Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday 20 May 2012

~Maksud Sastera~




Maghrur : Sombong, angkuh

Firus : batu permata yang biru

Frekuensi : kekerapan

Lazuardi : galian permata yang berwarna biru

Gabir : Canggung, kekok

Gabas : gopoh-gopoh/terburu-buru/gesa-gesa

Gah :Masyhur

Gandrung : sangat rindu/sangat ingin

Gangsar : cengkerik/keridik

Garah-garah : lawak jenaka/senda gurau

Adaptasi : keadaan baru atau berbeza

Ancala : gunung

Menjana antipati : merasa benci

Ambal : permaidani

Aneka ragam : macam2 kerenah

Amunisi : peluru

Acap kali : sering kali

Acaram : cincin bertunang

Adikara : kekuasaan/sewenang-wenang

Afektif : perasaan dan emosi untuk kembangkan minat dari pembaca

Afsun : pesona

Aleman : manja

Aksara : huruf

Dalam Akumen : menilai

Ajrib : hormat/segan

Alif : sahabat/teman

Kontra : melawan

Prosodi : intonasi/rentak/irama

Prolog : sandiwara/pidato

Ratna : intan/puteri gadis yang cantik

Anfas : lebih berharga

Ilusif : idea/objek (khayalan)

Selektif : pilihan

Jihat : arah/pihak/sisi

Jumantan : zamrud

Jumantara : langit/udara/cakerawala


Saturday 19 May 2012

Warkah Cinta Pengikat Sanubari ( sambungan )



"Berapa harga buku ni pak cik?" Tanya Khairul Ridhwan kepada penjual itu.
ما هو ثمن الكتاب وأغتنم؟

"Cuma 100 junaih untuk 2 buah buku.." Jawab penjual yang bertubuh sasa itu.
 100 junaih لمدة 2 الكتب.


"Ermm, kalau 3 buah buku, berapa pula harganya?" 
 أوه، إذا 3 كتب، ماذا عن الثمن؟

"Kalau macam tu, harganya cuma 195 junaih. Belilah, harganya murah sahaja." Promote penjual itu.
 إذا كنت تحب ذلك، فإنه يكلف سوى 195 junaih. شراء، والثمن هو أرخص.

"Murah apa macam tu kalau asyik nak untung! Allah yang bagi rezeki pada pakcik, bukan pakcik yang tentukan sendiri!" Tegas wanita itu.
 كل شيء رخيص من هذا القبيل اذا كنت الحفاظ على الربح! الله للحصول على القوت على عمه، وليس لتحديد عمه الخاصة!

"Anti, tidak mengapa. Ana boleh membayarkan semuanya. Jangan marah-marah lagi ya? Allah kan tidak suka kepada orang yang bertindak kepada nafsunya sendiri?" Tegur Khairul Ridhwan.
 أنت، لا تقلق. أنا يمكن أن تدفع عن كل شيء. أبدا مرة أخرى غاضب جدا؟ الله لا يحب الشخص 
 المناسب بناء على رغباته الخاصة؟

 "Astaghfirullah, ana lupa! Terima kasih wahai pemuda yang dirahmati Allah, insya Allah."
 اغفر يا الله، انا المنسية شكرا لك يا شاب باركه الله، إن شاء الله

 "Sama-sama. Kita sebagai manusia haruslah saling mengingati antara satu sama lain. Ada hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 'Sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat'. Jadi, memang tidak salah jika kita saling tegur - menegur untuk mengelakkan berleluasanya dosa." Kata Khairul Ridhwan.

 معا، ينبغي مترابطة نحن كبشر مع بعضهم البعض تذكر. هناك تقاليد وقال النبي، "أعط العلم ولو جملة واحدة. لذلك، فإنه ليس من الخطأ القول بأننا استقبل بعضهم البعض - على نطاق واسع لتجنب الخطيئة توبيخ


"Benar. Maafkan ana, kalau boleh ana tahu, nama anta siapa ya?" Soal wanita itu.
  صحيح. عذرا انا، انا إذا كان ذلك ممكنا أن نعرف من هو اسمك؟

"Ana Khairul Ridhwan. Mahasiswa Al-Azhar bidang usuluddin Fiqh dan Tafsir Al-quran. Anti pula?" Tanya Khairul Ridhwan. 

انا خير رضوان. الأزهر طلاب اللاهوت والفقه تفسير آل القرآن. أنت؟


"Ana Durriyah Humaira binti Durrah Mahmud. Mahasiswi Jordan di Al-Mansurah Irbid. Ambil bidang usuluddin falsafah dan hadis." Tutur sahaja wanita itu bicara sambil menundukkan wajahnya. Khairul Ridhwan tahu seorang wanita harus menundukkan wajahnya kepada setiap lelaki ajnabi.Termasuk dia.

