Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Saturday, 5 May 2012

Hanya Sekeping Kertas (tajuk x confirm)


~CERPEN BERTEMAKAN KASIH SAYANG/PENGORBANAN/PERSAHABATAN~
::Tajuk cerpen : Hanya Sekeping Kertas

Kelihatan Jibriel sedang berjalan menuju ke kelasnya. Tetapi malangnya dia telah dihalang oleh sekumpulan pelajar yang sering mengganggu dia.
“Hoi budak miskin! Kau ni memang takde rasa malu eh? Macam manalah kau boleh datang kat sekolah ni. Aku tengok kau pun bukannya kaya sangat. Setahu aku, kau sorang je kan pelajar yang tidak berkemampuan? Eh, buat malu pelajar tingkatan  5 jelah!” Sindir Pian selaku ketua samseng terkenal di sekolah itu. Jibriel diam seribu kata tanpa untuk membalas apa-apa. Lantas dia berjalan pantas dan terus masuk ke kelas.
Walau bagaimanapun, dia harus tetap tabah dengan segala herdikan mahupun cemuhan yang datang kepada dirinya. Malah, Jibriel tahu bahawa dia hanyalah pelajar yang berstatus rendah berbanding dengan pelajar lain. Baginya, jika diikutkan hati, mahu saja dia berpindah dari sekolah itu. Tetapi apakan daya, dia sudah mendapat tawaran untuk belajar di situ. Dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dua tahun yang lalu iaitu Pernilaian Menengah Rendah (PMR), dia telah ditawarkan untuk memasuki Sekolah Menengah  Kebangsaan Pangkat Nasional. Sekolah tersebut diantara sekolah-sekolah yang terkenal kerana disamping para pelajarnya yang bijak dalam akademik,malah mereka juga adalah daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. Ramai di antara bapa-bapa mereka yang berpangkat tinggi. Kadang-kadang timbul juga kecemburuan di hati Jibriel kerana hanya dia seorang saja yang tidak kemampuan.
Duit perbelanjaannya di sekolah hanya boleh memperolehi dipoketnya 0.50 sen sehari. Dengan berbekalkan duit itulah, dia harus berjimat-cermat dengan menabung. Pendapatan ibunya hanya berdasarkan pada jualan kuih karipap sahaja.Jika pendapatan ibunya dalam masa sebulan cuma RM 15.00, maka Jibriel dan adiknya Balqis terpaksalah mengikat perut mereka sendiri.Bapanya, arwah Pak Hamid, telah lama kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di jalan raya. Jadi, Jibriel sebagai anak yang tertua sekali diantara adik-adiknya, harus menggalaskan tanggungjawabnya sebagai seorang abang yang sulung dan “ketua pembimbing” dalam anggota keluarganya.
~^ ^~
Kedengaran kasut yang berbunyi itu menandakan pasti akan ada guru yang ingin memasuki kelas 5 PROFESIONAL.
Memang tidak sah lagi! Cikgu Sulaiman yang memasuki kelas itu.
“Selamat tengahari semua!” Kata cikgu Sulaiman dengan nadanya yang tegas.
“Selamat tengahari cikgu!” Jawab pelajar-pelajar tingkatan 5 PROFESIONAL.
“Baiklah, hari ini cikgu akan memulangkan resit pembayaran yuran persekolahan kamu semua. Apabila cikgu menyebut nama kamu, datang ke hadapan dan ambil resit ini.” Kata cikgu Sulaiman.
Jibriel agak tergamam ketika cikgu Sulaiman menyebut soal yuran. Lagi-lagi kalau itu mengenai wang. Bukan dia tidak ingin membayar, tetapi melihat pada kondisi pendapatan keluarganya,dia menjadi serba salah untuk menyatakan surat pemberitahuan pembayaran yuran persekolahan itu kepada ibunya, Mak Rabiah.
“Jibriel, datang ke hadapan sekarang!” Jerit cikgu Sulaiman.
Dia menjadi kaku apabila namanya disebutkan.Pasti cikgu akan memarahinya.
“Ya cikgu?” Tanya Jibriel.
“Kenapa kamu tidak melunaskan yuran sekolah kamu? Ini sudah masuk 4 bulan kamu bersekolah di sini tanpa sebarang bayaran apa-apa pun. Saya nak dalam masa sebulan ni kamu harus melunaskan yuran sekolah sebelum saya melakukan tindakan yang lebih drastik. Faham?!” Garang cikgu Sulaiman.
“Tapi cikgu…Ibu saya hanya… errr…” Gugup lidah Jibriel untuk meneruskan ayatnya.
“Eh?  Takde tapi-tapi. Jika kamu gagal untuk melunaskan yuran sekolah kamu, lebih baik kamu pergi ke sekolah lain!” Bengis cikgu berkata.
Pelajar-pelajar lain semuanya tergelak melihat ketidakmampuan Jibriel itu. Jibriel cuma tahu untuk tersenyum kelat dihadapan rakan-rakan sekelasnya.Padahal di dalam hatinya sedang menangis mengeluarkan firus-firus yang berprosidikan kesayuan.

No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~