Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Wednesday 27 March 2013

Abahku LELAKI SOLEH

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


~Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani~

Alhamdulillah, kita masih lagi bertemu di pagi yang penuh barakah. Pagi tahajjud yang penuh istimewa untuk hamba-hamba-Nya yang beribadah pada ketika ini. Haa.. tajuk artikel ana hari ni berkaitan dengan seorang LELAKI SOLEH. Apa kaitannya dengan LELAKI SOLEH tu?? Hehe..kalau nak tahu, jom serbu lagi!! :)

Lelaki soleh yang dimaksudkan ana itu, dia adalah seorang insan yang telah bersusah payah demi menjaga anak-anaknya..siapa lagi kalau bukan AYAH,ABAH,PAPA,ABI,ABUYA,BABA,FATHER??  

Ana dikira beruntung, kerana dilahirkan dalam suasana yang bahagia dan selesa. Bukan seperti insan-insan lain. :'( Walaupun kadang-kadang ada ujian melanda, namun itu tidak menghalang daripada terus mengingati-Nya. 

Ni nak cerita sikit mengenai abah kesayangan ana. Abah ana ni seorang yang penyayang orangnya, meskipun tegas dalam mendidik anak-anak, beliau tetap tabah melayani kerenah kami. Adik ana yang bongsu tu memang manja orangnya. Adakalanya dia pernah terkasar bahasa pada abah. Ana pun kadang-kadang ada juga marah pada dia. Tapi yang peliknya, abah tetap tabah dan sabar. Malah, abah sanggup diam daripada memarahi adik ana. Subhanallah! Hebatnya kesabaran seorang ayah. Ana walaupun tidak berapa rapat dengan beliau, akan tetapi, ana dapat rasa, ketenangan beliau melebihi ketenangan yang ana tidak dapat rasa. 

Pernah juga ana terkecil hati atas perkara-perkara tertentu. Tapi, bila difikirkan kembali, tak logik rasanya ana untuk berkecil hati dengan seorang lelaki yang bergelar ayah. Kadangkala, ana teringin lelaki soleh seperti ayah ana. Kerana, setiap hari sebelum azan maghrib, pasti abah akan ke masjid untuk menunaikan solat serta melaksanakan tugas sebagai penceramah. 

Oleh kerana itu, mencari pasangan hidup agak sukar, terutama nak cari lelaki yang DEKAT DENGAN MASJID. Akhir bicara, jangan sia-siakan lelaki yang bernama AYAH, kerana dialah, kita ada disini.

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, 
maksudnya: “Janganlah kamu membenci bapa-bapa 
kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia 
kafir.”
[Riwayat Muslim]



No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~