بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, masih lagi dapat ana menulis walaupun sejak kebelakangan ini ana agak menghiraukan blog ini. Disini ana ingin menghuraikan hujah mengenai Bila Allah Menduga Kita..
Apakah yang dimaksudkan dengan DEFINISI DUGAAN ?
:: Dugaan ertinya bencana ,malapetaka ataupun ujian. Bencana, contohnya seperti kejadian bencana alam.. Di zaman globalisasi kini terlalu banyak bencana alam yang melanda dunia kita. Akan tetapi, itu semuanya punca daripada angkara siapa? Angkara kita sendiri sebagai pemimpin dunia! Disebabkan terlalu leka dengan permainan dunia yang lagha, kita semua mendapat kesan disebaliknya. Itu baru bencana alam. Belum dicoretkan lagi dengan 'bencana' dalam diri sendiri.
Ana ingin bertanya, "Sekiranya anda mengalami ujian yang begitu berat, pasti anda akan mengeluh terlebih dahulu,bukan? Dan akan berkata, 'kenapa aku?' "
Ok2, ana sudah dapat jawapannya. Ya! Setiap manusia yang menetap di bumi ini pasti akan mengeluh dalam apa jua dugaan yang menimpanya. Kerana apa? Kerana kita berasa diri kita terlalu lemah untuk mengatasi ujian tersebut.Bukankah Allah sudah berfirman didalam alquran yang bermaksud :
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya......"
-[surah al-Baqarah : 286]-
Allah amat mencintai hamba-hambaNya.Takkan Dia sanggup ingin melihat kita dengan ujian yang tidak tertanggung sendiri oleh kita?? Oleh itu, bersabarlah sepertimana Allah telah berfirman yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar."
-[surah al-Baqarah : 153]-
Wah,beruntungnya kita sebagai umat baginda saw dan hamba tercintaNya! Sebenarnya tidak rugi jika kita mengucapkan kalimah 'HAMDALAH' (Alhamdulillah) saat kita diuji..Kerana Allah sudi berjanji kepada kita, apabila setiap hamba-Nya diuji dan dia bijak mengatasinya dengan hati yang sabar, Allah akan mencatatkannya untuk ke jambatan syurga. Bukankah itu sesuatu janji yang begitu romantik dan indah?? Hati kita pasti akan berbunga-bunga apabila derita kita dihadiahkan dengan ganjaran yang selama ini kita tidak perasan langsung.
Di dunia ini semua manusia akan mengalami ujian hidup.Tak kiralah orang tu dari keturunan bangsawan mahupun dari keturunan sederhana. Dari sudut pandangan orang yang miskin, mereka pasti akan berkata,
"Sampai bilelah aku nak terus jadi miskin. Kalaulah aku dapat jadi orang kaya, taklah susah sampai macam ni. Nak cari duit pun kene kerja hari-hari.Penatlah!"
"Orang kaya memang arr x de ujian langsung.Sebab diorang hidup senang-lenang, goyang kaki!"
"Siapalah aku disisi orang yang berpangkat besar..."
Astaghfirullahal'azim.......! Faham tak maksud jihad sebenarnya ni??Jihad ertinya usaha yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu kebaikan bagi mencapai redha Allah. Tidak semestinya orang kaya tidak pernah mengalami ujian hidup, malah orang kaya lebih runsing dengan kekayaan yang mereka miliki. Orang kaya makin banyak wang, makin banyak hutang yang perlu dibayar.Contohnya mereka lebih agresif menggunakan kad kredit berbanding wang tunai.Dan ironinya? Mereka akan terus mendapat surat hutang dari bank untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Kadang-kadang orang yang berpangkat besar juga sering mengalami pemikiran yang serabut dalam menentukan sesuatu idea yang kreatif. Bagi mereka, orang miskin hidupnya senang tanpa sebarang hutang dikeliling pinggang. Kerna itu , cara otak pemikiran dari segi manusia miskin dan manusia berharta berbeza tokok pandangannya.
Baiklah,berbalik kepada persoalan jihad. Pernah dengar tak perkataan "JIHAD FI SABILILLAH" ?
Jihad fi sabilillah ertinya usaha untuk mencapai kejayaan di jalan Allah. Secara eksplisitnya, orang yang sederhana dalam kehidupan mampu mengejar impian sekiranya mereka rajin berusaha. Jihad tidak kenal sesiapa.Ujian tidak kira siapa. Jadi, jika kita dilema ujian, teruskan niat kita untuk berjihad! Tegaskan nafsumu agar tidak menggoyahkan kemantapan mujahadah yang ingin terbina.
Rasulullah saw. pernah bersabda,
"......barangsiapa yang menyabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar....." -[Hadis Riwayat Bukhari]-
dakwah its Sunnah ~
Subhanallah..moga cita-cita mu tercapai ^_^
ReplyDeletejazakillahukhairan :)
Delete