Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Thursday, 10 May 2012

Special for my umi... ^ ^~

~Umi ana (Hanizah Alias) & Abah ana (Mohd Yusof Ali)~


Tika kau dilanda marcapada dunia,
Engkau sabar dilambung badai,
Engkau sedar kerana disayangi oleh-Nya...

Garis-garis tua di dahimu,
Menanti masa di mamah usia,
Penat lelah melayan aneka ragam anakmu,
yang penuh kosong dengan segala
pengertian hidup ini...

Sakitmu, ku ubati,
Dukamu, ku rawati,
dan tawamu, ku nikmati....

Tiada yang lebih indah didunia ini..
tanpa seorang ibu yang SOLEHAH~
seperti umi.. :)

syukran kerana menjaga anakmu yang kian membesar ini..
titisan peluhmu menjadi bukti pengorbananmu terhadap anakmu ini...~

Saturday, 5 May 2012

Hanya Sekeping Kertas (tajuk x confirm)


~CERPEN BERTEMAKAN KASIH SAYANG/PENGORBANAN/PERSAHABATAN~
::Tajuk cerpen : Hanya Sekeping Kertas

Kelihatan Jibriel sedang berjalan menuju ke kelasnya. Tetapi malangnya dia telah dihalang oleh sekumpulan pelajar yang sering mengganggu dia.
“Hoi budak miskin! Kau ni memang takde rasa malu eh? Macam manalah kau boleh datang kat sekolah ni. Aku tengok kau pun bukannya kaya sangat. Setahu aku, kau sorang je kan pelajar yang tidak berkemampuan? Eh, buat malu pelajar tingkatan  5 jelah!” Sindir Pian selaku ketua samseng terkenal di sekolah itu. Jibriel diam seribu kata tanpa untuk membalas apa-apa. Lantas dia berjalan pantas dan terus masuk ke kelas.
Walau bagaimanapun, dia harus tetap tabah dengan segala herdikan mahupun cemuhan yang datang kepada dirinya. Malah, Jibriel tahu bahawa dia hanyalah pelajar yang berstatus rendah berbanding dengan pelajar lain. Baginya, jika diikutkan hati, mahu saja dia berpindah dari sekolah itu. Tetapi apakan daya, dia sudah mendapat tawaran untuk belajar di situ. Dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dua tahun yang lalu iaitu Pernilaian Menengah Rendah (PMR), dia telah ditawarkan untuk memasuki Sekolah Menengah  Kebangsaan Pangkat Nasional. Sekolah tersebut diantara sekolah-sekolah yang terkenal kerana disamping para pelajarnya yang bijak dalam akademik,malah mereka juga adalah daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. Ramai di antara bapa-bapa mereka yang berpangkat tinggi. Kadang-kadang timbul juga kecemburuan di hati Jibriel kerana hanya dia seorang saja yang tidak kemampuan.
Duit perbelanjaannya di sekolah hanya boleh memperolehi dipoketnya 0.50 sen sehari. Dengan berbekalkan duit itulah, dia harus berjimat-cermat dengan menabung. Pendapatan ibunya hanya berdasarkan pada jualan kuih karipap sahaja.Jika pendapatan ibunya dalam masa sebulan cuma RM 15.00, maka Jibriel dan adiknya Balqis terpaksalah mengikat perut mereka sendiri.Bapanya, arwah Pak Hamid, telah lama kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di jalan raya. Jadi, Jibriel sebagai anak yang tertua sekali diantara adik-adiknya, harus menggalaskan tanggungjawabnya sebagai seorang abang yang sulung dan “ketua pembimbing” dalam anggota keluarganya.
~^ ^~
Kedengaran kasut yang berbunyi itu menandakan pasti akan ada guru yang ingin memasuki kelas 5 PROFESIONAL.
Memang tidak sah lagi! Cikgu Sulaiman yang memasuki kelas itu.
“Selamat tengahari semua!” Kata cikgu Sulaiman dengan nadanya yang tegas.
“Selamat tengahari cikgu!” Jawab pelajar-pelajar tingkatan 5 PROFESIONAL.
“Baiklah, hari ini cikgu akan memulangkan resit pembayaran yuran persekolahan kamu semua. Apabila cikgu menyebut nama kamu, datang ke hadapan dan ambil resit ini.” Kata cikgu Sulaiman.
Jibriel agak tergamam ketika cikgu Sulaiman menyebut soal yuran. Lagi-lagi kalau itu mengenai wang. Bukan dia tidak ingin membayar, tetapi melihat pada kondisi pendapatan keluarganya,dia menjadi serba salah untuk menyatakan surat pemberitahuan pembayaran yuran persekolahan itu kepada ibunya, Mak Rabiah.
“Jibriel, datang ke hadapan sekarang!” Jerit cikgu Sulaiman.
Dia menjadi kaku apabila namanya disebutkan.Pasti cikgu akan memarahinya.
“Ya cikgu?” Tanya Jibriel.
“Kenapa kamu tidak melunaskan yuran sekolah kamu? Ini sudah masuk 4 bulan kamu bersekolah di sini tanpa sebarang bayaran apa-apa pun. Saya nak dalam masa sebulan ni kamu harus melunaskan yuran sekolah sebelum saya melakukan tindakan yang lebih drastik. Faham?!” Garang cikgu Sulaiman.
“Tapi cikgu…Ibu saya hanya… errr…” Gugup lidah Jibriel untuk meneruskan ayatnya.
“Eh?  Takde tapi-tapi. Jika kamu gagal untuk melunaskan yuran sekolah kamu, lebih baik kamu pergi ke sekolah lain!” Bengis cikgu berkata.
Pelajar-pelajar lain semuanya tergelak melihat ketidakmampuan Jibriel itu. Jibriel cuma tahu untuk tersenyum kelat dihadapan rakan-rakan sekelasnya.Padahal di dalam hatinya sedang menangis mengeluarkan firus-firus yang berprosidikan kesayuan.

