∞6∞
“Alhamdulillah,syukur
kau dah sedar,Qis!”Kata Lina tatkala melihat keadaanku yang mulai sedar.
“Lina,aku
kat mana ni?”Soalku.Aku benar-benar tidak tahu dimana keberadaanku sekarang.Ku
perhatikan banyak wayar-wayar yang melekat di tanganku.Sepertiku tahu akan
dimana keberadaanku.
“Kau
sekarang ada di hospital sebab semalam kau kemalangan.Doktor kata darah kau
banyak hilang.Kenapa kau jadi macam ni?”ucap Lina seakan-akan mahu menangis
melihatku yang sedang terlantar sakit.
Aku
kemalangan?Darah aku banyak hilang?Adakah aku akan....Ah,itu tidak
mungkin.Takdir yang menentukan,bukan aku.Biarlah takdir yang memutuskan saja.
“Entahlah
Lina,aku pun tak tahu apa yang terjadi pada diri aku ni.Mmm,doktor ada cakap
apa-apa lagi ke kat kau?”Tidak sanggupku untuk menceritakan hal yang telah
melukakan perasaanku.
“Err,aku
tak sampai hatilah nak beritahu kat kau.Aku takut engkau akan bertambah
sedih.Tambah-tambah lagi kau ni tengah sakit.Risau aku dibuatnya nanti.”
“Cakaplah
apa dia,aku tak kisah.”Paksaku. Berdebar juga jantung ni menantikan jawapan
dari Lina.
“Okey,harap
kau bersabar tau.Kan aku kata tadi yang darah kau banyak hilang,jadi doktor tu
suruh aku carikan penderma darah yang sesuai dengan darah kau.Pastu doktor kata
kalau aku tak dapatkan penderma darah untuk kau......Hidup kau..err..hidup
kau..”gugup Lina.Seperti tidak sanggup untuk melafazkannya.
“Hidup
aku?Kenapa dengan hidup aku?”Soalku dalam kekalutan.
“Doktor
kata kalau dalam masa seminggu ni masih lagi tiada penderma yang sudi menderma
darah,err…kemungkinan besar hidup kau tak lama,Qis.Hentakan di kepala kau telah
menyebabkan darah banyak keluar.Aku risaulah keadaan kau.”Jawabnya sambil
menangis teresak-esak.
Ya
Allah!Ternyata benar apa yang ku fikirkan tadi.Adakah kau telah memakbulkan
doaku?Jika begitu, aku pasrah atas kehendakMu.
“Takpelah
Lina, mungkin ini sudah takdir aku.Nak buat macam mana kan?Aku pasrah
jelah.”Ucapku.
Bertambah
sayu hati Lina tatkala mendengar jawapan dariku.Aku sebenarnya bimbang juga
melihat keadaanku seperti ini.Akan tetapi,aku harus menerima semua kenyataan
ini.
“Qis,aku
janji aku akan mencari darah yang sesuai untuk kau.Kau jangan bimbang
okey?Kalau aku tak dapat cari, aku yang akan mendermakan darah aku untuk kau…”Esak
Lina.
Baik
sungguh hati Lina.Sanggup dia mahu mendermakan darahnya untukku.Pengorbananmu
tidak dapat ku balas Lina.
“Lina,cuma
Allah saja yang dapat membalas semua jasa kau dekat aku.Terima kasih sebab
selama ni kau sudi menjadi sahabat aku sehingga kau sanggup mengorbankan diri
kau.Aku terharu dan bersyukur sangat sebab ada kawan sebaik kau,Lina.”Kataku.
“Sama-sama.Itulah
gunanya kawan.Aku juga bersyukur sangat dapat kawan setabah kau.Moga-moga
persahabatan yang kita bina ini akan kekal sampai bila-bila.”Ujar Lina.
“Amin...”Ucapku.
“Ermm,Lina,
keluarga aku tahu tak tentang perkara ni?Aku takut mereka tahu dan akan datang
kesini..Aku tak mahu mereka risau.”Soalku.
“Belum
lagi.Aku tahu kau mesti suruh aku jangan beritahu mereka.”
“Terima
kasih Lina.”senyumku.
