Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Bab 2
~Mengapa aku diuji?~
~[Selagi belum terbina jati diri,
jangan harap ingin mendidik generasi]~
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak
dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya maka Allah menguji dan
mencubanya agar dia mencapai darjat itu.”
(HR. Ath-Thabrani)
Ada sebabnya mengapa kita sering diuji. Ada kalanya, Allah uji
kita kerana kealpaan kita dalam menjalani ketaatan kita sebagai seorang hamba kepada-Nya.
Di samping itu, Allah ada menguji dengan mengurangkan apa yang kita miliki dan
melebihkan apa yang kita mahukan. Tidak kiralah seseorang itu kaya,miskin,
ataupun yang berjawatan tinggi.
Firman Allah swt yang bermaksud :
Demi sesungguhnya, Kami
akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan
merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan
jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar:
(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka
berkata, “sesungguhnya kami adalah milik Allah swt dan kepada Allah jualah kami
kembali. –[surah al-Baqarah : 155-156]
Allah
swt sudah berkata yang Dia akan menguji kita dengan :
-
Sedikit perasaan takut dan gerun kepada
musuh.
-
Kematian atau kehilangan orang yang
disayangi.
-
Kekurangan hasil tanaman
-
Kelaparan atau kebuluran
-
Kegawatan ekonomi
Siapa
kata tiada ganjaran dalam beramal dan bersabar? Ketahuilah, orang-orang yang
sabar dan teguh imannya pasti akan diberi khabar gembira dari Allah.
Adakah
anda masih ingat tentang Rasul ‘Ulul’azmi? Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Ulul’azmi?
‘Ulul’azmi bererti mereka yang cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar
menghadapi pelbagai rintangan dalam menegakkan agama Allah.
Kita
ambil satu contoh, siapa lagi kalau bukan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad
saw. Antara ujian dan dugaan yang terpaksa baginda tempuhi adalah sabar dalam
menghadapi tentangan kaumnya yang mengancam untuk membunuh baginda. Seperti Abu
Lahab dan juga Abu Jahal, mereka begitu menentang ajaran islam yang dibawa oleh
baginda saw. Sehinggakan salah seorang daripada mereka berdua berkata, “Sesiapa
yang dapat membunuh Muhammad, akan ku hadiahkan 100 ekor unta.” Maka tidak
hairanlah pada ketika itu ramai yang ingin merebut peluang tersebut.
Jangan
terlalu memikirkan ‘KENAPA AKU DIPILIH UNTUK DIUJI’ ?
Bukankah hidup didunia ini memang ada saja dugaan yang menerpa? Sedangkan Nabi
Muhammad saw, seorang insan yang maksum pun ada juga rintangan yang berlabuh
dalam kehidupannya.
Banyak
hikmah ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya. Di antaranya ialah untuk
mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt. Berapa kali dalam
sehari kita cuba untuk mengingati-Nya? Adakah dengan hanya solat semata-mata?
Tidak ! Bahkan, perlulah kita mengingati-Nya sepanjang masa. EVERYTIME, bukan
SOMETIMES.
Di
samping itu, ia juga dapat melahirkan mukmin yang tabah dan gigih menghadapi
cabaran hidup. Seperti mana Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
“Allah merahmati saudaraku
Musa, sebab ia sudah disakiti lebih banyak daripada apa yang saya alami ini,
tetapi baginda tetap sabar.” –[riwayat Bukhari dan Muslim]
~Bersabarlah, kerana itu adalah salah satu tanda seorang mukmin
yang berakhlak mulia~
No comments:
Post a Comment