Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Sunday 15 December 2013

Koleksi Nota-Nota Pengajian DAURAH, Kitab Usuluddin di Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha' (1/12/13-13/12/13)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tanda-tanda orang yang panjang umurnya ialah dia dapat belajar kitab-kitab. Kita belajar berpandukan kitab mereka yang ada hubungan dengan Rasulullah SAW. Maka cara ibadah tertentu itu bermula dengan solat, puasa, zakat dan mengerjakan haji. Qasidah adalah makanan hati. Allah perintahkan didalam al-Quran agar direndahkan suara sebagaimana telah difirmankan oleh Allah SWT, "seburuk-buruk suara adalah suara keldai." Ini menggambarkan seolah-olah amat hodoh dan buruknya seseorang itu bila mengeluarkan suara dengan terlalu kuat dan terjerit-jerit. Usuluddin adalah ilmu fardhu 'ain. Usuluddin bermaksud dasar-dasar agama, yaitu pegangan keimanan (perkara yang diimani yang di'i'tiqadkan). Terjadinya ada usuluddin ini kerana terdapat perbahasan mengenai sifat kalam. Yang mana pada waktu terdahulu, berlaku peperangan antara ahlul sunnah wal jama'ah dengan orang yang bercanggah daripada syariat agama. Dalil naqli dan 'aqli menegaskan tentang ketauhidan Allah SWT.

Mazhab Hanafi menggelarkan usuluddin sebagai fiqh akbar, yaitu ilmu tauhid. Wajib mengetahui akhlak terpuji dan terkeji. Landasan hidup kita berdasarkan syariat islam, yaitu dalam masalah i'tiqad. Dan dalam permasalahan ini, kita memerlukan ilmu usuluddin. Segala-gala memahami itu melalui landasan i'tiqad. Pukulan itu adalah alat. Kerana ia adalah ciptaan Allah. Tidak terjadinya apa-apa bunyi pada pukulan itu kalau Allah tidak berkehendak. Bunyi juga adalah ciptaan Allah SWT. Alam ini ada sebab dijadikan, kerana yang menciptanya ialah Allah SWT. Yang menyebabkan seseorang itu berjaya bukan kerana usaha, tetapi kerana ada Allah. Jika diri seseorang itu tiada i'tiqad, bila dia tidak berjaya, dia akan terus berputus asa dalam rahmat Allah SWT. Manusia sekadar berusaha, yang menentukan kita berjaya ialah Allah SWT. Orang mukmin tahu yang mentadbir alam ini adalah Allah SWT. Imam Syafie, penyebaran ilmunya tersebar luas. Kita tidak boleh guna mazhab lain dengan sesuka hati. Kecuali jika ada pendapat yang lebih kuat. Ini dipanggil ulama' mujtahid. 

Ibadah yang dilakukan hendaklah ikhlas dan juga bersihkan hati. Diantara sifat orang soleh ialah dia seorang yang tawaduk. Bila ada 3 nama "Muhammad" didalam keturunannya, dia akan lahirkan orang-orang yang alim. Al-Allamah bermaksud orang yang sangat alim. Mengikut tarekat adalah tidak wajib, akan tetapi, jika nak sucikan hati, ia memang wajib. Tarekat ba'alawi adalah tarekat yang diambil oleh Keturunan Rasulullah SAW. Apa yang kita buat, jika kita niatkan kerana Allah SWT, maka amalan itu kekal. Zuhud adalah meninggalkan kemewahan dunia. Zaman dahulu, ulama' kena pakai serban kerana serban melambangkan ke'aiban dan sunnah Rasulullah SAW. Di hadramaut, serban hanya dipakai oleh orang alim. Jenama Tuhan yang satu je boleh boleh guna ialah "ALLAH". Orang muslim adalah orang yang benar-benar mengagungkan Allah. Nabi Muhammad SAW adalah ketua bagi keturunan bani Adam. Dan baginda SAW juga adalah diantara pengikut yang paling ramai daripada nabi-nabi yang lain. 

Dalam hal pemakaian "hitam" bagi muslimat AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH, sebenarnya tiada kaitan pun dengan menyerupai seperti wanita syiah. Tapi yg benarnya adalah, syiah yang menyerupai orang islam. Wanita memang digalakkan memakai pakaian berwarna hitam, walaupun tidak wajib, tetapi ia tidak menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi. Syiar islam kena faham 3 perkara, bahasa inggeris, bahasa melayu dan bahasa arab. Apa sahaja ilmu yang baik, jika belajar tinggi-tinggi,  akan dimuliakan oleh Allah SWT. Imam paling besar ialah Imam Alawi Al-Haddad. Kaum keluarga nabi SAW dengan al-Quran tidak boleh dipisahkan. Hendaklah bersama-sama dengan mereka (wahai orang-orang yg baik), kerana sesungguhnya rahsia hati itu, yakni sifat hati mereka benar-benar memberi faedah kepada orang yg berada disampingnya.  Jika kita bersama dengan orang yg berketurunan dengan Rasulullah SAW, kita juga tidak akan terpisah dengan al-quran. Jika kita bersahabat dengan ahli ibadah, kita juga akan jadi seorang ahli ibadah. Jika kita bersahabat dengan orang yg suka mengumpat, kita juga akan jadi org yg suka mengumpat. 

