Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Friday 29 March 2013

perkongsian terakhir - LIKUAN MUSAFIR MERENTANGI SAMUDERA (BAB 9)

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Bab 9

~Taqarrubkan diri pada pencinta ukhrawi~

~[Jagalah adab semasa berguru dengan seorang ulama’]~


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya sebahagian dari mengagungkan Allah adalah; memuliakan orang tua Muslim, memuliakan hafiz Al-Quran yang tak melampaui batas dan memuliakan pemimpin yang adil.'' – [riwayat Abu Daud]

Rasulullah saw pernah juga bersabda yang bermaksud,

“Bukan termasuk umatku orang yang tak menghormati orang tua, tidak menyayangi anak-anak dan tidak memuliakan alim ulama.'' (HR Ahmad, Thabrani, Hakim).

Apakah yang dimaksudkan dengan PENCINTA UKHRAWI?

Pencinta Ukhrawi ialah para Ulama’/para Habaib, seperti Habib Umar bin Hafidz, Habib Ali Al-Jufri, Habib Abdurrahman Al Masyhur dan sebagainya. Mereka merupakan keturunan nabi saw. Ya Allah, sungguh tinggi pangkat mereka. Justeru itu, kita wajib mentaati dan memuliakan serta mendekatkan diri pada para ulama’, kerana mereka adalah pewaris nabi.

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,“Bahawasanya Allah s.w.t. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.”-[Hadits Riwayat Muslim]

Baru-baru ni kita dapat khabar berita, ramai ulama’ yang telah kembali ke rahmatullah. Antaranya :

-Sheikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Bouty Rahimahullah
-Tuan Guru Haji Ali Kedah (mengajar tasawuf-kitab hikam)
-Tuan Guru Haji Muhammad Abdullah (ketua dewan ulama’ pas negeri Kedah)
-Dr Uthman El Muhammady

Allah, Allah… Kehilangan mereka umpama kita telah kehilangan mutiara ilmu dari mereka. Terasa kejahilan yang masih menerpa diri. Semoga roh mereka tenang dan bahagia dengan mewarnai syurga-Nya. Amin ya robbal alamin.

Justeru itu, jangan kita sia-siakan mereka sementara mereka masih hidup dan mampu untuk menyampaikan tausiyah. Kita ini ibarat anak kecil yang masih diperlukan didikan. Untuk apa kita hidup didunia ini jika hormat pada ulama’ pun tidak mahu? Janganlah kita begitu sombong seperti orang yang sudah tinggi ilmu. Kerana makin banyak yang kita tahu, maka dapatlah kita tahu bahawa, betapa jahilnya diri kita dalam mengenali Allah dan Rasul-Nya.

Selalulah amalkan apa yang disampaikan oleh para ulama’. Kerana, apa yang dikeluarkan daripada mulut mereka adalah kata-kata daripada Rasulullah saw sendiri. Begitu indahnya dan begitu halawahnya jika kita dapat mengetahui hikmah seseorang itu akrab dengan para ulama’. Para Ulama’ sangat menjaga adab dan pertuturan. Teringat akan kata-kata dari tok guru saya iaitu Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail,pengasas dan mudir Pondok Baitul Qurro’ wal Fuqoha’. Beliau berkata,

“Seorang ulama’, tidak akan hadir pada sesuatu tempat yang mana orangnya tidak mempunyai adab sopan.”

Oleh itu, jagalah adab semasa menuntut ilmu bersama mereka. Cintailah mereka, kerana mereka merupakan insan-insan yang terpilih untuk menjadi penghuni syurga.








No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~