  آنا دريه حميرة الدرة محمود. ، إد في اربد الأردن شركة المنصورة. أخذ مجال علم اللاهوت الفلسفي والتقليد  

 ~Bersambung di episod kedua~
 ~استمر في الحلقة القادمة ~
 

Wednesday 16 May 2012

Kalimah Mahabbah Cinta Dari Nya~ ^^


Tenangnya hati melihat alam dunia,
Alam ciptaan Tuhan yang serba sempurna,
Burung-burung bebas terbang di angkasa,
Menyanyi lagu syukur cinta kepada Mu..

Langit yang ku gapai,
Tak pernah ku sampai,
Walau tinggi menggunung,
Ku takkan kecewa..
Kerana ku tahu,
Bahwa di sebaliknya,
ada kemudahan di setiap
sulitnya...

Entah berapakah air mata ini
sering mengalir tanpa segan silu..

Kalimah Mahabbah-Nya,
Ku sambut dengan gembira,
Ku syukur akan kudrat-Nya,
Ku takjub dengan kehebatan -Nya..

"Lailaha illallah muhammadurrosulullah"
~Tiada  Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah~

Itulah kalimah yang menjadi tonggak kekuatan dalam kehidupanku...
Untuk menunjukkan diriku ini seorang yang berpegang kepada agama Mu..
Mahabbah Cinta Mu,
Aku nikmati,
Aku syukuri,
Aku hayati...

LOVE YOU ALLAH!! ^^

Tuesday 15 May 2012

Puisi : Kasih Guru untuk Anak Bangsa












Mekar senyumannya
tanda keikhlasan..
Suci hatinya tuk berkorban diri..
Sanggup berbakti kepada setiap insani...
Insan terlahirlah ummah yang sejati..

Kata-kata yang engkau salurkan,
Menjadi pengikat semangat kejayaan,
Guru sebagai penyambung warisan,
Mendidik anak-anak bangsa dengan penuh berwawasan.

Tanpa guru,
Tiadalah ilmu yang datang memburu,
Tiadalah insan yang melangkah maju,
Tiadalah pemimpin yang bergerak laju...
Kerana ilmu dicari bersama seorang guru~













Guru,
Engkau sinar yang ku cari,
Engkau lilin yang membakari semangat ini,
Engkau seorang pejuang yang pertiwi,
Mencorakkan anak-anak bangsamu
menjadi insan yang budi pekerti..

Guru,
Engkau tabah melayani kami semua
sebagai anak-anakmu di sekolah,
Menjaga dan mengasihi,
Setia mendengar luahan duka
daripada anak muridmu..

Guru,
Kau umpama pokok kejayaanku,
Jika kau hilang dalam hidupku,
Maka,
akan tumbanglah pokok itu..
kerana pokok itulah yang menjadi inspirasiku sepanjang waktu~

TERIMA KASIH CIKGU ! THANK YOU TEACHER ! SYUKRAN JAZILAN YA MUALLIM/MUALLIMAH ! ^^ ANA UHIBBUKUNNA ABADAN ABADA~ :)

Thursday 10 May 2012

Special for my umi... ^ ^~

~Umi ana (Hanizah Alias) & Abah ana (Mohd Yusof Ali)~


Tika kau dilanda marcapada dunia,
Engkau sabar dilambung badai,
Engkau sedar kerana disayangi oleh-Nya...

Garis-garis tua di dahimu,
Menanti masa di mamah usia,
Penat lelah melayan aneka ragam anakmu,
yang penuh kosong dengan segala
pengertian hidup ini...

Sakitmu, ku ubati,
Dukamu, ku rawati,
dan tawamu, ku nikmati....

Tiada yang lebih indah didunia ini..
tanpa seorang ibu yang SOLEHAH~
seperti umi.. :)

syukran kerana menjaga anakmu yang kian membesar ini..
titisan peluhmu menjadi bukti pengorbananmu terhadap anakmu ini...~

Saturday 5 May 2012

Hanya Sekeping Kertas (tajuk x confirm)


~CERPEN BERTEMAKAN KASIH SAYANG/PENGORBANAN/PERSAHABATAN~
::Tajuk cerpen : Hanya Sekeping Kertas