Sunday, 29 April 2012

Wahai Hawa tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan!

http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2446-aurat-wanita-dari-al-quran-dan-hadis.html




"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

~petikan drpd iluvislam.com/

Saturday, 28 April 2012

Noktah Warkah~

Assalamualaikum...
~



Noktah seutus warkah tidak pernah terhenti,
Hanya bisa ku nukilkan dengan jari-jari ini,
Senduan ditengah malam pada sunyian istikharah,
diruang ambal yang begitu indah....

Namun, mengapa semakin lama semakin ku rasa,
derita ini masih menghimpit diri ini yang seakan penuh dosa,
Doaku setiap waktu,
Terjatuh setitis air mataku,
Mengenangkan kenangan yang berlalu...

Ya Allah, kau fahamilah diriku yang tidak mengerti ini,
Seratkan cinta ini hanya milik-Mu ya Robbi,
Kerna,
aku tidak pantas untuk memiliki hati,
seorang insan yang ku tanggi,

Hanya dengan-Mu, ku bisa tertawa,
Hanya dengan-Mu, ku bisa mengadu duka...

Namun ku juga perlukan seseorang pembimbing didunia ini,
Untuk meluruskan rusukku yang bengkok ini...
Adakah ku akan temui insan yang dicari???

Segala cemuhan,
Segala herdikan,
Segala ejekan,
Semuanya ku jalani dengan...
kesabaran..

Kesabaran yang tersimpan dihati,
mampu memulihkan keperitan yang berduri..
Sabarku diuji badai..
Syurga-Mu tidak sabar menanti hamba-Mu bersinggah di sana...

~Satu insan yang ku impikan,
hanya perlu menjadi pendampingku di alam yang penuh warna-warni... ^^

Monday, 16 April 2012

NOVEL ISLAMIK : WARKAH CINTA PENGIKAT SANUBARI

   


 Tirai ambal lazuardi yang tampak senja dilangit seperti sedang membakar afsunnya awan yang hilang kebiruan. Usapan bayuan lembut yang sedang melintasi badan-badan sungai yang mengalir jernih tanpa bilitan paksaan disertai bersama dengan bait-bait cinta alunan zikrullah..

Begitu asyik melihat keindahan bumi ciptaan Tuhan, Khairul Ridhwan (mahasiswa mesir) teringat akan Firman Allah yang bermaksud,

["Apa yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah; dan Dialah yang MahaPerkasa,Maha Bijaksana."] - (surah Al-Hasyr : 1)

Subhanallah! Sungguh,ciptaan manusia tidak dapat membatasi daripada ciptaan Alah yang begitu hebat dan sangat menakjubkan! Khairul Ridhwan berasa takjub melihat kebesaran Allah.

****

Angin-angin sepoi cuba untuk menerobosi tubuhnya yang hangat itu. Namun,bahang kesepian sudah mulai mendahului tempat daripada kedatangan angin yang tidak diundang itu. Kiasan setiap aksara-aksara firus seringkali menjadi kekeliruan pada seorang lelaki yang bernama Khairul Ridhwan.

Terdetik dihatinya berseorangan diri, 'Sampai bila ku harus kesepian sehingga kini?' Sehinggakan ibuku sering bertanya, "Bila Ridhwan nak bawa calon isteri ke rumah? Ibu rasa tak sabar nak tengok rupa bakal menantu ibu.Kan Ridhwan kata lepas dah digelar graduan Al-Azhar, Ridhwan nak cari calon isteri??Jadi,kenalah tunaikan janji tu."

+ Bukankah dulu semasa kau menjadi mahasiswa Al-Azhar di Mesir, engkau pernah menolong seorang gadis?

