بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
-9 mac 2014-
[kitab tajzib atroful hadith]
Setelah Allah meredhai akan sesuatu, Dia akan menggerakkan hati hamba-Nya yang taat, untuk membantu saudaranya. Malaikat membentangkan sayap2 mereka, untuk orang2 yang menuntut ilmu. Orang2 yang soleh digerakkan oleh Allah agar dia dapat membantu dalam majlis ilmu. Bila Allah permudahkan untuk kita dalam menghadiri majlis ilmu, maka kita jangan sia2kan peluang itu. Dizaman kita, terlalu banyak fitnah. Hal ini kerana, pendapat ulama' sudah tidak diguna pakai. Menjadikan rumah kita sebagai kubu. Kubu keluarga daripada perkara kemungkaran. Yakni, kubu yang dapat mempertahankan agama.
Jangan berlengah-lengah dalam menuntut ilmu. Sia-sia kita belajar tinggi2, tetapi tiada akhlak dalam diri. Tidak cukup hanya dengan menuntut ilmu sahaja jika tanpa akhlak. Masalah tidak dapat diselesaikan melainkan dengan ilmu. Bila dah belajar sesuatu, jangan kata tak boleh.
Tujuan mengaji/menuntut ilmu adalah untuk berjuang demi islam dan berdakwah kepada orang ramai. Datang menuntut ilmu kene jaga adab. Sedekah ada 3 ,
-bersedekah-
(wajib : zakat)
(sunat : sedekah di masjid dll)
-nafkah-
(kepada isteri dan keluarga)
-infaq-
(keluar nafkah dalam perjuangan islam)
Orang yang bersedekah, terlepas drpd azab kubur. Kerana dia selalu beri barang kesayangan dia. Asbab itu menjadikan dirinya sentiasa berhusnu zhon kepada Allah. Orang yang bersedekah adalah sifat ahli2 syurga. Orang yang bersedekah, tinggi darjatnya disisi Allah. Hati kita dididik dalam majlis ilmu. Orang yang tidak mahu menuntut ilmu adalah orang yang sombong.
wallahua'lam.
-15 mac 2014- (sabtu)
[majlis khatam kitab hadis arba'in imam nawawi]
Pertemuan kita adalah seakan-akan ada cinta daripada Allah. Alhamdulillah.. Tidak akan berlaku pertemuan ini jika Allah tidak berkehendaki. Allah mahu orang mematuhi perintah-Nya. Hamba yang mematuhi perintah Allah akan mendapat ganjaran yang besar. Siapa yang beri kesejahteraan dalam hidup? Siapa yang mengurniakan udara? jawapannya adalah ALLAH 'AZZA WAJALLA.
Kita hanyalah hamba Allah. Umur, kesihatan, makanan, minuman, udara, adalah keperluan yang Allah berikan kepada kita. Cuba kita tidak bernafas, adakah kita dapat menghirup udara? adakah kita dapat hidup? tidak! udara jika ditutup, maka matilah kita. Hidup kita bergantung kepada Allah.
-16 mac 2014- (kuliah dhuha - ustaz hanif)
[kitab : tajzib atroful hadith]
Nikmat yang paling besar ialah apabila kita bersama2 dalam majlis ilmu. Hajat/doa kita adalah milik mutlak Allah. Siapa kita untuk paksa doa kita untuk dimakbulkan? Ramai yang hanya nak doanya dimakbulkan tanpa memikirkan, bagaimana cara untukku memperbaiki nak minta sesuatu daripada Allah? Bila kita berdoa, jangan berdoa dalam keadaan bongkak. pakailah pakaian hamba, yakni dengan keadaan merendahkan diri. tidak sibuk dengan pangkat yang ada, harta yang ada. pakai pakaian hamba adalah senang doa kita untuk dimakbulkan.
Bila Allah beri kita kehinaan di dunia, sebenarnya Allah nak bagi kemuliaan kepada kita, jika kita bersabar. Mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Allah suka hamba-Nya yang selalu meminta-minta.
