~CERPEN BERTEMAKAN KASIH
SAYANG/PENGORBANAN/PERSAHABATAN~
::Tajuk cerpen : Hanya Sekeping Kertas
Kelihatan Jibriel sedang berjalan menuju
ke kelasnya. Tetapi malangnya dia telah dihalang oleh sekumpulan pelajar yang
sering mengganggu dia.
“Hoi budak miskin! Kau ni memang takde
rasa malu eh? Macam manalah kau boleh datang kat sekolah ni. Aku tengok kau pun
bukannya kaya sangat. Setahu aku, kau sorang je kan pelajar yang tidak
berkemampuan? Eh, buat malu pelajar tingkatan
5 jelah!” Sindir Pian selaku ketua samseng terkenal di sekolah itu.
Jibriel diam seribu kata tanpa untuk membalas apa-apa. Lantas dia berjalan
pantas dan terus masuk ke kelas.
Walau bagaimanapun, dia harus tetap tabah
dengan segala herdikan mahupun cemuhan yang datang kepada dirinya. Malah, Jibriel
tahu bahawa dia hanyalah pelajar yang berstatus rendah berbanding dengan
pelajar lain. Baginya, jika diikutkan hati, mahu saja dia berpindah dari
sekolah itu. Tetapi apakan daya, dia sudah mendapat tawaran untuk belajar di
situ. Dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dua tahun yang lalu
iaitu Pernilaian Menengah Rendah (PMR), dia telah ditawarkan untuk memasuki
Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkat
Nasional. Sekolah tersebut diantara sekolah-sekolah yang terkenal kerana
disamping para pelajarnya yang bijak dalam akademik,malah mereka juga adalah daripada
keluarga yang berpendapatan tinggi. Ramai di antara bapa-bapa mereka yang
berpangkat tinggi. Kadang-kadang timbul juga kecemburuan di hati Jibriel kerana
hanya dia seorang saja yang tidak kemampuan.
Duit perbelanjaannya di sekolah hanya
boleh memperolehi dipoketnya 0.50 sen sehari. Dengan berbekalkan duit itulah,
dia harus berjimat-cermat dengan menabung. Pendapatan ibunya hanya berdasarkan
pada jualan kuih karipap sahaja.Jika pendapatan ibunya dalam masa sebulan cuma
RM 15.00, maka Jibriel dan adiknya Balqis terpaksalah mengikat perut mereka
sendiri.Bapanya, arwah Pak Hamid, telah lama kembali ke rahmatullah akibat
kemalangan di jalan raya. Jadi, Jibriel sebagai anak yang tertua sekali
diantara adik-adiknya, harus menggalaskan tanggungjawabnya sebagai seorang
abang yang sulung dan “ketua pembimbing” dalam anggota keluarganya.
~^ ^~
Kedengaran kasut yang berbunyi itu
menandakan pasti akan ada guru yang ingin memasuki kelas 5 PROFESIONAL.
Memang tidak sah lagi! Cikgu Sulaiman
yang memasuki kelas itu.
“Selamat tengahari semua!” Kata cikgu
Sulaiman dengan nadanya yang tegas.
“Selamat tengahari cikgu!” Jawab
pelajar-pelajar tingkatan 5 PROFESIONAL.
“Baiklah, hari ini cikgu akan memulangkan
resit pembayaran yuran persekolahan kamu semua. Apabila cikgu menyebut nama
kamu, datang ke hadapan dan ambil resit ini.” Kata cikgu Sulaiman.
Jibriel agak tergamam ketika cikgu
Sulaiman menyebut soal yuran. Lagi-lagi kalau itu mengenai wang. Bukan dia
tidak ingin membayar, tetapi melihat pada kondisi pendapatan keluarganya,dia
menjadi serba salah untuk menyatakan surat pemberitahuan pembayaran yuran
persekolahan itu kepada ibunya, Mak Rabiah.
“Jibriel, datang ke hadapan sekarang!”
Jerit cikgu Sulaiman.
Dia menjadi kaku apabila namanya
disebutkan.Pasti cikgu akan memarahinya.
“Ya cikgu?” Tanya Jibriel.
“Kenapa kamu tidak melunaskan yuran
sekolah kamu? Ini sudah masuk 4 bulan kamu bersekolah di sini tanpa sebarang
bayaran apa-apa pun. Saya nak dalam masa sebulan ni kamu harus melunaskan yuran
sekolah sebelum saya melakukan tindakan yang lebih drastik. Faham?!” Garang
cikgu Sulaiman.
“Tapi cikgu…Ibu saya hanya… errr…” Gugup
lidah Jibriel untuk meneruskan ayatnya.
“Eh?
Takde tapi-tapi. Jika kamu gagal untuk melunaskan yuran sekolah kamu,
lebih baik kamu pergi ke sekolah lain!” Bengis cikgu berkata.
Pelajar-pelajar lain semuanya tergelak
melihat ketidakmampuan Jibriel itu. Jibriel cuma tahu untuk tersenyum kelat
dihadapan rakan-rakan sekelasnya.Padahal di dalam hatinya sedang menangis
mengeluarkan firus-firus yang berprosidikan kesayuan.