Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Friday 29 March 2013

Likuan Musafir Merentangi Samudera (Bab 3)

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 


Bab 3
~Istiqomah dalam bertaubat~

[Hati GELAP punca seseorang itu menangguh untuk BERTAUBAT]

Firman Allah ta’ala yang bermaksud,

“Sesungguhnya taubat yang diterima Allah hanya (layak) bagi mereka yang melakukan kejahatan kerana kejahilan, kemudian segera bertaubat. Taubat mereka itulah yang diterima Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” – [surah an-Nisa’ : 17]

Allah sangat mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan gemar bertaubat. Kerana orang yang bertaubat ni adalah orang yang sangat mengenali dirinya yang begitu rendah dan naif pabila sedang berhadapan dengan-Nya. Saya begitu takut dan gerun seandainya taubat kita yang selama ini dilakukan, tidak diterima oleh Allah swt. Na’uzubillahi min zalik! Jadi, jangan terlalu ‘over confident’ yang taubat kita itu adalah taubat yang sebenar-benarnya. Mungkin kita selalu amalkan solat sunat taubat, tetapi tidak mahu mentarbiyahkan rasa taubat itu dalam diri. Tidak salahnya jika kita menilai kembali apakah definisi taubat itu wujud dalam taubat kita. Bukankah matlamat kita semuanya sama? Mencari keredhaan Allah dalam melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Kita diperintahkan oleh Allah agar sentiasa bertaubat dengan taubat nasuha, kerana dengan taubat nasuha itulah dapat menyucikan dan membersihkan diri daripada bergunungnya dosa kita selama ini. Oleh kerana itu, jika kita melakukan dosa, Allah menyuruh kita untuk bertaubat. Yang penting, taubat yang kita lakukan itu haruslah seikhlas-ikhlasnya dari hati, bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun secara terpaksa.

Sungguh besar nikmat dan rahmat Allah buat kita. Dan teramatlah rugi bagi seseorang yang suka melengah-lengahkan diri daripada melaksanakan taubat. Bukankah ini juga sebagai langkah kita untuk mempersiapkan bekalan bagi menuju ke kampung Akhirat? Alangkah ruginya jika kita mensia-siakan diri tanpa mengetahui betapa manisnya dalam beribadah kepada-Nya. Apakah punca seseorang itu suka menangguh taubat? Puncanya adalah disebabkan timbul sedikit kehitaman didalam hati seseorang tersebut. Pada masa tu, mulalah seseorang itu berasa kekok untuk melaksanakan ibadah, apatah lagi dalam soal ibadah-ibadah sunat.

Dan bagi ingin mendapatkan keampunan Allah swt, kita haruslah :

-          Mengakui kesalahan atas apa yang kita lakukan.
-          Menyesal atas kesalahan yang dilakukan
-          Menempak diri sendiri
-          Bertaubat bersungguh-sungguh

Di samping kita perlu mendapatkan keampunan Allah, kita juga perlukan rahmat dari-Nya. Apakah itu?

-          Berlaku adil terhadap orang lain
-   Bertaubat dengan seikhlas-ikhlasnya dan berazam untuk meninggalkan perbuatan tersebut
-          Melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan sempurna
-          Menginfakkan harta ke jalan Allah ketika waktu senang dan susah

Susah sangat ke nak bersahabat dengan taubat? Bukankah taubat itu penyembuh segala dosa?

Firman Allah ta’ala yang bermaksud,

“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan  Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata, “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” – [surah at-Tahrim : 8]



No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~