Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Monday, 31 December 2012

~Menyinsingnya FAJAR ISLAM !~

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



[~Jom contohi teladan Rasulullah dengan mendengar sirah Anbiya'~]


"Wahai manusia! Allah telah memerintahkan kepadamu supaya menyembah-Nya dan janganlah kamu menyekutukan Dia dengan sesuatu apa pun."

Demikian Nabi Muhammad saw menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Mekah.

Baginda berkeliling mengunjungi rumah mereka berdakwah secara terang-terang setelah datang perintah dari Allah untuk berbuat sedemikian. Tindakan baginda telah mengoncangkan kaum-kaum musyrikin sehingga apabila Rasulullah mendatangi rumah-rumah orang Mekah maka Abu Lahab akan mengiringinya dari belakang.

"Wahai manusia! Dia ini menyuruh kamu meninggalkan agama nenek-moyangmu." Demikian pula hasutan Abu Lahab yang menggerakkan orang ramai supaya menghalang Nabi Muhammad saw daripada berdakwah.

Maka bermulalah pergolakan yang hebat di kota Mekah.

Pemuda Quraisy berusaha dengan kekasarannya untuk membantutkan fajar Islam yang telah mula menyinar itu. Segala macam usaha dilakukan dari fitnah dan tuduhan-tuduhan liar seperti kena sihir,gila dan mengancam menginjak-menginjak tengkok nabi Muhammad saw sehinggalah mereka merancang hendak membunuh baginda.

"Ajaklah mereka kepada : LA ILAHA ILLALLAH."

Demikian Malaikat Jibrail menekankan kepada Nabi Muhammad saw sehingga tidak seorang manusia pun baginda takuti.

Di tengah-tengah kekalutan ancaman Quraisy itu, Nabi Muhammad saw dapat membawa beberapa orang memeluk Islam. Abu Bakar adalah diantaranya dan bila beliau melihat hamba-hamba yang disiksa segeralah beliau menebus dan memerdekakannya, seperti Bilal dan 'Amir bin Fuhairah.

"Assalamualaikum ya Rasulullah !", salam-salam yang diucapkan oleh batu,kayu dan tanah kepada nabi Muhammad saw sebagai suatu mukjizat.Ke mana juga baginda pergi,maka baginda akan menemui benda (alam benda) ini mengucapkan salam iaitu di saat ramai yang memusuhi baginda atas usaha Abu Jahal,Abu Lahab dan lain-lainnya.

Di tengah-tengah kegelapan Jahiliyah ini, kini muncul cahaya Islam dan ia dinikmati oleh sebilangan orang yang sihat mata hatinya atau orang-orang yang tidak buta hati. Fajar Islam telah mula menyingsing.

Pada satu ketika, bapa saudara Nabi iaitu Abu Thalib melihat baginda dengan Ali bin Thalib sedang solat (zaman sebelum Isra'), beliau merasa hairan kerana perbuatannya berlainan dengan apa yang lazim pada masyarakat Mekah waktu itu.

"Wahai muhammad, agama apakah yang engkau anuti itu?" tanya Abu Thalib kepada anak saudaranya.

"Wahai bapa saudaraku, inilah agama yang diturunkan Allah, agama Malaikat dan Rasul-rasulNya;dan agama nenek kita Ibrahim as. Allah telah mengutuskan anakanda menjadi Rasul kepada hamba-hambaNya."

"Wahai bapa saudaraku, engkau adalah orang yang paling berhak menerima nasihatku. Aku mengajak kepada petunjuk Allah; paling berhak pula memperkenankan dakwahku dan menolong aku."

Demikian dialog Nabi Muhammad saw menjawab pertanyaan beliau dengan harapan semoga beliau menerima dengan baik.

"Wahai Muhammad! Demi Allah, aku tidak sanggup untuk meninggalkan agama nenek moyangku dan ajaran-ajarannya. Tetapi demi Allah, selama aku hidup, tidak akan sampai kepada engkau apa yang engkau tidak ingini."