Bumi tidak akan ada jika tidak ada penciptanya. Orang yg berilmu datang dari islam. Ja'iz adalah sekejap ada, sekejap tiada. Sifat wajib bagi Allah ada 20, akan tetapi, pendapat ulama' mengatakan, 7 sifat Allah yang dibelakang tu (kaunuhu qadiran, kaunuhu basiran.......) sudah termasuk dalam sifat yang sebelum ini. Jika kita tahu adanya Allah, hendaklah kita menjaga adab. Qidam, sedia Allah. Yaitu, tiada permulaan kerana Allah mmg ada. Mustahil Allah itu bersifat dengan baharu. Baqa', kekal Allah. Mustahil menerima binasa. Dalil ijmali, "Ada Allah, ada Alam. Ada Alam, ada Allah." Allah tak perlukan kepada yg menjadikan kerana Allah bersifat qidam. Wahdaniyah, yaitu Esa Allah pada zat-Nya, esa Allah pada perbuatan-Nya, esa Allah pada sifat-Nya. Penting adanya tauhid utk memelihara aqidah kita. Allah tidak bersifat dengan susunan, kerana Allah tidak berbilang-bilang. Allah melakukan sesuatu tanpa bantuan dari sesiapa. Jika Allah bersifat dengan sifat wajib, maka mustahil jika Allah bersifat dengan sifat lemah. Basuh adalah ciptaan Allah, bukan sebab air, kita dapat basuh. Allah jadikan basuh beringingan dengan adanya air. Hukum adat, contohnya, bila kita MAKAN, kita dapat KENYANG. bila kita BASUH, kita guna AIR.

Qudrah, segala yg ada, segala yg tiada, Allah boleh mengadakan. Allah berkuasa mengadakan sesuatu atas kehendak-Nya. Yang mungkin tiada, boleh diadakan. Iradah, berkehendak bagi Allah akan sifat mumkin. Jangan bongkak dengan ilmu yang kita ada, sebab Allah lebih mengetahui. Sifat harus bagi Allah pada akal, mentiadakan yang mungkin, menjadikan yang mungkin. Allah tidak wajib memberi hidayah, menyesatkan seseorang, menciptakan makhluk. Maksiat pembawa kepada neraka. Melihat bukan sebab adanya mata. Melihat adalah ciptaan Allah. Bukan sebab mata kita dapat melihat. Pendakwah mesti ada ilmu tauhid. Menyeksa orang yang berbuat maksiat, tidaklah wajib. Cara nak kenal seseorang itu "sayyid ataupun sharifah", kita kena lihat pada ditengah-tengah antara dua kening itu. Akan tetapi, hanya para auliya' saja yang dapat mengecam seseorang itu daripada keturunan ahlul bait atau tidak. Kulfah, yaitu bebanan ataupun kesusahan. Mukallaf ertinya, orang muslim yg diberatkan oleh Allah dengan kewajipan-kewajipan keatas dirinya. Syarat-syarat mukallaf ialah berakal, baligh, islam, sampai seruan dakwah, cukup pancaindera.

Iman Tafsili - beriman secara tafsir
Iman Ijmali - beriman secara menyeluruh

kedua-dua iman ini adalah fardhu ain. Fardhu kifayah adalah dalil tafsili dan Fardhu ain adalah dalil ijmali. 

Belajar fardhu ain, tidak perlu minta izin daripada ibu dan ayah. Tapi untuk menjaga adab, hendaklah meminta izin. Berdakwah hendaklah menjaga adab. Berkata benar itu benih bagi semua sifat baik. Jangan biasakan diri dengan berbohong. Biar menjatuhkan maruah kita, tetapi jangan berbohong. Abdul Qodir as-Seggaf tidak pernah meninggalkan solat berjemaah. Setiap yang datang daripada kekasih yakni ALLAH, ada baik. Malaikat Munkar dan Nakir adalah yang paling ditakuti oleh manusia yang telah mati. Nak jadi pemimpin, mesti tidak boleh buat dosa. Dosa, walaupun kecil, jangan diambil ringan. Orang yg taat pada ibu dan ayah, akan menjadi wali. Hidupnya berkat sampai dia mati. Ibu bapa adalah pintu kebaikan kita di akhirat. Syurga adalah negeri nikmat dan Neraka adalah negeri penyeksaan. Neraka berada di bawah lapisan bumi yang ketujuh, yg tidak bersentuhan dengan bumi. 

Syurga adalah taman-taman negeri pembalasan. Berkata ulama', "Ada tujuh bilangan syurga." Jannah bermaksud tersembunyi. Disembunyikan oleh Allah utk disimpan bagi orang yg beriman dan bertaqwa. Syurga adalah tempat yang disembunyikan oleh Allah, tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas dihati manusia. Kota yang paling tertinggi di dunia adalah di Kota Shangrila, Tebet. 

-ARASY (atap syurga selepas FIRDAUS)

-Jannatul FIRDAUS (tertinggi, mengalir sungai dari atas)
-Jannatul Ma'wa
-Jannatul Khuldi
-Jannatul Na'im
-Jannatul 'Adnin
-Jannatul Dar al-Salam
-Jannatul Dar al-Jalal (terakhir, ahli neraka yang baru menjejak ke syurga)

"Hanya orang yang beriman dapat belajar di baitul qurro'. Orang munafik tidak akan dapat belajar disini. Yang istiqomah belajar di baitul qurro', akan mati dalam husnul khatimah, in syaa allah." (kata Tuan Guru Ustaz Zul)

Arang neraka, berasal daripada berhala-berhala dan manusia. Syafaat ada 4, syafaat daripada para anbiya', para ulama' (yg beramal), para syuhada', orang-orang soleh. Syafaat, memohon kepada Allah agar dilepaskan dosanya. Seorang yang menghafaz al-quran, boleh memberi syafaat kepada orang ramai. Cara nak kenal orang itu wahabi, mereka tolak mazhab, sifat 20 dan tolak tasawuf. Syarat bertaqwa kepada Allah adalah dengan bersama orang-orang yang bertaqwa.