-18 mac 2014- (selasa)
[kuliah maghrib bersama Habib Ali Zainal Abidin Al Kaff]
Allah telah memilih seseorang untuk sentiasa menyebut nama "Muhammad". Allah memuliakan kaki seseorang untuk hadir ke majlis ilmu. Jika Allah tidak berkehendak, maka Allah tidak akan mengizinkan kita utk hadir didalam majlis ilmu. oleh kerana Allah mencintai kita, kita telah dipilih untuk menyebut nama2 Allah. Allah tahu kita sgt berharap kepada-Nya. nikmat taufiq drpd Allah. Nikmat taufiq bermakna Allah beri nikmat untuk berbuat taat kepada-Nya. Tidak ada satu nikmat yg besar melainkan nikmat taufiq.
sesuatu yg jarang2 adalah mahal. Nikmat taufiq drpd Allah adalah mahal. sentiasa mengucapkan "Alhamdulillah" pd setiap waktu agar Allah beri nikmat. org yg hebat adalah diantara òrang yg paling bersyukur. jika nak masuk syurga, buatlah amalan seperti ahli syurga. Jika nak masuk neraka, buatlah amalan seperti ahli neraka. kita inginkan kehebatan, tetapi kita tidur. ada yg ckp, "aku mahu mengikuti rasulullah", "aku mahu mencontohi rasulullah", tetapi apabila dihari akhirat kelak, Allah bertanya kepada rasulullah, "adakah kamu kenal dgn org ini?" Lalu jawab baginda, "saya tidak kenal."
Menurut Habib , Allah memberi nikmat yang luar biasa besar . Allah swt memberi nikmat yang begitu agung . Allah swt memberi nikmat yang begitu luhur . Allah swt menciptakan ribuan ratusan keliaran makhluk Allah tidak terhitung akan tetapi Allah swt menjadikan sebahagian dari mereka beriman kepada Allah swt . Allah swt menciptakan makhluk di Kota Malaysia akan tetapi beberapa yang Allah pilih untuk dijadikan lidahnya mulia dengan menyebut nama habibana Muhammad Rasulullah saw . Allah swt menciptakan makhlukNya Allah swt di daerah ini akan tetapi sebahagian dari mereka Allah memuliakan kakinya . Allah swt menjadikan orang tersebut mulia untuk hadir di majlis ilmu . Dan tidaklah dia melangkahkan kakinya di majlis itu kecuali satu langkah dia dihitung pahala oleh Allah swt . Allah swt menciptakan mahklukNya Allah swt akan tetapi sebahagian yang mahu mengambil anugerah dari anugerah Allah swt .
Seorang pujangga Arab pernah berbicara dan berkata : " Ya Allah ! Kalau Engkau tidak menginginkan kebaikan bagiku , Kalau Allah swt tidak ingin menjadikan kita-kita yang hadir di sini untuk menjadi Ahli Syurga kelak . Ketika Allah swt tidak menginginkan kita-kita yang hadir menjadi orang yang hebat . Allah swt tidak akan menggerakkan hati untuk hadir ke majlis ilmu ini . "
Buktinya ! Kita hadir ke majlis ilmu ini atas kemahuan kita sebgai bukti Allah swt mwnginginkan kebaikan bagi kita , ataupun kemahuan dari kita , kalau Allah tak berkehendak , kita tidak akan hadir .
Tapi Allah swt pilih di antara makhluk-mahkluk Allah , Allah swt jadikan mereka mulia kerana Allah swt cinta kepada kita .
Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin .
Kerana Allah swt cinta kepada kita , Allah pilih kita untuk dimuliakan lidahnya menyebut nama Rasulullah saw , untuk dimuliakan tangannya memegang tangan indah Rasulullah saw , untuk dimuliakan matanya untuk melihat Rasulullah Habibana saw . Kerana Allah tahu kita adalah sebagai makhluk Allah swt yang mengharapkan kemuliaan dari Allah swt .