Abu Thalib menjawab yang penuh ketegangan rasa dalam hati yang menolak.

Dengan sikap dan jawapan bapa saudaranya itu, sudah tentu menjadi penawar jiwa kepada Nabi Muhammad saw di tengah-tengah keluarga baginda yang memusuhinya dengan keras. Apatah lagi Ali bin Abu Thalib sebagai anak muda yang dapat pula dorongan dari ayahnya. Kepadanya Abu Thalib berpesan supaya sering mendampingi nabi Muhammad saw walaupun beliau sendiri belum terbuka hati mengikutinya.

"Ikutilah dia (Muhammad) selalu selama ini dia mengajak kamu kepada yang baik." Demikian kata anjuran Abu Thalib kepada anaknya Ali.

Dorongan itu sungguh menggembirakan hati Ali dan Nabi Muhammad saw sendiri dan baginda berdoa semoga Abu Thalib sendiri dapat menganuti Islam bersama-sama mereka.

Fajar Islam sudah menyingsing di Kota Mekah dan ini amat mengejutkan Jahiliyah yang dalam kegelapan itu. Makin, hari sinarnya makin bertambah naik menerangkan kehidupan insani. Dalam perjuangan yang penuh cabaran itu, Nabi Muhammad saw mengisi kehidupannya sebagai seorang Rasulullah dan meninggalkan contoh teladan bagi umat-umat yang kemudian.~


(Rujukan buku Kisah Ringkas Kehidupan Rasulullah saw, halaman 8)



~ 3 Jenis RANTAI Ibadah ~

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, 

"Satu bab yang dipelajari seseorang lebih dicintai Allah daripada 100 rakaat solat sunat." -[Riwayat al-Bazzar]


-Konsep Ibadah-

::Ibadah perlu diperluaskan lagi dengan ruangnya. Dalam konteks sesebuah ibadah, seringkali disalah erti dan dihadkan kepada rukun Islam sahaja; solat,puasa, zakat, dan haji, sebaliknya setiap perbuatan kita boleh membuahkan pahala dan berstatus ibadah.

~3 rantai IBADAH~

:: IBADAH ASAS (fardu ain) ::

- mempelajari,memahami, meyakini serta mengamalkan rukun iman dan rukun islam.
- ia membentuk hubungan seorang hamba dengan Tuhan (hablumminallah).

[-peranan : membentuk personal belief system (sistem keyakinan) seseorang. Ia mengandungi prinsip-prinsip asas tentang ketuhanan,kebenaran,kebaikan, alam dunia dan akhirat.]


:: IBADAH SUNAT ::

- mengerjakan amalan-amalan sunat seperti, solat sunat, puasa sunat, tasbih, zikir, membaca al-quran dll.

[-peranan : menampung kekurangan dalam ibadah asas dan menambah keakraban seseorang dengan Tuhan.]


:: IBADAH UMUM ::

- merangkumi seluruh aktiviti yang melibatkan tugas, kerja, profesion dan tindakan kita walau di mana-mana, pada bila-bila masa dan apa pun yang kita lakukan.

~SYARATNYA HARUS :-

:: Niat yang baik
:: Perbuatan selari dengan tuntutan syariat
:: Pelaksanaannya yang baik
:: Dilakukan secara optimum(bersungguh-sungguh)
:: Tidak meninggalkan ibadah asas
:: Perbuatan itu menghasilkan natijah/qudwah yang baik.


~[tegasnya, tujuan keseluruhan kehidupan kita adalah untuk beribadah]~

Firman Allah ta'ala yang bermaksud :  "Sesungguhnya Kami tidak mencipta kamu itu sia-sia." -[surah al-Mukminun : 115]


(rujukan majalah GEN-Q isu no.17 halaman 15)

Sunday, 30 December 2012

~Kuliah Dhuha Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail~

بسم الله الرحمن الرحيم 
~Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh~

   

Kuliah dhuha pada minggu ini (30/12/12 bersamaan 16 Safar 1434) bersama dengan Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail. Berbincangkan topik mengenai SIFAT TAMAK.