Fahaman sekular, bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah dan menolak ajaran islam dari sudut siasah. Iman ada lima,

-Iman 'Aqli (dalil pada 'akal)
-Iman Qolbi Zauqi (mujahadah riyadatun nafsi)
-Iman Ehsan (seolah-olah melihat Allah)
-Iman Taqwa (istiqomah buat amal dan tidak berani buat dosa)
-Iman Syukur (beribadah kepada Allah secara terus menerus)

wallahua'lam. asif ringkas. semoga kita mendapat futuh daripada Allah SWT. in syaa allah, jazakallahukhairan kepada tuan guru kita yang alim kerana sudi mengajar kami yang masih jahil ini. 

Memoir Coretan Halawah Di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha'.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mudir Madrasah Baitul Qurro' Wal Fuqoha', Al -Allamah Tuan Guru Haji Zulkifli bin Haji Ismail bin Muhammad

Alhamdulillah, setelah dua minggu menuntut ilmu agama di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha', menjadi pelajar Daurah utk sementara, akhirnya kami dapatlah juga merasai nikmat bagaimana cara hidup yang serba sederhana tapi seakan-akan menjadi cukup setelah ditambahkan lagi dengan ilmu yang telah dipelajari. Kami makan dalam talam berjemaah, tidur berjemaah, solat berjemaah, mandi berjemaah, masak pun berjemaah. Kami sudah anggap diri kami seperti berada dalam suasana tinggal di pondok. Belajar cara para habaib menjalani kehidupan seharian dan sebagainya.

 Dan alhamdulillah, sepanjang daurah bagi sesi pertama ni, ada dua orang guru yang alim lagi siqoh, yaitu Tuan Guru Haji Zulkifli bin Haji Ismail bin Muhammad, ataupun lebih dikenali sebagai "Khalifatul Mukminin". Beliau mengajar dua kitab, kitab Usuluddin dan juga kitab Mukhtasar Latif. Kitab Usuluddin yang mana, kitab yang mengandungi hukum-hukum akal, sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah, dan juga sifat wajib,mustahil dan harus bagi Rasul. Selain itu, belajar tentang tugasan bagi setiap para malaikat. Kitab Mukhtasar Latif pula adalah kitab yang menceritakan tentang keturunan penghulu segala nabi dan atqiaa'. Diceritakan dalam kitab ini, mengenai akhlak yang ada pada diri seorang ulama', para anbiya' dan sebagainya. Kitab ini dikarang sendiri oleh tuan guru kita yang mulia lagi diberkati oleh Allah SWT, in syaa allah. Allahummafta 'alaihi.

Guru yang kedua pula ialah, Ustaz Muhd Nor Azroy bin Md Sharif. Beliau pelajar dari Hadramaut,Yemen. Sudah belajar disana selama 3 tahun dan sekarang sedang cuti selama setahun utk mengajar pelajar-pelajar pondok Tuan Guru kita yang alim. Kitab yang beliau mengajar kepada kami ialah kitab Risalah Jami'ah. Kitab ini, dimana ianya digunakan juga di Hadramaut Yemen. Kitab ini antara kitab yang termasyhur dikalangan orang yang dapat mempelajarinya kerana terdapat keberkatan disitu. 

Berkata Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi, "Barangsiapa memahami dan mengamalkannya, kami berharap Allah akan menjadikannya seorang yang alim lahir batin."


Setiap kali selepas solat subuh, asar dan juga maghrib, kami akan membaca wirdul latif dan juga rotibul haddad. Wirdul Latif dan Rotibul Haddad ini, dimana ianya disusun sendiri oleh Al-Habib Abdullah bin 'Alawi bin Mohammad Al-Haddad RA. Selepas isyak, kami membaca surah al-Mulk sebagai amalan seharian sebelum ingin melelapkan mata.

Jadi, tidak rugi mempelajari ilmu agama. Belajarlah, belajarlah, belajarlah.
sebagai akaun simpanan kita di akhirat kelak. in syaa allah.



Thursday 28 November 2013

Solat Sunat Taubat (FADHILAT dan CARA-CARA)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).

Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  
(HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.

Fadhilat Taubat:

1. Diampunkan Allah SWT.
2. Dimudahkan segala urusan.
3. Menceriakan kehidupan seharian.
4. Menghilangkan perasaan yang menekan.
5. Mencegah dosa dan menghindari gangguan.

Cara-cara Solat Sunat Taubat :

Yang paling utama, niat.

أُصَلِّي سُنَّةً التَوْبَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى

maksudnya : "SAHAJA AKU SOLAT SUNAT TAUBAT DUA RAKAAT, KERANA ALLAH TA'ALA

Kemudian, 

-rakaat pertama : surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun
-rakaat  kedua : surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

*(utk surah lazim, boleh dibaca apa-apa surah)

Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk tahiyyat akhir), hendaklah dibaca akan tasbih sebanyak 40 kali :

 لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْن


Setelah memberi salam, hendaklah memperbanyakkan istighfar sebanyak 10/100 kali.

أستغفر الله العظيم الذي لآ إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه
 تَوبَةَ عَبْدٍ ظَالِمٍ لا يَمْلِكُ لِنَفْسِهِ ضَرًّا ولا نَفْعًا ولا مَوْتًا ولا حَيَاةً 
ولا نُشُورًا

setelah selesai melaksanakan solat sunat taubat, berazamlah utk menjauhkan diri dari perkara maksiat.


rujukan di : http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-taubat/ dan juga di buku panduan solat-solat sunat. wallahua'lam.





Kuliah Dhuha di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' (24 November 2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mudir Baitul Qurro' - Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail
kitab TAJZIB ATROFUL HADITH


Alhamdulillah, kuliah dhuha telah dapat dilaksanakan lagi atas keizinan dari Allah SWT. In syaa allah kita akan meneliti perkongsian yang telah diambil dari kata-kata seorang mua'llim yang tawaduk dan tinggi akhlaknya dari sudut ilmu dan adab.