Kelihatan Jibriel sedang berjalan menuju ke kelasnya. Tetapi malangnya dia telah dihalang oleh sekumpulan pelajar yang sering mengganggu dia.
“Hoi budak miskin! Kau ni memang takde rasa malu eh? Macam manalah kau boleh datang kat sekolah ni. Aku tengok kau pun bukannya kaya sangat. Setahu aku, kau sorang je kan pelajar yang tidak berkemampuan? Eh, buat malu pelajar tingkatan  5 jelah!” Sindir Pian selaku ketua samseng terkenal di sekolah itu. Jibriel diam seribu kata tanpa untuk membalas apa-apa. Lantas dia berjalan pantas dan terus masuk ke kelas.
Walau bagaimanapun, dia harus tetap tabah dengan segala herdikan mahupun cemuhan yang datang kepada dirinya. Malah, Jibriel tahu bahawa dia hanyalah pelajar yang berstatus rendah berbanding dengan pelajar lain. Baginya, jika diikutkan hati, mahu saja dia berpindah dari sekolah itu. Tetapi apakan daya, dia sudah mendapat tawaran untuk belajar di situ. Dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dua tahun yang lalu iaitu Pernilaian Menengah Rendah (PMR), dia telah ditawarkan untuk memasuki Sekolah Menengah  Kebangsaan Pangkat Nasional. Sekolah tersebut diantara sekolah-sekolah yang terkenal kerana disamping para pelajarnya yang bijak dalam akademik,malah mereka juga adalah daripada keluarga yang berpendapatan tinggi. Ramai di antara bapa-bapa mereka yang berpangkat tinggi. Kadang-kadang timbul juga kecemburuan di hati Jibriel kerana hanya dia seorang saja yang tidak kemampuan.
Duit perbelanjaannya di sekolah hanya boleh memperolehi dipoketnya 0.50 sen sehari. Dengan berbekalkan duit itulah, dia harus berjimat-cermat dengan menabung. Pendapatan ibunya hanya berdasarkan pada jualan kuih karipap sahaja.Jika pendapatan ibunya dalam masa sebulan cuma RM 15.00, maka Jibriel dan adiknya Balqis terpaksalah mengikat perut mereka sendiri.Bapanya, arwah Pak Hamid, telah lama kembali ke rahmatullah akibat kemalangan di jalan raya. Jadi, Jibriel sebagai anak yang tertua sekali diantara adik-adiknya, harus menggalaskan tanggungjawabnya sebagai seorang abang yang sulung dan “ketua pembimbing” dalam anggota keluarganya.
~^ ^~
Kedengaran kasut yang berbunyi itu menandakan pasti akan ada guru yang ingin memasuki kelas 5 PROFESIONAL.
Memang tidak sah lagi! Cikgu Sulaiman yang memasuki kelas itu.
“Selamat tengahari semua!” Kata cikgu Sulaiman dengan nadanya yang tegas.
“Selamat tengahari cikgu!” Jawab pelajar-pelajar tingkatan 5 PROFESIONAL.
“Baiklah, hari ini cikgu akan memulangkan resit pembayaran yuran persekolahan kamu semua. Apabila cikgu menyebut nama kamu, datang ke hadapan dan ambil resit ini.” Kata cikgu Sulaiman.
Jibriel agak tergamam ketika cikgu Sulaiman menyebut soal yuran. Lagi-lagi kalau itu mengenai wang. Bukan dia tidak ingin membayar, tetapi melihat pada kondisi pendapatan keluarganya,dia menjadi serba salah untuk menyatakan surat pemberitahuan pembayaran yuran persekolahan itu kepada ibunya, Mak Rabiah.
“Jibriel, datang ke hadapan sekarang!” Jerit cikgu Sulaiman.
Dia menjadi kaku apabila namanya disebutkan.Pasti cikgu akan memarahinya.
“Ya cikgu?” Tanya Jibriel.
“Kenapa kamu tidak melunaskan yuran sekolah kamu? Ini sudah masuk 4 bulan kamu bersekolah di sini tanpa sebarang bayaran apa-apa pun. Saya nak dalam masa sebulan ni kamu harus melunaskan yuran sekolah sebelum saya melakukan tindakan yang lebih drastik. Faham?!” Garang cikgu Sulaiman.
“Tapi cikgu…Ibu saya hanya… errr…” Gugup lidah Jibriel untuk meneruskan ayatnya.
“Eh?  Takde tapi-tapi. Jika kamu gagal untuk melunaskan yuran sekolah kamu, lebih baik kamu pergi ke sekolah lain!” Bengis cikgu berkata.
Pelajar-pelajar lain semuanya tergelak melihat ketidakmampuan Jibriel itu. Jibriel cuma tahu untuk tersenyum kelat dihadapan rakan-rakan sekelasnya.Padahal di dalam hatinya sedang menangis mengeluarkan firus-firus yang berprosidikan kesayuan.

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~