~ANTARA HUJAH-HUJAH YANG DIKEMUKAKAN OLEH TUAN GURU~


::Awasilah kamu terhadap sikap tamak, yang demikian sesungguhnya sikap tamak itu kefakiran yang menemani sifat seseorang.

::Nikmat tafaqquh fiddin nikmat yang PALING BESAR.

::Bersegeralah bertindak dalam melakukan kebaikan, tidak perlu sehingga orang lain terkapai-kapai meminta pertolongan.

::jika seseorang itu jahil ilmu agama, bantulah dia jika ada sedikit pengetahuan yang kita ada. tidak perlu kedekut ilmu. kerana ilmu itu milik Allah.

::kekuatan adalah prinsip dalam berdakwah, bukan dari segi percakapan mahupun perkataan.


~ 3 SYARAT DA'IE~

-orang yang menyeru manusia kepada Allah
-berperangai laku seperti soleh (x perlu berpura-pura)
-berdiri di atas minhaj sendiri melalui ASWJ


::PERKATAAN bukan syarat daripada seorang da'ie, akan tetapi AKHLAK.

::Orang yang faham dakwah ialah ahli bait (keturunan Rasulullah)

::Ahli bait hidup dengan al-quran. walaupun mereka tidak terkenal, tapi mereka terkenal dengan AKHLAK.Muliakanlah anak cucu Rasulullah saw.

::Akhlak menjadi contoh dalam agama.

-[ Didikan yang terbaik untuk anak-anak adalah "AKHLAK KARIM" (Akhlak Mulia) ]-


~ISLAM DILANDA FITNAH~

-BUKTINYA?-

::Percakapan saja bagus, tapi akhlaknya nauzubillahi minzalik!

::Orang yang cerca para Ulama' tidak ada bahagian di dunia dan diakhirat.


~Kenapa kadang2 timbul rasa tamak dalam diri?~


- dorongan hawa nafsu untuk mendapat sesuatu ke tangan orang lain.

- tidak berusaha untuk diri sendiri.

- tamak pada sesuatu yang tidak wujud.

- nak sesuatu tanpa usaha -->tamak (sangat merbahaya)


::Orang yang redha dengan apa yang Allah bagi adalah orang yang "hurrun"(merdeka) dari sifat tamak.

:: "Barangsiapa yang kalah dengan syahwat dunia, dia akan bersifat dengan kerugian dan tidak diredhai Allah swt.

~oleh kerana itu, berkawanlah dengan orang yang tidak bersikap tamak haloba. wallahua'lam..~






~7 Golongan dijamin menjadi PEWARIS SYURGA~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz~


Mereka yang digelar PEWARIS SYURGA dan dijamin untuk ke syurga sangat dirindui oleh syurga, terutamanya Jannatul Firdaus. 

Kerana Allah swt sudah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud, 

"Mereka itulah orang yang akan mewarisi, yakni yang akan mewarisi syurga firdaus.Mereka kekal didalamnya." - [Surah al-Mukminun : 10 - 11]

~DI ANTARA 7 GOLONGAN DIJAMIN MENJADI PEWARIS SYURGA~

:: Orang yang beriman kepada Allah dengan sempurna
:: Orang yang menjauhi perkataan dan perbuatan lagha(sia-sia)
:: Orang yang menunaikan zakatnya
:: Orang yang menjaga kemaluannya
:: Orang yang memegang janji-janjinya
:: Orang yang setia menunaikan amanahnya.
:: Orang yang mampu menjaga khusyuk dalam solatnya

Firman Allah swt yang bermaksud, 

"Sungguh, beruntung orang-orang yang beriman." -[surah al-Mukminun : 1]