"Bermula berkat itu di ubun-ubun kuda." Allah menurunkan rahmat pada tempat yang mengadakan majlis ilmu. Mereka yang dikehendaki Allah SWT dengan sebab turunnya rahmat kepada mereka, mereka itulah orang2 yang beruntung. Dengan sebab turunnya rahmat kepada mereka, Allah permudahkan urusan mereka untuk hadir dalam majlis ilmu. Apabila kita jauh dari Allah, walaupun diberi nikmat ilmu, pangkat dan harta sekalipun, ketahuilah, jauh dari Allah itulah merupakan musibah yang paling BESAR. Oleh itu, bila kita dalam rahmat Allah, kita sebenarnya tidak ada masalah. Kadang-kadang orang yang hadir dalam majlis ilmu ni, bukannya tiada masalah. Ada yang ada masalah keluarga,masalah di pejabat, dengan rakan-rakan dan sebagainya. Akan tetapi bila dirinya hadir dalam majlis ilmu, majlis dimana turunnya rahmat Allah bagi orang yang menuntut ilmu, dia seolah-olah tiada masalah. Kerana dia dipilih oleh Allah untuk hadir dalam majlis ilmu. 

Keberkatan itu berada pada tengkuk-tengkuk kuda. Kenapa mesti ada pada tengkuk-tengkuk kuda? Kerana ia bermaksud bertambah atau membanyak. Maksud bertambah dan berkurang ialah, sesuatu nikmat yang Allah kurniakan, ada kebaikan yang besar. Dari sudut istilah didalam islam, ia merujuk kepada sifat Tuhan kita yang merupakan pencipta Alam, yang mengadakan yang ada dan juga mentiadakan yang ada. Setiap perbuatan yang kita lakukan, hendaklah dengan adanya keberkatan. Ada tempat yang mengandungi keberkatan. Seperti mengambil makanan yang dekat dengan kita. Kalau depan kita ada ikan masin, ha ambillah yang itu. Mana tahu ada berkat pada ikan masin itu. 

Katta ulama', Allah turunkan keberkatan kepada tengkuk kuda, yaitu merujuk kepada keseluruhan tubuh kuda itu. Kenapa mesti kuda? Ha, itu yang sedang bermain difikiran antum kan? Kerana kuda adalah binatang paling berkat dan menjadi tunggangan Rasulullah dan para sahabat terdahulu dalam medan jihad dalam menegakkan syariat agama. Syariat, dimana melibatkan undang-undang yang berada di dalam al-quran. Allah tidak perintah kepada kita untuk melaksanakan ibadah sahaja, tetapi perintah kepada kita untuk melaksanakan hukum-hukum yang ada didalam al-quran. 

Pemimpin yang ada kuasa, tetapi tidak beriman, ia akan mendorong ke arah kezaliman. Seperti Raja Namrud dan juga Fir'aun. Rosak akal kita dengan sebab pengambilan arak. Kita kena berdakwah agar terlepas masalah di hari akhirat. Kita yang mengikut haluan islam, bukan islam yang mengikut haluan kita. Hukum cukai pada asalnya ialah haram. Oleh itu, pemerintah HARAM ambil cukai. 

maaf jika ada tersalah mahupun terlalu ringkas didalam memberikan perkongsian ini. 

Sunday 17 November 2013

Kuliah Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki (16/11/2013)

بسم الله الرحمن الرحيم


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




syaroh Hadis 35 [ hadis 40 imam nawawi ]

أبي هریرة t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

[KULIAH TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN]

Pengajaran hadis : 

> Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

> islam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.Misalan jika majikan mengambil pembantu dirumah maka hendaknya jangalah dilayan dengan layanan buruk atau cercanya, tidak mustahil pembantu rumah itu menjadi tempat bergantung majikan minta pertologan di hari kiamat nanti.

> lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.Adapun misalan, jika seorang itu menjual sesuatu dgn harga dah ditetapkan , lalu dia membatalkan jual beli itu sebab dpt tawaran harga yang lebih tinggi maka kedua2 ini haram.

> Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.Tsabit dengan hadis nabi "Mencela seorang muslim adalah kefasikan sedangkan membunuhnya adalah kekufuran.” (Muttafaq ‘alaih)

maka timbul persoalan dlm diri al-fakir, adakah kita sudah laksanakan tanggungjawab terhadap saudara kita ? jika belum ayuh kita tunaikan Prinsip Islam yakni Kewajiban Seorang Muslim terhadap Muslim Lainnya.

Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu, nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat derajatmu di sisi Allah.


credit by : saudara Mohd Azhar Abdullah

Saturday 2 November 2013

Kuliah Dhuha di Baitul Qurro' wal Fuqoha' (3/11/2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

mudir pondok baitul qurro'

KITAB TAFSIR NUR EHSAN

Alhamdulillah, pada pengajian hari ini kita belajar kitab Nur Ehsan yg dipimpin oleh mudir kita yaitu Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail. In syaa allah ada sedikit perkongsian. 
Moga Allah redha.

Allah itu kekasih dan juga penolong bagi orang2 yang beriman. Allah melindungi orang2 yang beriman. Salah satu untuk kita lebih mencintai Allah adalah dengan memperbanyakkan membaca al-quran. Nabi tidak menghalalkan apa yang tidak dihalalkan oleh Allah dan nabi tidak mengharamkan apa yang tidak diharamkankan oleh Allah. Ilmu bukan utk mencari 
duit, ilmu itu adalah amanah. Lebih2 lagi ilmu agama. Antara yang membatalkan iman 
adalah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang 
dihalalkan oleh Allah. Sebagai contoh, Kerajaan brunei mengharam arak dijual ditempat 
terbuka.Tetapi malaysia menghalalkan arak dijual di merata2. sampai di 7eleven pun ada
Selain daripada itu, kerajaan turki mengharamkan rakyatnya untuk berpoligami, sedangkan 
poligami itu dihalakan oleh Allah.