Lina
turut tersenyum.Lantas kami sama-sama tersenyum.
“Lina,
selain dari kau yang tahu,siapa lagi yang tahu pasal aku?”
“Ada.First
sekali aku bagitau kat Ashraf.”
Nama
tu lagi!
“Tapi
dia buat tak endah je.Aku tak taulah kenapa dengan dia.Terkejut pula aku
dibuatnya.Pastu,aku baru teringat kat Habil,siswa baru yang hensem tu.Aku
pergilah cakap kat dia pasal kau.Terlopong dia!”
“Kau
cakap kat dia?Asal kau cakap kat dia?”
“Alah,dia kawan kita
juga.Takkan tak boleh?Ha, dia ada kata lepas kelas nak lawat kau.”
“Siapa?Habil?Ashraf?”Sebutan
Ashraf saja diperlahankan.
“Habil.”jawabnya pendek.
Aku tunduk sambil mencari
seribu persoalan yang muncul dibenak fikiranku.
“Qis?”panggil Lina.
“Ya?”Sahutku.
“Kau ada masalah?”
Aku tunduk lagi.Seperti air
mata ini mahu keluar.Aku tahan.
“Mana ada?Qistina Arrisya
mana pernah ada masalah?Tengok ni,muka aku ade nampak orang yang sedang dilanda
masalah ke?”Bohongku.
“Kau ni Qis.Tak payahlah
nak sorok-sorok dari aku.Aku tengok dari mata kau pun aku dah tahu.”
Senyapku.
“Sebenarnya aku dah tahu
apa masalah kau.”Bersahaja Lina.
Tergamamku.Macam mana Lina
boleh baca fikiran aku ni?
“Apa maksud kau?”soalku
berpura-pura tidak tahu.
“Kau ada masalah dengan
Ashraf kan?Semalam,aku dengan Rayza memang nak keluar,tapi tak jadi sebab dia
kena panggil dengan Prof.Girgis.Pastu,aku pergilah cari kau.Masa aku dah jumpa
kau,aku nak jerit,tapi aku nampak kau tengah tengok Ashraf dengan mat saleh.Terkejut
aku dibuatnya!Aku tenung kau lama-lama.Pasti kau ingin bertanya dengan pelbagai
soalan.Betul tak?Atau mungkin disebabkan perkara tu,kau kemalangan?”
“Huh…”Keluhku.
Sudah ku cuba untuk menahan
hati yang sebak ni,lantas berjurai juga air mata ni.
“Entahlah Lina.Masa aku
tengok Ashraf dengan mat saleh tu,aku rasa hidup aku dah takde makne
lagi.”Seduku.
“Kau cintakan dia?”
Soalan itu amat memeritkan
hati aku.Sukar untukku melafazkan itu.
“Itupun aku tak tau
juga.Menurut kau?”
“Kau jangan nak paksakan
diri kau tu.Kalau kau memang cintakan dia,luahkan perasaan kau tu kat
dia.Jangan tunggu sampai dia dah cari yang lain.Itu yang buat kau makin sakit
hati.”Tegur Lina.
“Dah terlambat Lina.Kau pun
tahu jugakan pasal semalam?So, takde gunanya lagi kalau aku luahkan perasaan
aku kat dia.”
“Okey-okey,don’t sad-sad
lagi ya?Aku tak nak kau nangis.Nanti kepala kau sakit.Takpe,aku kana da?Don’t
worry ok?
“Apelah Lina,aku dah nangis
baru kau cakap camtu.Haha,kelakarlah kau ni!”Walaupun aku sakit,namun aku masih
lagi boleh tersenyum
"Nurse,where
the ward from patient's name Qistina?" Kedengaran ada suara yang menyebut
namaku diluar.
"Over
there, you straight and then you turn left."Kata nurse.
"Thanks
you, nurse."
"More
welcome.."
Tuk,tuk,tuk....
"Hai
Qis.Macam mana keadaan awak sekarang?"
Rupa-rupanya
Habil yang datang melawatku.Bukan Ashraf..
Ashraf?
Kenapa
nama itu sering muncul di fikiranku?Kenapa susah untuk ku lupakan dia?
No comments:
Post a Comment