Alhamdulillah, pada hari Ahad, 2 Jun 2013 bersamaan 23 Rejab 1434 Hijriah telah diadakan kuliah Dhuha bertempat di Pondok Baitul Qurro' wal Fuqoha', sungai Udang Melaka. Minggu ini Tuan Guru Haji Zulkifli bin Ismail tidak dapat bersama dengan kita bagi menyampaikan ilmu kerana, beliau ada urusan penting di Hadramaut Yemen. Doakan semoga beliau selamat tiba dan selamat pulang, in syaa allah. Ustaz Hamid yang menggantikan tugas ustaz Zulkifli pada hari ini utk sementara. Ustaz Hamid seorang yang sangat tawaaduk. alhamdulillah.. Jadi in syaa allah, ana akan mengongsikan sedikit apa yg telah disampaikan oleh beliau. Semoga Allah redha ^_^
-Sebenarnya manusia di seluruh dunia masih tercari-cari akan siapa yang patut mereka ikut. Semua orang tahu bahawa orang yang paling layak utk dijadikan ikutan ialah Nabi Muhammad SAW. Berapa ramai yang mengenali Nabi SAW, tapi tidak menghayati sirah Baginda SAW? Pentingnya kita dalam berhubungan dengan Nabi Muhammad SAW. Sirah nabi bukanlah sekadar utk dijadikan sebagai bahan cerita utk kanak-kanak, tetapi hendaklah juga dijadikan sebagai pengajaran yang boleh kita dapat. Oleh sebab itu, jika kita nak tarik rahmat Allah agar masuk ke dalam rumah kita, hendaklah kita memperbanyakkan bahan bacaan mengenai sirah nabi SAW.
Menurut ulama', ada 3 peringkat yang mengatakan nabi SAW merupakan seorang maksum. Yang pertama, sahsiah peribadi Rasulullah SAW. Buktinya, Nabi SAW tidak pernah berbohong sejak kecil sehinggalah dewasa. Oleh sebab itu, Baginda SAW digelar al-Amin. Yang kedua, Baginda SAW datang daripada susur galur keturunan yang mulia (yang sangat dihormati) oleh bangsa Arab. Yang ketiga pula, Rasulullah SAW mendapat jagaan dan pemeliharaan daripada Allah secara terus.
Menurut ulama, Khusyuk adalah lebih buas dan sangat liar daripada binatang buas. Ini kerana, tak semua orang dapat memiliki kekhusyukan, terutama apabila ingin melaksanakan solat. Untuk memperoleh khusyuk, kita harus mendatangi solat dengan keadaan kita benar2 bersedia utk solat. Seterusnya, kita perlu memahami makna bacaan solat. Selain itu, semasa ingin melaksanakan solat, kita jangan mengambil tahu hal disekeliling kita. Bayangkan di atas kepala kita ada sebuah baldi yg besar dipenuhi dengan air. Jangan bagi baldi tu jatuh. Tapi, janganlah sampai tak ingat berapa rakaat pula. :) Imam Nawawi, seorang imam yang muktabar, beliau mengambil masa 40 tahun untuk mendapatkan khusyuk. Sedangkan kita? Wallahua'lam...

Islam wajib disebarkan walau dengan apa cara sekalipun. Dan salah satu islam dapat ditegakkan adalah melalui PEMERINTAHAN. Takkan tertegak islam tanpa pertolongan dari Allah. Islam adalah sesuatu perkara yang MAHAL. Perlu mujahadah yang lebih besar. Tiada nilainya pengorbanan bagi seseorang jika dia mengganggap islam itu murah dihadapannya. Taraf hamba adalah HINA. Akan tetapi, adanya hamba itu menjadi sangat MULIA, itulah HAMBA ALLAH.
Syaitan akan menyolekkan kejahatan itu menjadi sesuatu kebaikan. Contohnya MENGUMPAT. Bukankah mengumpat itu HARAM? Tetapi ianya tetap menjadi TATAPAN RAMAI, terutama di televisyen. Ianya seakan-akan menjadi satu trend, menjadi satu kebiasaan bagi menonjolkan kisah seseorang yang mungkin melibatkan aib seseorang. Senjata syaitan hanyalah BISIKAN. Di akhirat kelak, apabila manusia berkata, "SYAITAN YANG SURUH AKU BUAT BEGINI-BEGINI," maka Syaitan akan berkata, "SESUNGGUHNYA AKU TAKUT PADA ALLAH".
Ikut hawa nafsu memang SEDAP, tapi CEPAT BINASA. Ikutlah landasan ISLAM, pasti aman TENTERAM.
~wallahua'lam~
No comments:
Post a Comment