Bertudung bukan fesyen, bertudung adalah hukum Allah. Menutup aurat bukan hanya pakai tudung saja. Ia juga pada lengan,pada kaki, pada leher, pada rambut. 

diantara adab2 menuntut ilmu adalah :

-lelaki JANGAN BERHUBUNG dengan wanita.
-perempuan JANGAN BERHUBUNG dengan lelaki.

Orang yg menuntut ilmu ni, seeloknya jangan berkahwin terlebih dahulu. Berkahwinlah dengan ilmu, tidurlah dengan ilmu, bangunlah dengan ilmu. Ilmu, cemburunya lebih cemburu daripada gadis sunti. Jika kahwin, ia akan mengganggu konsentrasi utk kita menuntut ilmu. lagi2 dalam bab jimak. kalau nak kahwin sgt, boleh. sbb ia boleh tidak menimbulkan fitnah.  Tujuan JIMAK(bagi yang dah berkahwin) adalah utk memperbanyakkan anak. Jangan kita berasa kurang yakin dengan Allah, sebab rezeki Allah yang bagi. Kita orang yang BODOH betul , kalau kita gadaikan akhirat kita kerana pemimpin yang macam itu. Pemimpin yang macam mana? Pemimpin yang tidak mahu melaksanakan hukum Allah . Golongan munafik, tidak beriman dengan sebenar-benar beriman kepada Allah. Doa adalah kotak ibadah. Mengadulah kepada Allah. Jangan mengadu kepada manusia, kerana orang lain akan mengetahui keaiban kita, kecuali dengan orang boleh kita percaya. 

MAQASID SYARI'AH 

-Akal
-Agama
-Harta
-Keturunan
-Maruah
-Nyawa

Bagaimana nak mencapai maqasid syari'ah kalau tidak mahu melaksanakan hukum Allah? Dimana qadi-qadi?? Mufti-mufti? Kenapa duduk diam? Kalau dalam hal berqasidah, bukan main hebat lagi, tapi bila dalam soal yan ini, terus diam.  Boleh pula si N_ _ _ B ni kata, "TIDAK AKAN MELAKSANAKAN HUDUD". Di rumah mereka, terlalu banyak security2, sebab mereka tahu sekarang sudah tidak selamat. N_ _ _B tiada nilainya jika nak dibandingkan dengan daun-daun syurga. Masalah agama jangan dibawa main-main2!! Jangan main2 dalam soal agama! 

wallahua'lam.

Sunday 27 October 2013

Kuliah Dhuha Pondok Baitul Qurro' (27 Oktober 2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


mudir pondok baitul qurro' wal fuqoha'
KITAB TAJZIM ATROFUL HADITH

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, telah dapat kita bersama-sama dalam sesi kuliah dhuha pada hari ini. In syaa allah ana akan berkongsi apa yang telah terdapat sewaktu kuliah dhuha berjalan. Moga Allah redha.

Orang yang mengikuti jalan-jalan dosa, dia adalah fasik. Janganlah dosa itu menjadikan kita berprasangka buruk kepada Allah SWT. Allah SWT tidak akan melupakan dosa atau kesalahan yang dibuat hamba-Nya. Antara iman seseorang itu lemah adalah dia suka menangguh-nangguhkan solat. 

Oranng yang mengaji tidak akan sama dengan orang yang tidak mengaji. Kerana,orang yang mengaji lama-kelamaan akan bebas daripada pengawasan nafsu. Seburuk-buruk manusia adalah dia dipanjangkan umur, tetapi kekal dengan dosanya. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang umurnya panjang, tetapi melakukan amal ketaatan. 

البرلا يبلى : kebajikan/amal soleh tidak akan mengalami kelusuhan. Maksudnya, tidak akan putus pahalanya, malah akan dicatat amalannya.  Amalannya akan dicatat walaupun amalan itu telah lama dilakukan. Amal yang kekal adalah bilamana pengakhiran hidupnya mati dalam keadaan husnul khatimah. Ulama' mengatakan sekiranya dalam masa 40 hari itu tidak ada musibah, baginya itu ulama mengganggap itulah musibah. Bermakna jika ada musibah, kita akan senang ingat kepada Allah. 40 tahun seseorang itu akan menanggung dosa jika tidak bertaubat. Orang soleh jika dia melakukan dosa, akan segera diingatkan oleh Allah. Oleh itu, janganlah kita mengulangi dosa dan melakukan dosa. Bila kita buat dosa, Allah akan tutup kesalahan kita,seolah-olah Dia sudah ampunkan kita, tetapi sebenarnya tidak! Dia tangguhkan hukuman dosa kita, seolah-olah Allah mengabaikan kita. Melainkan jika kita bertaubat.