- Maksudmu, gadis yang aku bantu dalam menyelesaikan bayaran buku-buku ilmiah nya? Begitu?

+ Ya, gadis itulah yang aku maksudkan.

- Tetapi,perlukah aku mencarinya? Dan mengapa perlu aku mencarinya? Mungkin dia sudah bersama dengan lelaki yang dicintainya. Lagipun, aku bukan siapa-siapa untuk dirinya.

+ Itulah kau, belum cuba belum tahu.Jangan mengganggap sesuatu yang kau tidak tahu padahal kau inginkan sesuatu yang ingin kau tahu.

'Durriyah Humaira'. Ya! Gadis itulah yang telah membuatkan hati Khairul Ridhwan begitu afsun dengan perwatakan solehahnya. Dia masih ingat lagi akan peristiwa yang berlaku semasa dia ingin membuat pembayaran di sebuah kedai buku.

Ketika Khairul Ridhwan ingin membuat pembayaran untuk membeli 3 naskhah buku fiqh usuluddin hasil tulisan Sheikh Yusuf Al-Qhadrawi, dia terlihat ada kekecohan yang berlaku di kedai buku yang dia singgah sebentar.Dia memerhatikan ada seorang wanita yang berpurdah sedang berbicara tegas dengan seorang penjual buku ini.

  البائع، لماذا هذا الكتاب مكلفة جدا؟ يمكنني شراء في المتجر بينما غيرها من الكتب، كل لنفس السعر
"Penjual, mengapa buku ini begitu mahal harganya?Sedangkan saya beli dibuku lain,semuanya dengan harga yang sama!"Marah wanita itu kepada penjual buku tersebut.

 هذا هو متجري، والامر متروك لي هو كيف يمكن أن أفعل! لك كعميل في مكتبة بلدي، ينبغي أن يحترم لي لأنني باعة الكتب الدينية الموجهة.
" Ini kedai saya, terpulang kepada saya lah nak buat macam mana! Kamu sebagai pelanggan di kedai buku saya,harus hormati saya kerana saya seorang penjual buku berunsurkan agama!" Lantang dan sungguh sombong penjual itu berbicara.
  
    لا متكبر جدا وفخور بما قمت ببيع ما لدي مع الموقف الذي لديك من شأنها أن تسبب لك أن تكون في الجحيم قريبا
"Jangan kau begitu sombong dan takabur dengan apa yang kau jualkan itu! Kerana dengan sikap yang kau ada itu akan menyebabkan kau berada di neraka kelak!" Kata wanita itu lagi.

Kata-kata wanita itu telah membuatkan hatinya sangat yakin kalau dia adalah seorang wanita yang berpendirian tegas.Lantas Khairul Ridhwan menuju ke tempat wanita tersebut.

 السلام عليكم. هل هناك أي شيء يمكن أن يساعد، لك؟
"Salam sejahtera ke atas kamu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu, cik?" Tegur Khairul Ridhwan kepada wanita yang berpurdah itu.

في الواقع أريد لتسديد دفعة في كتبي أنا شراء. لكن المشكلة، أنا جعل البائع ثمنا باهظا. لقد اشتريت هذا الكتاب في محلات أخرى، ولكن بأسعار أقل بكثير مما كانت عليه في متجر. هذه هي المشكلة.
 "Sebenarnya saya nak buat pembayaran tentang buku yang saya beli ni. Tapi masalahnya, penjual ni membuat harga yang mahal. Saya pernah beli buku ini di kedai lain, tapi harganya jauh lebih rendah berbanding di kedai ini. Itulah masalahnya." Keluh wanita itu lagi.

أوه، هو أن المشكلة؟ أبدا الاعتبار، واسمحوا لي أن دفع ثمن الكتب التي ترغب في شرائه. ما هو ثمن هذا الكتاب، يا بائع؟
 "Oh, itukah masalahnya? Tidak mengapa, biar saya yang membayarkan buku yang awak nak beli itu. Berapakah harganya buku ini wahai penjual?" Kata Khairul Ridhwan.

~bersambung ~


 



Thursday, 12 April 2012

Pesanan untuk kaum Adam~

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud,


"Dan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik,sebelum mereka beriman.Sungguh,hamba sahaya perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik mesikpun dia menarik hatimu....."(surah al-baqarah :ayat 221)

HADIS RASULULLAH SAW MENGENAI WANITA




 1- "Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah." 
                                                                                                                 (Riwayat Muslim)

2- "Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad,Thabarani dan Hakim)

3- "Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami,maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki."(Riwayat Ahmad Ibnu Hibban,Thabarani dan Anas bin Malik)

4- "Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya."
                                                                                            (Riwayat Tirmidzi)

5- Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahnyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf)."
                                                                                              (Riwayat dari Hassan)

~sumber: http://eusofislam.blogspot.com~

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~