~(rujukan didalam al-quran, surah al-Mukminun, ayat 1-11)

~Kelas Pengajian Daurah 3~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


المعلم : الفضل الاستاذ شوقي بن اسماعيل
الموضوع : فرض الوضوء
الكتاب : سفينة النجاء


::Fardu wudhu' --> perkataan asalnya ialah wido'ah
*sinaran/pancaran (benda-benda yang cantik)

[~"Barangsiapa yang berwudhu', dia meletakkan 1 keelokan pada dirinya."~]

::Orang yang berada dalam keadaan haid boleh mengambil wudhu', asalkan untuk mentarbiyahkan diri.


-RUKUN WUDHU'-

~Niat~

::setiap ibadah islam harus bermula dengan niat.
::niat mempunyai pengaruh dalam bab-bab agama dalam 70% (termasuk wudhu'.
::tempat utk berniat : ada dihati(melafazkannya di lisan adalah sunat)

~Basuh muka (sambil berniat)~

::air mestilah disapu melekat pada tangan.
::diantara rambut anak kepala hingga ke hujung dagu dan diantara telinga.

~Basuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku~

::apa-apa saja yang ada ditangannya,wajib disampaikan air. 
::sah wudhu' jika dakwat itu boleh hilang.
::contoh : dakwat pen, marker,highlither.
::tidak sah wudhu' jika liquid, gam gajah dll masih melekat pada tangan. 

~Sapu sedikit bahagian kepala~

::kalau seseorang itu botak (hanya sapu dibahagian kepala)
::sedikit saja pada bahagian anak rambut

~Basuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali~

::pastikan air sampai ke buku lali.

~Tertib~

::basuh dengan sempurna dan tertib.




Saturday, 29 December 2012

~3 Mutiara kata daripada Imam al-Ghazali~

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~para HABAIB yang dikasihi Allah dan Rasulullah saw~

~AMALAN MESTI KUKUH~
:: berkaitan fardu ain atau hukum syarak mesti difahami dan diamalkan bersungguh-sungguh.

~BANYAKKAN BERZIKIR~
::agar hati sentiasa bersih dan dijauhkan daripada bisikan syaitan

~PERBANYAKKAN BERDOA~
::bagi sumber kekuatan dan keyakinan orang mukmin kepada Allah swt selepas berusaha ikhtiar

Imam al-Ghazali berkata, ["Antara punca orang menjadi gila isim kesan daripada banyak berzikir adalah tiada amalan asas fardu ain yang kukuh, sebaliknya terus mengambil sesuatu zikir itu untuk diamalkan tanpa merujuk atau dipimpin oleh tuan-tuan guru yang muktabar."]

Friday, 28 December 2012

~Kelas Pengajian Daurah 2~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


المعلم : الفاضل الاستاذ ذوالكفلي بن اسماعيل
الكتاب : الخريدة البهية  - التوحيد





-Perbuatan makhluk memberi iktibar dan kesan
-Iktikad Ahli Sunnah Wal Jama'ah diambil dari keterangan Al-Quran dan hadis 
::mengandungi penegasan bahawa perbuatan itu perbuatan Allah swt.

-Akidah jika tertanam pada iman seseorang, jika dia diberi musibah, pasti akan dia sabar.

Qudrah ada dua bahagian : -

-Qadimah --> Allah
-Hadifah  --> Makhluk

::maka Allah mencipta perbuatan disisi perbuatan manusia.
::aliran ahli Yunani, kejadian dan peristiwa langsung bukan dari perbuatan Allah.
::Ahli sunnah wal jama'ah menegaskan isu ini berkaitan dengan soal Akidah.

~Allah itu sebagai zat berbuat mengikut kehendaknya.
~Benda yang Allah nak,akan terjadi. benda yang Allah taknak, takkan terjadi.

[Kebahagiaan bukan dengan harta,kemasyhuran,akan tetapi kebahagiaan itu ciptaan Allah.. yang memberi itu Allah..kesuburan tanah, keamanan dunia dll adalah ciptaan Allah swt.]