Akibat apabila seseorang itu mendapat dosa :

-Ditegah dia daripada menerima ilmu
-Terhalang daripada mendapat rezeki yang halal

Habaib yang benar2 habaib adalah mereka tidak terlibat dalam mana-mana politik. 
Ibu bapa adalah tempat timbang keredhaan. 

wallahua'lam.
-asif ringkas-

Sunday 20 October 2013

Kuliah Dhuha Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail (20 Oktober 2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


KITAB TAJZIM ATROFUL HADITH

-Para Sahabat mengambil tempoh yang panjang untuk mempelajari sesuatu ilmu. Mempelajari surah al-baqarah adalah sangat penting. Sebab tu lepas kita belajar surah al-fatihah, terus kita masuk dalam surah al-baqarah. Bila tak belajar surah al-baqarah, jangan sesekali terfikir untuk memimpin dunia. Surah al-baqarah sangat penting bagi orang yg ingin jadi pemimpin. Tidak akan jadi suatu pemerintahan, jika tidak mempelajari surah al-baqarah. Surah al-baqarah, menurut Ulama', ia dinamakan surah politik. Kerana didalamnya terdapat dalam soal pemerintahan. Mesti mempelajari surah al-baqarah, agar tidak tertipu dengan rancangan jahat oleh orang amerika. 

Juz 'amma (juz 30) menekankan dalam soal akidah, akhlak dan juga dalam bab keimanan. Jika anak kita terpecahkan pasu bunga, jangan kita marah dia. sebaliknya hendaklah kita bersyukur kerana Allah masih kasih dengan kita. Tak nak kita leka dan lalai dengan dunia. Dalam solat nanti, x de terfikir pasal pasu tu dah. hehe.. Orang yg munafikun adalah yang mendakwa dirinya ISLAM, tapi hakikatnya dia memusuhi ISLAM. Bila disebut hukum Allah, dia beraa jijik. Itulah dia, orang yg munafik. Orang yang mempertikaikan hukum Allah, dia gila.

 Kitab tajzim atroful mengandungi akhlak dan adab. ALbakhil menunjukkan ke atas orang yg
sempurna bakhil. yakni ,"AL" sudah menunjukkan seseorang itu sempurna dari segi BAKHIL. Bakhil bermaksud orang yg ADA, tapi tak bagi. Melainkan jika orang itu tiada, tapi tak bagi..Nak bagi apa? :P

Nak anak yg soleh, bapa mesti soleh. Nak anak yg berakhlak, mesti bermula dari ibu dan bapa. Memberi sedekah dapat menjadi perisai kita daripada dihumbankan ke dalam api neraka.  Setengah ulama' berpendapat, WAJIB berselawat. Tapi jumhur ulama' bersepakat, berselawat hukumnya SUNAT. cukuplah hanya tiga kali kita berselawat didalam sesebuah majlis. Orang yang malas nak melakukan ketaatan, dialah orang yg bakhil. Sebaik-baik selawat adalah sebanyak 1000 kali. cukuplah dengan hanya berselawat "ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD, WA ALIHI WA SOHBIHI WASALLIM" (sebanyak 1000 kali). 

Perkara yang dapat mencerdaskan hati ada 3 asbab :

-baca al-quran
-berhimpun dengan orang-orang soleh
-berqasidah

Ubat segala sifat mazmumah adalah mesti ada ILMU dan AMAL.

Apabila dilihat akan kamu akan sebuah kemungkaran pada seseorang, maka jadikan dia sebagai seorang yang taat. Yaitu, ubahlah dia dengan tangan (jika ada kuasa). Sebab itu, pentingnya ada kuasa dalam mengubah dan menegur seseorang. jika tak mampu, tegurlah dengan lidah. yaitu secara dakwah. Melalui penulisan, ceramah-ceramah. Jika tak mampu, maka tegurlah melalui hati. Itulah selemah-lemah iman.. 

Al-mukmin la yakzib. Orang mukmin tidak berdusta melainkan dengan 3 perkara. 3 perkara itu adalah suatu keadaan dimana ianya berkeadaan DARURAT.

-PEMBUNUHAN- 
contohnya, bila seseorang datang ke rumah kita untuk bersembunyi dari dibunuh, kita boleh bohong dengan mengatakan orangnya tiada. Ia semata-mata untuk menyelamatkan nyawa dia.

-MENDAMAIKAN 2 ORANG YANG SEDANG BERBALAH-
contohnya, bila seseorang itu sedang bergaduh dengan sahabatnya, kita mengambil langkah untuk mendamaikan mereka dengan cara tidak menyakiti hati mereka berdua. (contoh sendiri)

-MENENANGKAN ISTERI-
contohnya, kita tak bagi isteri keluar pergi barang, lalu isteri pun marah tak tentu pasal. Oleh yang demikian, kita pun ceritalah hal yang lain, semata-mata untuk menenangkan isteri dan untuk mengharmonikan rumah tangga.


.wallahua'lam.

Kuliah Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki pada 19/10/2013

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


-jika kita pasang matlamat nak dapat redha Allah, maka ia tiada penghujung dan tidak terhitung bila mana mndpt redha Allah

-Allah buka seluas2 pintu rahmat dan keampunan dosa kita sama ada ketika kita masuk masjid hatta keluar dari tandas sekali pun Allah buka pintu keampunan pada kita . Bila nak masuk masjid terlebih baik membaca doa masuk masjid. Allah merahmati kita dengan sifat pemurahnya sehingga memberi berkat dalam makanan dan minuman kita.

- tsabit hadis nabi "sesungguhnya tawaran yg Allah beri adalah mahal sekali"[syeikh ulang sbyk 3 kali], yakni tawaran syurga dari Allah kepada org2 mukmin masuk dengan pahala dan redha Allah.

- pahala antara org yg memelihata janggut yg banyak dengan org yang ada janggut 2/3 helai pahalanya adalah sama.sebab dia buat kerana redha Allah. Nikmat yang besar (pahala) saat 2 org suami isteri dlm keadaan bahagia .dan yg melakukan hubungan intim bersama.dan sebagainya. Isteri mudah dapat pahala, melayan suami dpt pahala, bila suami kawin lagi juga dapat pahala.

