بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
kanan : Sheikh Toha Abd Hamid al Humaidi (sumber : GOOGLE SEARCH) |
Alhamdulillah, pada hari Ahad bertarikh 30 Jun 2013, bersamaan dengan 21 Sya'aban 1434 Hijriah, Kuliah Dhuha sempena Ramadhan telah diadakan bertempat di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha, tetamu jemputan ialah Ulama' yg alim dari Rubat,Tareem, Hadramaut Yemen. Sheikh Toha Abd Hamid al Humaidi. Moga Allah redha :)
ucapan semasa pembukaan majlis pd pagi tdi,
Sebelum saya menerangkan tentang puasa, mari saya menerangkan sedikit tentang nikmat
yg telah Allah menurunkan rezeki dan menghalang kemudharatan kpd kita. Nikmat yg utama
adalah nikmat islam. Nikmat yg mana, tidak perlukan sebarang bayaran. Mengucap dua kalimah syahadah adalah nikmat yg paling besar. Satu kalimah yg ringan utk melafazkannya, tapi berat timbangannya di hari Akhirat.
Sepatutnya bersyukur ke atas nikmat islam kepada kita. Apabila menyedari akan kita ke
atas nikmat islam kepada kita, hendaklah dipelihara nikmat yg diberikan oleh Allah SWT. Bersyukur adalah sebab2 diantara ditambahnya iman bagi seseorang itu.
Tali islam apabila kurangnya kita dalam menjaga ikatan, maka tali awal yg akan terurai adalah JIHAD, dan tali yg terakhir adalah SOLAT. Rasulullah SAW berkata, Apabila seseorang itu memelihara solatnya, ditambahkan cahaya pada wajahnya, akan ada bukti keimanan pd dirinya. Bukti yakni hujjah di hari Akhirat. Dengan ini, islam akan kekal teguh.
Solat itu umpama KEPALA dalam agama. Seperti kepala kepada JASAD. Maka siapa yang tiada kepala, mustahil bagi manusia utk hidup. Begitu juga dengan solat. Perkara pertama yang akan disoal dalam kubur adalah tentang solatnya. Sekiranya sempurna solatnya, akan diterima segala amalannya. Dan sekiranya tidak sempurna solatnya, maka segala amalannya tidak diterima oleh Allah SWT. Sebaik-baik amalan kebanyakkan adalah tunaikan solat. Barangsiapa yang menjaga solatnya secara berjemaah, maka dia telah penuhi segala apa yang berada di langit dan bumi. Memelihara solat adalah sangat besar ganjarannya, lebih2 lagi yg berjemaah. Orang yang solat di masjid adalah tetamu Allah. Maka Allah akan memuliakan tetamunya yang beribadah di dalam masjid.
Solat fardhu Subuh dan Solat fardhu Isyak adalah amat berat bagi seseorang utk melaksanakannya. Tatkala menyebut orang munafik hendak melakukan solat, maka Rasulullah SAW berkata, "Solat fardhu Subuh dan solat fardhu Isyak amat berat bagi mereka."
Dua perkara seseorang itu dapat menunaikan solat fardhu subuh adalah dengan TIDUR AWAL dan MELAWAN AKAN NAFSU agar tunduk kepada Allah.
Dunia bukanlah negeri untuk berehat-rehat bagi orang kaya, miskin atau sesiapa saja. Barangsiapa yang kata dunia ini tempat untuk berehat-rehat, maka dia telah menipu diri sendiri. Harun Ar-Rasyid, menyuruh pekerja-pekerjanya agar bergembira semuanya, jangan ada yang berada dalam kesulitan. Ketika mana Harun Ar-Rasyid bergembira sampai waktu Zohor, lalu bangkitlah bundik(pelayan wanita) ini lalu hendak menyanyi. Lantas tiba-tiba suaranya sakit, lalu meninggal dunia. Baru Harun Ar-Rasyid tahu bahawa sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kesusahan.
~moga Allah redha~
No comments:
Post a Comment