[Orang yang mentauhidkan Allah ialah orang yang sangat keras cintanya pada Allah & para sahabat sangat menjaga adab mereka kepada Allah swt]

::orang yang tak faham ISLAM adalah orang yang tak mengerti apa itu AKIDAH
::orang yang memimpin agama selepas kewafatan nabi Muhammad saw ialah PARA ULAMA'
::Para Ulama' ialah orang yang mengerti akan ajaran nabi Muhammad saw.

-Kejadian boleh berlaku jika ada kos/tabiat/perbuatan
-orang barat ambil penemuan sains dalam ISLAM

[Falsafah sosial adalah Falsafah Gunaan]

-Kalau Allah tidak bersifat dengan sifat-sifat salbiah, maka ia akan melazimkan Allah akan menjadi baharu. Yang demikian mustahil iaitu Tasalsul.

[ JAMAL(kelembutan) ] --> [ JALAL (keperkasaan) ]




~Kelas Pengajian Daurah 1 ~

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


المعلم : الفاضل الاستاذ عبد الله بن ذوالكفلي
الموضوع : ومنها اجتناب معاصي الجوارح
الكتاب : الرسالة جامعه



Maksiat anggota tubuh antara lain --> MAKSIAT PERUT

-makan riba'
-meminum minuman yang memabukkan
-makan harta anak yatim
-semua makanan yang diharamkan Allah swt.

:: Allah swt dan Rasul-Nya melaknat si pemakan riba' dan orang yang membantu.Termasuk orang yang menjualnya.

-Maksiat lisan : Ghibah (bercakap tentang keburukan saudara kita sesama muslim)
-Maksiat mata : memandang lelaki mahupun wanita ajnabi dengan pandangan syahwat (tanpa tujuan)
-Maksiat telinga : mendengar ghibah atau perkara2 yang diharamkan (lagha)
-Maksiat tangan : mengurangi pada sukatan dan timbangan (jual beli) dan khianat,mencuri
-Maksiat kaki : pergi ke sesuatu tempat untuk mengadu domba
-Maksiat farji (faraj) : berzina,meliwat
-Maksiat badan : derhaka kepada kedua ibubapa,lari dari medan perang,memutuskan silaturahim,berbuat
                        zalim kepada sesama manusia

Sumbangan AL-HUMAIRA' (Saidatina Aisyah RA)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Isteri Rasulullah saw merangkap juga sebagai kekasih pengarang jantung baginda, Saidatina Aisyah RA sangat dicintai dan disayangi oleh suaminya,Muhammad bin Abdullah.. 

[Nabi saw sangat mencintainya sebagaimana dapat diketahui dari suatu riwayat yang dikemukakan oleh Imam Adz Dzahabi ketika Amr bin Al-Ash,salah seorang yg masuk islam pada tahun 8H,bertanya kepada Nabi saw, "Siapakah orang yang paling engkau cintai." Baginda menjawab, "Aisyah." Amr bertanya lagi, "Siapakah dikalangan lelaki?" Lantas baginda menjawab, "Ayahandanya."]

isteri yg setia, penyayang dan bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai seorang isteri,anak dan juga seorang hamba yg taat kepada Allah swt..

Apabila beliau telah wafat, banyak sumbangan yg telah beliau berikan kepada kita..

~Antara sumbangan AL-HUMAIRA~

:: TAFSIR AL-QURAN ::
-Memperkayakan bidang tafsir
-sering jadi rujukan sahabat

:: HADIS ::
-meriwayatkan tidak kurang 1210 hadis Rasulullah
-menyampaikan ilmu kepada orang lain

:: Kewanitaan ::
-memberi fatwa berkaitan wanita
-bersama-sama beberapa peperangan menentang musuh

Diriwayatkan daripada Aisyah RA, ia berkata, Rasulullah saw bersabda, "Aku melihatmu dalam mimpi selama tiga malam, iaitu engkau dibawa oleh malaikat Jibril dalam kain sutera yang bagus. Jibril berkata, "Ini isterimu". Setelah ku buka wajahnya, ternyata engkau. Lalu aku berkata, ini dari sisi Allah. pasti Dia akan melaksanakannya." [Hadis Riwayat Imam Adz Dzahabi dlm Siyaru Alamin dari Hisyam bin Urwah, dari ayahnya, dari Aisyah.]