- sedikit hal/ perkara tidak akan terlepas dari penglihatan Allah adapun sedikit zikir pada Allah hatta sesaat juga tidak terlepas daripada pendangan Allah. Adapun hal atau pun undang2 dalam penglihatan mnusia terkadang terlepas dari perhatian mereka. Misalnya polis pasang cctv/speed trap.. ada org yg boleh tahu di hadapan tuh ada spree trap jadi slow kan kenderaan , kemudian laju semula. Tetapi pada penglihatan tidak akan terlepas satupun.

- syeikh khabarkan selepas solat kita perbanyakkan bertakbir,tasbih ,tahmid,  sebanyak 33 kali . dan disudahkan dengan bacaan la ilaha ilallah wahdahu la syarikala….ilal akhir ..kerana besar fadhilatnya. Tsabit dengan hadis sayyidina Rasulullah saw: "diampunkan dosa2 kita sekalipun sebanyak buih2 dilautan" .. 

- antara kotoran dimuka dgn kotoran dosa mana lebih berat. Maka dosa lebih berat. Kotoran mudah nak hilang ambil air cuci2 bersih tak hilang ambil sabun tak hlg ambil klorok. Tapi dosa selagi mana dia tidak mohon keampunan dan taubat masih ada kotoran nya itu.

- jadi macam mana saat kita kita nak masuk syurga,  untuk kita lamar syurga Allah janna wa ala , kita kena hitung seberapa banyak sudah amal untuk kita msuk syurga.  Misalanya kita hendak beli kereta bmw kena ada duit banyak kalo duit tak banya hanya mampu beli kancil, x mampu beli moto , x mampu beli basikal , kalo tak mampu juga tak usah beli. Maka begitu juga kedudukan disyurga . nilai nak masuk syurga. “ ada syaroh tntg syurga keadaan dlm syurga” .

- kalau ada orang yang berselisihan faham lalu berlaku ( membunuh) maka perjalanan diakhirat nanti susah tariqnya dan akan dihitung kedua-duanya. Tsabit hadis nabi “Orang yang membunuh/ menembak dia telah menempah jalan kedlm neraka. Allah befirman “siapa yg bunuh org mukmin dengan sengaja maka dia menempah neraka” . hancurlah seisi dunia lebih ringan disisi Allah daripada membunuh org mukmin. Antara org mengumpat dan membunuh.. org yg mengumpat masih lagi punyai harapan untuk mendapat syafaat Nabi tapi jika dosa membunuh amat berat sekali tanggungannya.

- hadis nabi "jika kita Nampak satu kemungkaran yg berlaku maka hendaklah cegah dengan tangan .. higgga akhir hadis .

-bila kita benci dengan perkara yang Allah murka dan benci maka ketahuilah iman ia masih baik dan sihat. 

 [ ana dhobit sikit kata Tg ust zul – apa2 yg kita nak buat rasa gelisah dlm hati  maka itu adalah dosa, ataupun kita tahu bila kita buat kita dapat malu itu dosa ]

- macam mana nak benci dengan hati ( kita tak hiraukan/ kita tinggalkan org itu kerana ia telah melakukan maksiat dan berlaku dosa terhadap Allah ).



-petikan perkongsian dari seorang sahabat. jazakumullahukhairan.-

Sunday 13 October 2013

Kuliah Dhuha - Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' (13/10/2013)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



MINGGU KE-2 : KITAB TAJZIM ATROFUL HADITH

 "اَلْبِرُّ حسن الخلق " bermula  kebaikan itu dengan adanya elok perangai. Golongan yg beriman sentiasa terdedah kepada keampunan Allah. Dengan berwudhu', menggugurkan dosa2 kecil. Dengan bersedekah, terhijab dari seksaan api neraka. Jadikan amalan budaya islam itu dalam ahli keluarga kita secara berjemaah. Di antara ganjaran besar pahala adalah bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga hari dilakukan qorban. Bagi yang melakukan qorban, maka disunatkan tidak mencukur rambut dan juga memotong kuku sehingga terkeluar darah daripada binatang qorban tersebut. 

اَلْبِرُّ : lafaz yg menghimpunkan segala kebaikan. lafaz yg menunjukkan kepada banyak makna. Orang yg melakukan kebaikan yg difardhukan oleh Allah ta'ala. "اَلْبِرُّ حسن الخلق "  : mengkhususkan kepada akhlak mulia. Akhlak mulia adalah suatu amalan yg sangat mulia dan pangkatnya itu tinggi disisi Allah. Dalam sabda nabi SAW yg bermaksud, "Orang yg paling dekat denganku(Rasulullah SAW)  tempat duduknya di syurga adalah orang yg terbaik dikalangan kamu akan akhlak."

Melakukan ibadah dengan akhlak yg buruk, itulah ahli neraka. Oleh sebab itu, akhlak yg baik adalah suatu perkara yg rumit. Apa itu akhlak? Akhlak adalah suatu perangai laku yang sudah menjadi kebiasaan bagi setiap orang. Hendaklah kita bermujahadah untuk menjauhi akhlak yg buruk. Anak2 adalah kunci syurga bagi ibubapa. Kita menjadi asbab kepada anak-anak kita sekirnya dia berubah. Berkat, jangan main2 dengan berkat! Mana tahu, anak2 kita dapat masuk universiti disebabkan hasil berkat korban.

