Bismillah~


Salam ukhuwah~


nUkiLAn CaHAya sEriKAndi~

"KECANTIKAN SESEORANG BUKANLAH DARI SEGI INDAHNYA RUPA,KATA2 MANIS,MAHUPUN SUARA YANG LUNAK. ITU HANYALAH KECANTIKAN YANG TIDAK AKAN BERKEKALAN..NAMUN, KECANTIKAN YANG ABADI ADALAH KECANTIKAN AKHLAKNYA,KEINDAHAN BUDINYA, DAN KEBERSIHAN HATINYA..ITULAH SEBAIK-BAIK KECANTIKAN SEORANG INSAN YANG SEBENAR-BENARNYA..sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang Maha Cantik,sebaik-baik pencipta segala yang cantik..~^^

Kenali 99 Nama-nama Allah ~


~~

Halawatul Ukhuwah fillah

Friday 7 June 2013

Hatimu TERLUKA? Perbaiki CINTAmu pada-Nya.

Bismillahirrohmanirrohim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



Terlukakah hatimu? Sakitkah jiwamu? Itu bermakna ada yang masih kurang. Apa yg masih kurang? 

Adakah antum sudah yakin bahawa cinta Allah sudah benar-benar berada dihatimu? Jika benar sudah ada, mengapa masih terluka? Bukankah cinta Allah itu melebihi segala-galanya? Atau mungkin dirimu belum memperbaiki cintamu kepada-Nya? 

Kecewa tidak bermakna tidak boleh bangun. Mari kita lihat kembali. Kecewa sebab putus cinta? Kecewa sebab gagal dalam peperiksaan? Kecewa sebab cinta tak berbalas?

Itu hanyalah kekecewaan yg mampu dipulihkan. Jangan kerana kecewa sebab putus cinta, menangis siang malam, tak lalu makan, niat nak bunuh diri dan sebagainya. Bukankah masih ada cinta yg tidak mengecewakan?

Siapa?

ALLAH SWT. Dialah yg tidak TIDAK PERNAH TIDUR. Dialah Tuhan yang Maha Hidup. Dialah Tuhan yg memberi kita 'qolb' (hati). Kalau bukan kerana Dia, tiadalah kita diciptakan di dunia ini. Kalau bukan kerana Dia, tiadalah bumi ini diciptakan. Kalau bukan kerana Dia, tiadalah juga terciptanya 'perasaan kasih sayang'.

Jadi,bagaimana mahu memperbaiki cinta kita kepada-Nya? Kembalilah pada-Nya. Pulanglah kepada-Nya. Hasbunallah wa ni'mal wakil. Cukuplah bagi kita yakni Allah, sebaik-baik tempat kita berserah. 'Berkenalan' lah dengan Allah. Kenali cinta-Nya sedalam-dalamnya. 
Ye benar. Tapi caranya bagaimana?

Taqarrubkan (mendekatkan) diri pada al-quran. Bukan setakat mendekatkan diri, bahkan dibacanya, ditatapnya, dan dihayatinya. Hati perlu dirawat dengan segera kerana dialah raja segala dalam anggota tubuh manusia. Rosak hati bermakna rosaklah diri, rosaknya diri kita bermakna kurangnya kita dalam memelihara iman. Cinta itu terbit ataupun anugerah dari Allah. Hidup kita tidak akan tenang sekiranya belum terbit cinta Allah fii qolbuna (dalam hati kita). Allah memiliki segala-galanya, sedangkan kita hanyalah pinjaman dari-Nya. 

Berhusnu zhon kepada Allah, yakni bersangka baik kepada Allah. Jangan terlalu memikirkan yang negative sehingga hati mula terdetik tidak yakin dengan kekuasaan Allah. Bukankah Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu?

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dan Dia (Allah) Mengetahui (segala) apa di langit dan (segala) apa di bumi, Dan Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu."
[Surah Ali 'Imran: 29]

Oleh kerana, cinta yang selayaknya perlu kita harapkan hanyalah HUBBULILLAH. CINTA ALLAH. Tidak perlu kecewa jika tidak dikurniakan cinta insani. Asalkan cinta Ilahi jangan sesekali diabaikan.

Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku” 


#maaf sekiranya ada kekurangan. 

No comments:

Post a Comment

AHLAN WASAHLAN! ^^

Cool JavaScripts

Musyawarah bersama~