Tuesday, 4 December 2012

Akukah yang kau PILIH?

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

(makin menjadi-jadi pula bermadah...) -_-"
Mungkinkah diriku yang kau pilih?
Aku tidaklah begitu sempurna berbanding dengan wanita yang lebih solehah..
Masih lagi jahil dengan ilmu namun sedang berusaha untuk mencari sesuatu yang Allah restu.

Apakah diriku yang menunggu rindu?
Bila hati bicara,
mulut pula hilang kata untuk bermadah..

Ya Allah,
jika hatiku rindu,
sampaikanlah rinduku ini pada orang yang selalu bertaqarrub kepada-Mu..

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
hantarkan hati ini pada insan yang ada cinta-Mu..
dan jika cintanya hadir dalam atmaku,
izinkanku untuk menjaganya di dalam doaku..

Bukan diri ini tak mahu mengakui perasaanku padamu,
cuma hatiku malu untuk bertegur dahulu,
itu lebih baik jika ada yang ber"tamu",
dosa pula yang bertubi-tubi menjamu..

~Bahagiakanlah ibubapa kita sebelum kita membahagiakan "orang baru"~



tinta kasih,
------------------------
Cahaya Serikandi  aka  BAYU






Monday, 3 December 2012

Adakah anda SYOK SENDIRI?

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

syok lah kau sendiri2 ye.. 
Anda pernah alami syok sendiri?? Haha, mestilah pernah. Semua manusia pernah mengalami 'syok sendiri'. Tapi untuk pengetahuan anda, syok sendiri ini hanya membuang masa saja, malah ia hanya boleh binasakan diri sendiri.

Jika sering "SS", kalau tak dapat, hati akan kecewa bagai nak mati nak buat apa? Baik kita ambil yang jernih, buang yang keruh. Daripada menyeksa diri sendiri, lebih baik kita fikirkan apa yang patut.. betul tak?

Alamatnya, menyesal tak sudah di kemudian hari. Amalkan gaya hidup sihat.. Dah2, tak payah nak ber SYOK-SYOK SENDIRI. 

Bak kata pepatah vlogger Pelaut Rabbani yang tak PATAH, "Bersatu teguh, SYOK SENDIRI kita roboh."


Cahaya Serikandi  aka  BAYU



Saturday, 1 December 2012

~ Lirik OST Warkah Cinta ~

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


[~Setiap bait lirik ini penuh maknawi.. hendakku hayati, jiwaku bergetar emosi, bagai mencari warkah yang di cari, untuk seorang yang bergelar insani~]
-cahaya serikandi-

~WARKAH CINTA BERBAU SYURGA~
(Lirik oleh A. Ubaidillah Alias)

Sebuah jiwa terbentang seluas sahara,
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa,
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga.

Sempadan batinku hampir terbelah,
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa,
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota Cinta dari Syurga

Biar beribu parut luka menghiris kalbu,
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar,
Sekalipun diriku terbuang di mata insan,
Engkau Maha Mengerti letaknya cintaku ini.

Izinkan aku meniti di atas hamparan syurgamu,
Bila saat aku pergi…biarlah cintaku tetap di situ.

Nota : Lagu ini adalah merupakan tangisan batin watak utama ‘Amir Mukhlis’ dalam menghadapi setiap plot ujian dalam hidupnya.