Jika kita bermujahadah secara istiqomah, akan mendapatlah kita akan akhlak yg mulia. Apabila marah sudah menguasai hati, musnahlah kehidupannya kerana dikawal oleh nafsunya sendiri. Akan tetapi, jika marah kerana Allah, itulah sifat akhlak yg terpuji. Seperti tidak suka melihat agama direndah-rendahkan. Apabila rosak akhlak, maka susah untuk diperbaiki. Rosak akhlak disebabkan seseorang itu gagal dalam bermujahadah dan tidak bermujahadah dalam menjauhi akhlak yg buruk. Orang yg musnahkan hidupnya, tidak kesah dengan dosanya. Dosa adalah apabila terasa gelisah didalam hati. menyebabkan hati x tenang kerana dosa. Dosa adalah suatu titik hitam didalam hati. Bertambah titikan hitam tersebut jika berbuat sesuatu dosa. Hilang titikan hitam tersebut jika melakukan amalan yg soleh. Yaumul 'Arafah adalah satu waktu di waktu siang yg paling afdhal. Ia sama seperti malam lailatulqadar. malam lailatul qadar dimana seluruh malaikat turun kedunia melebihi putaran butir2 pasir. Masing2 turun dibawah pimpinan saiyiduna Jibril AS. Yaumul 'Arafah ialah berjuta2 manusia berhimpun/berkumpul untuk menunaikan haji. Disebut di dalam hadis, "Hari Arafah adalah hari bagi hari orang yg berpuasa. Ia termasuk daripada orang yg terhapus dosanya. Orang yg berpuasa pada hari Arafah sangat besar ganjarannya. Antaranya, dosanya terhapus untuk setahun yg lalu dan setahun yang akan datang.

Sunday 6 October 2013

Kuliah Dhuha di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' (6/10/13)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



KITAB TAFSIR NUR EHSAN
(surah al-baqarah ayat 185)

Alhamdulillah seperti biasa, di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha' mengadakan Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh mudir kita pada setiap hari Ahad jam 10 pagi, Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail. Hari ini dalam bulan Islam, kita sudah menjejak ke bulan zulhijjah yaitu pada 1 Zulhijjah. Marilah sama2 kita melakukan amalan-amalan sunat seperti berpuasa sunat dan sebagainya.

Antara Perkongsian sepanjang berada di kuliah dhuha sebentar tadi :


Al-Quran merupakan kitab Allah yang paling sempurna. Ia menjadi pedoman dan panduan untuk semua manusia. Untuk mengetahui petunjuk yang berada di dalam al-Quran, hendaklah kita mempelajari ilmu. Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. Didalam bahasa melayu, Huda'@Hidayah sama maksud dengan Irsyad.  Akan tetapi, didalam bahasa al-Quran Huda'@Hidayah berbeza dengan Irsyad. Kunci memahami al-Quran adalah dengan menguasai pengertian bahasa arab. Para ulama mengatakan, "Irsyad bermaksud memberi petunjuk. Contohnya: Dimana baitul qurro'? Baitul Qurro' terletak di Paya Rumput, Sungai udang. Diselekoh ada masjid, lepas tu terus je, kemudian ada nampak signboard "PAYASUM", kemudian masuk lorong kiri dan anda akan nampak tembok yang bertulis "BAITUL QURRO WAL FUQOHA'." Akan tetapi, tak semua yg akan memahami isyarat seperti itu. Oleh sebab itu, al-Quran menggunakan lafaz "هدى للمتقين". Petunjuk utk orang yang bertaqwa. Ulama mengatakan, Huda' adalah mendapat petunjuk di dunia dan di akhirat. 

Apabila mereka salah pedoman, maka mereka akan tersesat dalam mencari panduan. Oleh sebab itu, hendaklah kita mempelajari al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Itu adalah jaminan kita.

Didalam ayat tadi, Allah memberi keringanan bagi orang yang awal2 berpuasa. Mereka boleh berbuka puasa tapi dengan syarat, orang-orang yang bermusafir, orang-orang yang sakit. Itu adalah sifat2 Allah yang sangat mengasihi hamba-Nya. Sebagai orang mukmin, hendaklah mengikuti islam sebagai syarat untuk menjadi seorang mukmin. Tiada pilihan lain utk menjadi orang mukmin selain mengikuti ajaran al-Quran.

Selalunya bila seseorang itu berkuasa, belum tentu dia seorang yang amanah. Dan selalunya bila seseorang itu amanah, belum tentu dia seorang yang berkuasa. Berkuasa dan amanah, susah nak diukur. Orang barat sangat takut dan gerun apabila orang islam memimpin dunia. Dalam menegakkan keadilan, tidak boleh berlaku kezaliman. Dunia barat, dunia dajal,yahudi, tidak mahu fenomena itu muncul dalam negara mereka. Asas memilih pemimpin adalah beliau mestilah seorang yang amanah. 

Hendaklah memperbesarkan Allah dengan mengagungkan nama Allah. Ibadah orang mukmin adalah dengan bertuhankan ALLAH. Manakala ibadah orang kafir adalah dengan bertuhankan BATU BERHALA. Allah amat mencintai Nabi Muhammad SAW, sehinggakan bidadari-bidadari didalam syurga, terdapat pada badan2 mereka ada tertulis Muhammad SAW. Allah mengagungkan pangkat Rasulullah SAW supaya ada yg bertanya soal agama kepada Rasulullah SAW, sebagai tanda kemuliaan Baginda SAW. Apa jenis yang kita lakukan untuk mengagungkan nabi SAW, itulah yang digalakkan, tetapi jangan samakan Nabi Muhammad SAW dengan Tuhan. Allah memuji Nabi SAW dengan ayat-ayat al-Quran. 

Nak doa' kita dimakbulkan, hendaklah kita qorib(rapat) dengan Allah. Selain itu, hendaklah kita menyuruh orang-orang soleh supaya mendoakan kita. Doa orang-orang soleh sangat mustajab. Keberkatan hidup ada pada keredhaan Ibubapa. Tanda-tanda seseorang itu mendapat keampunan Allah ialah dia mulai istiqomah dalam melaksanakan apa jua jenis kebaikan. 


wallahua'lam. moga Allah redha, in syaa allah. 

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~