Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Thursday, 26 July 2012

Ramadhan Kekasihku...


Ramadhan,
Kau hadir hanya sekali,
Jika kau tiada,
aku menjadi resah..

Ramadhan,
Kau mempunyai malam yang istimewa,
Malam yang menjemput insan bertaqwa,
Lailatulqadar selalu dinanti-nantikan,
Kepada insan yang menjadi pilihan..

Ramadhan,
Pabila kau hadir dalam hidupku,
Diri terasa tenang,
Hati sentiasa lapang,
Bukan saja diri yang berpuasa,
Malah setiap perkataan dan perbuatan juga sentiasa berpuasa..

Ramadhan,
Kau bagaikan bayi yang baru lahir
pada setiap tahun,
Menanti khabar gembira kelahiranmu,
Meraikannya dengan tarawih berjemaah..

Ramadhan,
Aku pasti akan bersamamu selalu,
Walaupun ku terpaksa menunggu,
Ketibaanmu nanti di ramadhan yang lain..

[ SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK, RAMADHAN KAREEM RAMADHAN IGHFIR(PENGAMPUNAN) ]

Puisi ~ BAIT-BAIT MAHABBAH ♥

Mengapa aku memilihnya?
Mengapa aku perlu menunggunya?
Ku takut jika,
hati ini penuh sengketa..

Menyanyi lagu rindu purnama,
Si bintang lalu menegur si cinta,
Puisi dicipta, irama dicetera,
Rindu tidak berlagu,
Kasih tidak menyatu,
Hanya takdir yang menentu...


Jujurku ungkapkan,
Sekeping warkah kukirimkan..
Agar kau fahami setiap bait yang tersimpan,

Disetiap aksara yang perlu kau temukan..

Biar hati terngadah sepi,
Namun diri dihantui sunyi,
Doa sebagai pengikat abadi,
Insya Allah cinta kan kutemui..

Biarlah bibir tidak bersuara,
Bahkan di qolbi juga bisu tak terkata,
Allah penentu jodoh kita,
Insya Allah nanti akan bertemu juga..

Lirik nasyid : Suami Cerdik yang Soleh ~



Suami cerdik yang soleh,
Pemimpin muslimah,
Penawar duka,
Pelindung bahagia,
Di rumah dia suami,
Di jalanan teman,
Di waktu kita buntu,
Dia menasihatkan..


Solat wajib dia laksanakan,
Tidak pernah alpa untuk beribadah,
Cinta kepada Allah, sayang Rasulullah,
Kekalkan ia sepanjang usia...




Teguran kita,
Dijadikan pedoman,
Kurangnya kita,
Dia sempurnakan,
Memimpin isteri membawa ke syurga,
Kekal abadi untuk selamanya..


Dia umpama teman setia,
Dikala duka dia menghiburkan,
Dia ibarat syabab di syurga,
Hadir untuk membimbingi srikandi...

(diambil drpd rentak nasyid ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH-NAZERY JOHARI)

Friday, 6 July 2012

~PENA PELANGI CINTA~




Satu hari yang indah,
Tuan Puteri Aurora berjalan di sekitar istana,
Lalu dia disapa oleh tiga ekor pari-pari,
Dikhabarkan kepadanya akan diadakan kejutan untuknya,
Tersenyum mekar jelas terpancar di wajah gebunya...

Sesudah pagi pun ia berlalu,
Kini petang pula datang bertamu,
Semua binatang berkumpul bersatu,
Mengucapkan cinta untuk tuan puteri yang ayu..

Terharu si puteri mendengar kata-kata itu,
Lalu puteri Aurora menghadiahkan mereka dengan sebuah lagu...

["KU RASA SUNGGUH GEMBIRA, KERANA BERSAMA POHON CINTA.. KU RASA SUNGGUH BAHAGIA, KERANA KU BERSAMA TEMAN KU YANG SETIA.. TERIMALAH CINTA PERSAHABATAN INI..SUNGGUH,KU TAKKAN LUPA KENANGAN KITA YANG BEGITU INDAH.."]

Tiba-tiba, muncul sebuah pelangi yang tidak pernah untuk kelihatan sebelum ini.. Haiwan-haiwan begitu teruja lantas si puteri pun berkata,

 ["Pelangi itu indah.. Kerana ia dilukis dengan warna-warna cinta.. Itulah dia "PENA PELANGI CINTA"]~

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~