-----------------------------------------------------------------------------------
antara watak -watak utama dalam Drama Warkah Cinta :


Cahaya Serikandi  aka BAYU

Thursday, 29 November 2012

Jangan HINA dia!!

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


"siapa kita untuk menggelarkan dia insan GILA??"

~peristiwa tdi mmg sangat membuatkan hati ini tersentuh~

-seorang lelaki yang mungkin seorang bapa, datang ke arah adikku, lalu memegang bahunya .namun segera ayahku menepis tangannya..hatiku tiba-tiba sayu melihatnya walaupun ku tahu diri harus berjaga-jaga... 'kesian orang tu, mesti teringatkan anak dia.' - luah ummi.


'mungkinkah anak dia yang meninggalkan dia?'

'mungkinkah anak dia telah mati??'
'atau mungkin dia ditinggalkan oleh anaknya sendiri?'

ketika ayahku menghulurkan wang kepada lelaki tersebut, lelaki itu malah menolak tanda tidak mahu pemberian dari ayahku. Lantas dia terus menghulurkan tangan tanda ingin salam kepada ayahku. Aku tergamam. Ternyata bukan duit yang dia inginkan, tetapi hanya ingin 'salam'.. Aku melihat gaya dan kelakuannya yg seakan boleh dilabelkan sebagai seorang "pesakit mental". Namun apa kan daya, diriku tidak berhak untuk menghinanya sebegitu rupa. Dia juga makhluk Allah.. 

Siapa kita untuk menggelarkan dia sebagai seorang insan GILA? siapa kita untuk mencaci dan memaki hamun dia?? Kita ada lesen ke?


Lagipun, dia adalah hamba Allah yang sangat beruntung.. kerana apa? Kerana, orang itu adalah orang yang sangat bertuah mendapat gelaran AHLI SYURGA. Hebat bukan? Segala dosa pahala dia, semuanya sudah tidak dikira lagi. Hidupnya hanya bertemankan pelangi hidup di alam fantasi, cuma perlu menunggu untuk belayar di tapak firdausi. 



Oleh itu, hormatilah ia, sayangilah ia... Meskipun dirinya sudah berada di "dunia" lain, akan tetapi rohnya dijasad masih lagi memegang jawatan sebagai seorang khalifah dibumi.

Kita ni, fizikal dan mental sihat-sihat belaka, tapi kita gunakan fizikal untuk memukul mereka, kita gunakan mental untuk menyeksa mental fikiran mereka. Kalau kita rasa apa yang mereka rasai, baru kita tahu betapa peritnya diperlakukan sebegitu.

Akhir kalam, ciptaan Allah semuanya indah, hanya mulut saja bercanda bermain kata dusta ,dosa pula yang datang menimpa. Kata-kata dari mulut merupakan satu doa. Seandainya orang yg kita hina itu terlepas mendoakan keburukan untuk diri kita, tidak mustahil doanya pasti akan termakbul jua..Ingatlah, tanpa Allah, hidup akan serba gelap tanpa cahaya, meskipun cahaya yang kau lihat adalah cahaya dunia, namun cahaya dalam hati amat samar2 untuk diterokai.apatah lagi cahaya di Akhirat.~ wallahua'lam.



~Cahaya Serikandi  aka  BAYU~

Saturday, 24 November 2012

Warkah untuk AYAH BONDA

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ummi, tidak pernah terniat dihatiku untuk melukai hatimu.... Cuma diriku malu untuk berada dihadapanmu.. kerana diriku seakan penuh dosa untuk menatap matamu yang semakin sayu. 

Setiap malam, aku menangis.... Aku menangis kerana merindui dirimu.. Aku menangis kerana menginginkan pelukanmu. Aku menangis kerana takut kehilanganmu.. Aku takut seandainya dirimu tiada disisiku... Kerna itu aku tidak menangis dihadapanmu.. Tidak ingin membuatmu resah melihat diriku... Aku tahu kau ingin diriku sentiasa berada bersamamu... Akan tetapi, saatku menatap wajahmu, hatiku seakan mahu menangis.. kerana aku sangat takut kehilanganmu...

