Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Saturday, 1 June 2013

jaga AURATMU SAYANG ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah dapat bersama-sama dalam menjelajahi blog yg in syaa allah masih dalam rahmat Allah SWT. Sudah berkurun lamanye ana tidak mengupdate blog disebabkan masalah teknikal yg tak dapat dielakkan (padahal 2 bulan je kot). hehehe... Antum semua sihat-sihat? Alhamdulillah.. ana pun masih sihat juga. Sihat itu pun nikmat dari Allah, kan? :)

Pada kali ini, kita akan membincangkan mengenai topik AURAT WANITA. Wahai wanita sekalian..tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan... JENG3!! haha, sje je nak takutkan antum semua.hehehe..

Sahabat-sahabat sayang, janganlah antum suka mengambil ringan dalam soal AURAT. Tidak tahukah bahawa jika antum tidak menjaga AURAT, dua orang lelaki yg paling antum cintai, akan dirakus ke dalam neraka, na'uzubillahi min zalik! Mereka yg ana maksudkan itu ialah AYAHMU dan SUAMIMU! 

Apabila ditanya BILA INGIN TUTUP AURAT? Maka, secara tidak asing lagi akan berkata,

"In syaa Allah lps kahwin nanti, aku pakailah tudung."

"Tak sampai serulah.."

"Nanti orang kate aku hipokritlah plak..."

"Jadilah diri sendiri.."

Kenapa mesti lepas kahwin, baru terhegeh-hegeh nak cari tudung? Ouh, sebab tak nak suami tanggung dosa? Hmm, habis tu, macam mana pula dengan ayah kita? Sanggup kita membebankan dosa kita pada ayah kita. Ingat! Ayah dan suami adalah orang yang bertanggungjawab di hari Akhirat jika anak perempuannya tidak menjaga aurat! Dan suami pula adalah orang yang bertanggungjawab dalam mendidik isterinya. Wahai suami, jangan menjadi lelaki dayus dengan membiarkan isterimu mempamerkan auratnya pada orang ramai. Wahai isteri, jangan membuatkan suamimu,ayahmu terseksa disebabkan oleh kesalahanmu sendiri! 

Kenapa mesti cakap, "belum sampai seru??" Sedangkan di dalam al-Quran, Allah sudah berfirman yang bermaksud,

 "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 
(Surah Al-Ahzab:59)

Jadi? Masih juga nak kata "BELUM SAMPAI SERU" lagi? Kalau masih juga berkata sebegitu, banyak-banyakkanlah berdoa, memohon ampun pada Allah. Bukannya beratpun utk tutup aurat. :) Kalau kita tutup aurat, semuanya akan selamat. Selamat dari sudut ape? Selamat dari pandangan lelaki, selamat dari di sentuh, di rogol dan sebagainya. Lelaki akan hormat perempuan kalau perempuan tu tahu menjaga auratnya. Bagi lelaki, wanita seperti itulah yang layak utk dijadikan isteri. Kalau bagi wanita yg sering mendedahkan aurat pula, lelaki akan pandang sebelah mata je. TOUCH skit, pastu GO. Itulah dinamakan sebagai murah. Lelaki x nak 'barang' yang murah-murah. Mereka inginkan yang 'eksklusif'. Yang dijaga dengan rapi. 

"Nanti orang kata aku hipokritlah..."

Ya Allah.... hipokrit depan manusia, antum takut. Tapi hipokrit depan Allah??? Jangan terlalu ikutkan pandangan manusia sehingga pandangan Allah pula diabaikan. Siapa yang memberi rezeki pada kita kalau bukan Allah? Siapa yang memberi kita nafas kalau bukan Allah? Siapa yang menciptakan kita kalau bukan Allah? Selalu cakap "IN SYAA ALLAH" "IN SYAA ALLAH", tapi perkataan tu sendiri tidak meresap di dalam hati. Perbanyakkan istighfar. Kita sekarang berada di dunia akhir zaman. Makin banyak perubahan, makin banyaklah hasutan nafsu yang bergelimpangan.

"Jadilah diri sendiri". Jadi diri sendiri? Agak pelik disitu. Setiap orang mampu berubah. Kenapa perlu maintain menjadi orang yang 'semalam' ? Bukankah sepatutnya kita harus menjadi yang lebih baik daripada semalam? Dan esok, belum tentu kita dapat ubah diri kita. Belum tentu kita ini masih bernyawa. Belum tentu kita sempat bertaubat. Allah masih sayang kita semua, sebab tu Dia nak kita menjadi yang lebih baik. 

Wanita sangat berharga. Jika dijaga dengan baik, maka akan baiklah dia. Dan ingat! Sebaik-baik perhiasan dunia ialah WANITA SOLEHAH (riwayat Muslim)

Jangan cakap "AKU TIDAK LAYAK" 
tapi ucapkanlah, "AKU PERLU MENJADI YANG LEBIH BAIK!"

~JAGALAH AURATMU SAYANG~
~NILAIMU TIDAK SAMA SEPERTI BARANG~
~KAMU NAMPAK LEBIH INDAH JIKA TERTUTUP~


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

 “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)









No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~