatinn, tuba li ahhlii baldatinn~


fii hannabiyyul muhtasham~


Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah 
Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah

Ya Saiyidi Rasulana, Ya Saiyidi Habibana~
Ya Saiyidi Rasulana, Ya Saiyidi Habibana~
Innal tiyaa rihassobaa, yauman ilaa ardhil haram~
Innal tiyaa rihassobaa, yauman ilaa ardhil haram~
Balligh salaami raudhotan (hmhmhmhm)~
Balligh salaami raudhotan (hmhmhmhm)~


fii hannabiyyul muhtarom~


Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah 
Allah~Allah~Allah~Allah
Allah~Allah~Allah~Allah

Ya Saiyidi Rasulana, Ya Saiyidi Habibana~
Ya Saiyidi Rasulana, Ya Saiyidi Habibana~



Monday, 4 February 2013

~ KULIAH DHUHA di Baitul Qurro' wal Fuqoha' ~

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

(Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail)

Pada Hari Ahad, iaitu bertarikh pada 3 Februari 2013 bersamaan 22 Rabiulawal 1434, telah diadakan kuliah dhuha di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha.

- Antara hujah-hujah yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Haji adalah : -

:: Ulama ditempatkan paling tinggi
:: Kita sebagai seorang muslim, hendaklah diambil panduan daripada al-Quran

~"Al-Quran petunjuk bagi semua makhluk di bumi"~

:: Apa yang diharamkan oleh Allah, maka haramlah !

:: Orang mukmin harus lebih tinggi daripada orang musyrikin
:: Dakwah islam di seluruh lapisan dunia
:: Makanlah apa yang ada dibumi, tapi yang halal dan baik


------------------------------------------------------------------------------

PETUA MENDIDIK ANAK
~ berilah makanan yang "halaalan toyyibah" (halal dan baik) untuk anak-anak agar diri mereka suci dan hindar daripada kekotoran hati ~

---------------------------------------------------------------------------------------------

:: Orang kafir dapat ajaran yang salah kerana mereka mengikut jejak langkah syaitan.
:: mereka yang mengikut langkah syaitan ialah ORANG MUSYRIKIN.
:: Orang beriman kesabarannya tinggi.
:: rasa was-was merupakan bisikan syaitan dalam hati. 
:: untuk menghilangkan rasa was-was, hendaklah seseorang itu berzikir.
:: kerana dengan berzikir, bisikan itu akan hilang satu persatu.
:: Orang yang berzikir, jangan ganggu dia. kerana dia sedang berjihad di jalan Allah.
:: Kalau kita mencela orang yang bertaubat, lalu orang yg bertaubat itu berubah balik pada sikap yang asalnya, maka berdosa besarlah kita.
:: Syaitan tidak menjelma pada rupa sesuatu.
:: Allah mencintai orang yang bertaubat dan jangan sesekali bantu syaitan untuk merosakkan kebaikan orang lain.


~Cintai Allah, Sayangi Rasulullah, Kasihi Ummah~

^____^


"Ya Allah, Kau peliharalah insan-insan yang sentiasa menjaga nama-Mu." ~ ALLAHUMMA AMIN =')







Sunday, 3 February 2013

Likuan Musafir Merentangi Samudera - Bab 1 ~

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh


 ~ KENALI CINTA ALLAH ~

[Cintailah kepada yang lebih LAYAK untuk dicintai sebelum ingin mencintai apa yang ada dibumi]

Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud, 

"Seseorang yang beriman (masih tidak sempurna iman) sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-Nya)...."
[musnad Ahmad no.13991,sheikh shu'aib al-arnouth menilai : isnadnya sahih mengikut syarat bukhari dan muslim]

Jika sesuatu dugaan yang menimpa diri kita, perkara yang harus kita ingat adalah dengan mengenali cinta Ilahi. Apa itu CINTA? Cinta itu adalah satu anugerah daripada Allah swt kepada hamba-hamba-Nya. Oleh kerana itu, dengan mengetahui sifat ar-Rahman akan membuatkan hati kita sentiasa bebas dari segala masalah. Yang ghorib(pelik)nya, suruh pergi belajar agama, tak mahu.. Takde CLASS lah kononnye..

"USRAH?? HISSH,MAKIN PENING KEPALA AKU DIBUATNYE. OTAK DAH PENUH NAK TAMBAHKAN LAGI DENGAN CERITA YANG MEMBOSANKAN."

Astaghfirullah hal 'azim.... Mari kita sama-sama beristighfar memohon maghfirah kepada Allah swt. Semua ujian yang Allah duga itu tanda begitu sayang-Nya, begitu cinta-Nya kepada diri kita. Ujian kita tidaklah sehebat ujian Rasulullah saw, yang mana baginda sering dihina, dicaci hanya semata-mata ingin berdakwah di jalan Allah. Banyak 'songeh' menyebabkan diri berasa tidak bersyukur dengan apa yang ada. Diam itu lebih baik daripada mulut terus berbicara yang sia-sia.

Dalam konteks ini, cintakan Allah bukanlah sekadar dari lafaz mahupun tulisan sahaja, malah kita harus istiqomahkan dalam seharian kita. Contohnya dikala kita ingin memulakan sesuatu perkara, hendaklah mulakannya dengan "Bismillahirrohmanirrohim." Moga-moga dengan ucapan yang kita lafazkan itu pada setiap hari, akan lebih mendapat kecintaan Allah swt buat kita., Dan bagi membuktikan rasa kasih dan mahabbah kita pada sang Pencipta, keikhlasan ingin bercinta kepada-Nya perlu dipupuk dalam diri, agar sifat kasih sayang mudah hampir pada hati.


Kita sebenarnya JAHIL dengan pengertian sebuah CINTA. Asal disebut soal CINTA, pasti ada yang membayangkan sepasang kekasih yang sedang melayan kemesraan. Padahal itu adalah cinta yang membawa kebinasaan. Saya ingin bertanya, sejauh mana kita sudah mengenali cinta-Nya daripada kita terus mencari cinta durjana? Hakikatnya, nikmat berkasih sayang kepada Allah lebih indah daripada kasih sayang yang dipamerkan oleh manusiawi. Jika diperhatikan secara menyeluruh, semua yang kita miliki pada waktu ini adalah anugerah daripada Allah swt yang Maha Pemurah.

Buktinya?

Allah swt telah menurunkan al-Quran dan Dia sesekali tidak akan membiarkan kita dalam kebingungan,keresahan dan merasa keraguan dalam menjalani hidup.Dia menurunkan al-Quran sebagai petunjuk hidup, agar kita dapat meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah ta'ala yang bermaksud, 

"Kitab ini tidak ada keraguan padanya; (merupakan) petunjuk bagi mereka yang bertakwa." 
- [surah al-Baqarah : 1 ] -

Allah begitu special dalam diri kita. Nak dapatkan cinta-Nya juga ada cabarannya. Dia saja ingin menguji tahap keimanan kita agar kita lebih beriman kepada-Nya. Kiranya, nak genggam cinta Allah juga perlukan "adventure" (cabaran). Barulah adalah halawatulnya.

Bukan sekadar beriman saja, bahkan sentiasalah beramal dan bersabar dalam mencari Cinta yang Hakiki. "Perteguhkan iman dalam diri, jadilah seorang mukmin yang sejati!"


Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud,

"Apabila Allah mencintai seorang hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha, maka Dia akan memilihnya menjadi kekasih-Nya." 
- [riwayat Ibn Majah] -




~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~