Setiap kali selepas solat, aku selalu berdoa untukmu.. Aku selalu berharap agar kita sama2 boleh tinggal di rumah Allah(Syurga).. 

Ku tahu, marahmu kerna kau mencintai diriku. Malah, aku tidak pernah sesekali untuk membenci dirimu. Kerna aku tahu, dirimu terlalu istimewa untuk diriku.... 

Ummi, aku terlalu merindui pelukanmu..
aku terlalu merindui suaramu...
aku terlalu merindui bebelanmu....

Ummi, anakandamu ini benar-benar merindui dirimu.........

Cintaku padamu tidak akan pernah berpaling kerna rahimmu menjadi bukti pengorbananmu untukku...

--------------------------------------------------------------------------------




Abah..
aku.... aku sebenarnya sangat merindui suaramu memanggil namaku..aku sangat merindui kasihmu untukku...

Dilubuk hatiku, tidak pernah terniat untukku mendiamkan diri.. Namun, ketahuilah, setiap kali dalam sujudku, aku sentiasa berdoa untukmu dan juga ummi..

Aku selalu menitiskan airmata tanda kerinduanku padamu... Aku juga tahu air matamu sentiasa mengalir tanpa pengetahuanku... Kerna hatiku sering bermonolog bersama hatimu...

Semasa ku kecil, aku sentiasa merengek untuk mendapatkan itu dan ini.. Sedangkan dirimu tidak pernah mengeluh melihat telatahku..

Kini, saat raut wajahmu bertukar senja, aku menjadi seperti kehilangan tempat untuk ketawa.. Aku takut kehilanganmu..

----------------------------------------------------------------------------


Sebelum warkahku berakhir, izinkan anakandamu untuk melakar puisi untukmu ummi dan abah..

Ummi,
jika air matamu sering mengalir kerana diriku...
maafkan daku...
anakmu ini sering melakukan dosa tanpa henti..

Abah,
jika kau menitiskan air matamu kerana kedegilanku...
maafkan diriku...
anakmu ini sering leka dalam mencari erti cinta..

Ummi abah,
tiada hadiah yang dapat ku buat untukmu,
selain doa dan cinta dariku..
hanya itu yang ku ada untuk dirimu..

Ummi,
kenakalanku bukanlah bererti ku ingin menderhakaimu,
bahkan aku cuma ingin diminta perhatian darimu...
aku ingin selalu dekat disisimu...

Abah,
ku tidak pernah lupa kasih dan sayangmu terhadap diriku...
susah payahmu kau mengorbankan diriku...
ku tahu, segala penat lelah kau bekerja sepanjang waktu,
kau tidak pernah abaikan tanggungjawab sebagai seorang AYAH..
untuk membimbing anakmu jalan ke syurga..

Ummi,
rahimmu menjadi bukti betapa besarnya
pengorbananmu untuk diriku
sewaktu untuk melahirkan seorang bayi didunia ini..
kesakitanmu menjadi hilang saat kau melihat seorang insan yang suci dari dosa..

Abah,
tangan kasarmu menjadi bukti betapa besarnya
pergorbananmu untuk diriku
sewaktu kau menghempas pulas bekerja semata-mata untuk diriku
dan juga keluarga...
keluhanmu menjadi hilang saat kau melihat telatah seorang anak yang tercinta....

Ummi abah...
ikhlas dari hati anakandamu ini,
bersama air mata yang mengalir tak henti-henti,
hanya ini yang ku dapat untuk meluahkan perasaan cintaku padamu...

Maafkan diriku saatku pernah melukai hatimu...
sayangku takkan pernah berubah..
cintaku takkan pernah hilang....
ketahuilah,
anakandamu ini,
sangat merindui cinta dan kasih darimu...

ikhlas,

Cahaya Serikandi  aka  BAYU :'(

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~